Sentuhan Semerah - LAPORAN PROGRAM KRJ DI BATU PAHAT 17 & 18 Jun 2006
Segala puji hanya kembali kpd Allah SWT...selawat dan salam utk Rasulullah saw....
Syukur pd 17 & 18.6.2006 KRJ telah mengadakan progm di SMK Semerah Batu Pahat yg dihadiri oleh seramai 140 pelajar ting 5 & 6 kpd semua Dan TAHNIAH kpd JIM BP yg telah mula mengorak langkah untukterlibat secara langsung dlm pgm remaja...!!!
Bukan kali pertama KRJ berprogram di SMK Semerah . tapi telah beberapa kali. Ternyata sekolah ini ada keunikan tersendiri..Setelah habis program tengahari semalam sempat lah berbual dengan beberapa orang pelajar yang pernah mengikuti program KRJ dan kehadiran mereka hari ini adalah sebagai AJK Kecil program dan telah kami upgrade mereka untuk menjadi fasilitator dalam beberapa sesi tertentu dalam program yang dilalui.
Antara kata-kata mereka ..
"Pak Lang saya memang hendak sangat terus ikut program KRJ ni... mmg best sangat"
"Hati saya cukup tersentuh bila ikut program KRJ" kata seorang ajk kecil Anas bin Adam.
"Bila lagi ada program KRJ?" ... "Kad KRJ saya pun dah expire dan nak perbaharui ni. program terakhir masa pelancaran KRJ dulu"
"Pak Lang, minggu depan ada program kat SMK Bentara. saya nak jadi Fasi.. Boleh jumpa lagi minggu depan" ..
Yang ni susah sikit nak jawab masa tu sebab KEMWI sdg menunggu hujung minggu ni..
Bukan saja peserta tapi ada beberapa perkara menarik berhubung dengan pengendali dan fasi di Batu Pahat.. Akhawat di Batu Pahat ana kira telah bersedia.. Hari tu habis guru guru Iman pun jadi Fasi.. Pengendali Cikgu Rozita ana kira memang teramat bersedia...
Juga berkesempatan bersama kenalan baru seorang fasi. akh Farhan menantu kepada akh Khalid Hasnan. seorang graduate dalam bidang IT / Multimedia..Kebetulan ana perhatikan Farhan banyak memerhati dalam aspek pengendalian..
Di hujung program dia sendiri sebut "Pak Lang program ni sekurang-kurang ada tiga watak pengendali - ceria, tegas dan bagi orang sedih".. Betullah tu. memang program kena ada pelbagai watak yang saling dokong mendokong antarasatu sama lain.. Memandangkan dia grad IT/ Multimedia. memang dicabar jugalah supaya tenaga dan kepakaran perlu dikerah ke arah mencari dan menyediakan bahan yang berkesan. jauh lebih baik dari yg kami ada sekarang ni..
Ya nama Dr Hishamudin tiba tiba disebut.. Jadi ana terpaksa beritahu kira nya Dr Hishamudin yg bukan grad IT boleh buat kerja kerja macam tu ana percaya mereka yg ada kepakaran boleh lakukan lebih baik dari Dr Hishamudin lakukan. Farham mengangguk dan mengiakan kata-kata itu. Sekelompok fasi pula ana perhatikan dari UTM Skudai diketuai oleh Taufik Jaafar. terfikir juga kenapa mereka berada disini dengan beberapa muka baru . Alhamdulillah mereka dtg nak tinjau semula modul ni.. Jadi lepas tu ana hanya banyak beritahu mereka kenapa dibuat macam ni, kenapa macam tu.. Kali ini mereka dtg complete satu modul dan ana percaya banyak pengalaman hands on yg telah diperolehi.. boleh Bantu KRJ atau guna utk pelajar U
Sempat juga ana bawa seorang fasi dari Megah Ria. komen dia yang ana dengar "Memang penat tapi BerBALOI dan ada KEPUASAN" On the way balik ana tanya dia. awak tingkatan 5, peserta tingkatan 5 hingga 6. boleh handle ke.. "Alhamdulillah boleh.. Memang tak ceritakan kat mereka yg saya ting 5 tapi bila dah habis program saya beritahu kita sebaya. tapi mereka tak percaya dan kata "abang Zeck tipulah" " Apa lagi ana ucap syabas pada dia kerana dapat kepercayaan dari peserta... tak pe.harap harap nya Zeck akan jumpa pelajar ni nanti satu kelas kat Pusat Matrikulasi..
Ya memang berat kaki melangkah meninggal kan SMK Semerah terkenangkanwajah wajah yg benar benar mengharapkan bimbingan, dan memang berpotensi utk ditajmikkan..
Terima kasih Cikgu Habsah dan akh Amin yang telah belanja kami nasi beryani semalam.. lena semua tidor dalam kereta. yang memandu juga yang puas menahan ngantuk.. Nak singgah kat program lain pun dah tak larat semalam.
Terima kasih kepada semua yg telah menyumbang.
Pak Lang
Cikgu Habsah malam tadi mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak sekolah Semerah kerana pengorbanan yang besar dari KRJ JB... dan kata-kata pengorbanan itu sebenarnya juga lahir dari mulut pengetua semerah ketika di hari perhimpunan sekolah semalam kerana pengorbanan KRJ JB tidak mengharapkan bayaran tapi mahu memberikan khidmat di sekolah. Ungkapan tersebut antara yang sebutkan kepada 30 orang peserta yang tidak hadir program tersebut - jumlah pelajar hadir 140 orang (sebagai denda pelajar tersebut digantung sekolah 3 hari kerana tidak mengikuti program sekolah walaupun yuran mereka bayar)
. MASIRI * yang masih setia menjadi tukang pukul dan camera man
2 comments:
smk semerah dah bertukar wajah...baru 3 tahun di tinggalkan kini semuanya baru..x sangka perubahan begitu cepat berlaku n ternyata pembangunan & kemajuan bergerak seiringan
windunya saya kt smk semerah..nk sambung form 6 tp dpt msuk u..nk piulih yang mana ekh??bantu lah saya!!!
Post a Comment