Monday, September 24, 2007

Program 3R di Taman Megah Ria

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, Sabtu, 22 hb Sept 07 sekali lagi team PPR KRJJB melaksanakan pgm 3R buat kali yang ke 3 di Taman Megah Ria.Program telah di jalankan di Surau bermula jam 10.00 pagi hingga tarawih. KRJ telah di wakili oleh Pak Lang ( selaku tuan rumah ), Abg Bai, Abg Chik, Abg Kamil @ Sem, Abang Lokman & Abg Fauzan ( dari Kuantan Pahang), Kak Fida & Kak Ida. Bila hari semakin meninggi kelihatan pula Pak Long dan Abg Jamil. Bila menjelang petang kelihatan juga Pak De, Abg Faizal dan Pak Im. Tak lupa Umaira dari YPJ.

Program telah di hadiri pelajar tigkatan 1 hingga tingkatan 3. Dan yang bestnye untuk adik P, peserta seramai 11 orang semuanya adik tingkatan 3. Program di mulakan dengan Demi Matahari oleh Pak Lang & Abg Bai. Bukan sahaja nyanyian dan pergerakan malah... Demi Matahari dengan di kupas dengan lebih dalam melalui tanyangan multimedia dan penerangan tentang terjemahan surah As-Syam. Maka pada saat ini jugaklah baruku ketahui kenapa tidak kelihatan ayam berkeliaran di Tmn Megah Ria..rupanya ayam tmn Megah Ria berada di langit...

Seterusnya santapan rohani dari Abg Sem @ Kamil pasal solat Dhuha. Lepas Zohor adik-adik di pecahkan dalam kumpulan bersama fasi untuk lebih mengenali & sembang-sembang pasal solat & puasa. Selepas itu Abg Lokman pula beraksi dengan Explore De Qurannye...berpeluh -peluh adik-adik ni buat menjawab soalan2 EDQ walaupun surau itu nyaman kerana aircond tidak penat2 memberi perkhidmatannye dengan baik. Kemudian pecah lagi duduk dalam kumpulan untuk terus sembang pasal study. Kemudian program diakhiri dengan doa. Aktiviti bebas di lakukan sementara menunggu waktu berbuka...

Sunday, September 23, 2007

KBM Kembali (3R) di MRSM Pontian...






MRSM Pontian, Jumaat 21 September- Alhamdulillah, Program KBM Kembali ( Remaja Raikan Ramadhan) berjaya di jalankan di MRSM Pontian dengan dihadiri oleh adik-adik tingkatan 3. KRJ diwakili oleh PakLong, Abu Nuha, Pak Im, Abg Bai, Abang Chik, Kak Mus dan Kak Ani.


Kami sampai seawal jam 6.30 petang. Kemudian sempat berbual-bual dan berbuka puasa bersama-sama pelajar sebelum solat maghrib, Isya dan terawih.

Yang perasannya, tingkatan 1 & 2, dengan aksi curiganya, tingkatan 3 dengan salam dan penuh ceria,Yang tingkatan 4 buat tak tau, Yang tingkatan 5 dengan salam dan senyumnya...


Program hanya bermula pada pukul 9.30 di dewan seminar...pak Long dengan slot keceriaannya, pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Pak Im dengan penyampaian Syoknya Ramadhan!, Pak Long dengan pengalaman dulu2 dan TIPS menghadapi peperiksaan, Abang Bai dengan kisah2 remaja di dunia Islam.


Sebelum berakhir pada jam 11.30 malam...kami sempat meraikan 4 orang adik2 sayang dan 6 orang adik kasih sempena hari lahir mereka yang ke 15. Tahniah semuanya... Terimakasih yang menyumbang bagi pihak KRJ dan terimakasih pihak MRSM Pontian yang mengizinkan kami.


