Saturday, August 25, 2007

Sekadar Muhasabah Diri

Artikel dari e-mail oleh Kak insyirah Mokri



Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir


Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah la

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.


Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnyaDiri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Wednesday, August 22, 2007

Surah Luqman Ayat 12-15

[12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

[13]Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

[14]Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[15]Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Tuesday, August 21, 2007

Program Hujung Minggu Lepas...MeRiaHnyA!

Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ni... pak2, abang2 dan akak2 KRJ Johor berpeluang mengendalikan program di 4 tempat...iaitu

1. Di SMK Sri Rahmat Johor Bahru..bersama 100 orang pelajar Tingkatan 1 & 2
2. 3 Program di Perak...dikendalikan bersama KRJ Perak

...dibawah ni adalah laporan ringkas program di Perak (yang telah diedit)...meriahnya hanya mereka yang pergi aje yang tahu. TAHNIAH semuanya...Allah jua yang akan membalas amal2 anda semua...


KRJ Laporan Ringkas KBM 3 SERANGKAI: Menyusuri Sungai Perak

Assalamualaikum wrt wb!

Hujung minggu 18 & 19 Ogos baru-baru ni telah berlangsung 3 Serangkai program KBM di 3 sekolah secara serentak di pinggir Sg Perak dalam daerah Perak Tengah. Program sehari (Sabtu sahaja) di SMK Dato' Abd Rahman Yaakub, Bota Kanan; Program 2 hari di SMK Sultan Muzafar Shah I, Lambor Kanan dan MRSM Pasir Salak di Kg Gajah.

Paling penat, kemungkinannya, adalah Pak Lang Mokri yang terlibat di semua 3 program; terpaksa berkejar ke sana ke mari dari satu sekolah ke satu sekolah untuk melaksanakan beberapa slot penting yang pengendali Perak belum merdeka.

Ketiga-tiga program ini dikendalikan bersama oleh KRJ Perak dan KRJ Johor. Team Johor datang dengan muatan penuh Ford Everest. Team Perak datang dari Manjung, Ipoh dan Teluk Intan bersama fasi-fasi dari pelbagai institusi.

Rekod kali ini, lebih 70 orang fasi terlibat dalam keseluruhan program: ada dari UTP, ada dari Kolej Perubatan Perak, ada dari UIA Gombak, ada dari Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), ada dari STAM Sek Hidayah Ipoh, dan ada ramai juga dari kalangan bekas peserta KBM sekolah-sekolah di Bota dan Teluk Intan.

Rekod kali ini, lebih 70 orang fasi terlibat dalam keseluruhan program: ada dari UTP, ada dari Kolej Perubatan Perak, ada dari UIA Gombak, ada dari Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), ada dari STAM Sek Hidayah Ipoh, dan ada ramai juga dari kalangan bekas peserta KBM sekolah-sekolah di Bota dan Teluk Intan.

Rekod kedua, program tersebut melibatkan tempoh yang paling panjang setakat ini iaitu 32-33 jam di MRSM Pasir Salak

Sunday, August 19, 2007

Road To Palestine...

Selepas tamat SPM , Abang Saif Jamaludin aktif menjadi fasilitor KRJJ pada tahun 2006. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Kaherah, Mesir. ..sempena bulan kemerdekaan ini...KRJJ ingin berkongsi pengalaman abang Saif di sana yang beliau ikuti semasa bercuti baru-baru ini. Kami akan teruskan menghantar isu-isu Palestine selepas ini...insyaAllah. Selamat membaca dan menghayati dengan hati yang terbuka kerana dengan hatilah ianya ditulis.


Rafah

Setelah lebih kurang sejam setengah perjalanan.. ..kami semua kehairanan.. ...pada mula nya kami melalui satu tempat yg seakan2 gurun dan tiada tumbuhan tetapi sebaik sahaja kami memasuki kawasan Rafah Mesir (Rafah terbahagi kepada 2 - Rafah Palestin dan Rafah Mesir) keadaan menjadi sungguh subur... sepanjang perjalanan kami merupakan kawasan pertanian... dan seorang kawan membacakan ayat :

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (surah Al-isra- 1)


Penunjuk jalan yang bersama2 kami mengalirkan air mata, Inilah benarnya kuasa Allah. Kami seolah-olah dapat merasakan kehadiran kami sangat hampir dengan bumi al-Quds (Palestin).... yang sebelum ini kawasan kering kontang .Masuk sahaja kawasan Gaza Mesir tu macam2 pokok nampak. Kat sini la nampak pokok peach, pokok epal, pokok oren, pokok anggur dan macam2 lagi. .Lagipun dah masuk musim berbuah ..so pokok tadi kebyakkan lebat dengan buah2. Teknik yg digunakan masih tidak modern dan tiada baja kimia digunakan... Subhanallah?...maha suci Allah.. sepanjang perjalanan kami tak putus2 kami berzikir memuji kebesaran Allah?

