Friday, August 08, 2008
Pesawat KRJ di SMT (ERT) Azizah selamat mendarat
Johor Bahru 3 Ogos - Alhamdulillah, pesawat KRJ 020808 pada Program KBM di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah telah selamat mendarat pada jam 1.30 tengahari tadi. Kali ini penumpangnya ialah seramai 90 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki tingkatan 5.
Majlis penutup telah dikendalikan oleh Pak Tam dan dihadiri oleh seramai 100 orang ibubapa, PK HEM, kounselor pelajar Puan Junaidah dan beberapa orang guru. Pak Tam, selaku Pengarah KRJ Johor turut mempromosikan Semarak Ramadhan JIM pada majlis tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum..saya Amira..saya sangat gembira mengikuti program ni.segala kenangan bersama krj team akan diingati sampai bila-bila.Especially kak insyirah,pak imam,pak im,pak long,kak dewi..semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki..
Assalamualaikum... saya surati... saya berterima kasih kepada KRJ team kerana telah mengadakan program kesedaran sebegini... saya rindu kat kakak2 fecilator... lg2 kak ada...wassalam...
Post a Comment