Program bersambung keesokan harinya dengan qiamullail bersama Abang Bai dan abang Chik , Kak Muss dan Kak Ani...Sebelum pulang, adik-adik juga telah memberikan hasil kutipan mereka untuk 'Fast To Fund' tajaan JIM Pusat.


Program 3R KRJJ bersambung lagi ...kali ni di Masjid AnNur Taman Megah Ria pada pukul 9.30 pagi hingga solat terwih hari sabtu tu...nantikan reportnya dari Abang Bai . Khabarnya sedang demam, maklum lah non-stop berprogram sejak hari khamis di SMK Desa Cemerlang. Moga cepat sembuh Abang Bai...

Saturday, September 22, 2007

KBM Kembali 2 ( Mini 3R ) di SMK Desa Cemerlang

SMK Desa Cemerlang, Johor Bahru-Alhamdulillah, semalam 20hb Program mini 3R berjaya di jalankan di SMK Desa Cemerlang. KRJ yang di wakili oleh Abang Bai, Pak Imam, Ammar Salleh , Pak Long , KAk Fida dan Kak Ida telah bersama 85 orang adik-adik kasih dan sayang .

Program yang dari awalnya telah di asingkan antara KASIH & SAYANG dengan tujuan untuk memberi santunan yang lebih kepada mereka .
Walaupun masa kami bersama adik KASIH banyak di curi untuk menyelesaikan masalah teknikal seperti cari PA System dan extension wayar ...namun dengan masa yang cukup singkat itu kami dapat buat 2 perkara...3R dan juga terus berbicara pasal perubahan. 8 orang adik KASIH telah berkongsi perubahan diri.....dan lebih 3 org yang sebut nama kawanye secara spesifik yang banyak bantu untuk diri mereka terus berubah..yang selalu ingatkan apabila terlupa

Alhamdulillah selepas Asar , Pak Long menyampaikan 5 persiapan sebelum exam. Dan majlis di tutup dengan kata-kata MAMA ( kaunselor sekolah) yang antara isi penting untuk KRJ yang ana nak kongsikan ialah : -

1. Pengetua sangat berpuashati dengan kehadiran follow up kali ke 2 ni..lebih ramai banding yang dulu.


2. Pengetua & Penolong kanan cakap lagi yang pihak sekolah sangat berpuashati dengan perubahan yang masih di kekalkan oleh peserta KBM.

3. InsyaAllah kalau jadi minggu depan 26hb nak jemput KRJ untuk Iftar bersama guru dan pelajar Islam terutama yang henak ambil exam sebagai tanda sokongan pihak sekolah.

4. MAMA dah book KBM tahun depan adalah pada 2&3 Februari 2008.


Selepas itu kami semua pun balik kerumah masing-masing dengan alamat yang betul...ada yang berbuka dengan keluarga di rumah...ada yang dengan kawan-kawan di rumah ..ada yang sorang-sorang atas jalan raya dan ada jugak yang sorang-sorang di pejabat JIM...hmm... teka siapa la tu?

..TAHNIAH TEAM KRJ JOHOR...

-laporan oleh Kak Fidah-

Akhirnya, dipaparkan sebahagian dari SMS seorang adik kasih...

...Terime kasih sekali lg kerwnw tlh dpt mengubah diri ini spaya menjadi seorg hamba Allah yg solehah segala nsiht & dorongn serta kenangn manis x mungkin akn dapat saya lupekan. Kenang daku dlm doamu dan doakan kjayan saya dlm SPM ye..KAU BAGAIKAN UDARA YG MMBNTU AKU UTK TRUS HIDUP DI ATAS DUNIA TANPAMU KU LEMAH SUNGGUH.AKU X BERDAYA KERNA KAU PENYELAMAT DUNIA...selamat malam & selamt mnjalani ibadah puase :-)

Saturday, September 15, 2007

KBM Kembali di SMT Jasin

Semalam 1 Ramadhan ( 13 September 2007) Krew KRJ telah berkesempatan utk terbang ke Jasin, utk bertemu dengan para penumpang yang telah 13 hari ditinggalkan tanpa khabar berita, kecuali menerima beberapa sms dari dua tiga orang bekas penumpang.

