Wednesday, November 21, 2007

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa ( Xrek 2007 )

Menyerlah Jauh dari Yang Biasa

Alhamdulillah, pada 17-19 November 2007 yang lalu, KRJ Johor telah menghantar 12 orang peserta ke program Ekspedisi Remaja Kental ( X-Rek 07 ) di Kem Rimba Tamu , Batang Kali di Daerah Hulu Selangor. Turut mengiringi pasukan delegasi Team KRJ Johor ialah Abg Bai & Kak Muss. Jom kita sama-sama nyibuk2 kan diri baca laporan ni..Sebelum tu kita kenal-kenal siapa dia team KRJ Johor yang ” Menyerlah Jauh dari Yang Biasa ” ni...hehe..
  1. Wazien @ Ajeen ( anak Dr Hishamudin )
  2. Abd. Zubayr @ bay ( anak akh Azaini )
  3. Abd Abbas @ abbas ( anak Ustaz Jelani – mudir SRIH )
  4. Daniel Maula @ TAM ( anak Pak Tam – Pengarah KRJ Johor )
  5. Irfan Hisyam @ Lat ( anak akh Hisyam Walat )
  6. Irfan Masiri @ Fan ( Anak Pak Chu )
  7. Fatimah zahrah ( anak YDP JIM Johor )
  8. Huda arsyad ( anak Prof Arsyad )
  9. Najihah ( anak PSU JIM Johor, akh Mohd Noor)
  10. Safiah ( anak akh Khairudin )
  11. Hanan ( Anak akh Hamidun )
  12. Hani ( anak Akh Ghazali )

Road To X-Rek...( R2X )

So..perjalanan kami ke tempat progrm bermula pada jam 0030 ( 17 –Nov – 07 ), kami beramai2 menaiki Bas Transnasional ke Pudu Raya, alhamdulillah segalanya berjalan lancar, nasib baik Abang Bai dapat tukar seat dengan ada sorang penumpang perempuan tu, kalau tak memang kena dok sebelah kak Muss ler...tu penting nya cara kita berkomunikasi dengan orang yang kita tak kenal hingga diberi peluang utk tukar seat dalam keadaan kelam kabut tu..terima kasih yer kak....

Bas singgah jap kat Machap, utk beri peluang pada kami utk ambik gambar...hehe..taklah..memg bas tu hobinya berhenti kat Machap..kan abang driver kan...

So kat Machap, first time saya dapat jumpa dgn sume peserta lelaki. Sempat jugak bergambar beb!! Testing digicam Pak Tam..Testing! testing!

Kemudian perjalanan diteruskan hingga ke Pudu Raya, semua org dok syok je tidor malam tu, especially saya yang memang penat sangat seharian tu...sampai di Pudu tepat jam 5.30 pagi...then kami terus ke surau Pudu Raya, dan ambik syif utk solat...selesai solat subuh 2 rakaat, kami berkumpul sekejap, saya sempat mengagihkan Vest KRJ Johor yang 99.99% di beri pinjam kepada adik2 ni...hehe..pulang balik tau!! Pagi2 lagi peserta dah mula sarung vest tu, huhu..punya ler glamour kat puduraya tu...ikut korang lah budak2...tapi mmg tepat pun dgn tema KRJ Johor ke Xrek iaitu “ Menyerlah Jauh dari Yang Biasa “..then perjalanan di teruskan ke stesyen Putra Pasar Seni yang jaraknya 896.88 meter dari pudu raya, dan kami semua akan berjalan kaki, saja nak test stamina pejuang2 Johor ni, sambil jalan saya sempat bagi arahan agar kita baca mathurat sendiri2...semua hafal kan...??

Kemudian kami naik Putra ke KL Sentral, dari KL Sentral kami akan naik komuter pula ke Rawang, kemudian tukar train ke Batang Kali ( Tempat prgm ). Sepanjang perjalanan tu, mata masyarakat semua tertumpu pada peserta2 ni, mana taknya, dah lah baju semua nya sepasang warna MERAH, pakai vest pulak tu, kemudian pakai cap ( peserta lelaki )...memang betul2 “ Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa “..So perjalanan ke Batang kKli di jangka 40 minit, kami decide untuk sarapan di Batang kKli. Dalam komuter, tetiba baru saya teringat, ada janji dengan sorang Fasi prgm utk dtg bersama ( ‘Ammar Shahrim – MarSya ), alhamdulillah dia faham keadaan saya dan kami decide jumpa di Batang Kali je...

Tepat jam 8.45 tiba di Batang Kali, dan terus mencari kedai utk breakfast, hehe..apa yang kami jumpa hanya lah kedai mamak di sukai ramai ...kecuali kak muss dgn kak fida jer yg tak boleh dekat...hihi...tapi nak buat macam mana, tu je yg ada..sorry yer kak muss...