Di Rafah Mesir juga hampir 90 peratus merupakan penduduk Palestin..kebanyakan dari mereka merupakan pelarian yg telah berpuluh2 tahun tinggal di sini ..... orang di kawasan sini sangat ramah... kami di beri peluang untuk melihat masjid2 di sini... kebanyakan masjid disini ..reka bentuk nya seperti masjid al-Aqsa....dapat di gambarkan petapa rindunya mereka dgn masjid al-Aqsa...dan kami juga dapat melihat banyak papan tanda yg mengatakan Al-Quds...kami akan pulang?..dan yg lain Al-Quds tetap kami ingati.....penduduk di sini amat yakin bahawa satu hari nanti mereka dapat pulang ke tanah air mereka.....

"20km to Rafah Palestin" sign board yg aku perasan...dah dekat niii.... aku keluarkan al-Quran aku dan letakkannya di sisi ku... kenderaan kami terus memecut laju mengikut arah yang diberikan opleh penunjuk jalan ....semoaga semuanya selamat.....



Sempadan

Ketua rombongan menaiki kenderaan yang aku naiki... selalu pihak polis atau lebih dikenali sebagai mabahis(kalau kat mesia panggil SB) menalefon ketua rombongan iaitu ustaz kim(bukan name sebenar)..ustaz kim pun banyak mengelak katanya saja berjalan-jalan kat area Gaza mesir... mabahis tu pon tak puas hati..... tiba2 penunjuk jalan kami juga telefon nya berbunyi... pihak mabahis sudah pon mengetahui kehadiran kami di gaza mesir... huh cuak tuu...mabahis tersebut memberikan amaran supaya kami tidak membuat kacau di Gaza...

Penunjuk jalan kami berkata..sebelum ni ade satu kumpulan yang datang ke Gaza... dan ditangkap dan dimasukkan dalam penjara selama sebulan tanpa bicara dan akhirnya dibebaskan.. .lepas dengar dia cerita makin cuak laaa.....setiap 10 minit mabahis akan menalefon kami dan bertanya lokasi kami di mana.... huh seram sejuk jadinya...tapi semangat kami untuk ke sempadan Palestin tak pernah luntur...

Akhirnya setelah 3 jam perjalann kami dapat lihat tembok2 yg dibina oleh Israel...tembok itu terlalu jauh... pemandu kenderaan tidak berani untuk menghampirinya. .. pak arab yg ikut bersama kami mengatakan ...mabahis ni power...dia boleh tau kita kat mane kalau kita pegi dekat sangat dengan tembok susah lak nanti... dia kesan melalui hand set kita...so ustaz kim pun dengan pantas menutup hand set nya...dan mengarahkan pemandu untuk memandu ke arah tembok....

Huh....mase ni cuaknya Allah saja yang tahu... semakin hampir ke tembok semakin berdebar2 hati ini....kami ketika lebih kurang 70 meter dari tembok kami sudah melihat askar Israel melihat kami dari pondok pengawal.... dan pemandu kenderaan kami memberikan isyarat seolah2 kami ini sesat jalan dan kami di minta oleh askar Iisrael itu untuk berpatah balik.......

Aku dah tak sabar nak ke sebelah Palestin...aku cuba mencapai tempat untuk membuka pintu...lalu kepalaku di ketuk oleh oleh penunjuk jalan tersebut dan berkata (diterjemah dalam BM) ko nak rase peluru tembus jantung ko ker...ko tak nampak ade askar Israel tengah menghalakan senapangnya ke sini?.... hatiku mula terbakar melihat askar Israel tersebut.... nak aja turun pegi sepak askar2 Iisrael tuu...tak pun gi baling batu..... tanganku genggam kuat menandakan marah.... teringat cerita2 yg telah di ceritakan oleh sahabat2 bagaimana rakyat Palestin ditindas dan di bunuh secara kejam.... hati ku membuak2 untuk turun dan melawan askar Israel tersebut...kawan yang berada di belakang jerit." langgar jeer pondok tuuu..."

