Friday, January 06, 2006

Selamat Mengembara- 'e-RACE Perdana@ R2A'

KRJ Johor ingin merakamkan ucapan Selamat ber "e-RACE" kepada semua peserta program *Road to Acheh (R2A). Semoga segala yang ditempuhi bakal menjadi bekalan berguna dalam pengembaraan sebenar di Nanggroe Aceh Darussalam nanti.
Semoga kita berjumpa di check-point terakhir anda.
*Program R2A adalah program anjuran SMI Hidayah, Persatuan Alumni SMI Hidayah (PaLS), HIDEF Group dan Universiti Mercu Buana, Jakarta untuk lepasan SPM 2005 SMI Hidayah . E-Race adalah sebahagian dari modul ke 2 dari 3 modul iaitu Modul Kemahiran, Kembara dan Latihan Industri

7 comments:

Anonymous said...

selamat bermusafir kpd emins, amal, husna, tahir, syurash & members Team 3 -drmJ

Anonymous said...

Kiranya okey lah tu naik lori ke check-pt akhir. Lain kali usah cicir-cicir barang. Hip Hip Hurrah ke team 3 kerana semua selamat sampai di Muar. drmJ

Anonymous said...

Semalam di Plaza Kota Raya, dalam perjalanan ke Spore kerana memenuhi undangan Persatuan Guru-guru Agama Spore (PERGAS), kami berempat (KWJ, Bendahari JIMJ, SU WJJ dan KW JB) telah menjadi 'mangsa' kepada satu kumpulan anak-anak yang sedang ber explorace utk ke BP ...alahai tak sampai hati untuk tidak memberi...kebetulan kami pun kesuntukan masa...kalau tak memang kami nak acah dulu anak-anak ni!...rasanya pengalaman PERKASA yang lepas elok dikongsi bersama mereka. Apapun selamat bermusafir kepada semua team. Semuga mendapat redha Allah dalam setiap langkah yang diatur...Antumlah pelapis menjana kegemilangan ummah di masa hadapan...


KW Johor

Anonymous said...

Alhamdulillah.. ana kira semua anak-anak yang mengikuti e-race telah selamat sampai.. dan sudah tentunya dibekalkan dengan berbagai kenangan manis. Ana serahkan mereka untuk berkongsi dengan semua. Ana ingin mengucapkan jazakaAllahu khairan kepada KRJ dan Alumni SMIH (PaLs) yang sudi membantu mengendalikan progam ini. InsyaAllah mereka akan ke Aceh pada 17hb Jan ini..dan akan bertolak 16hb malam. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat pergi dan kembali. Mohon doakan dan lakukanlah solat hajat untuk kejayaan mereka.. agar dapat mencapai motto SMIH.. berilmu beramal dan memimpin.

shahrin

pak im said...

...semalam sempat bbual dengan adik-adik alumni,.mereka sedang merancang sesuatu ala-ala PERKASA@ Karisma untuk alumni/krj/belia...tunggu!

-pak im-

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Sekadar bertanya; adakah 100% sure anak-anak R2A ini ahli KRJ Johor kesemuanya? Bolehkah Pak Im tolong check-kan. drmJ

Anonymous said...

Sudilah apa kiranya diberikan laporan di website KRJ Johor sebarang aktiviti terkini kelab contohnya hasil drp perspektif fasi-fasi e-RACE Perdana dari Hidef ke Tmn U, Teluk Danga, Kotaraya, Larkin Central, BP hingga ke Intisor, Muar. Sekian, Bapa peserta e-race.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!