Alhamdulillah, pada 4 & 5 Ogos 2007 yang lepas, KRJ Innovation telah di beri kepercayaan & penghormatan utk mengadakan program bersama adik2 kasih & sayang tingkatan 5 MRSM Pontian.Seramai 140 peserta telah menaiki pesawat KRJ yang bernombor 040807 dan dibantu oleh 7 Pilot KRJ, 7 Pramugara & 3 Pramugari KRJ. Ayuh kita ikuti laporan selanjutnya….
Alhamdulillah, program bermula pada jam 9.00am, ucapan tahniah kepada adik2 kasih yang berjaya memenuhi ruang bilik seminar lebih awal dari adik2 sayang. Seperti biasa, KMKY pagi itu diterajui oleh Pak Long san, Abg Yeop dan di sampuk2 oleh abg Bai.
Tahniah kepada adik sayang yang telah berjaya melakukan 3S dgn begitu baik, walaupun pada mulanya mereka agak geli dgn panggilan “ sayang “, tetapi setelah Ikrar dibacakan mereka tampak lebih bersemangat…huhu…..mereka akur dgn panggilan sayang akhirnya….
Kemudian Flight KRJ disambar petir, sehingga mengakibatkan Elektrik terputus, maka para penumpang diminta menukar pesawat gantian yang tak berhawa dingin di dewan utama MRSM….hihi….
Acara seterusnya ialah ARMY YELL, fuh!!! Kehebatan adik2 MRSM mmg tiada tandingan, kepelbagaian aneka ARMY YELL telah dipertontonkan…tahniah utk u’all semua…konsep 3K tetap dikekalkan….
Sekali lagi Kumpulan In-Team tidak dapat hadir bersama program KRJ, maka terpaksa lah kak fidah dan dibantu oleh abg Bai mengendalikan slot IN-TEAM ini.
Alhamdulillah, sekalung tahniah di ucapkan kepada adik2 Kasih & sayang kerana kerjasaama u’all yang terbaik. Kami personally mengucapkan syabas di atas kesungguhan u’all utk memperbaiki keadaan yang sedia ada, walaupun dalam suasana yang kurang selesa, namun ianya tidak bereerti u’all tidak mampu melakukan yg terbaik…..mabruk utk semua.
Selepas In-TEAM, kak fidah telah mencadangkan agar para peserta dikumpulkan mengikut kelas dan berbincang ttg tindakan mereka selepas ini bagi menjayakan dan merealisasikan impian masing, termasuk pihak maktab.
SLOT KHAS.
Selepas solat maghrib, kami dikejutkan dgn kematian ayahanda adik Mohd Fariz ( Peserta KBM Ting 3 MRSM Pontian ). Kemudian kami beramai-rami melakukan solat jenazah ghaib….kemudian disusuli dgn bacaan yassin beramai-ramai…
Kemudian kami di hidang pula dgn halwa telinga, yakni persembahan nasyid dari kumpulan MRSM Pontian, khabarya mereka akan bertanding minggu hadapan, Kami doakan agar mereka berjaya InshaAllah…
Dan maghrib itu ditutup dgn kuliyah tujuh minit ( KULTUM ) oleh abu nuha, kuliyah maghrib itu bertajuk “ asal Kejadian “…jazakallah abu nuha di atas kesudian memberi Kultum.
PROGRAM MALAM
Slot malam itu, pesawat KRJ telah meneruskan penerbangan dengan lancar, alhamdulillah Kali ini pesawat dipandu oleh abu nuha the legend..
Alhamdulillah, penerbangan telah berjalan dgn lancar…tahniah diucapkan kepada adik2 kasih & sayang di atas kerjasama yang diberikn. Program malam itu tamat pada jam
HIJRAH
Pagi itu, kami breakfast di luar, dan seperti biasa abg Bai telah menjuarai pertandingan makan paling lambat!! Hihi…
Kemudian kami sempat meninjau-ninjau ke asrama dan melakukan sedikit aktiviti kemasyarakatan bersama pelajar2 MRSM yang sporting2 belaka…Kemudian program di teruskan dgn slot hijrah, sekali lagi adik2 kasih telah berjaya memenuhkan bilik seminar dahulu berbanding adik2 sayang, dan akibatnya...mereka didenda dengan satu persembahan yang menghiburkan, tahniah!
Pagi itu, Hijrah di jayakan oleh kak fidah dan pak Im dan dibantu oleh Kembar Yeop & Bai…..alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar…
Setelah 27 jam berada di atas langit, kini pesawat KRJ telah tiba ke landasan terakhirnya, tetapi sebelum itu, Slot parents menyusuri penerbangan dgn baik, walaupun kehadiran parents hanyalah 4 pasangan sahaja, tetapi ianya sudah cukup utk mmberi impak yang besar…
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi bersama pesawat KRJ, terima kasih juga di ucapkan kepada pak Long yang telah memandu pesawat dgn baik ketika itu, dan di bantu oleh pak Anjang melalui sebuah kisah benarnya…..
PROGRAM TAMAT…Akhirnya, pesawat KRJ berjaya mendarat dgn baik, alhamdulillah selepas hampir 15 orang yang berucap meluahkan isi hati masing2…
Pihak KRJ juga akan menghantar ( pos ) “ catatan harapan “ adik2 kasih & sayang kepada ibu bapa di rumah masing2 yang tidak dapat hadir pada program tersebut.
Program diakhiri dgn salam peluk dan kata2 semangat dari crew pesawat KRJ kepada para penumpang….kali ni lagu “ doa Perpisahan “ menjadi agenda utama….
LAST BUT NOT LEAST...Jutaan terima kasih diucapkan kepada otai2 KRJ :Pak Long, Pak Im, Abu Nuha, Pak Anjang, Abg Yeop, kak Fidah, kak Muss & abg Bai,…Juga kepada pewaris KRJ Johor yang tidak pernah jemu membantu KRJ :Amin Transport, ‘Ammar CB, Ubai, Farhan, Zaid Z, Kamil, Farid, Nabihah, Nurin dan Mawaddah…
No comments:
Post a Comment