Wednesday, December 30, 2009
Sempena Sambutan 2010...pesanan dari team ABJZ
Salam alaik…Hai adik-adik..apa khabar semua? Alhamdulillah..Allah panjangkan usia kita untuk selangkah ke tahun baru (2010)..Happy New Year 2010...pejam jelik-pejam jelik...rasanya sebentar sahaja 365 hari telah berlalu...dan selangkah lagi usia kita menuju ke arah kedewasaan..Tapi dewasakah kita dalam menyambut tahun baru kali ini?...Bagaimana cara dan saluran yang betul untuk sambutan kali ini...Adik-adik ada plan apa-apa ke ?
baca seterusnya di http://abjzjohor.blogspot.com/2009/12/sempena-sambutan-tahun-baru-2010-3-hari.html
baca seterusnya di http://abjzjohor.blogspot.com/2009/12/sempena-sambutan-tahun-baru-2010-3-hari.html
Monday, December 28, 2009
Harga minimum rokok RM6.40 - Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok
(dari Kosmo Online)
KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.
"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.
Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.
Friday, December 25, 2009
Tahniah kepada calon PMR 2009
Tahniah Peserta X-PeRT Johor!!!
20 Disember 2009 - Alhamdulillah, peserta2 XPeRT dari Johor telah selamat sampai ke Johor malam tadi, kira-kira jam 8 malam. X-PeRT (Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak) merupakan program ketiga dalam ProDuCe (Program Dua Tahun Cemerlang).
Tahun ini, XPeRT disertai oleh peserta2 ProDuCe Gen4.(intro cukup skema) Team Johor ada 17 orang. 8 lelaki 6 perempuan. 3 pengiring.Ikhwah: Munzir Mokri (ketua), Basheer, Anas Mahmood, Ammar Ruslan, Amni, Arsyad, Farhan Hilmi dan Sulaiman. Akhawat: Aalia AR, Raudhah, Izatur Farhana, Aminah Farhana, Humaira' Jelani dan Aliya K (me).Pengiring: Anas Razak, Asyraf Amin dan Kak Hajar Mokri. (kak Hajar datang pada 2 hari terakhir)
Baca seterusnya di http://hottoite-selcouth.blogspot.com/2009/12/xpert-2009-di-melaka.html
Baca sampai habis...Video diaorang buat power sey!!
Tahun ini, XPeRT disertai oleh peserta2 ProDuCe Gen4.(intro cukup skema) Team Johor ada 17 orang. 8 lelaki 6 perempuan. 3 pengiring.Ikhwah: Munzir Mokri (ketua), Basheer, Anas Mahmood, Ammar Ruslan, Amni, Arsyad, Farhan Hilmi dan Sulaiman. Akhawat: Aalia AR, Raudhah, Izatur Farhana, Aminah Farhana, Humaira' Jelani dan Aliya K (me).Pengiring: Anas Razak, Asyraf Amin dan Kak Hajar Mokri. (kak Hajar datang pada 2 hari terakhir)
Baca seterusnya di http://hottoite-selcouth.blogspot.com/2009/12/xpert-2009-di-melaka.html
Baca sampai habis...Video diaorang buat power sey!!
Wednesday, December 23, 2009
HARI 'ASYURA - 10 MUHARRAM
HARI ‘ASYUURAA’ ----- SEJARAH DAN KELEBIHANNYA |
Perkataan ‘Asyuuraa’ (عاشوراء)diambil dari lafaz Al-‘Aasyir (العاشر)yang membawa maksud sepuluh. Ini berketepatan dengan hari itu iaitu hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Dalam penggunaan istilah Islam, bilangan hari keesokannya diambil dari malam sebelumnya. Ini bermakna setelah berlalu malam ‘Asyuuraa’ barulah terbitnya fajar siang hari ‘Asyuuraa’. Ini bersesuaian juga dengan penggunaan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kita akan melalui malam ke-27, barulah keesokan harinya dinamakan hari ke-27 Ramadhan.
