Monday, September 24, 2007

Program 3R di Taman Megah Ria

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, Sabtu, 22 hb Sept 07 sekali lagi team PPR KRJJB melaksanakan pgm 3R buat kali yang ke 3 di Taman Megah Ria.Program telah di jalankan di Surau bermula jam 10.00 pagi hingga tarawih. KRJ telah di wakili oleh Pak Lang ( selaku tuan rumah ), Abg Bai, Abg Chik, Abg Kamil @ Sem, Abang Lokman & Abg Fauzan ( dari Kuantan Pahang), Kak Fida & Kak Ida. Bila hari semakin meninggi kelihatan pula Pak Long dan Abg Jamil. Bila menjelang petang kelihatan juga Pak De, Abg Faizal dan Pak Im. Tak lupa Umaira dari YPJ.

Program telah di hadiri pelajar tigkatan 1 hingga tingkatan 3. Dan yang bestnye untuk adik P, peserta seramai 11 orang semuanya adik tingkatan 3. Program di mulakan dengan Demi Matahari oleh Pak Lang & Abg Bai. Bukan sahaja nyanyian dan pergerakan malah... Demi Matahari dengan di kupas dengan lebih dalam melalui tanyangan multimedia dan penerangan tentang terjemahan surah As-Syam. Maka pada saat ini jugaklah baruku ketahui kenapa tidak kelihatan ayam berkeliaran di Tmn Megah Ria..rupanya ayam tmn Megah Ria berada di langit...

Seterusnya santapan rohani dari Abg Sem @ Kamil pasal solat Dhuha. Lepas Zohor adik-adik di pecahkan dalam kumpulan bersama fasi untuk lebih mengenali & sembang-sembang pasal solat & puasa. Selepas itu Abg Lokman pula beraksi dengan Explore De Qurannye...berpeluh -peluh adik-adik ni buat menjawab soalan2 EDQ walaupun surau itu nyaman kerana aircond tidak penat2 memberi perkhidmatannye dengan baik. Kemudian pecah lagi duduk dalam kumpulan untuk terus sembang pasal study. Kemudian program diakhiri dengan doa. Aktiviti bebas di lakukan sementara menunggu waktu berbuka...

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!