Monday, March 31, 2008

Program Pembangunan Nuqaba' di SM Teknik Jasin

Alhamdulillah program tersebut telah dapat dilaksanakan di SM Teknik Jasin, Melaka pada 29~30 Mac yang lalu.

Program ini telah dikendalikan oleh Pak Long dan Pak Ngah dari KRJ Johor dengan dibantu oleh Ummi, Kak Irda & 6 anak-anak alumni KBM dari SM Teknik Bukit Piatu dari KRJ Melaka.

Peserta adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 5 yang merupakan alumni KBM SM Teknik Jasin pada awal tahun ini.(18L/22P) Mereka juga merupakan barisan pengawas sekolah, pengawas asrama dan exco asrama, dan merupakan pelajar terpilih daripada 550 pelajar yang menghuni asrama putera dan puteri sekolah tersebut.

Mereka telah dikenalkan dengan usrah, konsep 3T (ta'aruf, tafahum dan takaful), cara mengendalian usrah secara praktikal dan beberapa pendekatan usrah yang lain. Alhamdulillah, respon yang amat baik dari setiap peserta pada setiap aktiviti yang telah diadakan, dari mula hingga akhir program, dan slot yang paling mereka seronok ialah pengenalan 3T dengan kaedah menggunakan belon. Berpeluh kami nak melayan mereka semasa melakukan slot ini.... bebudak tu, stamina mereka tinggi.

Sebelum tu satu slot khas dari Karisma Melaka telah dapat diadakan. Terima kasih kepada Al-Amin, Pengerusi Karisma Melaka dan rakan-rakan akan penyampaian yang amat baik.

Pada malamnya pula satu slot yang cukup menarik telah dapat disampaikan oleh TKW JIM Melaka, Dr Mai. Terima kasih kepada Dr Mai dan juga kepada teman setianya, Pakcik Zainal.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn Hj Abd Aziz yang memantau program ini dari mula hingga akhir, bersemangat sungguh dia nak memulakan usrah dikalangan pelajar-pelajar di sekolah ini. Anak-anak, para naqib dan naqibah juga telah bersemangat untuk memulakan usrah dikalangan mereka.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung maupun tidak langsung.
Muga Allah menerima semua amalan kita.

Laporan oleh Pak Long Amin

Perkongsian KBM di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat

Batu Pahat,29 - 30 Mac 2008. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya KBM di SMK Jalan Kolam Air berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Peserta terdiri dari pelajar tingkatan 3 seramai lebih kurang 115 orang dan kehadiran ibubapa yang hampir 100 orang serta penglibatan guru-guru sekolah yang ramai (kebetulan hari Sabtu adalah sekolah ganti) telah memeriahkan KBM kali ke empat di sekolah ini. Dengan tenaga pengendali yang agak terhad, Alhamdulillah setiap slot berjalan lancar memenuhi standard modul KBM. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan KBM kali ini, semoga amal kita diterima Allah. Beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama pada KBM kali ini ialah

1. Kehadiran wakil dari PPD, iaitu Ust Luqmanul Hakim dari Bahagian Pendidikan Islam dan Moral semasa majlis kemuncak pertemuan antara ibu ayah dan anak dan seterusnya merasmikan penutupan program. Dalam ucapan yang begitu positif ke atas program ini meminta agar program seumpama ini disebar ke seluruh Batu Pahat.

2. Respons pengetua sekolah yang baru yang amat positif di mana beliau sempat menjadi penonton slot Meniti Angin Malam dan dalam ucapannya meminta agar program ini menjadi acara tahunan sekolah

3. KBM di Batu Pahat bergerak atas nama KRJ (bukan atas nama syarikat) dan sekali lagi memberi peluang mempromosi JIM melalui ucapan YDP JIM BP, Dr Jiwa Abdullah yang hadir semasa majlis penutupan.