SEJARAH PUASA HARI 'ASYUURAA’
عن عائشة قالت: كان قريش تصوموا عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه. فلما هاجر الى المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض شهر رمضان قال: من شاء صامه ومن شاء تركه.
(رواه البخاري ومسلم وأحمد ومالك وأبو داود والترمذي وابن ماجه)
Dari Aisyah berkata: Kaum Quraisy mereka berpuasa ‘Asyuuraa’ pada zaman jahiliah, dan Rasulullah saw juga berpuasa. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah baginda berpuasa dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa. Apabila difardhukan puasa Ramadhan baginda berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa (‘Asyuuraa’) maka teruskanlah, barangsiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah. (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)
عن ابن عباس قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم عاشوراء، فقال: ما هذا؟ قالوا: يوم صالح، نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال النبي: أنا أحق بموسى منكم، فصامه وأمر بصيامه. (رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن ماجه)
Dari Ibnu Abbas berkata: Setibanya Rasulullah saw di Madinah, dilihatnya penduduk Yahudi Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’. Bertanya Rasulullah: Apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari yang Allah swt menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa. Rasulullah berkata: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua. Maka berpuasalah Rasulullah dan disuruh sahabat yang lain berpuasa. (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
++ Nabi saw berpuasa ‘Asyuuraa’ sebelum diangkat menjadi Rasul kerana mengikut adat penduduk Makkah. Sesudah menjadi Rasul, baginda berhenti dari berpuasa ‘Asyuuraa’ kerana menganggap ia adalah amalan jahiliah penduduk Makkah. Namun setelah tiba di Madinah, baginda mengetahui bahawa berpuasa ‘Asyuuraa’ merupakan daripada syariat Nabi Musa, maka baginda berpuasa dan disuruh juga sahabat yang lain. (Rujukan: Al-Muntaqa Syarah Muwattho’)
++ Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua…Kata-kata Rasulullah ini dituju kepada Yahudi Madinah. Mereka beriman dengan Nabi Musa, namun mereka merubah segala syariat Nabi Musa sewenangnya. Manakala Nabi Muhammad beriman dengan Nabi Musa, baginda mengikut syariat Nabi terdahulu selagi mana tidak diwahyukan perkara baru untuk menggantikan syariat tertentu yang terdahulu. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)
++ Sejarah membuktikan Baginda tiba di Madinah pada bulan Rabiul Awwal, maka bagaimana hadis ini menjelaskan baginda melihat penduduk Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’? Jawapannya, maklumat ini disingkap dari kata-kata sahabat, mereka berkongsi maklumat dengan Rasulullah tentang amalan penduduk Madinah. Maka apabila baginda mengetahui mereka mengamalkan puasa ‘Asyuuraa’, maka ditanyalah baginda dengan lebih lanjut. Maka tercetuslah hadis di atas.(Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)
KELEBIHAN BERPUASA HARI ‘ASYUURAA’
عن أبي قتادة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة، فقال: يكفر السنة الماضية والباقية، وسئل عن صوم يوم عاشوراء، فقال: يكفر السنة الماضية، وسئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذلك يوم ولدت فيه، وبعثت فيه، وأنزل علي فيه. (رواه مسلم)
Dari Abi Qatadah berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ditanya tentang puasa hari ‘Asyuuraa’, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lepas. Ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diangkat menjadi Rasul, dan hari diturunkan Al-Quran padaku buat kali pertama. (Riwayat Muslim)
++ -- Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil sahaja. Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil, moga-moga diringankan dosa besarnya. Jika tiada juga dia berdosa besar, akan diangkat darjat & martabatnya di sisi Allah azza wajall --.
