Friday, December 28, 2007
Wahai Remaja...Di manakah Anda Pada Malam Tahun Baru nanti?
Tahun baru 2008 akan di sambut 3 hari lagi... pastinya ramai yang menunggu-nunggu dan berpusu-pusu ke tempat keramaian untuk menyambutnya...dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan dan hiburan dan lain-lain, semuanya untuk menyambut tahun baru. Persoalannya di manakah anda ketika itu?
1. Di KLCC...bersama pasangan anda?
2. Di Danga Bay...bersama rakan-rakan anda?
3. Di rumah...bersama keluarga anda?
4. Di panggung wayang...bersama pasangan anda menonton filem terbaru?
Dimanapun anda berada ketika itu...sepatutnya peristiwa sepanjang 2007 berikut akan menginsafkan kita...sekadar menamakan beberapa contoh:
1. Kejadian gempa yang tak putus-putus reda dan tsunami dinegara jiran Indonesia
2. Banjir besar yang menimpa negara...pada awal tahun sehingga mengesani lebih ratusan ribu penduduk dan ratusan kampung dan terbaru di pantai timur yang mengesani puluhan ribu penduduk
3. Pelbagai lagi peristiwa duka yang menimpa umat Islam serata dunia sepanjang zaman
Seharusnya kita sebagai remaja Muslim mampu memilih aktiviti yang bersesuaian dengan peribadi seorang muslim dan menjadikan malam tahun baru ini sebagai masa menghisab diri.
اغتنم خمسا قبل خمس حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك وغناك قبل فقرك
Rebutlah lima perkara sebelum [datang] lima perkara: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum faqirmu.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)
Rasulullah SAW bersabda, ''Orang yang cerdas adalah orang yang pandai menghisab dirinya di dunia dan beramal untuk kehidupan setelah mati sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya suka berharap kepada Allah tanpa melakukan apa-apa.'' (Hadis Riwayat Tirmidzi).
''Hisablah diri kamu sekalian sebelum dihisab oleh Allah. Dan berhias dirilah (dengan amal) untuk menghadapi ujian terbesar. Sesungguhnya, penghisaban di hari kiamat itu hanya akan terasa ringan bagi orang yang terbiasa menghisab dirinya di dunia.'' ( Umar al Khattab)

Friday, December 21, 2007
Salam Aidil Adha 1428H
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahihamd..
Salam Aidil Adha buat semua...
Maaf zahir dan batin dari KRJJ
Ya Allah , sesungguhnya ini dari Engkau dan kerana Engkau.. terimalah korban kami...
Buat adik-adik yang telah berkorban segalanya untuk PMR,
selamat mendapat keputusan 27 Disember ni...yang lelain tu, jangan main air banjir ye!
...buat peserta X-Rek J...ingat tak pesanan KRJJ?..
" the amazing supermuslim berkorban masa, tenaga harta dan jiwanya kerana Allah untuk mencapai matlamatnya"
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahihamd..
Wednesday, December 19, 2007
X-Rek J 2007 Best!!
Tiada coretan dari team KRJ kali ini...hanya komen peserta yang mampu kami laporkan.. Selamat Hari Raya Aidiladha...Terimakasih semua pengendali, fasilitator dan peserta termasuk yang mendoakan... Anda memang Remaja Kental Luarbiasa!
Pengisian rohani yang banyak
Fasi yang baik hati, sangat bertauliah, mesra, best, sporting .
KELAB REMAJA JIM Marvellous 100000x
XREK Johor 2007 best sangat
Buat 2 kali setahun
Program lain daripada yang lain
Macam tak nak tinggalkan program ini
Program DERU(satu slot program X-Rek)adalah satu program yang bagus dan harus didedahkan kepada para remaja...Menginsafkan
Pihak penganjur mengambil berat tentang peserta.
Saya harap KRJ dapat berkembang di negeri saya Melaka, macam KRJ Johor
Seperti mana yang saya tahu, KRJ ni memang best giler, bapak saya sendiri ahli KRJ , saya mula berasa cemburu apabila beliau menceritakan tentang program yang diadakan seperti X-rek ni.., Objektif tercapai
Program dijalankan dengan sangat terpatut dan patut di iklankan di TV
Terkejut bila sampai di Johor terus diprogramkan macam tu
Ini adalah aktiviti yang paling mencabar yang pernah saya ikuti dan memberi kesan dalam hidup saya.
