Friday, December 08, 2006

X-PeRT 2006 Hari Pertama, Khamis 7 Disember

8.00 am
tak banyak yang boleh dilakukan hari ni...kerja!. Harapnya Abu Nuha and gang dah ready di 6 tempat...tu aje aku boleh berdoa....harapnya fida dan yeop dah siapkan teknikal things yang ditugaskan...harapnya transport semua O.K... Pak Tam di Taman U...oh ya, Bai! bila nak balik ni Bai?...Tak siap clue kat Larkin dan Tiram lagi ni!, Pak Uteh, Hasani dan Hafizuddin di Kulai, Mus...dah O.K ke?...InsyaAllah...seawal 9.30 SMS pertama...dari fidah, bebudak terengganu kata" kak, kami nak balik la...susah sangat!"...aku ketawa sendirian

11.30 sampai 5.30


...masih teragak-agak clue 4 dan 5 nak buat macam mana

...e-mail bertalu-talu sampai, report dari fasi dan pengendali...masyaAllah, semangat betul diaorang.... berikut adalah e-mail yang sempat di masukkan ...



Dari simpang Renggam

salam;
ana, musannafah, ajk incharge Simpang Renggam..melaporkan sekarang 3.20ptg, 7 Dis 06, kami berada di bandar simpang renggam team kelantan+perlis (banat kesemuanya) bersama 2org fasi tengah berbincang utk slot Pak belalang di Surau berdekatan CC ni ana ambil kesempatan ini utk melaporkan berita terkini melalui emel alhamdulillah, utk slot 3 Abdul, mereka telah laksanakan dengan jayanya


di luar jangkaan, adik2 tu dapat kumpulkan jualan dlm amaun yg agak banyak dlm masa yg terhad, well, macam tak percaya, hebat...hebat. ..

tapi utk slot Pak Belalang ni masa teranjak sikit, sebab tadi bas buat hal sikit
ditambah dengan lenggang mak limah para peserta.anyway, wish all of us (team simpang renggam) dipermudahkan urusan.that's all for now dari simpang renggam berita seterusnya di lain masa insyallah... roger n out ...out of service???



Dari Kulai

alhamdulillah, perjalanan program di kulai berjalan dengan lancar walaupun pada mula nya agak kelam kabut sedikit akibat kelewatan peserta dr kuala lumpur.
program bermula pd pkul 10.45 pg (selepas diberi taklimat prog). semasa program 3 abdul ni,peserta dr kL ni mengalami sedikit kesukaran disebabkan tidak diberitahu utk membawa brg2 utk dijual. sebagai alternatif, mereka mengambil langkah yg bijak dengan menjual payung,air kotak, air cawan dll. mmg kreatif adik2 ni semua. mereka dibekalkan rm150 dan mendapat utng bersih dlm lingkungan rm7o. banyak tu...
utk program seterusnya,iaitu dimana peserta diminta mencari masjid ar-rahman, peserta keliru kerana diberi tahu x ada masjid yg lain selain masjid jamek kulai?mcmn tu ye.. apa2 pun,adik2 semua smpi ke checkpoint dgn jaya nya.
utk program pak belalang pula,kami terpaksa bermula lambat dr masa yg diperuntukkan disebabkan cuaca yg mencemburui kami(hujan ). program yg sepatutnya bermula pd pkul 2.30 terpaksa bermula pd pkul 3.20 ptg. utk prog ini,adik2 membeli brgn2 seperti beras 10 kg yg diberi diskaun dr rm 16 kpd rm 10,pandai adik2 ni mengambil hati penjual. utk rumah pertama iaitu rumah puan hanesah,kami terpaksa mengharungi ranjau duri yg teramat sehinggakan akak2 fasi pun x larat(penat berjalan). di rumah makcik hanesah ni,adik2 lelaki membersihkan halaman rumah manakala adik2 perempuan berbual mesra dgn makcik dan membersihkan halaman hadapan rumah. pernah lihat jamban kat luar rumah tanpa ada pintu,atap mahupun dinding. disini kami menyelami kesusahan keluarga ini.
setelah selesai,kami menuju ke lg sebuah rumah yg jauhmya kira2 3o km dr sini...kami terpaksa bertapak kembali memandangkan bas dan teksi tidak melalui jalan in(terpinggir dan jauh dr laluan utama). kemudian para peserta meminta arah utk kerumah seterusnya dr penduduk2 di sini. setelah menaiki bas(pemandu bas ni dah kenal kami memandangkan dah 2 kali kami naik bas yg pemandunya sama sehingga menyebabkan pemandu tersebut pening kepala utk menyuruh kami membayar berapa) kami tiba ke terminal bas. disini akak2 n abg2 fasi terpaksa meninggalkan adik2 kerana dah x larat. kami menaiki teksi (adil x?hehehe) utk ke rumah seterusnya..
kami tiba dahulu dan beberapa ketika kemudian adik2 lelaki smpai di ikuti adik2 perempuan yg menaiki kereta perdana (pakcik ni baru lepas solat asar dan menumpangkan mereka ke rumah). disini kami dihidangkan air dan buah lai setelah kami selesai melakukan tugasan kami...
program musang berjanggut,peserta2 lelaki dr kL semua ni mmg pakar dlam bidang masakan. sedap2. rugi kak fida x merasai kelazatan makanan yg dey all masak (pak uteh pun x dpt merasa jgk,hehehe).
program yg sepatutnya dibuat pd pkul 6.5a terpaksa ditangguhkan dan dimulakan pd pkul 9 malam. setelah diberi penjelasan dan penerangan yg panjang lebar dari pak uteh (selaku bos kami), sampul surat yg ke 4 diberi. disini kami melihat kesungguhan adik2 dalam m'organize aktiviti utk di buat pd pkul 4.30ptg pd hari ini (khamis).