4. Penglibatan JIM daerah BP mengendalikan KBM mungkin boleh dipraktikkan bagi daerah-daerah lain yang mungkin mensasarkan remaja sebagai relung penglibatan dakwah mereka... di samping peluang berdakwah dapat juga mengumpul dana untuk memudahkan urusan dakwah yang pastinya memerlukan sumber kewangan

5. Guru-guru sekolah telah menilai KBM kali ini lebih berkesan berbanding tahun lepas... mungkin melihat dari sesi pertemuan ibu ayah dan anak, juga ada sedikit keistimewaan KBM kali ini kerana berjaya menyiapkan video klip Guruku yang dituju khas untuk guru-guru yang telah banyak berkorban kepada pelajar.

Tahniah KRJ Batu Pahat!

perkongsian oleh Pak Chu Masiri

Sunday, March 30, 2008

KBM APutraM SMKAJJ

Muar, Ahad 30 Mac 2008 Alhamdulillah. ..pesawat KRJ 290308 telah mendarat tengahari tadi. KBM kali ini bertempat di Asrama Pusat Putra SMK Jalan Joned, Muar (APutraM SMKJJ Muar ) . Peserta KBM kali ini adalah adalah sekitar 50 orang merupakan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 asrama tersebut.

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengendali KRJ dari JB (Abu Nuha, Pak Im dan Pak Imam) dan dari Melaka ( Abang Long Hanuar), fasilitator dari Pusat Matrikulasi Tangkak (Fikri, Afiq, Hasyim, Azman dan Syed )

Terimakasih juga kepada tuan rumah (Cikgu Manaf) dan pihak SMKJJ dan JIM Muar yang diketuai YDP Cikgu Abdullah yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjaya walaupun dengan masa yang sangat terhad.

Alhamdulillah. . bagi pihak pengendali, KBM ini merupakan yang paling mudah mengendalikannya dari segi disiplin peserta. Kedatangan ibubapa di masa sesi penutup pula amat baik...sekitar 80% ibu /bapa pelajar hadir..satu angka yang amat membanggakan.

Insyaallah KBM akan kembali ke Muar pada 19 dan 20 April di SMK Bandar Maharani.

Friday, March 28, 2008

Jom jadi Fasilitator KRJ!

Dijemput semua pewaris KRJJ dan graduan KBM untuk menjadi fasilitator untuk program KBM terdekat.
Di sekitar Johor Bahru
12 - 13 April : SMK Permas Jaya
19 - 20 April : SMK Bandar Maharani, Muar
25 - 26 April : SMK Desa Cemerlang
26 - 27 April : SMK Dato' Abdul Rahman Yassin (form 5)
3 - 4 Mei : SMK Sri Rahmat
10 - 11 Mei : SMK Dato 'Abdul Rahman Yassin (form 3)
contact Kak Muss, Kak Abidah atau Pak Im

Luar Johor
5- 6 April - SM Teknik Setapak (bagi pewaris yg berada di KL)
19-20 April - sebuah sekolah di Hulu Langat (bagi pewaris yg berada di KL, Selangor dan Negeri Sembilan
18- 19 April SK Bota Kanan, Perak (bagi pewaris yg berada di Perak)
19 -20 SMK DARY Bota Kanan, Perak (bagi pewaris yg berada di Perak)

utk program di Perak contact Abg Bob , dan KL contact Abang Bai

Selamat Berjuang

Monday, March 24, 2008

KBM Masjid BBU - Terimakasih semua

Johor Bahru, Isnin 24 Mac- Alhamdulillah, KBM di Masjid Bandar Baru Uda (BBU) telah disempurnakan bertepatan dengan azan Asar semalam. Program adalah anjuran HELWA dengan kerjasama Masjid BBU dan dikendalikan oleh KRJ.

Seramai 80 peserta telah hadir, sebilangan besar dari SMK BBU manakala selebihnya dari SMK Tasek Utara, SMT Perdagangan dan SMT Azizah.