Krew KRJ kali ini dianggotai oleh semua otai2, tanpa pewaris2 yang biasanya ada menemani.
PakLong, PakLang, Pak Uteh, PakAnjang, Pak Im, Pak Imam,PakCik Ismail KRI, Kak Mus dan Kak Anie adalah mereka yang telah terbang seawal 6.30 pg dari JB. Setelah singgah mengambil krew di beberapa lokasi, pesawat KRJ telah selamat sampai pada jam 9.15 pagi
di dewan besar SMTJ, kecuali Pak Imam dan Pak Cik Ismail agak terlewat sedikit sebab mereka sekadar menunggang kancil Pak Imam ... mereka sampai sekitar jam 11pg,
dengan berbekal VCD dan DVD program KBM (tak leh bawa bekal lain, sebab depa puasa)

Kehadiran kami telah disambut dengan tepukan meriah oleh anak2 kasih dan sayang yang sememangnya telah menanti kami didewan, begitu juga dengan beberapa sahabat dari JIM
Melaka ( cuma abang Long yang lewat sampai, apa hal lah orang Cheng datang lambat ni ! )


Tepat 9.25am, Tn Pengetua membuka bicara & seterusnya menyerahkan program kepada KRJ, apa lagi... bila dah dapat mic, paklong pun mulalah dengan celoteh sikit2. Sikit ajer. Bermula dengan dengan demi matahari, satu tekad ( tapi sorry... tak de chicky dance, tapi bebudak tu tetap happy) dan seterusnya dengan sikit2 modul KMKY.(pada akhir program PakLang buat nakal sikit, dia alunkan lagu chicky dance juga, teruja beb bebudak tu)

Disusuli Pak Lang dengan tayangan video, imbas kembali inteam dan seterusnya luahan rasa anak2 kasih dan sayang. Jika diperhalusi daripada apa yang mereka luahkan dalam
tulisan mereka, sebenarnya anak2 kasih dan sayang ini amat menantikan kehadiran KRJ kesekolah mereka. (dah diputuskan tulisan mereka dalam kertas A4 tu mesti
diserahkan kepada pihak sekolah selepas ini, pihak sekolah perlu tahu, tindakan seterusnya amat perlu dari mereka )


Seterusnya PakAnjang telah menyampaikan tip2 utk mengekalkan perubahan agar ianya terus berkekalan. Pada akhir pertemuan tengahari itu, KRJ telah memberi peluang kepada orang Melaka untuk memperkenalkan diri... depa memang hebat beb,baru beri peluang ta'aruf, tetapi lagaknya gayanya macam beri ceramah, tak percaya tanya Pak Lang. InsyaAllah pengendalian dari orang Melaka sememangnya akan lebih mantap pada masa akan datang... kita nantikan.

Oh ye, KRJ juga mengambil peluang utk celebrate besday beberapa orang anak2 kasih dan sayang,15 org kesemuanya, ada yang terharu bila kita celebrate kat depan kawan2
mereka, kira OKlah tengahari tu... cuma tak de kek jer. Selepas inilah PakLang memaklumkan anak2 di SMTJ ini adalah.... "anggota KBM Melaka, Angkatan Pertama "Ooooo happy depa beb... dapat gelaran tu. Kat Johor pun tak de apa2 gelaran lagi.

Selepas tamat program ,KRJJ telah mengadakan sediktiperbincangan dengan orang Melaka di surau SMTJ. Alhamdulillah, perbincangan yang amat baik yang dijangka akan memberi kesan kepada KBM utk berkembang diMelaka. Kalau ada rezeki, insyaAllah KRJJ akan datang membantu, kalau kena masa dan waktunya.

