Friday, January 06, 2006

PENGENALAN KRJ

Penubuhan KRJ adalah di bawah naungan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (J I M) - iaitu sebuah pertubuhan Islam yang telah diluluskan pendaftarannya pada 27 Julai 1990.

KRJ dalam perlaksanaan aktivitinya akan mengutamakan pembentukan remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan melalui bimbingan yang komprehensif , seimbang dan berterusan . Pengisian generasi akan datang dengan barisan pewaris yang berakhlak mulia adalah satu isu yang mendominasikan agenda permasalahan remaja masa kini . Melalui permuafakatan dengan mana-mana institusi yang terlibat , usaha ini akan di garap sebagai satu bentuk perjuangan yang serius dan bersepadu dengan menyedari bahawa mereka adalah bakal pemimpin ummah dan negara masa depan .

MATLAMAT KRJ
Matlamat penubuhan KRJ adalah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh , bertaqwa, ‘soleh wa musleh’, berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif , seimbang dan berterusan.

OBJEKTIF KRJ
Bagi mencapai matlamat di atas , KRJ telah menggariskan objektif – objektif umum berikut dalam setiap aktivitinya :
Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan .
Membina generasi remaja yang perihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara
Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri
Melahirkan genarasi yang berwawasan , beraklak mulia dan dinamik.
AKTIVITI KRJ
1. Bimbingan Agama 2. Bimbingan Akademik 3. Bimbingan Kerjaya 4. Komputer & IT
5. Perkhemahan dan Outdoor 6. Sukan dan Rekreasi 7. Latihan Kepimpinan
8. Kemahiran Hidup/Kendiri 9. Seni dan Kebudayaan 10. Penerbitan
FAEDAH MENJADI AHLI KRJ
1. Berpeluang menghadiri aktiviti yang dikelolakan oleh KRJ atau secara usahasama dengan badan lain.
2. Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik
3. Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea melalui aktiviti yang dijalankan.
4. Berpeluang berinteraksi dan bekongsi maklumat dengan ahli KRJ yang lain melalui aktiviti, risalah, dan homepage KRJ.
5. Berpeluang untuk merancang kerjaya dan kehidupan masa depan yang lebih baik
6. Mendapat diskaun dalam program KRJ
SYARAT KEAHLIAN KRJ
1. Keahlian KRJ terbuka kepada semua remaja Islam yang berumur di antara 12 hingga 19 tahun.
2. Mengisi borang keahlian serta mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga .
3. Membayar wang pemprosesan.
ETIKA KRJ
1. Berakhlak mulia, berdisiplin dan bercita-cita tinggi
2. Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua
3. Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu
4. Mempunyai semangat perikemanusiaan
5. Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah
ALAMAT PERHUBUNGAN KRJ JOHOR
No 16 A, Jalan Besi Satu ,
Taman Sri Putri , 81300 Skudai Johor .
TELEFON : 07- 5561552
NO.FAX : 07 - 5561552
Remaja Mithali Tunggak Kepimpinan

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!