Terimakasih yang tak terhingga diucapkan kepada :

1. Pihak Penganjur iaitu HELWA dan Masjid BBU atas kepercayaan yang diberikan kepada KRJ untuk mengendalikan Program ini.
2. Sahabat2 pengendali utama: Pak Lang dan Abu Nuha
3. Sahabat2 seperjuangan KRJ: Pak Imam, Abang Din, Kak Muss, Kak Yati, Kak Fida, Cikgu Ida
4. Para fasilitator: Abidah Ali, Asma Aminuddin, Asma Hasanudin, Nadirah AR, Raudhah Osman , Anas AR (semua x-SMIH), Hajar Mokri, Anas Arshad (x-SMKA JB), Amir (TP), Bob, Ashaari (TD), Jamil (TMR)...juga 2 pemerhati lepasan SMKA JB, Hafizi dan Malek (bakal fasilitator )

Bagi KRJ, program ini merupakan pengalaman berharga kerana:

1. Latarbelakang peserta dari sekolah yang berbeza
2. Peserta lelaki /perempuan tak seimbang (lelaki 50+) perempuan, 26
3. Menggunakan pendekatan berlainan dari biasa
4. Masa Program agak panjang...lebih 3 jam dari biasa tetapi program Menuai Kasih Menuai sayang (MKMS) terpaksa dipercepatkan sebelum masuk waktu Asar

Semoga hidayah yang tersiram akan menjadi titik tolak perjuangan kepada semua peserta.

Pak Im

Saturday, March 15, 2008

KBM IPT Zon Tengah

Tarikh: 15-16 Mac 2008
Tempat: Sekolah Islam ADNI, Sri Ukay
Peserta: Pelajar IPT sekitar Lembah Kelang
Jumlah: 90 orang


Monday, March 10, 2008

Musim Pengantin...


Abang Bai dan Kak Soddiqa, 9 Feb 2008
http://hafizbaiel.blogspot.com/2008_02_01_archive.html



Abang Din dan Kak Hazidah, 8 March 2008
http://www.picturetrail.com/gid19335181

Sunday, March 02, 2008

Majlis Penyerahan Usrah SM Teknik JB

SMT Johor Bahru, Jumaat 29 Feb

Alhamdulillah...usrah telah bermula di SM Teknik Johor Bahru. Semalam, bertempat di surau sekolah, satu majlis penyerahan usrah telah diadakan. Majlis bermula selepas solat isya' dengan tazkirah oleh Pak Ngah Suhaimi, diikuti dengan permainan kreatif oleh Abang Din. Seterusnya Pak Im telah mengendalikan pembahagian kumpulan... peserta yang terdiri dari lebih kurang 130 pelajar tingkatan 5 telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Insyaallah ..usrah akan diadakan setiap Jumaat selepas solat Isyak untuk semua tingkatan 5.

Usrah remaja ini ialah sebahagian projek Unit PPR (Pusat Perdana Remaja) KRJJ yang mengutamakan penerusan tarbiyah kepada sekolah-sekolah terpilih. Ini merupakan tahun kedua usrah kendalian KRJ di SM Teknik.

“Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al Hikmah, dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran :164)

KBM Sek Rendah Islam Hidayah

Tarikh: 23 dan 24 Februari 2007
Peserta: Calun SPPM dan UPSR SRIH Johor Bahru
Alhamdulillah...Program berlangsung dengan baik di Dewan Amanah dan surau sekolah untuk 143 pelajar darjah 6. Terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Antara komen peserta:

Program KRJ Best giler!!!!
Sangat best sangat2!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!!
Program ini amat menarik.
Permainan, pengisian semuanya bagus, best.
Kalau boleh lama sikit.
Best.... Rugi sapa yg x pergi
Mula2 datang ingatkan bosan tapi bila dah mula je....program teramat Best.
Program ini amat best.
Pergi mana-mana motivasi pun, tak dapat motivasi macam ni
SYABAS! Usaha baik dari KRJ Johor!




SURE - SUkan REmaja 2009!!!