Tepat jam 3 petang, krew KRJJ pun memohon mengundur diri, maklumlah petang tu , ramai yang ada temujanji utk pergi berbuka puasa kat mana2. PakLong, Pak Uteh dan Pak Anjang dah janji dengan anak2 utk berbuka kat rumah atuk2 depa. PakLang berbuka kat Darul Hanan, PG (abang Bai and the gang mesti menanti2 kehadiran Pak Lang) Pak Im berbuka dengan anak2 kat rumah ajer kot, sempat ke beli jajan petang semalam? Pak Imam dan PakCik Ismail balik mesti nak tidur, sebab depa tak tidur dari malam sebelumnya (kerja malam). Orang bujang,... Kak Anie dan Kak Mus udah tentu berbuka dengan kawan2 serumah. Yang penting, kita telah sempat dan selamat berbuka petang semalam.

Pape pun, semuga permusafiran kami selama setengah hari itu diberkati Allah hendaknya... terutama diawal Ramadhan ini. Dan terimakasih kepada yang telah bersama ke Jasin dan juga
JZKK kepada semua orang Melaka. Abang Long ! Senyum sikit.

PakLong

Sunday, September 09, 2007

KBM Kembali - SMK Sri Rahmat

Sekolah Menengah Sri Rahmat, Johor Bahru - 7hb September 2007

Alhamdulillah syukur KRJ Johor telah mengadakan pgm follow-up di SMK Sri Rahmat bermula jam 5.30 hingga waktu Maghrib. Seramai kira 80 org pelajar telah hadir. Antara pengisian program adalah :

1) Semarak Ramadhan oleh Abu Nuha
2) Tazkirah Ringkas oleh Pak Anjang

3) Perubahan diri & doa penutup oleh Abang Bai

Laporan ringkas oleh Abu Nuha

Friday, September 07, 2007

Selamat Datang Ramadhan al Mubarak

Nuhanni-u-kum bihululi..syahru romadhan al mubarak...(apa tu ustaz, tanyaku dalam hati)...Tahniah kerana telah berpuasa cukup tahun lepas, selamat datang Ramadhan al mubarak...begitulah kata2 aluan Ustaz Aminuddin Ruskam dalam Majlis Diskusi Hidayah di surau Sekolah Islam Hidayah tadi. Sempena kedatangan Ramadhan yang semakin dekat ini marilah sama-sama kita membaca sedikit peringatan sebagai ulangkaji untuk lebih bersedia menghadapinya ( diambil dari risalah Semarak Ramadhan JIM JB).
Moga amalan puasa kita diterima Ilahi sebagai amal soleh. Selamat berpuasa semuanya
7 Perkara Bagi Menjaga Kesempurnaan Puasa

1. Menundukkan pandangan dan menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci.Setiap masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.

2. Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al-Qur’an.

3. Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci (makruh) kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.

4. Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang subhat (meragukan) pada ketika berbuka.

5. Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh menundukkan musuhnya (syaitan) dan mengalahkan syahwatnya jika orang yang berpuasa tetapi ketika berbuka ia memakan berbagai makanan sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu siang?.

6. Mengurangkan tidur. Ramai orang yang terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah)
“bahawa tidurnya orang berpuasa adalah ibadah”, padahal telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, apabila bulan Ramadhan tiba, beliau melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak keluarganya berbuat seperti itu pula” (Bukhari-Muslim)

7. Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan “tergantung” antara cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan kebaikan.
Ramadhan Menggamit Kita,
Ramadhan Melambai Kita…
Mari Bersama Menyemarakkannya
-PAK IM-

KBM Kembali - SMT JB


Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, 5 Sept – Alhamdulillah, Satu Program Follow-Up’@ Semarak Ramadhan telang berlangsung di surau sekolah berkenaan. Program dimulakan selepas sembahyang Maghrib dengan penyampaian bermultimedia ’Semarak Ramadhan’ oleh Pak Long dengan dihadiri oleh semua pelajar asrama. Selepas Isya pula Program Follow-Up khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 telah dikendalikan oleh Abang Bai, Kak Fidah dan Pak Im. Antara pengisiannya ialah ’inteam 02’, perkongsian pengalaman menuju perubahan dan tayangan CD proram KBM tempohari.

