Sunday, November 30, 2008

X-PERT 2008 (6)...Terimakasih Semua

Ahad, 30 November - Majlis penutup Program Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak
(X-PeRT 2008) telah disempurnakan sejurus sebelum azan Zohor tadi dengan ucapan penutup oleh KW JIMJB Puan Sabariah Mansor dan penyampaian hadiah.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang berusaha menjayakan program X-PeRT 2008 . Semoga segala usaha yang telah dicurahkan mendapat rahmat dan barakah dari Allah swt jua. Juga ingin memohon kemaafan atas kegala kesilapan sepanjang program.

Kami amat bertuah kerana dapat menganjurkan program ini buat kali ke 2. Pada perkiraan saya objektif program yang ingin mendedahkan peserta dengan masyarakat, telah berjaya. Kami merasa puashati dan berbangga kerana berpeluang bekerja dan expose dengan pelbagai... aktivis KRJ/JIM dari negeri/daerah lain, NGO, pertubuhan kebajikan, hospital dan masjid, usahawan IKS, orang kampung...tak lupa fakir miskin, orang cacat, non-muslim dan mereka yang memerlukan.

Kebanyakan peserta dapat mengikuti program dengan baik. Semua negeri diwakili kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak. Tidak dinafikan ada unsur-unsur surprise yang sukar difahami oleh remaja seusia 16 tahun. Kami berharap akan dibaiki oleh penganjur X-PeRT 2009 akan datang. Seramai 79 peserta mengambil bahagian dalam program tersebut, 14 orang dari Johor.

Dalam program bersama orang kampung pada petang Jumaat hingga Sabtu, peserta tuan rumah telah dijadikan anak angkat oleh penduduk Kg Pulai Sebatang, Pontian. Saya menyarankan tindakan susulan kepada para ibubapa peserta supaya terus menziarahi ibu dan bapa angkat kepada anak-anak mereka.

Insyaallah kami akan terus memberi laporan tertunda dari masa ke semasa melalui blogspot krjjohor. Ribuan kemaafan kerana tiada berita selari semasa program seperti dijanjikan.

Terima kasih sekali lagi terutama juga kepada semua.. JKPRB, pengendali, urusetia, para pengiring dan fasilitator.

Tahniah kepada peserta, terbukti kalian semua adalah pelapis du'at..Semoga Allah memberkati.

Wassalam
Abdul Halim Mohd Ali
Pengarah X-PeRT 2008

X-Pert 2008 (5)...laporan Batu Pahat

Jumaat (28.11.08)

5.30 petang
Lebih kurang 5.30 ptg dapat call dr peserta kump pertama sampai kat Pt.Raja. Pukul 6 ptg semua dah berkumpul kat rumah Mak Chu. Ditaklimatkan sekejap lepas tu terus hantar ke hotel penginapan mereka. Photel sebagai keluarga angkat. Dia orang kata ingat tak jadi datang sebab dah lewat.

Hotel A- Ada mak cik dan 2 org anak bujang lelaki ... Kemudahan yg ada :bekalan eletrik , air parit untuk mencuci dan air hujan untuk minum ... Lokasi : Jln sek. Belakang sek men Tun Ismail Pt. Raja (penginapan peserta lelaki )

Hotel B- Ada mak cik,suami dia dan anak lelaki berusia 13 thn... Kemudahan yg ada : Air dr perigi cetek dan air hujan untuk minum. Tiada bekalan elektrik ...Lokasi : Jln sek. Belakang sek men Tun Ismail, bawah pencawang elektrik ( penginapan peserta lelaki )

Hotel C- Ada makcik duduk sorang...Kemudahan yg ada : Bekalan air paip dan elektrik. Bilik air emm.......kena tanya peserta keunikannya ...Lokasi : Parit Nipah , dikelilingi oleh pokok kelapa sawit ( penginapan peserta perempuan )

Hotel D- Ada mak cik dan sorang anak perempuan ... Kemudahan yang ada : Bekalan air paip dan elektrik. Boleh kata hotel 5 bintang nak banding dgn hotel2 yg lain ...Lokasi : Tmn Manis , kos rendah (penginapan peserta perempuan ) Peserta tidak diatur ikut kumpulan, tapi diasingkan lelaki dan perempuan , itu lebih sesuai. Peserta lelaki sempat hantar sebelum maghrib ,rumah yg pernah disantuni semasa DERU. Peserta perempuan lepas magrib. Maka bermalamlah peserta2 di hotel2 yg telah disediakan

Sabtu (29.11.08)

9.30 pagi
Pukul 9.30 semua dah berkumpul semula di rmh mak chu, kecuali peserta yg tinggal di hotel B sbb mak cik tu minta tolong buat pondok...Jadi mereka disitu sampai t/ hari. Sementara menunggu kenderaan sampai ,sempat buat perkongsian .