Ustaz kim risaukan keselamatan kami..maka dia arahkan supaya kenderaan berpatah balik... aku dapat lihat askar Israel itu sudahpun mengacukan senapang sniper nyer kearah kami.... dia boleh tembak bila2 masa dan menggunakan alasan menceroboh kawasan larangan.... .kami pon berpatah balik.....hmm. .. Akhirnya niat kami untuk ke sempadan Palestin tercapai juga.... walaupon tidak masuk ke wilayah Palestin.. cukuplah sekadar dapat melihat tembok dari jarak lebih kurang 70 meter...

Kami juga ke bukit supaya dapat melihat di sebalik tembok macam mana keadaan Rafah Palestin.... .air mata mula bercucuran.. .tak tau kenapa??? Mungkin rindu yg teramat sangat ini menjadikan air mataku membasahi pipiku tanpa aku sedari....bersyukur segalanya selamat..... dan dapat melihat sendiri Palestin di depan mata.... sesungguhnya hati2 ini sentiasa berdoa keselamatanmu Palestin.... .dan hati2 ini akan sentiasa berjuang membebaskan mu....



Kesimpulan

Cerita ini mungkin membosankan tetapi saja nak kongsi pengalaman ana semasa cuti ni.... dan nak ingatkan pada semua pasal bumi Palestin.... makin hari makin ramai yang lupa mengenai bumi al-Quds nii....... Isu palestin bukan isu orang Palestin sahaja....bukan isu orang Arab sahaja..bukan sahaja isu timur tengah...tapi ini lah isu umat Islam.... tapi kita saja yang buat endah tak endah je....


Ape sumbangan kita pada Palestin??? Apa yang kita dah buat...... satu soalan untuk semua ... hmm kita semua masih leka dengan masalah kecil kita.... susah nak elak maksiat...susah nak solat jemaah ...susah nak qiam.....malas nak baca Al-Quran.... didiklah hati2 ini supaya sentiasa menyumbang pada Islam...dan sedarlah bahawa Allah itu sahaja matlamat kiter.....

Pernah tak kita berniat nak berjuang di Palestin atau mana negara islam yang sedang berperang... .. hmmm ikut sebuah hadis yang ana tak ingat kesahihannya dan sapa yang riwayatkan ...lebih kurang bunyi dia...... sesiapa yang berdoa untuk mati syahid bersungguh2 dia akan mendapat syahid walaupon mati di atas katil.... bukankah mati syahid itu cita2 kita semua.....

Semasa di Arish...sempat ana berbual dengan seorang Arab...dia kata dia tau Malaysia....dan ana kata kami orang Malaysia pun rindu untuk ke Palestin... diapun berkata (dah diterjemahkan dalam BM) kalau kau yang duduk jauh tupun dah merasa rindu..ape tah kami rakyat Palestin...kami mempunyai kebun2 di sana....kami mempunyai rumah2 si sana... kami mempunyai tanah2 di sana...tapi semuanya terhalang... ..engkau tidak akan dapat merasai apa yang telah kami rasai selama ini.... tapi yakin lah bahawa pertolongan Allah itu akan sampai.... percayalah?


Dalam doa rabitah yang kita baca pagi dan petang tu ada mendoakan kita supaya dapat mati syahid....dan semoga Allah mengakbulkan doa kita insya Allah.....


gambar atas: seorang kanak-kanak Palestine berlatar belakangkan rumahnya yang telah dirobohkan tentera Yahudi

Thursday, August 16, 2007

dari Batu Pahat...KBM di SMK Rengit

Assalamualaikum

Alhamdulillah program KBM di SMK Rengit telah berlangsung dengan jayanya... dengan ini bermakna tamatlah kalender KBM KRJ BP untuk tahun ini (cuma SMK Munsyi Sulaiman yang telah tertunda belum ditetapkan tarikh gantinya lagi)

Program dimulakan lebih kurang pukul 9 pagi dengan Pak cik Jiwa (YDP JIM BP yang baru)menerima penyerahan pelajar bagi pihakKRJ.... Maka bermula episod KMNY yang penuh dengan keceriaan dengan stail pengendalian orang Batu Pahat. Dan sebelah petangnya Pak Chu kecut perut tunggu otai KRJ JB tak muncul-muncul. .. nak hilang kan gundah gulana ditayangkan Demi Matahari... tak sampai separuh nasyid tu barulah Bai and the gang sampai.... LEGAnya rasa kalau tak siapa yang nak kendalikan.. . Memang ketentuan Allah pada masa yang sama datang lagi 3 orang fasi dari Maktab dan Amin juga sampai setelah bertolak seawal 9 pagi dari Segamat... bersemangat sungguh si Amin tu dari Segamat ke Air Hitam lepas tu ke BP dan terus ke Rengit dengan bas awam.