Penggerak KRJ lain yang turut hadir ialah Pak Anjang, Pak Imam, Kak Muss, Kak Ani Kak Yati dan Kak Ida. Terimakasih diucapkan kepada semua...Moga adik2 SMTJB dapat merasakan kesinambungan KBM dari program ini.

Monday, September 03, 2007

Pesawat KRJ Mendarat di SMT Jasin.....


( INILAH DIA PESAWAT-PESAWAT KRJ JOHOR...MASIH BANYAK LAGI STOK NYA KAMI SIMPAN ... )

PESAWAT KRJ MENDARAT DI JASIN MELAKA.....

Saya sangat tersentuh dan seronok kerana dilayan amat mesra, walaupun saya bukan pelajar Islam. Program ini banyak memberikan keinsafan pada saya, walaupun banyak yang diperkatakan dalam program ini saya tak faham.Saya berharap semua kawan2 dapat berubah kepada kebaikan dan memperolehi kejayaan dalam SPM nanti". - Ah Chong ( SMT Jasin )

Alhamdulillah, pada 31 Ogos & 1 Sept 2007 yang lepas. KRJ johor telah dipilih oleh Allah swt untuk melaksanakn program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) di SM Teknik Jasin Melaka. Alhamdulillah Program yang sepatutnya dihadiri oleh 341 orang pelajar telah dihadiri oleh hampir 260 org pelajar termasuk Ah Chong tu....

ROAD TU JASIN ( R2J )

Pada petang khamis tu, kami yang dari JB agak kelam kelibut sikit, mana tak nya, barang2 yang perlu di bawak punyalah banyak, kemudian ditambah plak dgn PA System KRJ yang baru berharga RM 3000. So petang tu 5 buah kereta dan sebuah 'Everes't telah berlepas ke Jasin,,...kira macam Road to Acheh...kami terus ke Jasin tanpa menoleh ke mana2 RnR di atas kelewatan bertolak...

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 mlm kami tiba di Jasin, dan terus ke dewan...tengok2!! eh!! Ada budak2 tegah gunting rambut ala mawi kat dewan..ops! wrong place da...rupa2 nya kena kumpul kat surau ler....

Malam tu kami makan2 nasi goreng ikan bilis bakar, then solat jama’, Ta'ruf ringkas then abang bai buat briefing sikit utk fasi2 dari melaka....dan malam tu jgak abg bai & kak fida ambik fasi dari KL + Nilai..huhu...kami tido pukul 3.45 pagi tau....

KNOWING ME KNOWING YOU ( KMKY )

Alhamdulillah, hasil syura last minute, kami decide utk buat prgm kat dalam dewan jer, so memang gamat ler dewan pagi tu, mana tak nya...org2 yang giler pegang microfon sumer kumpul 1 tempat..Pak Long + pak Uteh + Abg Bai yang handle slot ni....memang kecoh semacam aje...nasib baik pak anjang kena jaga baby baru dia ( PA System baru )...kalau tak..makin gamat ler gamaknya....alhamdulillah KMKY pagi tu berjalan lancar...Army yell juga amat menarik apabila disertakan dgn KLAS.

KMKY pagi tu di tutup dgn Chicky Dance..haha...dapat ler tengok ayam2 sopan jasin pagi tu...dan ternyata mufti KRJ pun layan sama chicky dance yang telah di sopankan
tu...

SOLAT JUMAAT

So..disebabkan prgm buat pada hari jumaat & sabtu...so kami pun pi solat jumaat kat masjid2 berhampiran Sekolah..

Terima kasih pada pak khatib yang berjaya membaca khutbah sehingga mampu menidorkan kami semua...ngantok beb...

