Thursday, March 01, 2007

Kenangan di X-REK 2007


oleh Hafizudin Ajmain

16 Februari 2007 (Jumaat)

Jam menunjukkan pkul 10.45 malam dimana ketika ini peserta2 dikehendaki berkumpul di Pejabat JIM. Bas bertolak lambat kerana menunggu kehadiran beberapa orang peserta akhawat yang belum tiba,lantaran mengalami kesesakan jalan raya. Kami bertolak dari pejabat JIM pad a pukul 11.40 mlm (lebih kurang). Bas yang berharga RM700 sehari ni memang selesa dan boleh dikatakan 5 star punye bas la (thanks Abu Nuha). Perjalanan kami diselubungi oleh beberapa kesesakan terutama di Sekudai dan Plaza tol utara-selatan.

17 Februari 2007 (Sabtu)
Kami tiba di Muazam Shah pd pkul 6.25 pag dan solat berjamaah di sebuah Masjid disana (x berapa ingat namanya). Ketika itu hujan turun teramat lebat. Pada waktu ini,ana teringat kan yang program ni akan ditunda lagi memandangkan hujan lebat. Ana bertanyakan direction untnk ke Pantai Balok dari beberapa org kariah yg berada di masjid. Mereka mengatakan bahawa perjalanan kami dlm 1 jam lagi. Ana kemudian menghubungi urusetia yg bertugas, Pakcik Khairuddin ttg kedudukan kami ke sana. Pakcik Khairuddin kemudian nya menyuruh kami menunggu di sebuah stesen minyak,SHELL. Disana,kami akan dijemput. Kami kemudiannya diberi baju, cantik bajunya dan dikehendaki bersiap2 untnk melakukan aktiviti jungle tracking. Kami sampai di sana pada pkul 9.30 am. Peh, lama juga perjalanan kami untuk sampai ke bumi Pahang nih.


Peserta2 kemudiannya diserap masuk ke dalam kumpulan2 yang sedia ada. Peserta lelaki ada 5 kumpulan dan peserta perempuan ada 5 kumpulan. Ana adalah pengiring termuda (bagi pengiring lelaki la). Ana berkenalan dengan pengiring2 dari negeri Melaka,Pulau Pinang dan Perak. Peserta dilepas kan 1 persatu utk mendaki Bukit Pelindung/Hutan Simpan Beserah. Kami kumpulan pengiring juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Memang penat rasanya mendaki bukit nih. Keadaan permukaan yg 45' darjah condong memang menguji menguji fizikal kami dan peserta2. terdapat beberapa chekpoint di sepanjang kami mendaki bukit ni. Antara tugasan yg diberi kepada peserta2 ialah menjaga brg amanah,berupa sebungkus plastik pasir dr pantai dan sebotol air laut. Para peserta diminta membawa dan menjaganya dgn baik. Peserta2 juga diminta menulis peraturan2 semasa berada di bukit pelindung, buat aktiviti sudoku dan lain2.

Kami kumpulan pengiring tertinggal di belakang keran akepenatan dan selalu berhenti. Kami berhenti utk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan (hehehe). Sepanjang perjalanan, banyak nama baru yg dipelajari, antarany a pokok jati, pokok cenkudu, pokok petai, pokok pinang berdarah dll. Pelik2 sangat namenya. Kami sampai ke Pantai Teluk Cempedak dan disambut oleh pengarah program(dah menunggu kami). Kami sempat singgah di Pameran Tak Nak Merokok anjuran pelajar2 UiA. Kami kemudiannya menaiki Pajero yg dikhaskan dan menyusur ke bandar Kuantan. Kami kumpulan pengiring(4 org je termasuk ana,yg lain2 ikut peserta dan fasi2) pergi membeli kasut di Giant kerana kasut yg dipakai oleh pakcik ni terkoyak. Kami kemudiannya berehat dan solat di Masji Alauddin Syah 1 (ketika ini,para peserta melakukan aktiviti eksplore race, kami x involve). Kami kemudiannya menjamu mknn tghr berhampiran dgn masjid. Kami menunggu ketibaan kumpulan2 peserta,namun tidak muncul2 jua. Kami yg kepenatan ni kemudian meninggalkan masjid dan menuju ke Tapak Perkhemahan Pantai Balok. Ana kemudian nya melenakan diri ana di bilik urusetia (ber-air cond) ZzzzzZZz