Perkongsian Peserta perempuan yg tinggal di hotel C: Tinggal dengan makcik yg dapur rumahnya dah hampir roboh. Mak cik ni ada anak 6 orang (dah besar2 dan ramai dah bekerlurga) tapi jarang balik ziarah ibu mereka. Ibu ni sangat kecewa dengan sikap anak2nya. Jiran2 pun jarang memperdulikan dia. Makcik ni sangat seronok bila ada org dtg dan minta peserta ni tinggal seminggu kat rmh dia. Banyak pengalaman dan iktibar yg diperolehi

Perkongsian peserta lelaki yg tinggal di hotel A :Masak nasi basuh dgn air parit (ada bau ), bilas dgn air hujan. Bila makan teringat masa masak, tapi makan jugak sbb dah lapar. Atap dan lantai rumah ni baru dibaiki. Sebelum ni atapnya bocor, bila hujan hampir satu rumah basah. Baru dapat bantuan PPRT. Ana ingatkan peserta agar menjadi orang yang bersyukur dan prihatin dengan nasib org lain. Dlm negara kita yg membangun dan pekan Pt rRja pesat membangun serta ada universiti, tapi masih ada org yg hidup menderita tanpa kemudahan air dan elektrik.

10.00 pagi
... mula beredar ke Batu Pahat. Peserta dibahagi 3 kumpulan (tidak berada dlm kump asal )Aktivitinya berjalan serentak: 1- Membantu di kilang roti.2- Membuat aktiviti dengan kanak2 3- Memasak untuk dimakan bersama org susah... Pak cik ni baru baik sakit, sekarang kerja jual cendol...mempunyai anak 12 orang berumur antara 4 bulan hingga 19 thn termasuk sepasang anak kembar. Anak ramai dah tak sekolah, kerana tak mampu... alhamdulillah keluaga ni ,keluarga yang baik dan nampak mengamalkan Islam... Pernah keluar dlm akhbar ,perlukan bantuan, masa tu pakcik ni sakit. ..kalau ada sape2 berminat nak bantu boleh hubungi KRJ BP .

Sempat tanya peserta lelaki kat kilang roti, ok ke?.. Dia kata ' Aduh lengoh tangan menguli tepung '. Sambil gurau dgn dia orang ana kata "... baru tau ye susahnya nak buat roti'. Peserta perempuan pulak seronok buat kek coklat dll. Dah habis masing2 dapat la bekal kek bawa balik. Roti yang dia orang buat x sempat nak masak sbb kena peram 4 jam sblm di bakar.

1.00 tghari Target pkl 12 dpt makan t/hari kat rmh pakcik tu, tapi pkl 1 lebih baru siap masak (Almaklumlah semua peserta yg masak, basuh ayam 5 ekor je ambik masa 1 jam he..he..).Menu, ayam masak kurma dgn acar timun nenas. Alhamdulillah sedap.


Petang ...Pukul 2 makan t/hari dan meraikan keluarga susah pukul 3.30 beredar ke Tasik Y ( tempat reakrasi )dan Summit (Shopping Complex) untuk edar risalah (remaja dan cinta) kepada remaja2 yg couple dan melepak Pukul 5.00 ptg semua peserta bertolak balik ke JB menaiki bas.


Sekian dari Mak Chu

X-Pert 2008 (4)...kampung Pulai Sebatang, bukan Pinang Sebatang

Jumaat 28 November

4.00 petang Kesemua 3 kumpulan telah tiba di bandar Pontian. Kelihatannya merayau rayau diberapa tempat mencari petunjuk. Sempat berbual dengan kumpulan dari Kelantan yang sedang menjamu selera

5.30 petang Peserta sampai di Masjid Pulai Sebatang antara jam 5.30 hingga jam 6 petang. Kemudian taklimat dari Cikgu Amran, pemudahcara KRJ dengan masyarakat setempat dan Hj Shamsudin, YDP Pertubuhan Kebajikan Islam Pulai Sebatang(PKIPS). Seterusnya peserta diperkenalkan dengan keluarga angkat dan menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing beserta ole-ole dari KRJ.

