Tuesday, March 13, 2007

KRJJ Seminggu lalu..

Beberapa peristiwa bersama KRJ Johor satu minggu lalu.

10 -11 Mac Muar

JIM Muar telah berjaya mengadakan program KEM PERMATA di Sek Keb Simpang Jeram, Muar untuk pelajar tahun 6; merupakan kali ke 3 ( tiga tahun berturut-turut ) . Dalam satu slot yang dikendalikan statistik menunjukkan 11 dari 72 pelajar solat lengkap 5 kali sehari. Maklumat ini telah saya kongsikan dengan ibu bapa semasa sesi bersama ibu bapa. Guru besar dalam ucapan nya telah menyebut perkara ini di mana secara kebetulan beliau sendiri pun turut hadir semasa saya mendapatkan statistik tersebut dari pelajar dalam slot tersebut; berjanji akan berusaha memperbaiki statistik tersebut dan akan dijadikan sebagai satu perkara utama yang akan dipantau selepas ini dan mohon ibu bapa sama sama memantau. Satu perkara menarik dalam ucapan guru besar ialah kata-kata beliau"kami telah bersama dengan JIM" ; disebut beberapa kali membayangkan theqah yg diberi kepada JIM. Syabas kepada YDP JIM Muar kerana PR yg cukup baik, mesra dan dipercayai.

Pada tarikh yg sama 10 -11 Mac di Batu Pahat

KRJ Batu Pahat telah berjaya mengendalikan program dengan jayanya di Temenggung Ibrahim Girl School . (TIGS), Batu Pahat. Semua modul kecuali slot ibu bapa telah berjaya di kendalikan oleh ikhwah dan akhawat Batu Pahat. Syabas kepada Ukht Rozita, Saripah dan Ust Fauziah. Tidak ketinggalan akh Roslan yang turut serta dalam pendalian slot INTEAM. Ini bermakna KRJ Batu Pahat telah berjaya mengendalikan 80% drpd modul tersebut. TAHNIAH diucapkan.

KRJ Perak ? moga berita ini menjadi rangsangan kepada anda di sana.


3-4 Mac di Kluang.

Alhamdulillah KRJ Batu Pahat dan Johor Bahru bergabung untuk menjayakan program Keindahan Bersama Mu dengan pelajar di SMK Sri Lalang, Kluang. Program berjalan cukup lancar, hanya pada ptg 3 hb, kami para pengendali khususnya terkedu dan terhiba memikirkan bagaimana kami tidak mampu dapat bersama dengan sahabat kami akh Arifin yang telah kehilangan anak tersayang? Terpaksalah kami meneruskan program dalam keadaan ingatan yang amat sangat dengan sahabat kami itu. Akhi Arifin merupakan akh yg banyak merangka modul modul program yg kami jalankan. Dalam keadaan bergabung, program tetap diteruskan dan kami telah mengambil peluang utk memastikan YDP JIM Kluang dapat tampil ke depan untuk memberi kata kata aluan nya dalam sesi penutup. Ya...program seumpama ini merupakan yang pertama diadakan di daerah Kluang..Tahniah JIM Kluang.

Laporan oleh Pak Lang

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!