Monday, August 07, 2006

SMTeknik Johor Bahru, Program Nadwah Insaniah

Johor Bahru, 4-6 Ogos: Program Nadwah Insaniah (NADiah) telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru pada 4~6 Ogos untuk seramai 200 orang pelajar Tingkatan 4 sekolah berkenaan. Program ini banyak dibantu oleh para fasilitatori dari team pewaris KRJ ( mereka sanggup pulang dihujung minggu dari serata IPTA di seluruh negarasemata-mata nak menyumbang dalam program ini) dan juga krew dari KRI yang diketuai oleh. Pak Lurah. Dalam masa yang sama KRJ Johor juga telah membantu KRJ Perak mengendalikan program yang hampir sama di Teluk Intan.Semoga pengorbanan yang sekelumit cuma ini diganjari oleh Allah SWT.


Sedikit report program di SMT JB (TIJB) oleh Kak Fida:
---------------------------------

Alhamdulillah program di SM Teknik telah berakhir dengan jayanya. Sedikt perkongsian yang di ambil daripada respon adik ‘Kasih’ & ‘ Sayang’ terhadap program tesebut ( 200 orang peserta )




Pak-Pak & Para fasilitator.
  1. Dalam program ini kami merasakan warga KRJ sebagai keluarga yang begitu mesra walaupun baru berkenalan, namun terasa seperti sudah lama mesra
  2. Kehadiran team KRJ dapat mengubat kerinduan kami terhadap keluarga kami.Hubungan dengan kakak dan abang fasi sama seperti ngan kakak dan abang di rumah.
  3. Kakak dan abang fasi menjadi sumber inspirasi kami untuk mengikuti jejak mereka ke IPT.
  4. Kesemua krew KRJ memang best giler, sporting, sempoi dan boleh layan kami.


KNOWING ME.
  1. Kami seronok berkenalan dengan team KRJ
  2. Senjata diri OPEN + P amat bermakna buat diri saya.
  3. Saya dapat cara untuk berinteraksi dengan orang lain ( 3 S )

KNOWING YOU.
  1. Best sangat dapat buat army yel kat atas pentas.
  2. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
  3. Seronok tengok idea kawan-kawan yag giler2.
  4. Happening sangat dpat nyanyi ramai-ramai, Lagunye pun best2 tak pernah dengar pun sebelum ni.

INTEAM
  1. Pedih ! Insaf ! Feeling habis , pokoknye air mate sebaldilah
  2. Saya dapat buka ‘ topeng ‘ saya selama ini.
  3. Psikologi maut dengan kata-kata yg menyusuk jantung.
  4. Rasa bersyukur kerana saya dapat meminta maaf dgn rakan yg selama ni saya kutuk dan umpat
  5. Rasa besyukur sangat kerana baru saya tahu selama ni saya ni panas baran dan mementingkan diri sendir.saya berjanji saya tidak akan panas baran lagi terahadap mereka.
  6. KRJ kau penyambung ukhuwah persaudaraan kami.
  7. Saya rasa dada saya lapanggg sangat kerana saya dapat lepaskan semua pada kawan saya.
  8. Pada mulanya saya macam orang yg tak de perasaan. Semua orag nangis..saya just tegok jerk tapi waktu fasi suruh jumpa kawan di kumpulan lain..masa tu air mate ni melelh juga bila jumpa org yg saya benci selama ni.
  9. Tak pernah joint pgm mcm ni,,best sgt dapat peluang minta maaf ngan kawan-kawan. kalau tak tak tau lah sampai bila baru nak minta maaf.

RIADAH.
  1. Best sangat game polis-polis
  2. Tak puas hati abg fasi menang.lain kali kita main lagi pasti kami menang.
  3. Masa main pendek sangat kami tak puas.
  4. Walaupun permainan ayam musang kami main masa kecil-kecil dulu, tapi bila di mainkan semula sekarang rasa cukup bermakna sekali makna di sebalik permainan tu.