Overall program memang menyerlah jauh dari yang biasa. Program yang hebat... Syabas KRJ.
Alhamdulillah dapat ilmu baru yag akan membetulkan adab, pemikiran dan gaya hidup saya.
Jemputlah buat program di SMIH JB, kami ternanti-nantikan KRJ
Ketepatan waktu yang ditetapkan memeng menguji iman ..hu,.hu..hu..
Lagu tema menaikan semangat peserta.
Hadiah bestt..
Sampai-sampai dah penat, rasa macam tak larat nak teruskan. Tapi kuatkan semangat juga sebab Kak Fida dah motivate kita orang. Selalu panggil kasih & sayang tapi kali ni panggil sister & brothers...he. he
Moga KRJ terus bergerak melangkah menyerlah jauh dari yang biasa. Moga amal di terima. Tercatat rapi di Luh Mahfuz. Menjadi pembekal meniti sirat, Menjadi peneman memasuki syurga .
Sunday, December 09, 2007
X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) Johor 2007
Apa khabar adik kasih sayang? Pak Uda doakan semoga semuanya HEBAT LUAR BIASA.
Sajer nak ulang tayang balik iklan X-REK ini...kot-kot adik-adik dah lupa dok banyak makan daging lembu dan kerbau di kenduri kahwin.
Tema XREK ialah MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA.
Apa aktiviti menarik Pak Uda?
Insyaallah semuanya menarik seperti....
MP3...........macam format lagu jer Pak Uda???
Masam-masam manis......macam cerita P Ramlee plak??
ISOMA..........apa tu Pak Uda? Tak pernah dengar pung?? Bahasa UFO ker??
Boom! Boom! Bang!....aha! ada main perang-perang mercun??
The Amazing of Supermuslim. ...macam superman la plak.
Kenduri 1 Kem......sapa nak kahwin plak Pak Uda??
XREK Starz......bestnyer !!!! boleh jadi macam MAWI
Back to nature.....macam iklan back to school jer kat Giant??
Nujum Pak Belalang.... ...eeeeee! !!! mesti seronok! nak jadi tuan puteri boleh??
Hai-Hai! Bai-Bai..... .nama abg Bai pun jadi tajuk??? glamournya abg Bai....
Amacam adik-adik kasih dan sayang....luar biasa tak aktivitinya.
Jom daftar sekarang!
Orang Melaka je dah book 30 tempat!! Tempat terhad!!!Cepat! ! Cepat!!!
Assalamualaikum
KRJ Johor ingin menjemput adik-adik kasih dan sayang untuk menyertai X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) Johor . Perincian Program adalah seperti berikut:
KRJ Johor ingin menjemput adik-adik kasih dan sayang untuk menyertai X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) Johor . Perincian Program adalah seperti berikut:
Tarikh: 14 Disember (Jumaat) hingga 16 Disember(Ahad)
Tempat: Kem Kaizen Gunung Pulai, Pontian, Johor
Bayaran: RM 50 seorang
Objektif kem ini ialah untuk:
1. Mengukuhkan jatidiri seorang Muslim
2. Menekankan &study group adalah penting untuk kejayaan akademik dan kejayaan mempraktikkan Islam dalam kehidupan
3. Menekankan bahawa kejayaan sebenar ialah kejayaan bersama
Kem ini direka khas untuk alumni/graduan program KBM (Keindahan BersamaMu) Tingkatan 3 hingga 5 . Sasaran peserta adalah seramai 100 orang, oleh itu tempat adalah terhad. Untuk makluman, KRJ Johor telah mengadakan 18 program KBM seluruh Johor sepanjang 2007 dengan bilangan peserta seramai lebih 3000 orang.

maklumat lanjut sila hubungi
Pak Im 013 7383316 Kak Muss/Musannafah 019 7880863 Abang Bai 019-7517051 Pejabat JIM/ KRJ Tel: 07 5579502
Selamat bercuti dan berdoalah semoga berjaya dalam PMR dan SPM!
Moga berjumpa lagi di Kem Kaizen nanti
Salam ukhuwwah dari KRJ Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)