Semalam telah bermula XPERT…. Peserta telah mula sampai awal pagi semalam di lokasi masing masing……. Lokasi nya dimana…… disini yang menyebabkan KRJ Johor sukar nak menjawab pertanyaan khususnya dari penggerak penggerak KRJ negeri sebelum ini… program buat kat mana? Program buat kat mana? … Kerana peserta mengikut negeri yg ditetapkan dikehendaki menuju ke 6 destinasi / lokasi; Batu Pahat, Kulai, Benut, Simpang Renggam, Kluang, Tmn U (JB)…. Di harap ini dapat memberi jawapan kenapa KRJ Johor hanya buat blur saja bila di tanya di mana program bermula…. Beberapa lokasi dibatalkan kerana bilangan peserta yang kurang dari yg sepatutnya.
Ini bermakna KRJ johor perlu menyediakan tenaga 6 pasukan di 6 lokasi tersebut, ana difahamkan sejumlah 30 fasi terlibat………. Yakni hampir separuh dari bilangan peserta program.
Sekarang ini KRJ Selangor dan Perak di Batu Pahat; KRJ KL di Kulai, KRJ NS di Tmn U (JB), KRJ Johor di Kluang, KRJ Kelantan di Simpang Renggam (perempuan) dan Kluang (Lelaki), KRJ Perlis di Simpang Renggam, Krj Trengganu di Benut.
Sememang ada peserta yang agak tergamam dengan program, setibanya mereka di lokasi, terus diberi tugasan… tanpa dimulakan dengan apa-apa majlis perasmian mahupun bertemu dengan peserta dari negeri negeri lain…. Selepas diberi tugasan… kena berjual beli (fund raising acitivity) … buat aktiviti kebajikan etc… seperti yg dilapurkan oleh Sdr Kamal Khalil.
Hari ni bagaimana…… mereka diminta menyantuni remaja di lokaliti… mereka perlu rancang aktiviti.. tentu sekali banyak bergantung kepada kreativiti, membolehkan remaja dapat bersama dengan mereka …… Banyak cerita cerita menarik yg dah didengari… tadi seorang fasi beritahu ana terpaksa juga cakap kat mereka "tolong ya lelaki jgn panggil diri sebagai ana nanti org ingat nama awak tu "ana" pulak….."….
Setakat tu dulu melaporkan dari tempat kerja.
Dari Pak Cu diBatu Pahat
Batu Pahat (8 disember, 5.10 petang) Program memanjat Gunung Soga sedang berlangsung sekarang walau dalam keadaan hujan tetapi peserta tetap bersemangat. .. dengan penyertaan seramai 37 orang remaja tempatan (10 perempuan, 27 lelaki) dan jumlah keseluruhan adalah 61 orang
Dari Kluang oleh wartawan X-PeRT (Pak Long)
Perlawanan Futsal diantara Peserta X-Pert dengan Remaja Kluang sedang berlangsung dengan hebatnya...
Kedudukannya sekarang : Remaja Kluang (2) - Peserta X-Pert (1)
Malam ini peserta X-Pert yang berkampung di Kluang akan menganjurkan prog ceramah umum seperti berikut:
Tarikh : 8/12/2006 (Jumaat)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau At-Taqwa, Taman Perwira, Kluang
Penceramah : Dr Hishamuddin Alham
Harap maklum
paklong
Dari Simpang Renggam oleh Musannafah
salam...
ana, Musannafah, sekali lagi melaporkan dari Simpang Renggam .sekarang, 4.45 ptg, team Kelantan + Perlis sedang berjuang utk slot 'teman sejati'
alhamdulillah, ada juga peserta yg datang ke program mereka, dlm 20 org +++
semalam, setibanya kami di pekan simpang renggam, utk slot pak belalang kami di bawa bertandang ke rumah seorang ibu tunggal kena melalui jalan yg agak terpencil, di kiri kanan kebun kelapa sawit setibanya di rumah Pn Marintan, kami pun masuk ke dalam, bertaaruf dan bermua'yasyah sebagaimana semestinya
luckily, kehidupan puan marintan ni tak lah sesusah sebagaimana yg dilaporkan di lokaliti lain (pendapat peribadi) sebab anak dia 3 org dah besar panjang, mostly masuk U
tapi macam tu pun, adik2 tu pada mulanya agak kekok, rumah kampung...
