Friday, July 27, 2007

2 Program Hujung Minggu Lepas



Alhamdulillah KRJ Johor telah di beri peluang untuk mengendalikan 2 program remaja dalam masa yang serentak hujung minggu lepas

- 28 & 29 Julai 2007

Program Pertama
KEINDAHAN BERSAMAMU
280 orang pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik JB.
Tempat Program di Sek Men Teknik JB
8 pengendali , 30 fasi serta dibantu oleh Team KRI akan mengendalikan pgm yang bersejarah ini . Julung kalinya KRJ buat pgm KBM seramai itu


Program Kedua
NADWAH SMKA
145 pelajar ting 2 & 4 ( kepimpinan / naqib)
yang mewakili

SMKA-SMKA Negeri Johor
Tempat Program di Institut Haiwan Kluang, Johor.
3 pengendali KRJ Johor bersama KRJ BP telah mengendalikan pgm yang bersejarah ini. Julung kali KRJ mengendalikan program SMKA seluruh Negeri Johor
.

Terimakasih atas doa kalian... Tahniah kepada pengendali dan fasilitator.
Alhamdulillah...flight KRJ 280707 telah selamat mendarat

Wednesday, July 25, 2007

Renungan dari Pak Uteh

...dipetik dari buletin REMAJA bil.2 terbitan KRJ Johor
Allahuma bariklana fi rajab wa syaaban Wa balighna Ramadhan.
Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukan kami Ramadhan.

Assalamualaikum wbt anak-anak Kasih dan Sayang!

Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita kesihatan serta peribadi yang sentiasa soleh dan solehah. Ameen.

Pernahkah anak-anak terfikir bahwa kejadian kita ini cukup istimewa! Manusia dijadikan oleh Allah swt dalam bentuk yang amat sempurna. Apakah kesempurnaan dan istimewanya manusia ini?

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj [1] Rasulullah saw, baginda telah melalui perjalanan yang amat istimewa. Dalam waktu yang seketika dari Masjidil Haram di Makkah Rasulullah saw sampai ke Masjidil Aqsa di Syam menaikki Buraq yang mana kisahnya di abadikan dalam Surah Al Israa: 1.

”Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Peristiwa ini telah mengangkat manusia kepada darjat yang amat tinggi sehingga di muliakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk mengimamkan solat para rasul di Masjdil Aqsa. SubhanAllah!

Anak-anak yang dikasihi dan disayangi..

Nabi kita Muhammad saw adalah seorang hamba yang amat mulia! Ia amat mengasihi dan menyayangi umatnya. Sehingga akhir kewafatan baginda masih mengingati umatnya dan memohon kepada Allah swt agar perit dan sakit cabutan nyawa itu biarlah dirasai baginda dan tidak kepada umatnya. Inilah kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita! Bukan itu saja, kita sebagai umatnya mendapat keutamaan oleh Allah swt daripada umat nabi-nabi yang terdahulu.

Oleh itu marilah kita bersama-sama meneruskan berselawat kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Jom anak-anak marilah dan teruskan berselawat kepada Baginda. Semoga kerahmatan Allah swt bersama-sama kita.

Salam sayang dan kasih daripada Pak Uteh .

[1] Isra adalah perjalanan malam hari , sedangkan mikraj adalah perjalan naik ke atas.

Saturday, July 21, 2007

PoStEr KRj...(sesajeR...)

...sesaje nak masukkan poster dari Yeop, semasa nak delete e-mail dulu-dulu...c 2006 kot (tapi nama salah lah...patutnya KRJ Innovation, huhu..)

Friday, July 20, 2007

Kenduri 3 dalam 1 KRJJ

Alhamdulillah pada 18 Julai lepas bertempat di pejabat JIM, Taman Desa Skudai KRJJ telah mengadakan jamuan sempena 3 perkara berikut :

1) Jamuan kesyukuran sebagai tanda syukur kepada Allah SWT di atas pertolonganNya kepada semua program KRJJ

2) Jamuan perpisahan abang Munawar yang akan berangkat ke Mesir pada minggu depan untuk melanjutkan pelajaran.

