Tuesday, June 19, 2007

SMKA JB...16 & 17 Jun

Assalamualaikum

Laporan oleh Asma Aminuddin di bawah... Tahniah kepada semua yang terlibat. Jadual KRJ pack betul weekend lepas, Hutan Bandar bersama Pengawas SRIH, KBM di SMKA JB dan sempat berfutsal pulak di Millenium Soccer pada Ahad malam...penat?eh, x de la kan Pak Long, kalau tak tak kan boleh score malam tu. Esoknya pulak meeting untuk program hujung bulan ni.
Kemana pulak hujung minggu ni...orang2 JB di SMK Sri Perhentian Pontian dan MRSM Pontian...dan di Batu Pahat dan Perak pun ada...


Johor Jaya 16 & 17 Jun - Alhamdulillah dengan izinNya, KRJJ telah melaksanakan program Keindahan Bersamamu di SMKA JB dengan kehadiran seramai 131 orang pelajar Tingkatan Lima. Sampai juga KRJ di SMKA JB...rasanya dari tahun lepas ingin kesini


Slot Petang...sesi senaman muka...
Macam penah nampak je kat TIV...
Program Hijrah bersama Pak Long di surau. Peserta lambat datang kerana Q gosok baju batik...

Laporan Penuh oleh Asma Aminuddin

sabtu, dari pagi sampai ke malam ,16 /06-SMKAJB here we come..

pagi indah nian dengan matahari bersinar riang:) satu lagi episod baru kbm bermula dengan semangat membara krj -almaklum lah, baru lepas sarapan dirumah pak long dan masakan nasi lemak dan lempeng kelapa mak long menjanjikan energy yang banyak utk fasi jadi lebih bersemangat. ..

adik2 tingkatan 5 jadi milikKRJ sepenuhnya untuk 'ditimang-timang' bila akad pak long menerima adik2 kasih sayang yang 'sempurna' anggota tubuh badannya..dan slot knowing me knowing you ala2 riang ria rejoice terus menjadi lebih hangat dari biasa utk memecahkan dan mencairkan iceberg2 yang jadi penghalang..

menjelang tengah hari, hujan lebat tak menghalang pak anjang utk memberikan motivasinya kepada adik2 kasih sayang dengan road to langkawi dan road to jamaica dalam slot persediaan menjelang spm yang penuh dengan gelak ketawa dan hati2 yang berbunga ceria:)

lagu2 keroncong dan rock and rolls mula kedengaran tak tahu dari perut siapa dan kali ni, masakan asrama yg menjadi nostalgia dan sudah lama ditinggalkan kembali mengisi perut2 fasi yang sekosong tin kosong, siang, tgh hari dan petang...

petang itu, slot inteam by pak lang the legend pulak terus mengamuk menyebabkan adik2 kasih dan sayang berpeluk-pelukan dan hujan tangisan membanjiri dewan...sampai ada yang lembik tersandar didinding..

hujan gerimis yang masih turun tetap tak melemahkan semangat adik2 dan fasi2 untuk agenda riadhah dengan baldi dan air, siap ada yang isi air kolam yang kalernya kehijau-hijauan lagi... petang terus heboh dgn mandian spa free dari air2 dlm baldi adik2 kasih dan sayang..

matahari menyorok dan dan slot meniti angin malam terus membelai adik2 kasih dan sayang dengan angin2 sepoi2 bahasa dari kipas2 yang selalu berpusing dan dewan yg besar tu menjadi saksi setiap titis air mata yg tumpah kerana takutkan Allah, dosa, dan azab-Nya..

ahad, dari pagi sampai ke tengah hari, 17/07-lagi2 di smkajb..

pagi yang lebih fresh!:) riadhah lagi? kali ini dgn senaman entah apa2 dan tazkirah. tak lupa juga dgn taktik 'ugutan' kak fida kepada adik2 kasih supaya memakai baju batik yang merah maroon setelah 1001 satu alasan dibagi hanya kerana sehelai baju yang tak bersalah kerana susah digosok...

bila mentari tersenyum dgn lebih riang, fasi2 bersedia tercacak di pintu surau menyambut adik2 kasih sayang dangan senyuman semanis madu dan pelukan seselesa tilam empuk. sessi pagi di surau bergerak lancar

sessi bersama ibu bapa menyaksikan dewan smkajb banjir sekali lagi dan drama air mata bermaharajalela dimana-mana. aura keinsafan dan kasih sayang yang membuak-buak terpancar terang menyilaukan mata2 syaitan yg durjana...

pelukan dan ciuman pipi berbackgroundkan lagu teman sejati dan satu tekad menutup tirai episod terbaru KBM di SMKA JB. semoga Allah merahmati dan meredhai setiap titik peluh yg tumpah kerana mencari REDHA dan CINTA- Nya...dan sekian, ana melaporkan dari bilik berita...kih3


2 comments:

Anonymous said...

-apai-

huaa!!
the.first.to.comment!
haha..
da.la.muke.bley.tselet.kat.slide..
adeh2..
sian.apai..
kahkah.
btw..
krj..
besh!!
tenx.

p/s
papehal..
kOntek.apai.kat.myspace..
xpired_tapai@yahoo.com

Anonymous said...

tengkiu byk2 kat krj
psl wat kem motivasi nie...
susah2 aje..
er..er
tp..nk tanye sket ar...
apsal muke kite tk masuk dlm gambo..??
beso sgt ke kite nie?!!
isk..isk..isk..
>mr.sss<

SURE - SUkan REmaja 2009!!!