Slot inteam berjalan dengan lancar seperti yang dihajatkan.. .. dalam video klip yang disiapkan bermacam-macam aksi yang ditunjukkan. .. pada petang tu pengetua pun turut bersama melihat slot itu berjalan... Tahniah BAI dan FIDAH... anda berdua memang hebat!!!!

Biasalah selepas solat AsarPak Chu menyiapkan dua video klip (satu tekad dan teman sejati) dalam masa 2 jam setengah... kali ini di buat dalam format mpeg2 yang kualitinya lebih baik lagi

Sebelum slot meniti angin malam bermula ditayangkan video klip kepada peserta apa lagi riuh rendah suara mereka kegembiraan tak sangka aktiviti siangnya boleh ditayangkan. .. bagi Pak Chu ini satu kekuatan dalam program KBM kerana boleh menayangkan video klip peserta ketika program sedang berlangsung. .. semasa di SMK Kolam Air pun... cikgunya hairan masa bilaKRJbuat video tersebut... (tak sedar yang buat video tu tak sempat nak rehat langsung)

Mak Chu (isteriku yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan KBM ini... dan KBM yang lain) seperti biasa mengendalikan program meniti angin malam yang turut sama disertai oleh pengetua dan beberapa guru sekolah sehinggalah ke slot sakaratul maut... dan program tamat 1.00 pagi dengan penuh kepuasan melihat respons peserta yang menangis keinsafan.

Pagi Ahad bermula lewat setengah jam ... tapi kami tetap bersemangat bila melihat parents datang hampir 70 orang (jumlah peserta 100 orang)... Cikgu Yati dengan slot parentnya dan Mak Chu melayani pelajar di surau.


Majlis penutup KRJ di wakili oleh TYDP JIM BP, Prof Ir Md Zainal, pengerusi PIBG dan Pengetua telah berucap. Pengerusi PIBG berkali-kali mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kerana sumbanganKRJ kepada sekolah dan kebetulan anaknya juga adalah salah seorang peserta KBM.. Pengetua dalam ucapannya turut mengucapkan jutaan terima kasih dan menyatakan sebenarnya program ini bukan semata-mata untuk pelajar sahaja malah untuk ibu bapa... pengetua sempat kodkan kata-kata Mak Chu semasa slot meniti angin malam dalam ucapan nya itu.... tahniah isteriku!!!!

Semasa makan tengah hari ana sempat berbual dengan guru ... yang menyatakan mereka sebenarnya tak sangka program KBM seperti itu... mereka ingatkan macam kursus motivasi biasa saje... Guru itu pun turut menyatakan tak pernah mengikuti program seperti ini sehingga ke slot sakaratul maut.

Sebelum berpisah... pengetua meminta no akaun KRJ dari Mak Chu kerana mereka merasa 'bersalah' tidak memberi sebarang bayaran kepada KRJ hanya cenderahati kepada pengendali dan fasi.... Alhamdulillah yang penting amal dan amal... soal bayaran bukan segala-galanya bagi memastikan program berjalan lancar

Sekian laporan dari KRJ BP
Masiri@ Pak Chu

Sunday, August 12, 2007

JOM HILANGKAN STRESSS

Bersempena dgn Demam exam ni...abg bai nak ajak adik2 kasih & sayang utk buat
satu senaman utk mghilangkan stress...hihi...
jom...kita tengok apa yang ada kat bawah ni....




ikut la arahan betul2...






ni ala taichi sikit la...


sebagai intro dan warming up..








tiru la macam ni...


untuk melegakan bahu dan leher..








wa..wa.. aaa






gerak kekanan kemudian ke kiri..








gerak ke kiri kemudian ke kanan






ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..








tepuk kuat kuat kat dahi..


ni untuk hilang mengantuk..






dah tu buat gerakan tangan dan badan...


buat macam happy aje..








kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...


buat macam takde masaalah...








buat secara aggresive pula...


jangan peduli apa orang lain kata..








hilangkan semua stress...






pusingkan kepala...








tengok muka kat cermin


sambil goyang2.. lawa tak...








akhir sekali


buat joget kucing...




kalau tak hilang juga


ambil bantal kecik gi tidur kat surau...






