Tuesday, December 20, 2005

Program KRJ Batu Pahat

oleh Masiri Kaamin
Assalamualaikum
Alhamdulillah, KRJ Batu Pahat dengan kerjasama Surau Al-Azim Taman Bkt Perdana telah berjaya melaksanakan program Kem Kembara Remaja pada 18 dan 19 haribulan yang lalu bertempat di surau tersebut. Seramai 36 peserta yang terdiri dari kariah taman tersebut telah hadir. Sebelah siang program tertumpu kepada membincangkan masalah sosial remaja dan penyelesaiannya dan sebelah petang jungle tracking ke Hutan Lipur Bkt Soga yang kebetulan begitu hampir dan surau. Sebelah malam diisi dengan slot Kembara Insan yang menekankan perjalanan kehidupan insan sejak dari alam janin hingga ke alam kekal.

Qiamullail turut diadakan pada malam tersebut. Slot 'Indahnya Hidup Ini' telah disampaikan pada hari Ahadnya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDP JIM BP dan Bendahari surau (juga ahli JIM).Sebagai program susulan, YDP JIM BP (Hj Roslan yang juga ahli kariah di situ)) telah mengadakan usrah pada remaja-remaja bermula pada malam tadi sebagai memenuhi janjinya semasa majlis penutup program tersebut.

1 comment:

SMS said...

Greetings from Russia!

SURE - SUkan REmaja 2009!!!