Sebenarnya mereka telah setia menunggu seawal jam 4.00 petang...terpaksa menggunakan kuasa pengarah program dan menelefon fasilitator supaya menyegerakan peserta ke Pulai Sebatang.

Sabtu 29 November

7.45 pagi ...bergerak dari rumah Puan Adibah menuju ke ladang ternakan puyuh kepunyaan En Nizam di Kampung Parit Saniman. Lama kami bersembang dengan En Nizam, usahawan berjaya dalam industri puyuh.

10.00 pagi Seterusnya ke rumah Puan Rahmah Kg Jawa yang mengusahakan industri anyaman atap nipah. Beberapa peserta sempat mencuba mencucuk rumbia... Kemudian kami ke bandar baru Pontian, melihat replika nanas gergasi, hasil usaha dan daya kreatif penduduk Kg Pulai Sebatang En Ramli.

12.30 tghari Khidmat masyarakat membantu En Abdullah di majlis perkahwinan anaknya.

4.30 petang Majlis penutup.. . Ucapan TYDP PPKIPS En Mansor dan pengarah program ...semua peserta mendapat hadiah. Seterus nya bergambar kenangan dan jamuan ringan.

6.00 petang Peserta bertolak pulang menaki bas menuju Pontian.

Friday, November 28, 2008

X-Pert 2008 (3)...Hari Kedua

Jumaat 28 November, Hari kedua...

6.30 pagi X-PeRT2008 telah dimulai dengan sesi bersama Dr Hishamuddin Alham , berkongsi tentang kemahiran berkomunikasi. memang menarik dan banyak ilmu yang dipelajari.

9.00 pagi Sebelum beredar dari masjid Taman U peserta telah dipastikan melaksanakan kerja kerja khidmat masyarakat di masjid tersebut ... Kemudia Explorace pun bermula. Disini mereka telah diuji dengan clue yang sangat mencabar untuk mencari arah.

10.30 pagi Korban ohhh Korban .... itulah seterusnya yg telah mereka lakukan .. peserta telah mengedarkan risalah Korban JIM pusat di sekitar Taman U dan di dalam perjalanan menuju bus stand Larkin. mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil menuju ke Pontian, Simpang Renggam dan Batu Pahat... sesuatu yang menarik lagi mencabar sedang menunggu mereka ....

saksikan v-klip group 6 sepanjang x-pert 2008


bersambung

Crossword Untuk Adik-Adik

  1. Senjata bg org mukmin
  2. Mengetuai negara b’landaskan hukum islam slps kewafatan nabi muhammad SAW
  3. Hadith yg diriwayatN oleh seorang perawi sahaja dalam tiap2 tabaqat
  4. Nama bg harta rampasan perang
  5. bukti kwujdan ALLAH SWT
  6. Apakah Sumber Hukum di zaman rasul SAW
  7. ijab dan qabul
  8. Apakah gelaran kpd khalifah islam yang ke-2
  9. Golongan yg menentang ahli sunnah
*Dapatkan jawapan sebelum ke CP seterunya
*Lapor diri pada Fasi sebelum bergerak

Adik-Adik Pandai Selesaikan

Jika adik bijak belaka
Apakah ini cubalah teka

GREZVANYYNEXVA

Thursday, November 27, 2008

X-PeRT 2008: Nikmat Oh Nikmat...

Khamis, 12.00 tghar1: selesai sesi penerangan pengiring bersama pengarah program


fasilitator lelaki yang sentiasa bersedia, dah 3 malam tidor pukul 2 lebih...

fasilitators dan urusetia perempuan ...


Sekitar jam 3.30 petang: Amir(ketua) peserta , adik Naim dirumah Orang-0rang Tua di Kempas ...picture of the day

baru nak cuba mesra...tak senyum 3 pun...

Sekitar jam 4.00 ptg: Di Rumah Kanak-kanak Terencat Akal di Saleng...peserta bersama kanak-kanak sedang mewarna...teruja sungguh


Selepas teori...kena amalkan apa apa yang dipelajari. Bersyukur atas ni'mat akal yang sempurna dan sentiasa bersama masyarakat tak kira siapa mereka.




X-PeRT 2008 : Selamat Datang Semua



Khamis, 27 Nov - InsyaAllah KRJ Johor akan menerima kedatangan 83 orang peserta Ekspedisi Pemimpin Remaja tahan Lasak ( X-PeRT 2008) dan belasan pengiring dari pelosok tanahair yang akan bermula dari 27 Nov. hingga 30 November 2008. Bagi pihak urusetia program, ana mengalu-alukan kedatangan semua peserta yang sedang dalam perjalanan ke Johor.