Cuba..jangan tak cuba..


bai : dah berapa kali try tau....

Friday, August 10, 2007

SeLaMat MeneMpuH PepeRikSaaN...

Assalamu'alaikum.

kepada anak-anak/adik-adik Kasih & Sayang ,
sekali lagi...di ucapkan selamat menduduki trial SPM yg bermula 13 Ogos 2007. Saat akhir ni lipat gandakan lagi doa kita pada Allah...sesungguhny a hanya padaNya kita bergantung harap dan hanya DIA penentu yang terbaik buat kita.
berdoanya semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan kalian. semoga semuanya berjaya dengan apa yang di cita-citakan dan berjaya jugak dalam hidup di bunia dan di akhirat.

JUGA KEPADA


Semua pelajar MRSM Pontian Ting. 3 dan dimana-mana jua yang akan menduduki peperiksaan Trial MARA pada 13-17/08/07. Didoakan kejayaan semoga 100% pelajar ting. 3 MRSM Pontian dan dimana-mana jua mendapat 8A dalam PMR 2007. Amiin...


Ok lah Good Luck untuk semua . SELAMAT BERJUANG ... ALLAH BERSAMAMU ! Jom Bersama KRJ ! Ke Arah Remaja Soleh Wa musleh
dari
SEMUA KREW KRJJ

Monday, August 06, 2007

KEINDAHAN BERSAMAMU FORM 5 MRSM PONTIAN


KEINDAHAN BERSAMAMU FORM 5 MRSM PONTIAN

Alhamdulillah, pada 4 & 5 Ogos 2007 yang lepas, KRJ Innovation telah di beri kepercayaan & penghormatan utk mengadakan program bersama adik2 kasih & sayang tingkatan 5 MRSM Pontian.Seramai 140 peserta telah menaiki pesawat KRJ yang bernombor 040807 dan dibantu oleh 7 Pilot KRJ, 7 Pramugara & 3 Pramugari KRJ. Ayuh kita ikuti laporan selanjutnya….



KNOWING ME : KNOWING YOU ( KMKY )

Alhamdulillah, program bermula pada jam 9.00am, ucapan tahniah kepada adik2 kasih yang berjaya memenuhi ruang bilik seminar lebih awal dari adik2 sayang. Seperti biasa, KMKY pagi itu diterajui oleh Pak Long san, Abg Yeop dan di sampuk2 oleh abg Bai.



Tahniah kepada adik sayang yang telah berjaya melakukan 3S dgn begitu baik, walaupun pada mulanya mereka agak geli dgn panggilan “ sayang “, tetapi setelah Ikrar dibacakan mereka tampak lebih bersemangat…huhu…..mereka akur dgn panggilan sayang akhirnya….



Kemudian Flight KRJ disambar petir, sehingga mengakibatkan Elektrik terputus, maka para penumpang diminta menukar pesawat gantian yang tak berhawa dingin di dewan utama MRSM….hihi….


Acara seterusnya ialah ARMY YELL, fuh!!! Kehebatan adik2 MRSM mmg tiada tandingan, kepelbagaian aneka ARMY YELL telah dipertontonkan…tahniah utk u’all semua…konsep 3K tetap dikekalkan….



IN-TEAM

Sekali lagi Kumpulan In-Team tidak dapat hadir bersama program KRJ, maka terpaksa lah kak fidah dan dibantu oleh abg Bai mengendalikan slot IN-TEAM ini.

Alhamdulillah, sekalung tahniah di ucapkan kepada adik2 Kasih & sayang kerana kerjasaama u’all yang terbaik. Kami personally mengucapkan syabas di atas kesungguhan u’all utk memperbaiki keadaan yang sedia ada, walaupun dalam suasana yang kurang selesa, namun ianya tidak bereerti u’all tidak mampu melakukan yg terbaik…..mabruk utk semua.

Selepas In-TEAM, kak fidah telah mencadangkan agar para peserta dikumpulkan mengikut kelas dan berbincang ttg tindakan mereka selepas ini bagi menjayakan dan merealisasikan impian masing, termasuk pihak maktab.