Masa makan ni baru saya tahu, rupa2 nya adik2 ni kuat makan, masing2 order roti canai 4 keping, nasi lemak satu + roti 3 keping dan macam2 lagi, tu pun ada yang minta tambah lagi..tapi saya tak bagi coz kesuntukan masa...ish! ish! Ish!...kemudian Bro Hasni ( JKPR Pusat ) datang jemput kami ke Kem Rimba Tamu. Masa dalam perjalanan baru teingat, yang kami lupa nak beli telur...hihi...

Hari Pertama ( 17 Nov 07 )

– Ice Breaking -

So..tiba je di tapak prgm, kami terus ambil tempat, macam2 org ada, yelah program nasional kan, saya sempat bergambar dgn sebuah kereta yg plate numbernya ( KBM 3909 ), hehe... bukan fanatik KBM yer...masa ni jer dah nampak yang Team Johor ni “ Menyerlah jauh Dari yang Biasa ‘, mana taknya, macam yang saya cakap tadi, baju + seluar semuanya sepasang, vest sepasang...dan masuk dewan dudok depan sekali...bagus! bagus! Bagus! Tema baju hari pertama ialah warna MERAH yer...

Pagi tu program ice breaking dimulakan dengan perkenalan fasilitator, saya juga turut bersama dalam team fasi ni, kemudian macam2 game yang pihak penganjur buat, nampak adik2 ni semua nya Happy jer...sempat jugak penganjur bisik kat saya “ boleh tlg buat 3 S tak ?? “..Hehe..sambil tertawa saya tolak tawaran tu. Pada mulanya...tapi bila rasa macam nak kena jugak buat 3S tu..saya buat jugak dengan harapan adik2 ni akan bertambah mesra...bersempena dengan tema Xrek kali ini iaitu “ Berani, Bersuara & Ladeni “.,

Program yang bermula jam 10.00am ni tamat pada jam 1.30pm...kmudian kami solat zohor dan ada tazkirah dari Team Johor...ni mmg ada jadual dia..adik abd Zubayr yang bagi tazkirah ni...chaiyok dik!! Kemudian peserta di minta untuk pasang khemah dan masak utk tengah hari...bagus nya adik2 perempuan yg offer nak masakkan sekali utk peserta lelaki...wa! wa! Wa!, goyang kaki la budak2 ni...

Seterusnya prgm diteruskan dgn Ice Breaking sesi 2, kumpulan2 dari negeri ni diminta menukar nama kepada nama lain agar semangat kenegerian tu dikurangkan ..ni mesti nak kena kan Johor ni..hehe...memang dari mula program...Johor asyik kena perli jer..tu lah akibatnya bila terlalu “ Menyerlah Jauh Dari yang Biasa “....Kumpulan Johor yang 2 team tu masing di beri nama “ Intisor “ dan satu lagi “ PeGenSi “.

Ice Breaking ptg tu ditutup dgn lagu “ Bingkai Kehidupan “ beserta animasi yang dicipta khas oleh KRJ team JOHOR...sapa lagi, aAang Bai ler yg kena ngajor adik2 ni animasinya.



- Mencari Permata –

Selepas Asar, program diteruskan dengan slot mencari permata, prgm yang bersifat checkpoint ni agak mencabar jugak, apabila ada sesetengah CP yang memerlukan peserta utk bergolek atas lecak + lumpur yg mmg tengah banyak tu...ada jugak CP yang memaksa adik2 ni minum air yang di campur dgn pelbagai perasa ( masin, masam, kicap, manis, dan sebagainya ). Slot petang itu di akhiri dengan acara bermandi sungai beramai2 oleh peserta lelaki dan perempuan sekadar membasuh pakaian di bilik air yg disediakan...hehe....

- Forum “ Berani, Bersuara & Ladeni “...

Malam itu, selepas selesai makan malam dan solat isyak + maghrib...ada sedikit tazkirah dari peserta Terengganu dgn tajuk nya “ Sabar “...hehe...adik ni special cikit...sapa yg gi X-Rek tau ler...hihi...kemudian prgm diteruskan dgn sedikit forum oleh Bro Hasni & Ukhti Khadijah Azman dari KNL. Tepat jam 10.30pm, forum pun tamat, macam2 input yang amat menarik telah dikongsi bersama pada malm tu...thanks pada kedua2 panel yg hadir.