Terkini jam 12.30 malam, 2 tim telah tiba di Masjid Taman Universiti iaitu 5 orang dari Negeri Sembilan (berserta seorang pengiring) dan 6 orang dari Perak (berserta seorang pengiring, sdr Azim). Selamat datang diucapkan.

Mohon doa dari semua dan ribuan moga mendapat keredhaan Ilahi dan terhindar dari perkara yang tak diingini .Wassalam
10.30 Sesi Pertama bermula lelepas pendaftaran dengan taklimat. Masa ni Peserta KL dan Kelantan belum tiba...khusyuk mendengar taklimat Anag Yeop dan Kak IM.
Serius je peserta Johor...

11.30 pagi, taklimat oleh Mak Cik Norlia...penerangan bila jumpa kanak-kanak terencat akal

11.30 pagi (bilik 2), penerangan oleh Mak Cik Rokiah...apa nak buat bila pergi rumah orang tua

Saturday, November 15, 2008

Program Dr Yusuf Estes di Johor Bahru


Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Gabungan Pertubuhan NGO Muslim Negeri Johor, bersama Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti telah berusaha membawa Dr Yusuf Estes ke Johor Bahru dalam siri lawatan beliau ke Malaysia. Dr Yusuf adalah seorang pendakwah terkenal di USA dan seluruh dunia semenjak memeluk agama Islam. Beliau sebelum ini ialah pendakwah Protestan yang aktif. Program Dr Yusuf Estes di Johor Bahru yang akan diadakan seperti berikut:



Program 1

“Why are Scientists and Doctors Turning to Islam for Answers?”

27 November 2008 (Khamis)

2.00 – 4.00 pm

Dewan CTL, Blok F54,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai



Program 2

“Do Dakwah Now!”

27 November 2008 (Khamis)

8.00 – 10.00 mlm

Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Taman Universiti, Skudai
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut mengenai Syeikh Yusuf boleh diperolehi dari
Kisah beliau menganut Islam boleh dilihat melalui video di alamat berikut:

Friday, November 14, 2008

Program 15 November ditunda

Dimaklumkan program sehari yang dijadualkan
pada 15 November 2008 telah ditunda bulan Januari 2009.
Harap maklum dan mohon kemaafan ke pada semua

Monday, November 10, 2008

KBI: Seronok, Semangat, Kepimpinan

Ahad 9 November- Alhamdulillah, Program Keindahan Bersama Islam (KBI) atau Program Pembangunan Nuqaba' telah tamat kira-kira jam 1.15 tadi dengan suasana cukup ceria dan bersemangat. Program diadakan di Tiram Indah Village bersama 80 orang pelajar dari 5 buah sekolah-sekolah teknik (SMTeknik JB, ERT Azizah, Tanjung Puteri, Perdagangan- semua di JB, dan Teknik Kluang) .

Pengendali utama ialah Pak Ngah /Suhaimi dan Abang Yeop/Umayr Ainullotfi ( kini fulltimer KRJJ) bersama 15 fasilitator. Turut akan bersama kami ialah Ummi dan 5 0rang anak buahnya dari KRJ Melaka.

Tahniah kepada Pak Ngah dan tim. Terimakasih Ummi Kamariah dan anak2 buah dari Melaka. Syabas semuanya. Syabas anak-anak muda semua...(Yeop, Asim, Anas Razak, Ammar Salleh, Insyirah, Azizah, Faizul...sekadar menyebut beberapa nama). Ustaz Hairozi (dari JPN) sangat-sangat menghargai sumbangan tenaga semua yang terlibat. Terimakasih juga kepada pihak JPN yang memberi kepercayaan kepada KRJ.

Dengan berkonsepkan Seronok, Semangat dan Berkepimpinan, KBI bertujuan merapatkan ukhuwwah, mengembalikan peserta kepada Islam dan membina minat kepada Usrah. Peserta adalah pelajar tingkatan 4, insyallah akan disasarkan didalam usrah disekolah-sekolah tahun depan.
Tahniah pada semua dan mohon maaf atas kesilapan, kekurangan, kecuaian ... terutama insiden yang tidak dijangka petang tu, insyaAllah ada hikmah dan jadikan sebagai pengajaran.
Tim Melaka, Ummi n da' gang memang sangat membantu terutama kepada peserta perempuan kerana AJK agak terkejar-kejar nak bersama dengan peserta. Kehadiran Wani walaupunpun sekejap sangat membantu untuk penyediaan sijil peserta. Biasanya tukang buat sijil mesti terpaksa bersengkang mata untuk print sijil malam tu selepas habis program tapi kali ni sijil siap print petang tu jugak! Alhamdulillah...terima kasih banyak-banyak Kak Yong dan Wani termasuk suami masing-masing, he,he,he...
Di harap sinergi tenaga senior + muda + baru ni dapat dikekalkan, diteruskan dan dimantapkan, rasa macam satu pembaharuan dalam KRJ.
Kerja LUARBIASA memerlukan pengorbanan yang juga LUARBIASA!!!
Jom tengok gambar di sini

