Monday, June 04, 2007

AkU ORi bUkaN fOTokOpi (1)

Rambutmu tajam seperti duri
Cicak jatuh mesti mati
Konon punya gaya sendiri
Siapa tegur pun kau tak peduli
Kau memang suka bersubang
Di bibir, di pusat di dahi, di hidung
Buang masa merewang-rewang
Naik berang disuruh bertudung
Konon ori bukan fotokopi
konon ori bukan fotokopi
suruh solat pun tak reti
black metal,punk sampah
budaya barat bersepah-sepah
kadang-kadang rasa menyampah
ditegur dilarang buat tak endah
maksiat mungkar merata-rata
buang anak tak rasa berdosa
bukan niat nak kutuk mengata
kalau tak tegur bala menimpa
konon ori bukan fotokopi
konon ori bukan fotokopi
buat dosa tak sedar diri
cuba dikau sedarkan diri
jadilah ori bukan fotokopi
kembalilah segera pada ilahi
bimbang tak sempat bertaubat nanti
engkau aset agama dan negara
masa remaja hanya seketika
jangan habiskan bersuka sahaja
kelak menyesal tidak terkira
jadilah ori bukan fotokopi
jagalah maruah dan nilai diri
jadilah manusia yang dihormati
kita punya al-quran yang indah
tambah teguh dengan assunah
ikut ahli sunnah wal jamaah
jauhi ahli punnah wal ranah
jadilah remaja soleh wa musleh
tak perlu tiru budaya barat
buat baik tak toleh-toleh
nak jadi mulia ujiannya berat
aku ori bukan fotokopi
aku ori bukan fotokopi
kukasihkan Allah, kukasihkan Nabi
aku ori bukan fotokopi
aku ori bukan fotokopi
al-quran kujunjung tinggi-tinggi
aku ori bukan fotokopi
aku ori bukan fotokopi
demi Islam yang dicintai
aku ori bukan fotokopi
aku ori bukan fotokopi
akidahku jelas, tak perlu diragui
wahai remaja yang dikasihi
jadilah ori bukan fotokopi
Miliki jatidiri Islami
Impikan syurga setelahmati
Pesan akhir buat remaja
jangan disia usia muda
Ikutlah yang baik-baik sahaja
Kelak Allah ganjarkan syurga
Roha Hassan,
( Ramadhan 1427
030906



Saudari Roha Hassan ialah penulis buku 'Aku Ori Bukan Fotokopi'(AOBF) yang sedang hangat dipasaran...semoga perkongsiannya di dalam AOBF dapat ...' setting' niat ikhlas kita membimbing remaja, 'upgrade' teknik-teknik berdakwah dan menyantuni remaja, 'download' tips, nasihat dan ilmu untuk kita dan remaja, 'upload' usaha berlipat kali ganda demi generasi masa depan ini,' deleta' dosa-dosa gejala sosial dan top up nilai-nilai murni di dalam jiwa generasi soleh wa musleh, agar sama-sama boleh 'redeem' pahala sebanyak mungkin

1 comment:

Bee Family said...

salam..

very nice song nih...
semua org patut miliki album dan buku ni..

ayuh dapatkan nya segera...


bai : cadangkan KRJ patut ada stok yg banyak utk CD & buku AOBF ni...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!