- War Game @ pasar malam –

Selepas forum , tibalah saat yang amat menakutkan, iaitu War Game...so malam tu berlaku lah pertempuran yang sepatutnya hebat...tetapi jadi macam tak berapa hebat disebabkan kebanyakan adik2 ni tak berapa reti nak main..puas jugak abang2 fasi provoke..tapi apakan daya,...war game yg sepatutnya menjadi satu game lasak bertukar menjadi war game ala2 pasar malam....boleh jalan2...boleh gi window shoping kat sempadan group lain...boleh offer2 pulak pada team lain agar serang team dia...ni group si TAM la ni...hehe...

malam tu, kami tido penuh dgn keletihan....huhu....zzzZZZzzzZZZ


Hari Kedua ( 18 Nov 2007 )

- Riadah Pagi –

So..pagi hari kedua, di buka dengan Qiamulail dan diteruskan dgn tazkirah oleh seorang ustaz. Kemudian pagi tu jugak ada sedikit riadah pagi, riadah ala2 Game tu agak seronok jugak....pagi tu jugak ada acara nyanyian lagu negara ku beramai-ramai...saya tertanya2 jugak,,...lagu JIM takde ke...hehe...

- trekking –

erm...pagi tu KRJ Team Johor sekali lagi “ Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa “ apabila menyarung baju merah semalam...( plan nak kotorkan baju tu )..after sarapan dan sebagainya, tepat jam 10.00am, acara trekking pun bermula, terdapat 4 CP yang perlu ditempuhi....nasib baik trekking kali ni tak terlalu mencabar, Cuma jaraknya yang agak jauh...tapi takpe...kami tetap menyerlah jauh dari yang biasa...

so..di CP 1, peserta dikehendaki masuk ke dalam kolam air panas mengikut giliran kumpulan dan bergotong royong mmbersihkan kawasan sekitar kolam air panas tesebut...

Kemudian kami menyusuri kebun, pusat penternakan lembu, beserta bukit sebelum tiba di CP 2 iaitu perkampungan orang asli. Peserta dikehendaki mencari tok batin utk mengenalpasti kawasan2 yang perlu mereka bersihkan dan mencari lokasi surau utk solat zohor. Sempat jugak saya snap gambar anak2 orang asli dan sebagainya...hehe...

Kemudian perjalanan diteruskan ke CP 3, iaitu Sungai pertama, di situ terdapat game yang perlu peserta tempuhi, memang payah ler nak lepas dari game ni..abg2 serta kakak fasi memang ganas kat sungai ni..habis basah kuyup peserta2 dibuatnya...huhu...

Kemudian peserta dikehendaki menyusuri laluan lecak sebelum sampai di CP 4, akibat terpaksa menunggu giliran yg lama, saya dan Marsya sempat buat beberapa game bersama peserta lain, hehe..kami buat Game ” Tepuk Tangan Dalam Air ”...habis semua peserta tak dapat buat...hehe...tamat CP 4, peserta di beri makan dan kami solat Asar beramai2 di tebing sungai...subhanallah...terasa keagungan Allah swt...teringat pulak program2 KRJ kat Tiram Indah...

Kemudian kami pun berangkat pulang, dgr citer ada org jatuh kat kawasan lecak tu...hmm...sabor je la..tempat tu memang licin sgt2..’

- Malam Kebudayaan + Mini-Konsert Xifu –

so...malam tu Team Johor sarung pula tshirt warna Kelabu ( T-shirt PSFM )...after tazkirah dan Dinner ( BBQ beb!!! )...kami semua dihiburkan dgn mini-konsert dari Xifu dan anaknya Radziq...memang best sangat2...rasanya macam nak jemput diorang ke X-Rek Johor masa bulan Disember ni...hehe...boleh ke Pak Uteh...

Kemudian program diteruskan dengan slot ” malam kebudayaan ”. Tapi sebelum tu kami main game ” goreng pisang ” dahulu...Team Fasi lawan Team Peserta. Nasib menyebelahi team peserta yg diketuai oleh TAM ( dari KRJ Johor )...ish! ish! Ish!..malu je fasi2 ni..hihi...

So...malam tu...macam2 persembahan telah disajikan, dimulai dengan dikir barat, kemudian pentomin, boria, choral spraking, sinetron, lakonan bisu & wayang kulit... Kesemua persembahan ini bertemakan ” Bersama mu Palestin”...kedua2 team johor ditakdirkan untuk mempeersembahkan aksi wayang kulit & lakonan Bisu...huhu...kedua2 nya adalah sesuatu yang baru bagi mereka..tapi takpe...” Menyerlah Jauh dari Yang Biasa ”..

Tahniah pada TAM yg berjaya buat idea yg menarik lagi kreatif utk aksi lakonan bisu yg mmg saya sendiri tak de idea macam mana nak buat....chaiyok tam !!! korang mmg ” Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa ”..

Selesai berbudaya malam tu...kami pun tidur....zzZZzzzZZZ...

