Monday, March 19, 2007

Futsal KRI-JIMJ-JIMJB: Tim KRJ Kecundang


17.03.2007, Gelanggang Futsal X-Treme Sport, Larkin.


Kemenangan 6-0 KRJ keatas tim Putera ( Puteri Kulai...tim pak uteh nih) tidak cukup untuk mereka melayakkan diri ke perlawanan suku akhir kerana tewas 2 kali kepada tim KRI dan Taman Universiti.


Tim KRJ diwakili oleh R2J: Ammar Shahrin, Ammar Salleh, Zayd Umayr Zakaria, Asim Ainollotfi, Amir Abdul Halim dan Azil ( Bukit Kempas)


Perlawan futsal tersebut ialah sebahagian dari kejohanan futsal persahabatan liga tertutup anjuran bersama Kelab Rakan Industri [KRI] dengan JIM JB serta JIM Johor. Sebanyak 8 tim telah mengambil bahagian antaranya KRI, PG Gen 2 ,Gabungan AJK JIM JB/Johor, KRJ, Gen 11 Hidayah, Putera 1, Putera 2 & Taman U.

Tahniah untuk tim dari Taman U telah menjadi juara setelah menewaskan tim PG Gen 2 dengan kiraan sepakan penalty. Ucapan tahniah juga buat tim gabungan AJK JIM JB/Johor [tim veteren] kerana berjaya memenangi satu dari tiga perlawanan.


Walaupun tidak berjaya syabas diucapkan kepada tim KRJ...lain kali kita buat kejohanan untuk remaja aje, gerenti boleh menang... Mungkin jugak kalah kerana goalie ( Munawwar Abdul Rahman) terpaksa diculik ke Program Remaja Raikan Masjid di Taman Universiti di waktu yang sama...hehe:-)

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!