Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanir rahim...
Perjalanan pagi itu bermula dengan konvoi 2 iswara, satu kancil, satu myvi dan satu unser.
Setiba disana kelihatan adik2 kasih dan sayang sedang berkumpul di dewan terbuka, kelihatan adik2 tu pelik tgk kami yang ber'vest' beramai-ramai ntah datang dari mana tapi approach 3S dr fasi mungkin melenyapkan rasa pelik tu.
Sebelum bermula prgm. Cikgu Rahman sempat beri sedikit briefing prgm dan satu kejutan bila diberitahu bilangan adik2 bertambah dari 150 kepada 172!!! , hmm, kebetulan fasi pun sebenarnya tak cukup sbb ada yg tak dapat datang so mmg satu cabaran kpd fasi dan pengendali SSP. Selepas briefing, doa dibaca oleh Abg Munawar yang menyibuk di SSP.
KNOWING ME KNOWING YOU
Terlahirlah dua pengendali muda yang diketengahkan oleh KRJ kali ni. Fahim dan Asyraf memulakan rentak sambil disampuk oleh Pak Uteh sekali sekala dan kadang2 kedengaran suara2 abg2 yg menyibuk di belakang (paham2 sendiri lar yer). Awal2 lagi adik2 ni dh beri respon yg +ve tapi tak semua....... .......sbb bilangan yg agak ramai so yg belakang tak beri perhatian sangat. Bermula 3S, suasana semakin ceria bila adik2 bermula dengan senyuman 'tigeeeee', bersalaman, bertanya itu dan ini......... .kemudian. .......pelukan mesra yang agak malu2 awalnya tapi dek kemesraan pak uteh, adik2 kasih dan sayang berjaya juga melakukannya dan akhirnya.... .SAYA SAAAAAAYANG AWAK!!! Suasana lebih hangat bila 'satu tekad' menggegarkan dewan dan alhamdulillah seronok sangat tengok adik2 SSP bila Salam Mesra pagi itu disambut dengan begitu CERIA dan BERSEMANGAT.
ARMY YELL
Aha, kali ni lain sket dr yg biasa sbb sesi army yell dibuat berasingan, adik2 kasih di dewan tertutup manakala adik2 sayang di dewan terbuka. Hmm, almaklum fasi2 pun adik2 R2A so toksah citer la macam mana kreatifnya adik2 ni termasuklah fasi2nya. Untuk adik2 kasih, ana dan kak anie menjadi VJ tapi adik2 sayang ana tak pasti, abg2 yg menyibuk or abg2 R2A??? Bagi akak2 yg menyibuk (kih,kih,kih) , kak fidah dan kak mus pun tak terlepas menjadi juri. Dengan iringan muzik rasa syg, can mali can, ala payung, winter sonata, dll, adik2 cukup terhibur dan bersemangat utk present army yell masing2 tambahan lagi dengan bintang2 yang diberi juri. Dalam kemeriahan bergembira, gema "jazaka, jazaka, jazakallahu khairan..... ." tak lupa diajar pd adik2. Akak2 fasi pun tak lepas dr menonjolkan bakat2 terpendam tapi cian dieeer...... juri masing2 bagi satu jer bintang??? kuang, kuang, kuang......
INTEAM
Slot kali ni terpaksa serah pd Kak Fidah (adik kasih) dan Bai (adik syg) dan dibuat berasingan. Gema 'teman sejati' dan 'sahabat-amar' pun kedengaran.. ......... ......wah, sampai 4 kali 'suratan atau kebetulan'nya bg adik2 kasih!!! mmg ana akui slot inteam cukup mudah menyentuh hati adik2 kasih. Thanks for kak fidah n bai for handling this slot w/pun rushing nak ke MRSM.
BADAN SIHAT OTAK CERGAS
Bagi adik2 kasih mmg satu cabaran utk fasi kawal adik2 kasih yg ramai. Lps warm up, kami ceriakan suasana dengan 'belalang, belatuk', waduh meriah sungguh berkejaran sampai berjatuhan, kemudian buat spider web yg agak tough jugak nk buat dgn adik2 ni. Last but not least kami sempat ber'tepi,tepi,tepi'. Adik2 sayang yg ana nmpk cuma main bola.
Petang tu dh nmpk true colour adik2 ni so sempat jugak ana hint dgn beberapa warning supaya dapat dicontrol adik2 ni bila prgm malam. Waduh, ana dan raihana hampir hilang suara petang tu........
MENITI ANGIN MALAM
Bermula mlm Abu Nuha mengorak langkah sedikit demi sedikit menyentuh hati dan jiwa adik2 tapi tiba-tiba
.......pop.. .....kedengaran bunyi letupan, ingatkan plug mana yang meletup sbb mengenangkan kami guna banyak extension utk power supply peralatan, slide di skrin pun hilang...... .. rupa-rupanya mentol lampu dlm LCD yg meletup, nasib baik tak panik so cepat2 tukar LCD KRJ plak.
Agak susah jugak menyentuh hati dan jiwa adik2 tu terutama adik2 sayang. Ya, Allah, Tuhan saja yang tahu betapa terujinya kami mencetuskan hidayah buat adik2 SSP .........nak tak nak kami teruskan juga sehingga sesi tutup mata. Kemerduan suara dialog Kak Ida dan Kak Irda bergema dan program tersebut diteruskan sehingga ke sesi akhir.
Good effort dr adik2 R2A, w/pun tak sehebat otai2 tapi alhamdulillah adik2 dh buat yg terbaik.
HIJRAH
Slot pagi dimulakan dengan gegaran 'satu tekad' sambil beberapa games menceriakan suasana. Kali ni Pak IM mengorak langkah menerajui slot hijrah, pada ana agak payah sampai kami terpaksa mulakan lewat. Ana rasa Abu Nuha pun kehabisan idea untu diperkataan dengan ibu ayah sambil menanti adik2.
Alhamdulillah, w/pun mood setting tak berapa nak menjadi utk ibu ayah dan adik2 peserta tapi penangan 'buatmu ibu', alunan zikir dan dorongan dr kata-kata Abu Nuha, berderai jua tangisan tak kira si ibu, ayah, anak. W/pun tangisan itu mungin tak dizahirkan pada prgm mlm atau hijrah, namun ternyata, kuasa kasih bonda dan sayang ayahanda mampu mencairkan hati2 yang keras dan ego .
Dari respon ibu2 yg bersalaman dgn fasi2, alhamdulillah +ve respon, ada yg mintak lagi buat prgm, ucapan terima kasih dsb. Tak lupa congrats pd fasi2 kerana mewujudkan hubungan baik dengan adik2 peserta so teruskan berhubung dan ikatlah hati2 mereka moga dipertemukan dengan hidayah Allah, amin...
Jzkk pada semua adik2 fasi yg terlibat utk SSP, tak lupa selamat menempuh alam ipt bagi adik2 yg akn mendaftar masuk ipt masing2 (teringat perbualan bersama adik2 ttg life di ipt sepanjang perjalanan), insyaAllah, be yourself, remember soleh wa musleh. Buat adik2 SSP best of luck untuk peperiksaan masing2 (PMR, SPM, STPM), insyaAllah doa kami sentiasa untuk adik2 semua.
Wallahu'alam
~ dipetik dari report yang telah di edit (^_^) ~
IM : Sesungguhnya adik2 SSP memang special termasuklah fasi2 nyer.....peace.__._,_.___