Barisan Crew pesawat KRJ 140707... akhirnya pesawat berjaya landing dgn selamatnya...!!! " saya sayangkan ibu saya!!! " " jangan jadikan Monyet sebagai idola cinta kita...." ( cinta monyet ) " kasihnya ayah pada anak-anak nya " " Bilakah kali terakhir kita memeluk ibu ayah kita??? "
MUQADDIMAH
Alhamdulilah...
Pada tarikh 14 & 15 Julai yang lalu, KRJ Johor sekali lagi telah diberi kepercayaan & penghargaan untuk membuat satu lagi program “ Keindahan Bersamam Mu “ di SMK Desa Cemerlang.
Maka berlepaslah Pesawat KRJ yang bernombor 140707 bersama 2 kapten pesawart, 10 Pramugara, 7 pramugari dan 110 penumpang yang merupakan pelajar-pelajar cemerlang SMK Desa Cemerlang.
KNOWING YOU KNOWING ME. ( KMKY )
Slot pengenalan KRJ yakni KMKY pagi itu di terajui oleh pak long dan kembar tak seirasnya pak uteh juga dibantu oleh abg bai. Sejuta penghargaan buat adik2 SMK Desa Cemerlang yang dgn sendirinya mahu di gelar “ Kasih & sayang “.
Pagi itu juga dapat di saksikan adik2 kasih & sayang ini beraksi dgn nama2 kumpulan nya yang kreatif-kreatif belaka, diantaranya ialah :
( Kumpulan Sayang ) – Rock Alim, DC Stylo, JKJR, Student DC,
( Kumpulan Kasih ) - Beatiful liar, Lady Bear, Kasih Bistari, Soul Mate,
Tahniah kami ucapkan kepada kumpulan yang telah menjuarai slot Army yell pagi itu...mabruk buat antum !!!!
INTEAM
Kemudian , selepas solat zohor 4 rakaat, eh! Betulkan zohor 4 rakaat???
Program diteruskan dengan slot INTEAM, dan sekali lagi Kumpulan INTEAM tak dapat menyertai program kita pada hari itu, maka terpaksalah abg bai & kak fidah menerajui slot tersebut.
Tahniah buat adik2 kasih dan sayang SMK Desa Cemerlang yang sememangnya sentiasa cemerlang apabila berjaya memberi komitmen dgn baik. Tatkala program ini, kelihatan pramugari & pramugara KRJ kian kurang dan kejap bertambah..?? Kenapa yerk!!
Rupa-rupanya diorang pergi ke rumah kenduri kahwin salah seorang crew Pramugari KRJ....huhu...abg bai & kak fidah, juga kak muss pun tak lepaskan peluang, habis jer handle slot INTEAM, kami terus memecut menuju ke tapak perkahwinan....
RIADHAH...
Riadhah petang itu, macam biasa lah!! Kita asingkan adik2 kasih dan sayang..
Terima kasih buat abg ’ammar, abg amin & mohamad serta kakak fasi yang telah berjaya meRIADHAHkan adik2 kasih dan sayang.....huhu
KULIAH MAGHRIB
Ahamdulillah, petang itu, datang lagi seorang crew KRJ yang sememangnya otai paling besar, sapa lagi kalau bukan tuan CEO KRJ, abu nuha...abu nuha sempat memberikan kuliah maghrib kepada adik2 kasih & sayang...
Kepetahan dan keHEBATan abu nuha berpidato telah menarik minat adik2 kasih & sayang untuk mendengar kuliah abu nuha walaupun dalam keadaan keletihan...
SLOT MALAM...
Malam itu, pak anjang pula beraksi...masih teringat lagi lagu yang pak anjang nyanyi malam itu..
” tuhan...aku memanggil mu ”
” tuhan.......
Kehebatan pak anjang sememangnya tiada taranya, lawak serta keseriusan nya telah membuat adik2 kasih & sayang merasa terpukau sebentar pada malam tersebut...chiyok pak anjang....!!!
HIJRAH
Alhamdulillah, pagi ahad itu, menyaksikan adik2 kasih & sayang semakin bersemangat utk meneruskan penerbangan bersama KRJ...dan pagi itu dimulakan dengan Teka-Teki dari Abg amin & abg’ammar, kemudian teka-teki oleh abg munawwar....
Kemudian diteruskan dgn slot HIJRAH, kali ini di asingkan adik kasih & sayang, maka pesawat KRJ pun terus terbahagi kepada 2, tengok!! Canggih tak canggih nya pesawat KRJ!!! Boleh belah 2 lagi...hihi...
Hijrah kali ini di serikan oleh pak anjang khas utk adik2 sayang. Dan pak anajng telah membuka cerita pasal CINTA kepada adik2 sayang....
“ Jika CINTA di beri pada tangan ??
“ Jika CINTA di beri pada kaki ??
” Jika CINTA diberi pada Hati ???
KU SAYANG IBU : KU SAYANG AYAH...
Alhamdulillah, untuk terakhirnya, Pesawat KRJ pun hampir tiba di destinasinya, tetapi sempat menjemput ibu & ayah adik2 kasih & sayang untuk bersama-sama menuju ke destinasi...
Segala puji bagi Allah d atas segala nikmat yang diberikan...akhirnya pesawat KRJ berjaya tiba dengan jaya nya.....setelah hampir 40 minit di tahan oleh 2 orang pegawai di lapangan terbang, terima kasih buat adik2 kasih & sayang yang berjaya melakukan sesuatu bagi memberi pelepasan kepada Crew KRJ....alhamdulillah....
TAMAT....
Maka itulah dia, hasil laporan terpanjang sekali dari crew penerbitan KRJ. A secial thanks to :
( Pak Long, pak uteh, Pak Anjang, Pak Tam, Pak IM, Abu Nuha, Pak imam, Abg bai, amin, ‘ammar, Jamil, Usher, Munawwar, Mohamad KB, serta abg mail... )
( kak fidah, kak muss, kak yati, kak ida, kak ani, beserta 3 orang fasi yang didatangkan khas dari UTM, juga thank you very much buat Mama SMK DC..... )
Bai : Untuk makluman semua, ini adalah program terakhir Abang Munawwar bersama KRJ, beliau akan menyambung pengajian ke Uni. Al-Azhar di Mesir....Sedihnya!!!!!