3) Meraikan sepasang pengantin baru…..abang Zakri & kak Hazwani


Tahniah KRJJ, Moga terus maju melepasi sempadan negeri..., selamat jalan abang Munawwar dan selamat pengantin baru pada abang Zakri dan kak Wani...

...sorila datang lambat, rasa berat kaki sebab beratnya meninggalkan KRJ.....kenangan dari CEO KRJ Abu Nuha...antara tetamu yang hadir

Selamat Datang Rejab

Rejab datang lagi
semuga ia memberikan kesedaran pada diri
semuga hidup terus diberkati
semuga amalan akan bertambah-tambah lagi

Rejab datang lagi
semuga ia memberi kekuatan utk beramal kerana Illahi
semuga hidup ini terus dikasihi
semuga ditemukan dengan Syaaban selepas ini

Rejab datang lagi
semuga akhirnya ditemukan Ramadhan yang dinanti
semuga kehadirannya memberi kita seribu erti
semuga ia memberi cahaya yang kekal abadi.

Ya Allah berkatikanlah hidup kami di bulan Rejab ini,
begitu juga di bulan Syaaban nanti dan temuikanlah
kami dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

PakLong
Pasir Gudang

Monday, July 16, 2007

SMK Desa Cemerlang memang Cemerlang..!!

Barisan Crew pesawat KRJ 140707...
akhirnya pesawat berjaya landing dgn selamatnya...!!!
" saya sayangkan ibu saya!!! "
" jangan jadikan Monyet sebagai idola cinta kita...." ( cinta monyet )
" kasihnya ayah pada anak-anak nya "
" Bilakah kali terakhir kita memeluk ibu ayah kita??? "

MUQADDIMAH

Alhamdulilah...

Pada tarikh 14 & 15 Julai yang lalu, KRJ Johor sekali lagi telah diberi kepercayaan & penghargaan untuk membuat satu lagi program “ Keindahan Bersamam Mu “ di SMK Desa Cemerlang.

Maka berlepaslah Pesawat KRJ yang bernombor 140707 bersama 2 kapten pesawart, 10 Pramugara, 7 pramugari dan 110 penumpang yang merupakan pelajar-pelajar cemerlang SMK Desa Cemerlang.

KNOWING YOU KNOWING ME. ( KMKY )

Slot pengenalan KRJ yakni KMKY pagi itu di terajui oleh pak long dan kembar tak seirasnya pak uteh juga dibantu oleh abg bai. Sejuta penghargaan buat adik2 SMK Desa Cemerlang yang dgn sendirinya mahu di gelar “ Kasih & sayang “.

Pagi itu juga dapat di saksikan adik2 kasih & sayang ini beraksi dgn nama2 kumpulan nya yang kreatif-kreatif belaka, diantaranya ialah :


( Kumpulan Sayang ) – Rock
Alim, DC Stylo, JKJR, Student DC,

( Kumpulan Kasih ) - Beatiful liar, Lady Bear, Kasih Bistari, Soul Mate,

Tahniah kami ucapkan kepada kumpulan yang telah menjuarai slot Army yell pagi itu...mabruk buat antum !!!!

INTEAM

Kemudian , selepas solat zohor 4 rakaat, eh! Betulkan zohor 4 rakaat???

Program diteruskan dengan slot INTEAM, dan sekali lagi Kumpulan INTEAM tak dapat menyertai program kita pada hari itu, maka terpaksalah abg bai & kak fidah menerajui slot tersebut.

Tahniah buat adik2 kasih dan sayang SMK Desa Cemerlang yang sememangnya sentiasa cemerlang apabila berjaya memberi komitmen dgn baik. Tatkala program ini, kelihatan pramugari & pramugara KRJ kian kurang dan kejap bertambah..?? Kenapa yerk!!

Rupa-rupanya diorang pergi ke rumah kenduri kahwin salah seorang crew Pramugari KRJ....huhu...abg bai & kak fidah, juga kak muss pun tak lepaskan peluang, habis jer handle slot INTEAM, kami terus memecut menuju ke tapak perkahwinan....