Hari Ketiga ( 19 Nov 2007 )

- Riadah pagi –

selesai mendengar tazkirah dari ustaz pagi tu, peserta di uji dgn game kahwin2 dan makan biskut dalam sungai...hehe...menarik sungguh game2 ni...

maaf ler tak dapat ambik gambar, coz masa ni hujan lebat plak..so saya ambik keputusan utk berehat seketika...hihi...sambung tido ler tu...

- Indoor Game –

Selesai sarapan pagi dan sebagainya, X-rek diteruskan dgn indoor game...game yang pertama ialah ” Teka Hadis Bisu ”...masa ni abang Qayyim beraksi dengan jayanya...cantik jer semua gaya yg dibuat nya tu...masa ni jugak dapat tengok mana group yg commited dan mana yg tidak...sebagai team yg sentiasa Menyerlah jauh dari yang biasa...Team Johor sehinggakan kadangkala tidak diberi peluang utk jawab...hehe...sabo2...kita bagi peluang orang lain jawab yer dik...

kemudian game ” saham X & Y ” pula menyusul, kali dapat dilihat bagaimana jika kita jujur dan amanah dalam berniaga, kita pasti berjaya...dalam game ni syarikat Mydin & Giant terpaksa tutup kedai..buka kedai runcit je la Giant tu...Mydin pulak jual minyak wangi tepi jalan yer...tak kurang juga along2 yg sentiasa bagi galakan utk peniaga meminjam wang dari mereka...hihi..

slot pagi tu di tutup dengan ” Kod rahsia ”, rata2 peserta ada yang dah dapat teka apakah dia kod rahsia itu, iaitu berkenaan dgn ciri2 ” 10 muwasofat murabbi ”...

- Resolusi & Penutup –

Selesai lunch dan mengemas barang2, kini tibalah kami di hujung rancangan...sebelum majlis penutup. Peserta diminta untuk membuat resolusi mengikut negeri masing2...saya tak berkesempatan utk bersama peserta masa ni kerana pengiring dikehendaki berkumpul di surau....takpe nanti akan di tanya tentang resolusi tersebut...yang pastinya resolusi tersebut pasti ” Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa ”...

sebelum acara penutup, diadakan sesi ucapan terakhir oleh para fasilitator dan pengendali... kemudian tibalah masa yang di nanti2 kan ...iaitu acara pengumuman pemenang X-Rek 2007. Berikut di umumkan Pemenang bagi X-Rek 2007....

  • JOHAN = Group Intisor ( dari KRJ Johor )
  • N. Johan = T-Rek
  • Ketiga = Izzatul Islam

Tahniah di ucapkan kepada pemenang2 terutamanya yang ” Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa ” tu...dan takziah diucapkan kepada mereka yang telah berusaha bersungguh2...tetapi takdir tidak menyebelahi mereka...apa2 pun macam dalam ucapan Abg Bai ... ” kalau team Johor kalah sekali pun abang tetap tersenyum puas kerana sifat patuh , ta’at & komitmen u’all yang tinggi terhadap program ni...”

Program Tamat...dan kami pulang ke JB malam tu jugak....

Bai : minta maaf ler kalau panjang sangat...dah lama tak menulis...

13 comments:

tmah said...

hoho... bukan ke moto kita, menyerlah jauh daripada yang luar biasa? :P

Muhammad Syafiq Rahim said...

tahniah pada adik2 KRJ Johor!!
:)

teruskan perjuangan!

Abg Syafiq Uniten, Faci X-Rek 2007

safiahkd said...

eh moto intisor Kami Akan CApai Kejayaan = KACAK! heheh :D

Anonymous said...

tahniah2...
kami mmg menyerlah jauh dari yg biasa...
KACAK lagi tuh!
go.go.Johor!

QAYYIM HAFIDZI said...

menyerlah jauh dari yang biasa..mmg tak dapat dinafikan

Bee Family said...

salam..

mmg motto KRJ Team johor yang gi Xrek ialah " Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa "..

tapi utk group intisor " KACAK = kamai akan capai kejayaan "..

bai : kacak tu group usrah ana di TEknik JB

Anonymous said...

pape la abg bai...

MarSha: promote group usrah lax... hahax

Bee Family said...

marsha jeles ar tu....


bai : baru balik dari PPN...

Anonymous said...

wah!!!malu ar!! org dok puji!!! hehehe.. johor 4 eva!!! idop PE...GENSI!!!

Anonymous said...

congrat kat intisor!!! al..ktorg sje kc korg mnang..sje!!! ksian kt korg..huhuhuhuh

safiahkd said...

elleh huda.. :P

hahah seronok buat kecoh kat blog nih.. meriah2.. :D

Anonymous said...

hehehe..huda tau..tnpe huda,spe ah korg!!wawawa!! riyak la plak..eh xpe..riyak y dbolehkan!! huhu

.n. said...

boleh ke ana nak gi xrek johor?

SURE - SUkan REmaja 2009!!!