Sunday, November 09, 2008

Selamat menempuh peperiksaan SPM

Selamat memempuh peperiksaan SPM
kepada semua adik-adik kasih dan sayang yang bakal mendudukinya esok.
Didoakan moga berjaya dengan cemerlang.
Allahumma, Ya ALLAH... Ramai di antara adik-adik kami menginginkan kebaikan daripada apa yang mereka lakukan. Terutama buat mereka yang masih di peringkat peperiksaan SPM, jadikanlah buat mereka peperiksaan SPM ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan mereka terhadapMu, dan jadikanlah ia satu sebab untuk mereka mendekatiMu.
Ya ALLAH ya ar-Rahman. Engkau maha mengetahui keadaan mereka, YA ALLAH, maka Engkau permudahkanlah buat mereka apa yang sukar buat mereka. Engkau peringatkanlah buat mereka apa yang mereka lupa, dan Engkau ajarkanlah mereka apa yang tidak mereka ketahui.
Ya ar-Razzaq, Ya ar-Rahim. Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat, maka ENgkau jadikanlah adik-adik ini, adik-adik yang kuat. Adik-adik yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan. Jadikanlah mereka teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu.
KepadaMulah kami memohon dan meminta. KepadaMu jualah kami bergantung harap. Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan. Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami. Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka, serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.
Amiin, YA RABBA L-'ALAMIIN...

Wednesday, November 05, 2008

X-PERT 2008: Selamat datang ke Johor!


Bila bertalu, rentak di kalbu..
Hasrat yang tersirat semakin ku buru...
Bila bergema, laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda!!


X-PERT 2008 hampir tiba!!

http://krj.jim.org.my/xpert/

Tuesday, November 04, 2008

Malam Alfusyukran Asrama SMTJB


Sabtu 1 November - Alhamdulillah, tahun ini KRJ sekali lagi diundang ke majlis annual dinner 'Alfusyukran Asrama dan Malam Persaraan Pengetua SMTJB'. Rombongan VIP KRJ termasuklah Pak Long, Pak Lang, Pak Uteh, Pak Im, Pak Cik Taha, Abang Amin, Abang Yeop, Kak Fida, Kak Yatie, Kak Gee, Kak Ani, Kak Fifi, Kak Yong , Kak Insyirah dan Tiyah.

Kalau ikutkan ada lagi yang kata nak pegi...tapi tak muncul2. Seawal 9.00 malam di luar dewan, tetamu disambut dengan paluan kompang ala-ala kenduri kahwin. Gamat!. Masuk je dewan ada yang tak sangka akan diletakkan di paling depan mengadap stage, selari dgn VIP PIBG dan pengetua.

Suasana sungguh warna -warni. Setelah setiap warga penting berucap, kami menikmati lebih kurang 6 jenis course. Sedap2 belaka. Sambil menikmati juadah, majlis diteruskan dengan pelbagai acara. Majlis hanya tamat sekitar jam 12 malam. Akhir kata, semoga silaturrahim dan hubungan yang special dgn SMTJB ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Jom tengok gambar...

Ucapan dari Puan pengetua

Menunggu makan

VIP KRJ
Antara menu utama


Ole-ole dari KRJ

VIP paling popular menerima cabutan bertuah

gambar-gambar lain klik sini

Saturday, November 01, 2008

KBM di MRSM Batu Pahat

Tahniah kepada KRJ Batu Pahat yang telah mengendalikan KBM di MRSM Batu Pahat pada 25 dan 26 Oktober lepas. Peserta program adalah seramai 137 pelajar tingkatan 4. Barisan pengendali ialah Mak Chu, Pak Chu, Mak Uda, Pak Im (JB) Abang Nizwam dan Abang Fadli manakala videoman ialah Pak Uda.

Seramai 11 orang abang dan kakak fasilitator dari UTHM turut bersama di program yang julung-julung kali diadakan di MRSM Batu Pahat itu.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!