RIADHAH...

Riadhah petang itu, macam biasa lah!! Kita asingkan adik2 kasih dan sayang..

Terima kasih buat abg ’ammar, abg amin & mohamad serta kakak fasi yang telah berjaya meRIADHAHkan adik2 kasih dan sayang.....huhu


KULIAH MAGHRIB

Ahamdulillah, petang itu, datang lagi seorang crew KRJ yang sememangnya otai paling besar, sapa lagi kalau bukan tuan CEO KRJ, abu nuha...abu nuha sempat memberikan kuliah maghrib kepada adik2 kasih & sayang...

Kepetahan dan keHEBATan abu nuha berpidato telah menarik minat adik2 kasih & sayang untuk mendengar kuliah abu nuha walaupun dalam keadaan keletihan...

SLOT MALAM...

Malam itu, pak anjang pula beraksi...masih teringat lagi lagu yang pak anjang nyanyi malam itu..

” tuhan...aku memanggil mu ”

” tuhan.......

Kehebatan pak anjang sememangnya tiada taranya, lawak serta keseriusan nya telah membuat adik2 kasih & sayang merasa terpukau sebentar pada malam tersebut...chiyok pak anjang....!!!

HIJRAH

Alhamdulillah, pagi ahad itu, menyaksikan adik2 kasih & sayang semakin bersemangat utk meneruskan penerbangan bersama KRJ...dan pagi itu dimulakan dengan Teka-Teki dari Abg amin & abg’ammar, kemudian teka-teki oleh abg munawwar....

Kemudian diteruskan dgn slot HIJRAH, kali ini di asingkan adik kasih & sayang, maka pesawat KRJ pun terus terbahagi kepada 2, tengok!! Canggih tak canggih nya pesawat KRJ!!! Boleh belah 2 lagi...hihi...

Hijrah kali ini di serikan oleh pak anjang khas utk adik2 sayang. Dan pak anajng telah membuka cerita pasal CINTA kepada adik2 sayang....

“ Jika CINTA di beri pada tangan ??

“ Jika CINTA di beri pada kaki ??

” Jika CINTA diberi pada Hati ???


KU SAYANG IBU : KU SAYANG AYAH...

Alhamdulillah, untuk terakhirnya, Pesawat KRJ pun hampir tiba di destinasinya, tetapi sempat menjemput ibu & ayah adik2 kasih & sayang untuk bersama-sama menuju ke destinasi...

Segala puji bagi Allah d atas segala nikmat yang diberikan...akhirnya pesawat KRJ berjaya tiba dengan jaya nya.....setelah hampir 40 minit di tahan oleh 2 orang pegawai di lapangan terbang, terima kasih buat adik2 kasih & sayang yang berjaya melakukan sesuatu bagi memberi pelepasan kepada Crew KRJ....alhamdulillah....


TAMAT....

Maka itulah dia, hasil laporan terpanjang sekali dari crew penerbitan KRJ. A secial thanks to :

( Pak Long, pak uteh, Pak Anjang, Pak Tam, Pak IM, Abu Nuha, Pak imam, Abg bai, amin, ‘ammar, Jamil, Usher, Munawwar, Mohamad KB, serta abg mail... )

( kak fidah, kak muss, kak yati, kak ida, kak ani, beserta 3 orang fasi yang didatangkan khas dari UTM, juga thank you very much buat Mama SMK DC..... )


Bai : Untuk makluman semua, ini adalah program terakhir Abang Munawwar bersama KRJ, beliau akan menyambung pengajian ke Uni. Al-Azhar di Mesir....Sedihnya!!!!!

Friday, July 13, 2007

KRJ BP di SMK Kolam Air...TAHNIAH!