Ada orang tu sampai nak tergolek ke belakang tau...yang angguk2 paham memang ramai ler....huhu

INTEAM

Erm...petang tu after solat jumaat, Pak lang the legend pula beraksi...pak lang yang baru2 nak belajo guna Head Mic nampak macam kekok je...tapi kalau da nama otai tu...ok aja lepas tu...nampak lebih profesional ar...chaiyok pak lang...

Inteam yang start pukul 3.00pm tamat tepat jam 5.30pm...haha!!! jgn tak tau...macam2 style pak lang buat ptg tu...dgn gaya tangan yg mula bebas utk bergaya...

Tahniah buat adik2 Kasih & sayang yang berjaya memberi komitmen dgn baik sehingga mampu memberi Kesan yang luar biasa...tahniah sekali lagi abg ucapkan....

KULIYAH MAGHRIB... ( KM )

Kuliya maghrib malam tu diberikan oleh abg long gudang pasir pasir gudang....hihi..

Kalau abg long yang bagi...mmg dasat beb....habis semua gerakan fizikal di aplikasikan...

Mana tak nya...kalau sapa yg ada masa tu..dapat tgok abg long...

- mula2 pegang Kitab sambil duduk...

- kemudian tutup kitab berdiri pulak...

- Kemudian Letak kitab kat bawah..

- kemudian apa lagi...keluar lah aksi2 Hebat dia...huhu

MENITI ANGIN MALAM... ( MAM )

Meniti angin malam pulak di mulakan dgn kita melihat betapa matahjari menerangi kita...kemudian bulan mengelilingi bumi...kemudian langit serta hamparanya...hah!! apa lagi....demi Matahri la beb!!!!

Kemudian pak lang terus memandu laju Pesawat KRJ pada malam tu macam memandu Iswara JHU 6867 dia tu...Cuma ada kat beberapa part tu agak tersekat2 cikit...

Yela..almaklum ler PA baru kan...tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Tahniah sekali lagi kepada adik2 kasih & sayang yang mampu memberi komitmen dgn baik...termasuk ah chong....gud boy chong...hihi....

Malam tu juga menyaksiakn pak im melaksanakn tugas nya dgn cemerlang, begitu juga pak tam selaku CEO KRJ Johor yang baru, juga berjaya menyempurnakan slot malam tu dengan jaya nya...Gud job utk u'all .....

Masa lakonan, ada fasi yang nangis sampai tak bole bangun...huhu....sapa la tu...


TAZKIRAH SUBUH


Sekali lagi abg long diberi amanat utk bagi tazkirah plak...

Hah!! Kali ni dia pegang kitab dia dari mula sampai habis...

Tapi!!! Gaya dia tetap ada Beb...

Point pnting abg long ialah , ada 6 S yang rosakkan umat islam...

  1. Smoke
  2. Sex
  3. Sport
  4. SMS
  5. Screen
  6. ??? sapa dapat jawab saya bagi hadiah ( ** khas utk adik2 KRJ jer )

HIJRAH

Alhamdulillah...hijrah pagi tu berjalan lancar...Cuma pada mulanya agak membengangkan ..mana tak nya PA system kat dewan terbuka tu tersangat lah menyedihkan...berapa kali abg bai ketuk speaker PA tu...hihi...then kami pindah kat surau..tu pun puas convince pak sedara aku tu...hihi...

Kat surau...everything ok...pak long dan pak im berjaya menghijrahkan adik2 ni...gud job tuk u’all...tepat jam 12.00 pm...kami mula melangkah keluar utk menemukan adik2 ni... sambil berjalan kami berzikir...

KU SAYANG IBU : KU SAYANG AYAH ( parents )

Masa ni agak haru sikit, yelah mana taknya almost 140 parents yang datang, ramai kan...20 kali ganda dari parents yang hadir kat satu sekolah tu...huhu...

