Friday, September 07, 2007

Selamat Datang Ramadhan al Mubarak

Nuhanni-u-kum bihululi..syahru romadhan al mubarak...(apa tu ustaz, tanyaku dalam hati)...Tahniah kerana telah berpuasa cukup tahun lepas, selamat datang Ramadhan al mubarak...begitulah kata2 aluan Ustaz Aminuddin Ruskam dalam Majlis Diskusi Hidayah di surau Sekolah Islam Hidayah tadi. Sempena kedatangan Ramadhan yang semakin dekat ini marilah sama-sama kita membaca sedikit peringatan sebagai ulangkaji untuk lebih bersedia menghadapinya ( diambil dari risalah Semarak Ramadhan JIM JB).
Moga amalan puasa kita diterima Ilahi sebagai amal soleh. Selamat berpuasa semuanya
7 Perkara Bagi Menjaga Kesempurnaan Puasa

1. Menundukkan pandangan dan menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci.Setiap masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.

2. Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al-Qur’an.

3. Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci (makruh) kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.

4. Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang subhat (meragukan) pada ketika berbuka.

5. Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh menundukkan musuhnya (syaitan) dan mengalahkan syahwatnya jika orang yang berpuasa tetapi ketika berbuka ia memakan berbagai makanan sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu siang?.

6. Mengurangkan tidur. Ramai orang yang terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah)
“bahawa tidurnya orang berpuasa adalah ibadah”, padahal telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila bulan Ramadhan tiba, beliau melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak keluarganya berbuat seperti itu pula” (Bukhari-Muslim)

7. Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan “tergantung” antara cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan kebaikan.
Ramadhan Menggamit Kita,
Ramadhan Melambai Kita…
Mari Bersama Menyemarakkannya
-PAK IM-

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!