Sunday, November 30, 2008

X-PERT 2008 (6)...Terimakasih Semua

Ahad, 30 November - Majlis penutup Program Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak
(X-PeRT 2008) telah disempurnakan sejurus sebelum azan Zohor tadi dengan ucapan penutup oleh KW JIMJB Puan Sabariah Mansor dan penyampaian hadiah.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang berusaha menjayakan program X-PeRT 2008 . Semoga segala usaha yang telah dicurahkan mendapat rahmat dan barakah dari Allah swt jua. Juga ingin memohon kemaafan atas kegala kesilapan sepanjang program.

Kami amat bertuah kerana dapat menganjurkan program ini buat kali ke 2. Pada perkiraan saya objektif program yang ingin mendedahkan peserta dengan masyarakat, telah berjaya. Kami merasa puashati dan berbangga kerana berpeluang bekerja dan expose dengan pelbagai... aktivis KRJ/JIM dari negeri/daerah lain, NGO, pertubuhan kebajikan, hospital dan masjid, usahawan IKS, orang kampung...tak lupa fakir miskin, orang cacat, non-muslim dan mereka yang memerlukan.

Kebanyakan peserta dapat mengikuti program dengan baik. Semua negeri diwakili kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak. Tidak dinafikan ada unsur-unsur surprise yang sukar difahami oleh remaja seusia 16 tahun. Kami berharap akan dibaiki oleh penganjur X-PeRT 2009 akan datang. Seramai 79 peserta mengambil bahagian dalam program tersebut, 14 orang dari Johor.

Dalam program bersama orang kampung pada petang Jumaat hingga Sabtu, peserta tuan rumah telah dijadikan anak angkat oleh penduduk Kg Pulai Sebatang, Pontian. Saya menyarankan tindakan susulan kepada para ibubapa peserta supaya terus menziarahi ibu dan bapa angkat kepada anak-anak mereka.

Insyaallah kami akan terus memberi laporan tertunda dari masa ke semasa melalui blogspot krjjohor. Ribuan kemaafan kerana tiada berita selari semasa program seperti dijanjikan.

Terima kasih sekali lagi terutama juga kepada semua.. JKPRB, pengendali, urusetia, para pengiring dan fasilitator.

Tahniah kepada peserta, terbukti kalian semua adalah pelapis du'at..Semoga Allah memberkati.

Wassalam
Abdul Halim Mohd Ali
Pengarah X-PeRT 2008

1 comment:

tmah said...

PEMBETULAN!!

Dari johor ada 15 org. Last minit tambah sorang... hehe

SURE - SUkan REmaja 2009!!!