SLOT KHAS.

Selepas solat maghrib, kami dikejutkan dgn kematian ayahanda adik Mohd Fariz ( Peserta KBM Ting 3 MRSM Pontian ). Kemudian kami beramai-rami melakukan solat jenazah ghaib….kemudian disusuli dgn bacaan yassin beramai-ramai…

Kemudian kami di hidang pula dgn halwa telinga, yakni persembahan nasyid dari kumpulan MRSM Pontian, khabarya mereka akan bertanding minggu hadapan, Kami doakan agar mereka berjaya InshaAllah…

Dan maghrib itu ditutup dgn kuliyah tujuh minit ( KULTUM ) oleh abu nuha, kuliyah maghrib itu bertajuk “ asal Kejadian “…jazakallah abu nuha di atas kesudian memberi Kultum.

PROGRAM MALAM

Slot malam itu, pesawat KRJ telah meneruskan penerbangan dengan lancar, alhamdulillah Kali ini pesawat dipandu oleh abu nuha the legend..

Alhamdulillah, penerbangan telah berjalan dgn lancar…tahniah diucapkan kepada adik2 kasih & sayang di atas kerjasama yang diberikn. Program malam itu tamat pada jam 1.00am

HIJRAH

Pagi itu, kami breakfast di luar, dan seperti biasa abg Bai telah menjuarai pertandingan makan paling lambat!! Hihi…

Kemudian kami sempat meninjau-ninjau ke asrama dan melakukan sedikit aktiviti kemasyarakatan bersama pelajar2 MRSM yang sporting2 belaka…Kemudian program di teruskan dgn slot hijrah, sekali lagi adik2 kasih telah berjaya memenuhkan bilik seminar dahulu berbanding adik2 sayang, dan akibatnya...mereka didenda dengan satu persembahan yang menghiburkan, tahniah!


Pagi itu, Hijrah di jayakan oleh kak fidah dan pak Im dan dibantu oleh Kembar Yeop & Bai…..alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar…

SLOT PARENTS…

Setelah 27 jam berada di atas langit, kini pesawat KRJ telah tiba ke landasan terakhirnya, tetapi sebelum itu, Slot parents menyusuri penerbangan dgn baik, walaupun kehadiran parents hanyalah 4 pasangan sahaja, tetapi ianya sudah cukup utk mmberi impak yang besar…

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi bersama pesawat KRJ, terima kasih juga di ucapkan kepada pak Long yang telah memandu pesawat dgn baik ketika itu, dan di bantu oleh pak Anjang melalui sebuah kisah benarnya…..

PROGRAM TAMAT…

Akhirnya, pesawat KRJ berjaya mendarat dgn baik, alhamdulillah selepas hampir 15 orang yang berucap meluahkan isi hati masing2…

Pihak KRJ juga akan menghantar ( pos ) “ catatan harapan “ adik2 kasih & sayang kepada ibu bapa di rumah masing2 yang tidak dapat hadir pada program tersebut.

Program diakhiri dgn salam peluk dan kata2 semangat dari crew pesawat KRJ kepada para penumpang….kali ni lagu “ doa Perpisahan “ menjadi agenda utama….

LAST BUT NOT LEAST...Jutaan terima kasih diucapkan kepada otai2 KRJ :Pak Long, Pak Im, Abu Nuha, Pak Anjang, Abg Yeop, kak Fidah, kak Muss & abg Bai,…Juga kepada pewaris KRJ Johor yang tidak pernah jemu membantu KRJ :Amin Transport, ‘Ammar CB, Ubai, Farhan, Zaid Z, Kamil, Farid, Nabihah, Nurin dan Mawaddah…

PROGRAM FOLLOW-UP ( Prof-Up ) FORM 3 MRSM PONTIAN

FOLLOW-UP MRSM FORM 3.... ( Prof-Up form 3 )

MUQADDIMAH....

Alhamdulillah...pada tarikh 3 Ogos 2007, Pihak KRJ Innovation telah diberi peluang oleh MRSM Pontian utk melaksanakan program Follow up ( Prof-Up ) utk para pelajar Form 3 yang sememangnya pernah menaiki flight KRJ pada 23 & 24 Jun 2007.

