Monday, March 31, 2008
Perkongsian KBM di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat
Batu Pahat,29 - 30 Mac 2008. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya KBM di SMK Jalan Kolam Air berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terdiri dari pelajar tingkatan 3 seramai lebih kurang 115 orang dan kehadiran ibubapa yang hampir 100 orang serta penglibatan guru-guru sekolah yang ramai (kebetulan hari Sabtu adalah sekolah ganti) telah memeriahkan KBM kali ke empat di sekolah ini. Dengan tenaga pengendali yang agak terhad, Alhamdulillah setiap slot berjalan lancar memenuhi standard modul KBM. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan KBM kali ini, semoga amal kita diterima Allah. Beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama pada KBM kali ini ialah
1. Kehadiran wakil dari PPD, iaitu Ust Luqmanul Hakim dari Bahagian Pendidikan Islam dan Moral semasa majlis kemuncak pertemuan antara ibu ayah dan anak dan seterusnya merasmikan penutupan program. Dalam ucapan yang begitu positif ke atas program ini meminta agar program seumpama ini disebar ke seluruh Batu Pahat.
2. Respons pengetua sekolah yang baru yang amat positif di mana beliau sempat menjadi penonton slot Meniti Angin Malam dan dalam ucapannya meminta agar program ini menjadi acara tahunan sekolah
3. KBM di Batu Pahat bergerak atas nama KRJ (bukan atas nama syarikat) dan sekali lagi memberi peluang mempromosi JIM melalui ucapan YDP JIM BP, Dr Jiwa Abdullah yang hadir semasa majlis penutupan.
4. Penglibatan JIM daerah BP mengendalikan KBM mungkin boleh dipraktikkan bagi daerah-daerah lain yang mungkin mensasarkan remaja sebagai relung penglibatan dakwah mereka... di samping peluang berdakwah dapat juga mengumpul dana untuk memudahkan urusan dakwah yang pastinya memerlukan sumber kewangan
5. Guru-guru sekolah telah menilai KBM kali ini lebih berkesan berbanding tahun lepas... mungkin melihat dari sesi pertemuan ibu ayah dan anak, juga ada sedikit keistimewaan KBM kali ini kerana berjaya menyiapkan video klip Guruku yang dituju khas untuk guru-guru yang telah banyak berkorban kepada pelajar.
Tahniah KRJ Batu Pahat!
perkongsian oleh Pak Chu Masiri

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..ana mengucapkan syukur alhamdulillah krn berjaya bersama2 mengendalikan program ini buat pertama kalinya...syukur sangat2 dapat mengembangkan ilmu dan dakwah kepada adik2 di sini...alhamdulillah ukhwah antara kami sangat erat walaupun baru join..syukur pdNya juga krn memberikan ana peluang utk bersama team KRj Batu Pahat ni..pengisian dalam program kali ini sgt memberikan kesan dan motivasi pada diri ana,fasi2 lain dan adik2..smoga selepas ini,ukhwah dapat di eratkan dan dakwah dapat dikembangkan..insyaAllah..salam ukhwah..
Post a Comment