MENITI ANGIN MALAM.
  1. Insaf !!! kalau tadi sebaldi la ni sebesen air mate ku keluar.
  2. Bagus sekali slot ni …banyak sangat pengajarannya.
  3. Para pelakonnye memang hebat…real habis…terasa macam di seksa betul dalam kubur takut sampai rasa nak tercabut jantung.
  4. Saya rasa bersyukur kerana dapat menyertai pgm ni. Selama ni saya jauh menyimpang dari apa yg ibu ayah didik.Mereka mendidik saya dari kecil , memelihara maruah dan martabat serta darjat saya supaya memelihara kesucian diri dan meletakkan harga diri saya I di tingkat yg teratas, tetapi saya dgn sewenang-wenangnye membenarkan seseorang yg tidak berhak ke ats aya menyentuh diri saya, dan melupakan nilai diri saya sebagai PEREMPUAN.Saya berazam dapat memperbetulkan prinsip saya , saya MESTI dan PERLU utk tidak membenarkan sesiapa yg tidka berhak ke atas di ri saya menyentuh saya even my hands. Doakan saya agar berubah dan mendapat rahmat hidayah Allah. Doakan agar org yg tidak berhak atas diri saya berubah agar tidak lagi menyentuh saya seta menyedari batas-batas yg perlu dia patuhi ketika bersama saya ..AMIN.

Qiam, Kuliah Maghrib & SUbuh.
  1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. Jarang kami dapat qiam bersama.
  2. Kami rasa terpanggil untuk membantu sahabat di Palestin dan Acheh.
  3. Kami bangga dengan abang dan kakak yg boleh menyumbang sampai ke Acheh.

KESELURUHANNYA.
  1. Pada mulanya saya rasa macam bosan kena hadir nadwah ni, pada mlm tu pgm nye biasa je ..walaupun banyak faedah. Tapi bak kata org putih tu don’t judge a book by its cover. So saya tunggu je ler apa lagi yg kami kena buat.Akhirya selepas mengikuti pgmni…ni kira pgm yg paling best yg pernah saya ikuti, Best sangat.Rasa macam tak puas sebab singkat sangat.

  1. Jutaan terima kasih kepada KRJ atas pgm ni. Saya rasa`bersyukur sangat dapat joint pgm ni. Pada mulanya saya buat tanggapan kursus macam ni pasti boring bcoz tentu agama je. Tapi after aktiviti dijalankan memang rugilah sape tak joint. Apabila saya ceritakan aktiviti2 yg dijalankan kpd senior ( ting 5 ) mereka jelous dan mengatakan kenapa program ni tak buat utk form 5, tak aci....

  1. KRJ,
Hadir kau dalam hiduo ini penuh makna,
Membawa aku sedar betapa bernilainya hidup ini
Dalam keadaan aku yang mudah putus asa menghadapi cabaran hidup
KRJ,
Kau memberi aku kesedaran
Betapa aku lalai sebagai hamba Allah
Memberi aku kesedaran
Betapa aku kerdil di dunia ini.


  1. KRJ,
Dulu aku hanya sebatang kayu
Kayu yang ku tak tahu diriku
Kayu yang ku rasa tiada gunanya
Kayu yang hanya dapat di lihat kekuatannya
Tapi tidakku tahu apa gunanya diriku ini
Kini kau hadir
Kau bentuk , kau ukir diriku
Aku mempunyai jati diri baru
Inikah aku yang sekarang?
Aku bagai di lahirkan semula
Ini tugasku yang sebenar
Aku bagai tersedar dari tidurku yang lena .



- Kak Fida-

Alhamdulillah & jazakallahukhairan serta TAHNIAH kepada semua AJK KRJ, Pak-pak KRJ, Team KRI dan special utk adik Pewaris KRJ yang membantu KRJ menyajakan program tersebut. Seperti Abu Nuha kata, Ustazah memang puas hati sangat dan masa salam dengan nya dia kata antum dah buat melebihi apa yang dijangka, Alhamdulillah, hasil kerjasama kita bersama dapat KRJ mencipta Sejarah di SM Teknik.

Kepada adik pewaris yg dari UTM, Tangkak, Segamat, N9, Parit Raja, KL, Perak, Kedah akak terharu dengan komitmen antum semua. Selain dari memang yg tengah bercuti ( matrik ) 2 minggu ada yg sanggup balik cuti Sabtu Ahad semata-mata KRJ, masa lebih banyak dengan KRJ dari masa bersama keluarga.Ada tu yang sampai 2 pagi ada yang sampai 6 pagi jam 8 dah terus pi program..lepas tu hari ahad uplak kita tinggalkan SM Teknik jam 3 lebih ada yang terus balik petang tu. Terubat rindu berprogram ngan adik-adik ni. Terima kasih banyak-banyak ye adik-adik..jasa kalian hanya Allah je mampu membalasnya.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum,salam pembuka bicara n salam sayang sy hulurkan.terlebih dahulu sy mengucapkn jutaan terimakasih kepada pihak krj yg bejaya memberi kesedaran kepada saya.saya harap kn agar program seperti ini dijalankan di sm teknik johor bahru dengan masa yg lama..agar kimi dapt menyelami hakikat keindahan islam yangt sebenar.sekian wassalam.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!