So..alhamdulillah, Prof-Up bermula pada jam 5.30pm selepas solat asar 4 rak’at secara berjemaah. Prof-Up kali ini di jayakan oleh abg Yeop, Abg zaid Z & abg Bai pada awalnya...kemudian di susuri kak Fidah & kak Muss...dan kami juga tak naik flight kali ni...tapi naik Helikopter Nuri...hihi

Nak diceritakan betapa adik2 kasih & sayang menghargai kami crew2 KRJ ni...baru je saya membuka pintu bilik seminar ( adik2 dah tunggu lama rupa2 nya ), Sorakan dan tepukan macam kat konsert di berikan...huhu...agak terganggu jugak Emosi masa tu..tapi alhamdulillah segalanya Ok...Allah mmg sntiasa bersama hambanya...

ICE BREAKING

So...ptg tu kami buka Prof-Up dgn 3S yang seram-seram belaka...kemudian kami ajar adik2 ni utk jadi ” adik2 Chicky ”,,...hihi...apa lagi...berchicky dance lah kami.... kemudian kehebatan Surah Asy-syams menyusuri slot ptg tu melalui “ lagu DEMI MATAHARI “...alhamdulillah segalanya OK....

Oleh kerana masa menggamit usia...maka seterusnya kami brief berkenaan ARMY YELL ( cara & rasionalnya )...kemudian kami tayangkan Video ARMY YELL abg2 Form 5 MRSM tahun lepas...hihi....tepat 6.20 kami lepaskan adik2 kasih & sayang utk preparation dan sebagainya....

ARMY YELL...

Tepat jam 7.45 pm...kami memulakan ARMY YELL kami...ternyata adik2 MRSM ni mmg kreatif. Kepelbagaian ARMY YELL yg “ baru2 & fresh “ dapat kami saksikan... saya bagi pihak KRJ memohon maaf kerana tidak dapat merekod kesemua army yell yg mmg best2 belaka...ada 10 Kumpulan yang mempersembahkan army yell mereka...

Apa2 pun...adik2 kasih & sayang ni mmg hebat...kami sayang u’all.....dan ARMY YELL kali ni ditekan kan juga ttg 3K....

Apa itu 3 K yer abg bai....

K = Kreatif

K = Kesopanan & kesusilaan

K = Keaslian bukan Tiruan...


INTEAM...

Selepas isya’...tibalah slot kemuncak Prof-Up utk pelajar2 Form 3 MRSM...so kali ni abg bai beraksi seorang diri dan dibantu oleh abg yeop dan abg zaid...dan sekali lagi kumpulan In-Team tak dapat bersama kami...kerana ada show di tempat lain...hihi

Alhamdulillah...kami mengucapkan SETINGGI-TINGGI penghargaan dan terima kasih kepada adik-adik kasih & sayang yang telah memberikan Kerjasama yang terbaik...U’all mmg hebat...u’all mmg luar biasa baik....


Malam itu juga menyaksikan ramai adik2 kasih & sayang yg berani tampil ke depan utk meluahkan apa yg terbuku di hati. Termasuk lah seorang adik sayang yg bernama Mohd FARIZ. Apa yg istimewa dgn Mohd FARIZ ni ???


Mohd FARIZ


Untuk makluman semua..pada pagi 4 Ogos 2007, selepas solat subuh, Kami mendapat berita bahawa Ayah kepada Mohd FARIZ telah pun kembali ke rahmatullah menghadap Allah rabbul jalil pencipta sekian makhluk...

Sehubungan dgn itu, bersama-sama lah kita menghadiahkan AL-FATIHAH kepada arwah ayah Mohd FARIZ..semoga arwah ayahnya disemadikan bersama para mukminin.. AL-FATIHAH !!!!

Ingatlah...” daripadanya kita datang...kepadanya kita kembali ...”


TAMAT....


Alhamdulillah...tepat jam 1145 pm...Prof-Up pun tiba ke penghujung nya...malam itu kami tutup Prof-Up dengan Chicky dance dan Demi Matahari.....

Dan....sedikit kata2 dari kak fidah...juga sedikit cenderahati kepada mereka yang lahir pada bulan Julai....tahniah kepada mereka.....

Akhir kata dari saya...syabas & mabruk kepada u’all....

Semoga kita bakal bertemu lagi...inshaAllah.......

Bai : “ ku doakan agar kalian berjaya dunia & akhirat...”....amin....adik2 tanya…Pak tam gi mana yer??? Haha!! Jawab pak tam!!!!

SURE - SUkan REmaja 2009!!!