ana ingatkan nak biar je diorang berinteraksi sendiri, tapi agak sepi maka terpaksalah ana + 2 org fasi lagi tu memulakan bicara merancakkan suasana then, barulah adik2 tu mula kecoh, hmm...boleh tahan (ada juga yg sepi seribu bahasa) no wonder, puan.marintan tu pun peramah orangnya, jadi memang takde masalah adik2 ni nak borak dengan dia, meminjam kata-kata pakcik hamdan; "org jawa..memang budaya mereka meraikan orang.."
di sana, not much yg adik2 ni buat, tolong buat air (utk diminum sendiri) dan kemaskan barang2 dapur nak bersihkan laman, dah cukup bersih. yang lain, makcik tu tak benarkan
siap suruh kami bermalam di rumahnya lagi! setelah beri sumbangan, kami pun minta izin pulang
teringat kata pakcik hamdan, kat simpang renggam ni susah nak cari orang miskin esbab org yg nampak macam miskin tegar pun ada astro kat rumah... pelik??? then, kami di bawa ke rumah ibu kpd pakcik hamdan, yang juga markas PAS
slot musang berjanggut, takde masalah...banat kesemuanya.. memang on time
masak pun sedap, tak caya tanyalah tuan rumah, kelas A dia bagi!
masak kari 'pertan' adik2 tu kata (kari perlis+kelantan) bila diberi task seterusnya, mereka agak down, tak confident boleh buat program "akak percaya ke kami boleh buat?"(kata mereka)
maka ana+ fasi2 berusaha utk naikkan semangat mereka alhamdulillah, paginya mereka buat gerak kerja dgn begitu bersemangat sekali .....sekian sahaja dari ana buat kali ini
di lain masa tak pasti boleh beri laporan maya lagi tak, sebab seawal pagi besok perlu ke destinasi seterusnya, tak tahu ada CC tak
Sekian adanya, wassalam.
p/s:
Dari Taman U oleh Hafiz (Bai)
5.45 am..
- ana ke masjid taman U, menurut pak tam, peserta n9 akan berjemaah di masjid taman U, tapi setelah selesai Bacaan Surah as-sajadah pun diorang masih belum tiba...
- selesai solat, baru nampak wajah2 adik peserta n9, abg Fasi, Abg pengiring dan BAPAK AJK ( pak tam)...
- menurut pak tam, mereka semua terlalu letih ( kesian ) semalam, sampai terlajak subuh..kira - kira jam 6.30am, diorang da selesai solat subuh, ana pun memula kan langkah untuk mengenali diorang, so we strat with read Mathurat together....
- pukul 7am, diorang start discuss sikit pasal program yang bakal diorang GEGARkan di taman U ni, yelah sempena musim GEMPAR bumi di serata dunia ni kan...hehe.. .so prgm ptg hingga malam ni diberi nama KEM REMAJA KOOL...hehe. ..KOOL la sangat....
- sekarang ni diorang tengah wat sedikit preparation, sementara ana ambil peluang untuk cerita apa yang patut. ana dah minta diorang supaya TRY convince dgn masyarakat ( parents) yang ada ni, BUKAN senang nak ajak anak2 diorang ke PROGRAMM REMAJA...dah la tu..bebudak ni bukan nya penghuni d sini...so..tulah cabaran dia... " HOW TO CONVINCE WITH MASYARAKAT "... ana rasa kalau setakat naj Create dan handle program, it Does not matter la bagi diorang kot...
- so ana dah nak p tengok apa citer diorang ni...diorang plan tadi nak pi jaya jusco, nak p cari remaja katanya...ana cadangkan, better p cyber cafe, sekkarang ni ramai budak2 remaja dok sebuk main HAFL-LIFE ( game ) kan..so ambik la peluang nie...
- rasanya kalau nak tunggu time solat jumaat, ana rasa tak sempat diorang nak cari 30 peserta ( seperti yang diorang sasarkan tadi )...
- so...sehingga ketemu lagi malam nie...
tunggu dan nantikan berita selanjut nya....
wassalam....
No comments:
Post a Comment