Sunday, September 23, 2007

KBM Kembali (3R) di MRSM Pontian...






MRSM Pontian, Jumaat 21 September- Alhamdulillah, Program KBM Kembali ( Remaja Raikan Ramadhan) berjaya di jalankan di MRSM Pontian dengan dihadiri oleh adik-adik tingkatan 3. KRJ diwakili oleh PakLong, Abu Nuha, Pak Im, Abg Bai, Abang Chik, Kak Mus dan Kak Ani.


Kami sampai seawal jam 6.30 petang. Kemudian sempat berbual-bual dan berbuka puasa bersama-sama pelajar sebelum solat maghrib, Isya dan terawih.

Yang perasannya, tingkatan 1 & 2, dengan aksi curiganya, tingkatan 3 dengan salam dan penuh ceria,Yang tingkatan 4 buat tak tau, Yang tingkatan 5 dengan salam dan senyumnya...


Program hanya bermula pada pukul 9.30 di dewan seminar...pak Long dengan slot keceriaannya, pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Pak Im dengan penyampaian Syoknya Ramadhan!, Pak Long dengan pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Abang Bai dengan kisah2 remaja di dunia Islam.


Sebelum berakhir pada jam 11.30 malam...kami sempat meraikan 4 orang adik2 sayang dan 6 orang adik kasih sempena hari lahir mereka yang ke 15. Tahniah semuanya... Terimakasih yang menyumbang bagi pihak KRJ dan terimakasih pihak MRSM Pontian yang mengizinkan kami.


Program bersambung keesokan harinya dengan qiamullail bersama Abang Bai dan abang Chik , Kak Muss dan Kak Ani...Sebelum pulang, adik-adik juga telah memberikan hasil kutipan mereka untuk 'Fast To Fund' tajaan JIM Pusat.


Program 3R KRJJ bersambung lagi ...kali ni di Masjid AnNur Taman Megah Ria pada pukul 9.30 pagi hingga solat terwih hari sabtu tu...nantikan reportnya dari Abang Bai . Khabarnya sedang demam, maklum lah non-stop berprogram sejak hari khamis di SMK Desa Cemerlang. Moga cepat sembuh Abang Bai...

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!