Bertempat di Sekolah Al-Amin, Gombak dan Alang Sedayu, Gombak pada tanggal 23 hingga 26 Disember 2005, telah diadakan Exspedisi Remaja Kental 2005. Sebanyak 2 pasukan yang telah dihantar bagi mewakili KRJJ yg terdiri dari 7 lelaki dan 6 perempuan dari kalangan adik2 tingkatan 3. Para pengiring pula terdiri dari kalangan pewaris KRJJ, satu kelainan pada XREK kali ni...
Pelbagai aktiviti yang disertai oleh mereka. Rutin harian mereka bangun pagi untuk qiamullail, solat subuh berjemaah, kuliah subuh, riadhah dan kemudian sarapan. Untk hari pertama para peserta mendengar ceramah mengenai cinta dan cita-cita oleh Dr HAR dan Ust Zul, kemudian barulah bermula tour mereka ke serata Kuala Lumpur dlm Explorace. macam pengalaman yg dilalui, dapat naik semua kemudahan LRT, berjumpa dgn org ramai yg pelbagai ragam, mmg sgt aktif semua peserta ni. Paling menarik sekali mereka ni berpeluang untuk dakwah kepada non-muslim dengan edaran pamplet dan bercakap dgn mereka. Agak lewat juga peserta2 ni tiba kedestinasinya di Alang Sedayu tapi kegembiraan dan keceriaan masih tergambar di wajah masing2 walaupun kepenatan.
Pada hari kedua para peserta dihidangkan dgn ceramah oleh Dr Hafizi tentang tokoh Hassan Al-Banna. Selesai ceramah kami beramai-ramai berXPDC ke Sg. Pisang. Biasalah masuk hutan, kena turun naik bukit, meredah sungai, merasa digigit pacat dsbnya. Paling seronok pastinya dapat mandi di air terjun, memang nikmat, subhanallah, keindahan Tuhan. Sesi petang peserta2 mendengar sesi perkongsian bersama abang2 yg telah ke Palestin dan beberapa video telah ditayangkan. Pada sesi malam, segala bakat dan kreativiti dicurahkan dalam Malam Inspirasi. Pelbagai gelagat dan ragam yg dapat dilihat, memang menarik.
Pada hari terakhir, sebelum penutup, para peserta sempat bermain games yang mengukuhkan lagi ukhwah mereka dan membina kerjasama dlm kumpulan. Sewaktu sesi penutup penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan tetapi kali ini tiada peserta terbaik. Sesi penutup diakhiri dengan sesi bersalaman dan makan tengah hari yg cukup istimewa iaitu BBQ, hmm sedapnya....Petang itu Team Johor pulang dgn selamat dan diharapkan agar semua peserta beroleh sesuatu dari XREK 2005 ini.
1 comment:
hmmm....x-rek kali nie...mengenbara ke hutan batu...hehe
~wardah~
Post a Comment