Dari Taman U

Aslm,
Wow, hebat Mus di simpang renggam. Pak Tam di sini reporting... .tapi dah nak malam baru dapat main computer, maklumlah duniawi menghimpit kiri kanan...terpaksa lari sana lari sini nak beremail pun tak dan...mujur Pak Anjang datang terima SOS, so dapatlah program Pak Belalang dijalankan oleh PakAnjang.


Anyway, dgn kehebatan fasi Kak Gjang, Kak Dania dan Abg Esam kerja di Station Kulai beres, alhamdulillah. Laporan from Gjang menunjukkan kesungguhan peserta...di sini all from N9...4 banin, 4 banat and 3 pengiring (1L and 2P)...BTW Melaka tarik diri, tunggu punya tunggu till 10 a.m. tak nampak btg hidung...last- last dgr cancel. Life must go on..so dgn N9 program berjalan.... jualan okay...lupa nak tanya dapat berapa. Nampak gaya remaja ni banyak usahawan kecil...walau kecil alright bangat.
Pak Belalang makes them to see kehidupan yg tak bernasib baik. Terkedu juga bila dengar cerita from kumpulan banin yang pi lawat nenek forget her name. Yag tinggal dgn nenek hanya haiwan-haiwan spt kucing, labi-labi, ayam etc...Si nenek memanggil semuanya sbg anak-anak. One of the peserta dgrnya terkesan and peluk nenek (betapa affected dia dgn keadaan dirumah tersebut). Susah juga nak berceloteh sini cos' tak bersama mereka eye to eye. Begitu juga dgn banat...that' s another story.
Bila ttg musang berjanggut, ana dpt privilege to sample masakan banin. Almaklum
mereka ke rumah ana. Well quite good for bukan profesional. Lucu tengok mereka masak, hancur habis dibuat kentang..almaklum tak reti nak peel dgn pisau. Ada yang sayur ditos berminit-minit digoncangnya tapis nak keluarkan air from sayur kobis. Ni perlu first hand experience dgn depa baru dapat the feeling, nak certa tak mmampu memberi gambar sebenarnya. Rasanya bila balik rumah tentu tak kering gusi cerita dgn ibubapa. Hopefully masak di rumah belajar so that dapat berdikari. Banyak yang mereka pelajari, quite an adventure walaupun tak le "remaja tahan lasak" spt jangkaan mereka bila berXpert.
So now dah di rumah prepare nak tidur waiting for the next day...jadi Pak Tam pen-off till next issue.

Dari Batu Pahat

Nampaknya semua daerah telah memberikan laporan terkini... Batu Pahat tak mahu ketinggalan melaporkan apa yang berlaku.Batu Pahat (7 Disember - Khamis). Batu Pahat menerima kedatangan krj perak seawal 5.00 pagi dan mereka telah berehat dirumah akhi Salim (perempuan) dan prof zainal (lelaki) sebelum memulakan program di stesen bas batu pahat pada pukul 9 pagi dan memulakan sesi menjual barang yang dibawa... dikhabarnya mereka agak kaku untuk menjual barang... al-maklum tak pernah buat kerja ini seumur hidup... team dari Selangor yang tiba agak lewat.. 11 lebih juga terpaksa menjual barang seadanya.. hinggakan kedua-dua team gagal untuk makan tengahari kerana takut barang jualan tidak dapat dilangsaikan. Seterusnya mereka tiba di masjid parit raja sekitar 3 petang dan menerima sedikit teguran membina dari abang yoeb dan seterusnya bersiap untuk sesi pak belalang. Sesi tersebut dapat dilakukan selepas asar dan dipecahkan kepada tiga kumpulan yang masing-masing menziarahi sebuah rumah. Ana membawa team perak lelaki tidak bersama ke rumah usang nenek kerana khuatir ana seorang yang akan berbual... dan telahan ana betul kerana fasi lebih banyak berbual dari peserta... mereka agak kaku untuk berbual... paling tidak program ini mengajar peserta untuk berinteraksi dengan masyarakat melalui jualan barang dan ziarah ini. Sedikit buah tangan diberikan kepada setiap rumah hasil jualan yang telah diperolehi.Sesi musang berjanggut berlangsung agak lewat.. 6.30 petang... peserta perempuan di tadika iman taman manis dan perserta lelaki dirumah ana. Yang perempuan tidak menghadapi masalah, jam 8.00 malam dah siap makan. Tetapi peserta lelaki makan hampir 10 malam... tuan rumah sudah kelaparan yang bersangatan. .. tapi apakan daya tuan rumah kena jadi tetamu... Komen peserta... masakan lain ok... tapi bila masak kari tak tahu... kenalah isteri anak bantu seminima mungkin jika tidak tuan rumah tak makan malam dibuatnya.Sekarang ini mereka sedang berbincang kerana program seterusnya peserta akan mengendalikan sepenuhnya bersama beberapa remaja di sini. Khabarnya selepas solat jumaat mereka akan bertolak ke surau Bukit Perdana dan menjalankan aktiviti di sana di antantaranya memanjat Gunung Soga yang berhampiran dengan surau tersebut.. Sekian... doakan kami disini

Masiri

dari taman U tu belum abis....akan datang pak im akan poskan gambar-pulak

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!