Sunday, July 01, 2007

KRJ Bersama MRSM seMalaysia








Tarikh 29 Jun ( 9 malam) hingga 1 Julai (9 pagi)
Tempat: Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor
Baru program Back 2 Nature cuti sekolah tempohari ada lagi satu?... begitulah adik-adik. Kali ni bersama pelajar dari 37 buah Maktab Rendah Sains MARA seluruh negara. Program TOT (Training of the Trainers)ini adalah sebahagian dari Program Usahawan Muda(PUM)MARA untuk pengurus syarikat yang mewakili MRSM masing-masing. Setiap MRSM diwakili oleh 2 orang (1 lelaki 1 perempuan) dan seorang guru pengiring.
Setelah 6 bulan menanti, impian menjadi realiti. KRJJ telah mengendalikan 4 slot utama dalam program selama 36 jam ini iaitu:

1. Forex change (KMKY)
2.KULSUB (Kuliah Subuh)
3.Cash Overflow
4.Explore de'FUTUR
5.All Night Long (Meniti Angin Malam)

Program kali ni tuan rumahnya adalah MRSM Pontian yang telah pun mengenali dan bersama dengan KRJ... Jadi ianya merupakan initiatif dari guru di MRSM menjemput kami mengendalikan pgm ini? Terima kasih tidak terhingga kepada Pn Syariah .. guru di MRSM yg telah pun "bertarung" sehingga pgm ini berjaya dilaksanakan. ... Juga program ini secara keseluruhan dikendalikan beberapa pihak iaitu KRJ, MARA dan Johor Corporation ...

USAHAWAN MUDA ? Kami pun pada awalnya tidak pasti bentuk program yang kami nak buat... siapalah KRJ nak sebut pasal usahawan.. berbanding dengan pihak MARA dan JCORP... akhirnya KRJ merumuskan bahan yang bakal kami sampaikan ialah kearah bakal usahawan dan korporat berTAQWA pada masa hadapan.... So secara tidak langsung pihak MARA dan JCORP banyak memberi sentuhan Intelektual, KRJ merekabentuk program dengan banyak memberi sentuhan Emosi dan Spiritualnya.... Akhirnya kami mengolah program KBM (Keindahan Bersama Mu) dan disesuaikan dengan bakal usahawan ini...... maka berlaku sesi 'ice breaking' ala KBM dan akhirnya merumuskan pentingnya para usahawan mempunyai sentuhan "human relation" yang cukup baik....

Sesi pagi Sabtu .... penuh dengan agenda set up company, jual produk, kemahiran berunding dan seumpamanya. ......... .... petang sesi trekking (KRJ pernah ditanya apa pulak perlunya program usahawan sampai kena treking oleh pihak MRSM Pontian) ... akhirnya dapat juga KRJ buktikan bahawa trekking itu cukup menarik dengan misi mencari untung yang maksima... dengan pelbagai check point.... kaunter zakat, income tax, peminta sedekah, sebuah kampung yang perlukan bantuan pembinaan masjid, pasar borong dan seumpamanya... , tahniah pada Pak Anjang (Salleh Kasim) yang merekabentuk pgm ni...

Malamnya..... mereka diinsafkan dengan muhasabah diri hubungan dengan Allah, ibu bapa dan diperingatkan dengan kematian....

Bagi KRJ program kali ni cukup istimewa... berjaya kami mencipta sejarah buat program Nasional MRSM (37 MRSM) bukan saja dengan pelajar tapi dengan the decision maker. .. guru- gurunya..... kami juga mencipta sejarah buat program untuk pelajar dan guru serentak... satu pengalaman yang menarik juga.

SLOT KRJ habis 9.00 pagi Ahad dan program keseluruhan selesai pada tengahari ini (Isnin)... setakat petang semalam KRJ telah mendapat isyarat rating utk KRJ cukup baik....


Pendekkan cerita, pada penghujung program kami telah dihujani dengan beberapa soalan, diantaranya ialah:

1) Boleh KRJ datang ke tempat kami utk buat program?
2) KRJ ada modul2 lain, modul follow-up macamana?
3) Di negeri2 lain ada KRJ juga ke?
4) Boleh dapatkan contact no KRJ tempat lain?
5) Berapa kos program2 KRJ?
6) Mana KRJ dapat ramai2nya anak2 muda membantu program ni?
7) Boleh tahu sejarah KRJ? 8) Macamana nak jadi ahli KRJ?

Alhamdulillah semua soalan tersebut telah dapat dikupas dengan baik oleh otai2 KRJ.

Ada wakil dari MRSM yang berhajat meminta KRJ mengadakan
program seumpama ini ditempat mereka .Diantaranya ialah dari utara semenanjung hingga melangkaui Negeri Sabah...Wakil dari KEDAH, PENANG, PERAK, MELAKA, SABAH
SELANGOR, NS, JOHOR, KELANTAN & TERENGGANU

Dan hampir semua wakil MRSM telah menempah CD program KRJ dengan tujuan untuk 'mempersembahkan' kepada pihak Maktab masing-masing


Banyak cerita yang ingin kami kongsikan... ..... Semoga program yang dilalui akan menjadikan mereka usahawan yang soleh wa musleh . Selamat berjuang adik-adik PUM...

Masih ada lagi setengah hari sebelum program tamat (semasa artikel ni ditulis). Yang pasti kami telah tinggalkan mereka dengan seribu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan.


Ulasan , gambar dan komen peserta akan menyusul kemudian. Terimakasih kepada semua yang terlibat... terutama kepada Pengarah Program, Prof Dr Razman Salim ( Pak Tam ), CEO
KRJ Innovation ( Abu Nuha ), semua otai2 KRJ, pengerak2 KRJ, team pewaris KRJJ, team KRI JIMJB, YDP JIMJ serta seisi keluarga, Ketua Wanita JIMJ,beberapa orang AJK JIMJ dan Wanita JIMJ serta semua yang telah terlibat secara langsung maupun tidak. Rasanya seramai lebih 30 fasilitator dan pengendali telah turut serta dalamprogram tersebut.


Ulasan oleh Pak Im, Pak Lang dan Pak Long

4 comments:

mujahid said...

best!!!harap adik2 ni jadi usahawan bertaqwa

farhana_tgb said...

thanks to all krj....

Anonymous said...

juz want 2 say thx u 2 all krj faci...u guys done a great job..=]
aishah_pdrm..

nadia_mjscQTN said...

hummm....rndu kat team krj n member2 mrsm se-malaysia.....keep in touch.>!!!!

SURE - SUkan REmaja 2009!!!