Thursday, August 28, 2008
Ramadhan Semakin Hampir...Selamat Beramal
⇒ TILAWAH AL QURAN: menghabiskan satu juzuk sehari untuktilawah dan tadabbur. Manafaatkan segenap masa, di waktu siangdan malam untuk bersama AlQuran.
⇒ TERAWIH: pilihlah masjid dengan keutamaan: dekat dengan rumah, bacaan imam yang tartil, kadar bacaan (lebih afdhal satu juzuk), ada tazkirah
⇒ I’TIKAF: saling membantu di kalangan ahli keluarga untuk memudahkan ibadat I’tikaf di masjid, rancang cuti rehat, kenal pasti masjid yang ‘mesra I’tikaf’ (disediakan makan sahur, mendapat sambutan dll).
⇒ INFAQ: sediakan peruntukan khas untuk sedekah kepada anak yatim, orang fakir miskin, muallaf, umat Islam yang berjihad seperti di Palestin dan Iraq dll
⇒ IFTAR: elakkan pembaziran, mengawal nafsu keinginan makanan pelbagai, pastikan makanan seimbang dan berkhasiat.
⇒ MAJLIS ILMU & TAZKIRAH: anjurkan majlis tazkirah selepas solat Subuh, Terawih, Zohor di surau pejabat, bersama ahli keluarga di rumah
⇒ ZIKIR DAN DOA: cuba beristiqomah bersama ahli keluarga untuk membaca zikir Al Ma’thurat, banyakkan berdoa pada waktu mustajab, perbanyakkan zikir sepanjang masa
Wednesday, August 27, 2008
KSPPJ...Tahniah semuanya
Suasana sebelum perasmian
Juara Futsal Remaja: Zon Pulai
Gaya Pak Chu sebelum perlawanan tarik tali
Tahniah kepada semua pemenang, juga yang mengambil bahagian
KEPUTUSAN KEJOHANAN (REMAJA SAHAJA)
BADMINTON
Bergu perempuan remaja 1. Aimy Nadiah Azlan & Aida Syahirah Azlan (Pulai) 2. Amirah Husna & Amirah Fazana (Batu Pahat)
Bergu lelaki remaja 1. Fauzan & Ibrahim (Alor Gajah) 2. Ammar Roslan & Fazli (Bandaraya JB)
OLAHRAGA:
200m remaja 1. Muhammah Nurul Amin Hashim (PG) 2. Abdullah Jalil (Pulai)
100m remaja 1. Muhammad Syukri Jamaludin (PG) 2. Muhammad Nursyahmim Roslan (PG)
4×100m remaja 1. Pasir Gudang2. Pulai
FUTSAL
1. Pulai 2. Muar
Tuesday, August 26, 2008
Allah Bersama mu
Mari kita beri sedikit masa untuk merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah..
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaan Nya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)menggunakan akal fikiran.
(AlBaqarah:164)
PEDOMAN AL-QURAN 3
Kita sebagai Ayah Ibu perlu risau apa akan jadi dengan anak-anak kita sepeninggalan kita. Lihat wasiyat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub.. .risau tentang pegangan agama mereka dulu!Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub. (Ibrahim berkata):
"Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut,ketika ia berkata kepada anak-anaknya:
"Apa yang kamu sembah sepeninggalku? " Mereka menjawab:
"Kami akan menyembah Ilah-mu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, (yaitu) ilah Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepada-Nya".
(AlBaqarah: 132-133)
PEDOMAN AL-QURAN 2
Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketikaitu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah. .." " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(AlBaqarah:155- 157)
Friday, August 22, 2008
Selamat Bertanding di KSPPJ...
Tuesday, August 19, 2008
Explores Semarak Ramadhan Masjid BBU
“3R Remaja Raikan Ramadhan”
Program : Explores Semarak Ramadhan Masjid BBU
Tarikh: 17 Ogos 2008-08-31
Masa: 2.30 – 5.30 ptg.
Tempat: Masjid Bandar Baru Uda
Peserta: Remaja sekitar BBU (26 Lelaki, 54 Perempuan)
*************************************************************************
Berita Bergambar
Keindahan Bersama Ramadhan.
Tersipu-sipu adik baju merah nie kena jawap soalan cepu emas kami.
Tak ketinggalan, Abang Asim bersama-sama peserta BERDOA.
Slot diteruskan dengan game TREASURE AL-QUDS yang dikendalikan oleh Kak Fidah ..Fuh, mencabar juga soalannya!
Games dilaksanakan secara berkumpulan. Adik perempuan berjaya mengondol tempat pertama-ketiga. Adik lelaki berjaya juga mendapat tempat keempat.
Sebahagian peserta-peserta lelaki bergambar bersama dengan
pengendali, fasilitator dan penganjur selepas tamat program.
Sebahagian peserta-peserta perempuan bergambar bersama dengan
pengendali, fasilitator dan penganjur selepas tamat program.
Program diakhiri dengan jamuan minum petang.
Makan apa pun sedap...kalau dah memang lapar.
Sambil makan sempat juga Abang Asim bertaaruf dgn adik2 BBU.
Sekian, dari Lensa Ummu Fathiyah
Wassalam
Saturday, August 09, 2008
Selamat Menempuh Trial PMR...
Apa khabar adik2 semua...
Dengar nya tak lama lagi percubaan PMR, macam mana dengan persediaan??? Walaupun hanya percubaan tetapi disinilah adik-adik boleh lihat sejauh mana kemampuan dan persediaan adik-adik selama ni. Bila lihat keputusan nanti cubalah perbaiki mana yang kurang dan tingkatkan lagi mana yang masih belum cemerlang.
Akak dan warga KRJ yang lain sentiasa dookan yang terbaik untuk adik-adik semua dan yang penting adik-adik terus berusaha, doa dan tawakal kepada Allah. Jangan lupa beramal di bulan Sya'ban ni sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan, insyaAllah semoga dengan amalan kita yang ikhlas dapat membantu adik-adik semua.
pagi-pagi makan gulai...
makan gulai ikan keli
kasih & sayang belajarlah pandai-pandai..
nanti boleh masuk universiti..
All the best yer!!!
-Kak Insyirah Mokri-