Tuesday, June 19, 2007

B2N...v 2.0

Oleh: Asma'Amatullah Hasanuddin

Ulu Tiram, 9 JUN 2007: Jam 5 petang perkarangan Tiram Indah Village mula dipenuhi pelbagai kenderaan yang ingin menghantar putra dan putri mereka untuk menyertai satu aktiviti khas sempena musim cuti persekolahan anjuran team KRJ dan KGI . Terdapat juga beberapa bas yang menghantar pelajar2 mewakili sekolah mereka termasuklah MRSM Pontian dan Sekolah Tun Fatimah (STF)..setelah mendaftar para peserta di tempatkan ke ruang penginapan masing2 sementara menunggu acara perasmian.

Acara perasmian dikendalikan oleh Abu Nuha dengan sedikit ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Fauziah Sahar selaku wakil KGI. Selesai acara perasmian kami menikmati makan malam diikuti solat maghrib dan sedikit penyampaian oleh Ust Omar Danial..pelbagai cerita ilmu dan doa dikongsikan bersama adik2 antaranya kisah paderi Ayub.
Selesai solat isyak suasana dingin malam di hangatkan dengan slot masam2 manis yang dikendalikan oleh Bro Bai dan Bro Yeop...dalam sesi ini para fesi turut diperkenalkan, termasuklah fesi berkembar antaranya 3 Ammar dan 2 Asma..dan beberapa fesi lagi ..selesai sesi ini peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan..namun dalam kemeriahan acara ini seorang adik kasih semuda 11 tahun telah menitiskan air mata mungkin kerana belum sesuai dengan suasana..beberapa fesi cuba memujuk dan akhirnya menempatkan adik ini bersama kakaknya yang juga peserta dalam satu kumpulan.

Dalam slot jalan2 cari hidayah yang diadakan pada hari kedua adik2 kasih dan sayang telah merintangi onak duri dalam mencari hidayah Allah . Mereka telah dihasut oleh syaitan dan iblis bertopangkan manusia namun diakhir kembara segala dosa dan noda itu berjaya dihapuskan dengan ibadah zikir dan amal soleh..pengalaman diajar berwuduk di sungai dan solat duha beralaskan tanah berbumbungkan langit tak mungkin dilupakan adik2 kasih dan sayang.



Petang hari kedua pula diisi dengan slot Tour de quran. Dalam slot ini pengetahuan adik kasih dan sayang tentang al-quran telah diuji oleh penunggu2 di check point yang berserakkan di sekitar tiram indah village..ada yang diuji bacaannya ada juga yang diuji hafalannya.Keputusan nya??..ada adik2 yang mengaku hanya membaca surah2 pilihan sahaja..ada yang tak pandai langsung membaca alquran dan tak kurang pula bacaanya sangat baik. Cuma jarang membacanya atau membacanya hanya dalam majlis2 tertentu..

Malam hari kedua menjadi lebih hangat dari biasa dalam slot Chit Chat Kamceng Dengan Solat dikendalikan oleh Bro Bai selaku pengerusi majlis dan barisan panel dibintangi oleh barisan pakar dan ustaz yang berpengalaman,..bermodalkan karipap dan slogan Solat tu cool tak??? menjadikan suhu persekitaran sesi citcat lebih panas..walaupun kepenatan namun adik kasih dan sayang tetap tampak ceria. Di akhir slot citcat tentang solat satu penampilan istimewa dari Abang Long membuatkan adik kasih dan sayang tak kering gusi dan lenguh pipi lantaran aksi2 Abang Long yang menggeletek hati nurani namun tetap padat dengan ilmu dan pengalaman . Sesi malam diteruskan lagi dengan penyampaian Pak Lang tentang bio mekanik solat yang penuh dengan info menarik dan menakjubkan tentang keunikkan ibadah solat...MashaAllah.

Sesuai mengerjakan solat subuh berjemaah sekali lagi adik2 kasih dan sayang dihidangkan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh penceramah yang diimport jauh dari Batu Pahat iaitu mak Chu. Menggunakan teknologi powerpoint bervideo dan audio mata yang mengantuk menjadi segar bugar. Penyampaian bertemakan alam sebelum semasa dan selepas kehidupan cukup memberi kesan kepada para peserta B2N..pagi yang indah dimeriahkan lagi dengan sesi riadah di mana adik2 kasih telah bersenam aerobic berlatarkam muzik bak kata Cik Asma Aminuddin ala2 muzik rock and roll.

Selepas bersarapan bermulalah slot khas dimana Pak Lang dengan jayanya telah mengingatkan adik2 tentang harapan dan impian ibu bapa diselang seli dengan slide tentang harapan dan impian ibubapa..ada juga ibu bapa yang dihubungi secara live dan ucapan mereka didengari oleh sekian insan yang hadir diacara tersebut. Sesi terakhir ialah sesi bersama fasilitator kumpulan untuk mereview balik aktiviti sepanjang 3 hari dua malam..sesi terakhir ini agak menyentuh perasaan apabila adik2 kasih dan sayang turut berkongsi azam dan impian untuk berubah kearah lebih baik dan suasana saling mendoakan antara satu sama lain..

Majlis penutup di corakkan dengan warna warni kasih sayang dalam sesi bersalam-salaman. Adik2 kasih dan sayang saling bertukar no tel dan emel dengan para fesi dengan harapan perkenalan yang seketika dapat diteruskan pada masa akan datang. Selesai makan tengahhari maka berakhirlah program B2N ini. Pelbagai perasaan pengalaman dan azam dibawa pulang. Doa para fesi dan pengendali mengiringi kepulangan adik2 ini.

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!