Dan kali ni...mak si bai dan faizal pun dtg jugak...so..merasa la si bai & faizal tu dengan penangan pak lang...nak tau citer selanjutnya pasal mak bebudak duo orang ni...jumpa dioranng sendiri...huhu...

Tengah hari tu menyaksikan beberapa adegan yang amat menyayat hati sehingga menjilat jari...tahniah kepada pak lang yang berjaya mengendalikan slot dengan baik...

Kelihatan titisan air mata adik2 ni yang mencurah2 ibarat air terjun di sagil....maybe lepas ni nak kena provide tisu siap2 kot....hihi...

Masa ni juga menyaksikan ramai pelajar yg tampil kehadapan utk beri luahan rasa hati... pelbagai cerita bukan dongeng yang keluar...pelbagai luahan dan cerita yang keluar masa tu...sehingga mampu menitiskan air mata insan “ berHati Batu “...hihi....

Slot parents petang tu di susuli dgn peluk dan salam KRJ....alhamdulillah walaupun penat dan lenguh2 badan...kami tetap meraikan adik2 ni sehingga ke insan yang terakhir...

Slot ptg tu di tutup dgn Chicky dance Sopan KRJ....huhu,,....

ROAD TO JB ( R2JB )

Selepas bergotong royong mengemas barang2 KRJ yg banyk yang amat...kami pun beramai menuju ke Telok Mas ....buata pa kat situ...hah!! dgr citer kat situ ada banyak emas...so kami reramai cadang nak pi kutip ler...hihi...taklah...Telok Mas tu rumah abg bai...saja nak pi ziarah keluarga abg bai...nak kenal2kan dgn otai2 KRJ Johor...

Tepat jam 6.00pm...kami reramai bertolak ke JB...dalam kedaan sgt penat & mengantok....sempat toleh ke RnR pagoh utk berhenti solat jama’ dan makan malam...

Pak imam sempat Promote nasi ambang dia...huhu.....

Pak Anjang sempat promote minuman kegemaran dia sampaikan

nak tertinggal lap top kat citu...

Bai sempat tido kat meja restoran....

Malam tu...kami berpecah balik ke JB...bai balik rumah pak long...dgn muka tak malu nya tido ruma pak long...hahah...nak tau kenapa tido rumah pak long....bukak ler blog abg bai....

TAMAT!!!!!!!!!!

Sekalung Penghargaan buat :

Tuan pengetua Cikgu aziz, Kaunselor sekolah cikgu khadijah, adik2 kasih & sayang, pak guard yg mesra alam buana, mak cik kantin yang sportings, abg Technician yang penuh teknikal serta pelakon tambahan adik2 pelajar tingkatan 4....hihi...ops! tertinggal ikhwah/at JIM negeri Melaka....

Setinggi Ungkapan ” antum mmg hebat ” kepada :

Pak Long, pak lang ( pak lah ), pak anjang, pak uteh, pak im, pak tam, pak de, pak chu, pak imam, pak kay, abg long, kak fida, kak yati, kak ani, kak fafa, abg bai, abg BOB, hazim, ’ammar taqi, ’ammar salleh, amin mokri, Ustaz fadhli, rozi, faizal, abg mail, ihsan jepun, hafeez Utem, khairul hakim, Iqbal, Adib, Nissreen, Nabihah, Nurin, Norizzah Hazirah, asma’ amin, idayati, mawaddah,farhana, saima’ dan FATHIYYAH yang demam hari tu...

Sekian saja utk episod kali ini....

Sehingga berjumpa lagi....

Salam teletubbies dari tuan pengarah:
Mohd Hafiz Bai
Pengar Prgm KBM
SMT Jasin.

Bai : mesti ramai jeles coz dalam citer ni asyik kuar nama bai aje...hahah..kalau nak nama sendiri kuar...mudah aja...buat ler report sendiri...huhu

SURE - SUkan REmaja 2009!!!