Friday, July 13, 2007

KRJ BP di SMK Kolam Air...TAHNIAH!

Tarikh:7 dan 8 Julai 2007
Tempat: SMK Kolam Air, Batu Pahat
Program: Keindahan Bersamamu(KBM)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KRJ BP dah selesai menjalankan program di SMK Kolam Air untuk kali ketiga (2004, 2005 dan 2007) dengan peserta seramai 118 orang. PK 1 memberitahu, tahun lepas sekolah jemput orang lain utk buat progmra ni, tapi dia kata tak puas hati... Syukur bukan hanya krew KRJ saja yang ramai semasa program, tapi guru-gurunya pun agak ramai turut bersama-sama terutama semasa program malam dan penutup.Pengetuanya akan pencen pada bulan September. ni, so dia berucap agak panjang (rasanya hampir setengah jam ). Walaupun dah pencen tapi dia nak pastikan program KRJ akan tetap diadakan pada tahun-tahun akan datang. Antara hasratnya selepas pencen nak terlibat dengan NGO. So sayapun semasa bersalaman dengannya mengambil kesempatan mempelawa dia untuk beri ceramah semasa slot bersama parent. Dengan rendah diri dia kata dia tak pandai tapi kalau nak meramaikan tu bolehlah... Komen dari guru-guru amat positif begitua juga ucapan wakil parents...

Secara keseluruhan program berjalan seperti mana yang dirancang dan diharap... Begitulah agaknya dengan modul KBM yang sudah mantap.. so hasilnya sama saja jika di buat di JB atau Perak... cumanya beberapa seni dalam pengendalian program masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. .. KRJ BP bakal kehilangan Pak Cik Roslan yang telah berpindah ke JB tetapi masih mengendalikan slot inteam dan program di luar... mungkin selepas ini kami terpaksa mencari penggantinya yang tak tahu siapa

Sekadar itu laporan dari BP... yang terlalu jarang untuk membuat sesuatu laporan setelah selesai program

Mak Chu

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!