Ana tersedar dr tidur pd pkul 6.30 ptg dan ketika ini, peserta2 baru sampai dan sedang rehat2. ada yang mengambil kesempatan untuk berkhidmat diri. Setelah selesai solat maghrib, ada tazkirah. Ana x dengar tazkirah tersebut kerana menolong fasi mencari beberapa org peserta yang "hilang" disebalik malam,huahua... Kami menyusuri pantai dan menemui mereka ni tengah melihat oanrg pancing ikan (kata mereka la). Aktiviti diteruskan lagi dengan program refleksi dimana para peserta diminta memberi komen dan pendapat tentang aktiviti yang mereka lalui sepanjang hari itu. Macam2 pandangan yg mencuit hati dari para peserta. Tepat pkul 10 lebih(hampir pkul 11), para peserta diminta berkawad di tepi pantai. Ana dapat join dari tepi sahaja kerana kesejukan... .....lama juga berkawad...Hampir pukul 12 baru lah para peserta diminta pulang ke khemah utk tidur, ketua2 kumpulan x boleh blik lagi dan dikenakan hukuman dan peringatan, mungkin pasal peserta hilang tu kot. Ana bertanyakan pada peserta,dan mereka x berpuas hati kerana didenda sedemikian rupa dan terlalu lama berdiri di tepi pantai yang dingin... Kedengaran dentuman2 bunga api menandakan sambutan tahun baru Cina. Meriah la pantai pada waktu itu dgn pancaran serta dentuman bunga2 api. Mat2 rempit tidak ketingalan melakukan aksi2 maut mereka, x kira dijalan raya,mahu pun di persisiran pantai.....

18 Februari 2007 (Ahad)

Peserta bangun dan qiam bersama2 di surau. Selepas solat subuh,para peserta dihidangkan dengan tazkirah yg disampaikan oleh ustaz. Setelah selesai,para peserta bersarapan pagi. Kemudiannya para peserta mendengar ceramah yang bertajuk kepimpinan. Selepas itu, para peserta diceriakan lagi dgn ceramah yang bertajuk CINTA. Tajuk yang panas bg golongan remaja. Penceramah ini didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Aktiviti diteruskan lagi dgn persembahan dari setiap kumpulan (aktiviti ni diasingkan dimana peserta perempuan buat persembahan di dlm bilik urusetia manakala peserta lelaki di dewan. Memang kreatif para peserta ni semua,ada yg membuat persembahan berbentuk lakonan,berpantun, berceramah, dan juga bernasyid. Kami pasukan pengiring juga tidak ketinggalan menyampaikan sebuah nasyid yg bertajuk selamat berjuang yg di popularkan oleh kump Brothers. Fasi2 juga tidak ketinggalan memberi persembahan dan mengGEMPAKkan lagi suasana tengahari itu. Para peserta kemudiannya berkemas2 dan menjamu makanan tenghari.


Setelah menunaikan solat zohor, para peserta berkumpul ke dewan untuk aktiviti penyampaian hadiah dan penutup. Setelah penyampaian hadiah dan aktiviti penutup ,kami bergambar barsama2. (ana ada tangkap beberapa shj coz bateri 'KONG')

Setelah bersalaman kami bertolak balik dgn menaiki bas yang setia menanti kami. Pada mulanya akhawat nak pegi bandar Kuantan,tapi memendangkan tahun baru cina,takut tutup,so x pegi. Kami bertolak pkul 5 ptg. Kami sempat membeli makanan2 seperti keropok,keropok lekor dll utk kami makan semasa menonton 'wayang' di dalam bas. Sepanjang perjalanan balik ni,ana x dapat tidur dan barjaga sepanjang perjalanan. Abg Hamka tersalah jalan (ambik jalan Muazam Syah),kalau ikut kota tinggi ambik masa 4 jam je. So,perjalanan kami mengambil masa 7 JAM!! Ana menerima beberapa panggilan dari pakcik2 keran arisau yang kami x sampai2 lagi. Ana turun di tol Kulai(12.05 am). Bas kemudian nya tiba di Pejabat JIM pd pkul 12.59 am..

*sekian sahaja yg dapat ana report kan utk program x-pert kali ini. Cuma ana nak komen pasal x-pert kali ini ialah x banyak program outdoor. Peserta2 expect(jangka) program ni banyak aktiviti2 lasak dan mencabar. Kalau boleh utk dr masa ke semasa, byk kn aktiviti outdoor kerana ni program ekspedisi remaja Kantal. Wassalam..


No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!