Tarikh:7 dan 8 Julai 2007
Tempat: SMK Kolam Air, Batu Pahat
Program: Keindahan Bersamamu(KBM)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KRJ BP dah selesai menjalankan program di SMK Kolam Air untuk kali ketiga (2004, 2005 dan 2007) dengan peserta seramai 118 orang. PK 1 memberitahu, tahun lepas sekolah jemput orang lain utk buat progmra ni, tapi dia kata tak puas hati... Syukur bukan hanya krew KRJ saja yang ramai semasa program, tapi guru-gurunya pun agak ramai turut bersama-sama terutama semasa program malam dan penutup.Pengetuanya akan pencen pada bulan September. ni, so dia berucap agak panjang (rasanya hampir setengah jam ). Walaupun dah pencen tapi dia nak pastikan program KRJ akan tetap diadakan pada tahun-tahun akan datang. Antara hasratnya selepas pencen nak terlibat dengan NGO. So sayapun semasa bersalaman dengannya mengambil kesempatan mempelawa dia untuk beri ceramah semasa slot bersama parent. Dengan rendah diri dia kata dia tak pandai tapi kalau nak meramaikan tu bolehlah... Komen dari guru-guru amat positif begitua juga ucapan wakil parents...

Secara keseluruhan program berjalan seperti mana yang dirancang dan diharap... Begitulah agaknya dengan modul KBM yang sudah mantap.. so hasilnya sama saja jika di buat di JB atau Perak... cumanya beberapa seni dalam pengendalian program masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. .. KRJ BP bakal kehilangan Pak Cik Roslan yang telah berpindah ke JB tetapi masih mengendalikan slot inteam dan program di luar... mungkin selepas ini kami terpaksa mencari penggantinya yang tak tahu siapa

Sekadar itu laporan dari BP... yang terlalu jarang untuk membuat sesuatu laporan setelah selesai program

Mak Chu

Thursday, July 12, 2007

Salah kah solat kita...?

Salah ke solat kita???

Di suatu kampung di Utara Sumatera Barat, berdekatan dengan Kabupaten Skudai Barat, terdapat sebuah masjid lama yang bertaraf old timer di antara masjid-masjid yang ada. Keotaian masjid ini terserlah apabila aktiviti-aktiviti kerohanian sentiasa wujud dan sentiasa di imarahkan oleh semua penduduka kampung itu.

Pada suatu hari, dia berceramah berkenaan “ Aku dan Solat ku “...ceramah disampaikan oleh ustaz terkenal serata Asia iaitu al-Fadhil Sheikh Ismail Kitab. Maka pada waktu selepas maghrib bermula lah ceramah si ustaz.

Sedang Si ustaz sudah bersedia utk memulakan ceramahnya, TIBA-TIBA seorang pendengar ceramah yang bernama Hanif mengangkat tangan utk bertanya soalan...

Ustaz : ( eh! Belum start ceramah dah ada soalan )- cakap dalam hati –

Hanif : saya nak tanya satu soalan ya ustaz...

Ustaz : Hah! Gapo dia..?

Hanif : Saya pernah melihat seorang pak imam yang solat subuh tapi tak baca doa qunut,

Salah ke tidak solat dia tu ustaz???

Ustaz : sambil tersenyum, ustaz bermonolog dalam hati ( ada lagi yang tak faham ni )

Macam ni Hanif, kalau kita solat subuh, kemudian baca doa qunut, sah solat itu,

Kemudian jika kita solat subuh tetapi tidak membaca doa qunut, juga sah solat

Kita tu...

Hanif : Ha! Sudah, kalau buat tak salah, tak buat pun salah!! Habis tu yang mana salah

nya ustaz?

Ustaz : Yang salah nya kalau kiat TIDAK MENGERJAKAN SOLAT SUBUH.....

Sambil tersipu-sipu bagaikan kupu-kupu di lautan, Hanif tertunduk malu, mungkin itulah soalan yang terakhir akan dikemukakan oleh Hanif sepanjang hidupnya mendengar ceramah...hihi...

Bai : tu lah akibatnya, suka sgt fikir perkara yang samar-samar kesahihannnya,dalam masa yang sama mengambil endah perkara yang jelas hukum halal haram , sah dan batalnya..

SURE - SUkan REmaja 2009!!!