Friday, December 15, 2006

X-PeRT 2006 Melabuh Tirai

Isnin 11 Disember 2006
Alhamduluillah, Ekspedisi Pemimpin Remaja tahan Lasak ( X-PeRT 2006 )telah melabuhkankan tirainya tengahari semalam. Pelbagai peristiwa dan kenangan menarik telah diperolehi. Mengambil kesempatan mengucapkan JZKK kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program ini. Dari warga JKPR, JIM Negeri Johor, JIM JB, Wanita Negeri & JB, AJK dan Pengerak-penggerak KRJJ, anak-anak Karisma Johor, anak2 Pewaris Johor, para fasilitator, Pengerak2 JIM di Taman U, Taman Puteri Kulai, Simpang Renggam, Parit Ismail Benut Pontian, Kluang, Batu Pahat, Parit Raja, para pengiring, anak-anak peserta X-Pert 2006 dan semua sekali yang telah menjadikan program ini kenangan manis buat semua. Serta maaf diatas apa jua kekurangan dan kesilapan sepanjang program dijalankan. Muga Allah berkati dan menerima apa jua bentuk amalan yang sekelumit cuma.
Puisi yang di sampaikan oleh Abang Yeop ('Umayr) semasa
malam Akademi Realiti X-Pert 2006

Dari Terengganu dan juga Kelantan
Dari Utara hingga ke Selatan
Masing-masing dengan semangat watan
Untuk menunjukkan yang mereka ni jagoan

Yang datang tu bukan tua-tua belaka
tetapi anak-anak yang muda remaja
semangat yang ada sukar diduga
tetapi mampu menguatkan agama,nusa dan bangsa

Peserta yang hadir bukan calang-calang
mereka nie hebat bukan kepalang
4 hari nie bersama malam dan siang
yang akan sentiasa hidup untuk berjuang

Mereka datang nie semua sehati
sanggup hidup dan juga semati
tetapi boleh ke dipegang pada janji
untuk jadi teman sejati

Datang mereka bukan sebarangan
bukan juga datang dengan angan-angan
bukan juga tanggungjawab yang ringan
tetapi penuh dengan satu perjuangan

Perjuangan perlukan pengorbanan yang nekad
yang mungkin berlaku setiap dekad
dan boleh berlaku pada setiap saat
tetapi mereka semua datang dengan satu tekad

Itulah dia doa dari kami
semoga akan sentiasa kekal abadi
dulu, kini dan hingga akhirnya nanti
moga hidup kita sentiasa Allah berkati.


(Paklong JIM JB)

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!