Thursday, August 16, 2007

dari Batu Pahat...KBM di SMK Rengit

Assalamualaikum

Alhamdulillah program KBM di SMK Rengit telah berlangsung dengan jayanya... dengan ini bermakna tamatlah kalender KBM KRJ BP untuk tahun ini (cuma SMK Munsyi Sulaiman yang telah tertunda belum ditetapkan tarikh gantinya lagi)

Program dimulakan lebih kurang pukul 9 pagi dengan Pak cik Jiwa (YDP JIM BP yang baru)menerima penyerahan pelajar bagi pihakKRJ.... Maka bermula episod KMNY yang penuh dengan keceriaan dengan stail pengendalian orang Batu Pahat. Dan sebelah petangnya Pak Chu kecut perut tunggu otai KRJ JB tak muncul-muncul. .. nak hilang kan gundah gulana ditayangkan Demi Matahari... tak sampai separuh nasyid tu barulah Bai and the gang sampai.... LEGAnya rasa kalau tak siapa yang nak kendalikan.. . Memang ketentuan Allah pada masa yang sama datang lagi 3 orang fasi dari Maktab dan Amin juga sampai setelah bertolak seawal 9 pagi dari Segamat... bersemangat sungguh si Amin tu dari Segamat ke Air Hitam lepas tu ke BP dan terus ke Rengit dengan bas awam.

Slot inteam berjalan dengan lancar seperti yang dihajatkan.. .. dalam video klip yang disiapkan bermacam-macam aksi yang ditunjukkan. .. pada petang tu pengetua pun turut bersama melihat slot itu berjalan... Tahniah BAI dan FIDAH... anda berdua memang hebat!!!!

Biasalah selepas solat AsarPak Chu menyiapkan dua video klip (satu tekad dan teman sejati) dalam masa 2 jam setengah... kali ini di buat dalam format mpeg2 yang kualitinya lebih baik lagi

Sebelum slot meniti angin malam bermula ditayangkan video klip kepada peserta apa lagi riuh rendah suara mereka kegembiraan tak sangka aktiviti siangnya boleh ditayangkan. .. bagi Pak Chu ini satu kekuatan dalam program KBM kerana boleh menayangkan video klip peserta ketika program sedang berlangsung. .. semasa di SMK Kolam Air pun... cikgunya hairan masa bilaKRJbuat video tersebut... (tak sedar yang buat video tu tak sempat nak rehat langsung)

Mak Chu (isteriku yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan KBM ini... dan KBM yang lain) seperti biasa mengendalikan program meniti angin malam yang turut sama disertai oleh pengetua dan beberapa guru sekolah sehinggalah ke slot sakaratul maut... dan program tamat 1.00 pagi dengan penuh kepuasan melihat respons peserta yang menangis keinsafan.

Pagi Ahad bermula lewat setengah jam ... tapi kami tetap bersemangat bila melihat parents datang hampir 70 orang (jumlah peserta 100 orang)... Cikgu Yati dengan slot parentnya dan Mak Chu melayani pelajar di surau.


Majlis penutup KRJ di wakili oleh TYDP JIM BP, Prof Ir Md Zainal, pengerusi PIBG dan Pengetua telah berucap. Pengerusi PIBG berkali-kali mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kerana sumbanganKRJ kepada sekolah dan kebetulan anaknya juga adalah salah seorang peserta KBM.. Pengetua dalam ucapannya turut mengucapkan jutaan terima kasih dan menyatakan sebenarnya program ini bukan semata-mata untuk pelajar sahaja malah untuk ibu bapa... pengetua sempat kodkan kata-kata Mak Chu semasa slot meniti angin malam dalam ucapan nya itu.... tahniah isteriku!!!!

Semasa makan tengah hari ana sempat berbual dengan guru ... yang menyatakan mereka sebenarnya tak sangka program KBM seperti itu... mereka ingatkan macam kursus motivasi biasa saje... Guru itu pun turut menyatakan tak pernah mengikuti program seperti ini sehingga ke slot sakaratul maut.

Sebelum berpisah... pengetua meminta no akaun KRJ dari Mak Chu kerana mereka merasa 'bersalah' tidak memberi sebarang bayaran kepada KRJ hanya cenderahati kepada pengendali dan fasi.... Alhamdulillah yang penting amal dan amal... soal bayaran bukan segala-galanya bagi memastikan program berjalan lancar

Sekian laporan dari KRJ BP
Masiri@ Pak Chu

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!