Monday, January 09, 2006

PROGRAM ROAD TO ACEH (R2A)


Alhamdullilah, bersyukur kita kerana di beri kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dan sudah tentunya memahami pengertian pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Pengorbanan demi pengorbanan telah dilakukan oleh para anbiya, sahabah dan mereka-mereka yang mengikuti jejak langkah ini, hingga keindahan Islam itu dapat kita nikmati bersama.
Tapi awas, erti pengertian pengorbanan ini juga difahami malah mungkin lebih dihayati oleh orang lain. Dalam masa kita berkorban untuk memastikan Islam dihayati oleh masyarakat, pihak lain juga berkorban untuk menjauhkan masyarakat dari Islam. Ini jelas berlaku di Aceh. Pihak tertentu berkorban menghantar jutaan wang ke Aceh dan dari satu rombongan ke satu rombongan datang ke Aceh untuk mengkristiankan anak-anak Aceh. Ratusan ribu saudara seIslam di Aceh telah terkorban meninggalkan kita akibat bencana Tsunami. Apakah kita rela anak-anak yatim yang terselamat dari Tsnami ini juga akan terkorban meninggalkan kita BUKAN akibat tsunami tetapi meninggalkan Islam akibat pengorbanan orang lain?
Menyedari hakikat ini, Hidayah Development Fund (HIDEF), Persatuan Alumni Sekolah Menengah Hidayah(PaLS) dan dengan kerjasama Universiti Mercu Buana,Indonesia, satu program telah diatur untuk menghantar 32 pelajar lepasan SPM ke Aceh khusus untuk duduk bersama membantu anak-anak yatim.
Mereka akan bertolakdari JB pada 16hb Jan (Isnin malam Selasa) dan akanberlepas ke Aceh dari KLIA pada 17hb.Jan jam 8:30pagi.
Projek Kembara ke Aceh ini, merupakan satu projek untuk membantu anak yatim memperbaiki dan menambahkan kemudahan serba serbi mereka yang tidak seberapanya. Mereka akan melaksanakan satu projek pembinaan infrastruktur melibatkan pembinaan sistem sanitasi termasuk pam dan paip penyaluran, ruang cuci, ruang mandi dan play ground. Projek ini menelan belanja RM8000. Mereka juga akan diminta berinteraksi, memberi ucapan dan kaunseling kepada anak yatim dan berpeluang juga berinteraksi dengan mahasiswa Indonesia. Disamping itu di Aceh, mereka akan melawat makam-makam ulama besar dan juga melihat sendiri keadaan selepas Tsunami
.
Bolehkah saya bantu????..
Sudah tentu...Projek ini menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit. Hanya usaha yang amat kerdil dan keberkatan Allah menjadi bekalan kami untuk melaksanakan program ini. Kami amat terharu apabila peserta R2A sendiri berupaya mendapatkan dana sebanyak RM10 ribu hanya dalam masa 3 minggu. Mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Bagaimana anda?
Pihak penganjur amat berbesar hati kiranya saudara sekelian dapat bersama menghulurkan dalam bentuk sumbangan wang untuk tujuan berikut:
1. membeli buku untuk dibawa
2. pembinaan sistem sanitasi di rumah anak yatim
3. sumbangan kepada pengurusan anak yatim di Darusalam
4. sumbangan pengurusan R2A
Sekiranya saudara berhajat untuk menyumbang untuk saham saudara di hari kemudian, saudara boleh berbuat demikian melalui
1. cek atas nama dr Muhammad & dr Halim Raof
2. bank in ke nombor 01020003706716 (Bank Muamalat)
3. tunai kepada Dr Abdul Halim Raof atau PM DrMuhammad Ismail
(AJK PIBG-SRIH)
Kerjasama dan tindakan saudara menjayakan program R2A ini kami dahului dengan ucapan terimakasih..jazakaAllahukhairan.
Semuga usaha dan sedikit amal kita ini mendapat keberkatan Allah SWT.
Wassalam
Prof Madya Dr Shahrin Mohammad
bp Hidayah Development Fund dan Persatuan Alumni SMIH(PaLs)

2 comments:

Anonymous said...

salam...cayo!! to adik2 pewaris yang akan ke ACHEH...akak layangkan doa buat semua...
salam soleh wa musleh dari akak...
~wardah~

Anonymous said...

salam.. selamat bertolak ke acheh!! dptkan pengalaman untuk tarbiyah dan kongsi bila balik.. anda semua membawa amanah dari Johor
- siti zaida-

SURE - SUkan REmaja 2009!!!