SUNNAH NABI DALAM BERPUASA ‘ASYUURAA’
عن ابن عباس قال: لما صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال: إذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله. (رواه مسلم وأبو داود)
Dari Ibnu Abbas berkata: Ketika Rasulullah saw berpuasa hari Asyuraa’ dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa juga, mereka berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani. Maka berkata Rasulullah: Jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 pada tahun hadapan. Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah saw tidak berkesempaian untuk menunaikannya kerana telah wafat sebelum itu. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
++ Pendapat Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad, disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan juga ke-10 berdasarkan pada hadis ini. (Rujukan: Taudih Al-Ahkam Min Bulughil Maram, karangan Abdullah Al-Bassaam)
++ Jika tidak berpuasa pada hari ke-9, disunatkan oleh mazhab Asy-Syafie untuk berpuasa pada hari ke-11. Malah Imam Asy-Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm disunatkan juga berpuasa pada ketiga-tiga hari ini sekali gus, ke-9, ke-10 dan ke-11. Keempat-empat mazhab melainkan Al-Hanafiyyah mengatakan tiada salahnya berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja, tiada makruhnya sama sekali, ia dibolehkan. (Rujukan: Fiqhul Islam Wa Adillatuh karangan Wahbah Zuhailiy)
++ Maka kaedah berpuasa untuk hari ‘Asyuuraa’ mengikut keutamaan:
1) Hari ke-9 + hari ke-10 + hari ke-11.
2) Hari ke-9 + hari ke-10.
3) Hari ke-10.
(Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)
Monday, December 21, 2009
Program Akan Datang..
Dijemput semua Remaja dan Pelajar IPT untuk hadir Ke Program di bawah
Program Remaja Terakhir Sempena Cuti Sekolah/IPT kali ini!
Tajuk : 'Get Organized!'
oleh saudara Salleh Kasim @ Pak Anjang
Tarikh: 24 Disember 2009 (Khamis)
Masa 8.45 pm
Tempat: di Pejabat JIM Johor Bahru, Taman Desa Skudai
Mohon di sebarkan kepada anak-anak, sahabat dan jiran.
Program Remaja Terakhir Sempena Cuti Sekolah/IPT kali ini!
Tajuk : 'Get Organized!'
oleh saudara Salleh Kasim @ Pak Anjang
Tarikh: 24 Disember 2009 (Khamis)
Masa 8.45 pm
Tempat: di Pejabat JIM Johor Bahru, Taman Desa Skudai
Mohon di sebarkan kepada anak-anak, sahabat dan jiran.
Wednesday, December 16, 2009
Optimis dalam kehidupan~
Things sometimes doesn't goes as it plans in life. Ada kalanya kita merancang sesuatu dengan baik, tapi akhirnya tidak menjadi juga rancangan kita. Tapi ada kalanya, keadaan terbalik juga berlaku. Kita tidak merancang apa pun, hadir pulak rezeki.
Bagi mereka yang beriman, mereka akan rasa, ini adalah karunia Allah SWT buat mereka. Namun bagi mereka yang kurang keimanan, mereka akan rasa, ini adalah nasib.
Nasib? Wujudkah nasib dalam dunia ini? atau segalanya memang rancangan Allah? Bergantung kepada mereka yang menafsirkannya.
Untungnya bagi seorang mukmin, bila mereka meyakini janji-janji Allah itu pasti, hidup mereka akan sentiasa memandang ke hadapan walau berat macam mana sekali pun beban yang terpaksa di pikul, walau terseksa macam mana sekali pun jasad menanggung. Mereka yakin, segala mehnah ini datangnya daripada Allah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan mereka. Untuk menaikkan pangkat iman mereka. Bukan untuk menyeksa dan mendera mereka.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah : 286]Setiap hari, bila mereka bangun pagi, mereka berazam untuk melakukan yang terbaik untuk hari tersebut. Andai ada gunung yang tinggi menghalang, ia akan di daki, andai ada laut yang luas terbentang, ia akan di harungi, semuanya untuk mencapai matlamat mulia sebagai seorang hamba.
Tekanan dan desakan yang diberikan dunia hanyalah pemangkin kepada pemantapan iman. Selagi mana mereka berpegang teguh kepada tali Allah, maka mereka akan lebih yakin, janji Allah itu pasti.
Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik buat kita dalam menjalani kehidupan. Sikap optimistik baginda yang begitu tinggi serta keteguhan iman baginda yang tiada tolak bandingannya menyebabkan hingga hari ini, kita di berikan nikmat Iman dan Islam oleh Allah SWT.
Sekali pun baginda tidak berpeluang untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini hingga menjadi sebuah tamadun yang teragung suatu ketika dahulu, namun dengan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh serta sikapnya yang optimis terhadap janji Allah, hasilnya risalah ini tersebar keseluruh pelosok dunia.
Dan itu baginda SAW, seorang rasul, tapi juga seorang manusia. Allah membuktikan yang manusia sememangnya mampu mengubah dunia andai mereka yakin dengan janji-janji Allah. Seandainya mereka optimis dalam melakukan gerak kerja. Sememangnya manusia itu merupakan mahkluk Allah yang hebat, cuma...bila mereka melupakan tujuan hidup mereka, lupa tentang tugasan mereka serta tidak yakin dengan janji-janji Allah, maka mereka ibarat sebuah kereta ferrari yang tersimpan dalam garage. Hanya menunggu masa.
Rasulullah SAW bersabda:
Manusia ibarat logam. Sehebat-hebat mereka ketika jahiliyah, juga sehebat-hebat mereka ketika Islam adalah kerana mereka faham. (Bukhari)
Yakinlah, anda mampu mengubahnya!!
Sunday, December 13, 2009
Bowling utk remaja perempuan
Sihat Sepanjang Hayat (SSH)
Jom Main Bowling (perempuan sahaja)
Tarikh:17 Disember 2009
Masa: Khamis bermula jam 10 pagi
Tempat: Angsana Bowl (level atas sekali), Plaza Angsana
RM 4 ++ ( bayaran masuk & kasut, mohon pakai stokin terus ye..)
Nota: SSH ini akan menggantikan program remaja untuk minggu tersebut, insya'Allah.
Berminat? Hubungi kak AA +60137140671 untuk pendaftaran nama.
Berminat? Hubungi kak AA +60137140671 untuk pendaftaran nama.
Friday, December 11, 2009
Tuesday, December 08, 2009
Syaitanisme di Kalangan Remaja
Salam,
Semoga hebahan ini menemui ikhwah dan akhawat sekalian dengan limpahan rahmah dan kasih sayang Allah SWT.
Insya'Allah satu lagi program akan menemui anak-anak dan adik-adik remaja baik yang bercuti sekolah, masih bercuti dari pengajian di IPT dan kolej masing-masing, mahupun mereka bekerja dan mempunyai kelapangan pada waktu malam, serta ibu bapa pembimbing dan pemimpin anak-anak remaja.
Program Remaja II
Syaitanisme Di Kalangan Remaja
oleh Dr Farahwahida Mohd Yusuf
pada 8 Disember 2009
bersamaan hari Selasa
jam 8.45 malam
bertempat di Pejabat JIM, Taman Desa Skudai
Syaitanisme Di Kalangan Remaja
oleh Dr Farahwahida Mohd Yusuf
pada 8 Disember 2009
bersamaan hari Selasa
jam 8.45 malam
bertempat di Pejabat JIM, Taman Desa Skudai
Mohon dipanjangkan hebahan kepada teman-teman, sahabat-sahabat, kakak abang adik, anak-anak, jiran tetangga dan semuanya agar kita semua dalam mengutip mutiara ilmu dalam program remaja kali ini.
Jazakumullahu Khayran Katheera
Islah Membawa Perubahan :)
'Abidah binti Ali
Saturday, December 05, 2009
Impak rancangan TV realiti terhadap remaja
Impak rancangan TV realiti terhadap remaja
Ruzain Syukur Mansor
Siapa yang tidak kenal dengan Zahid, Mawi mahupun Faizal Tahir? Kelibat anak-anak muda tersebut tiba-tiba menjadi buah mulut rakyat Malaysia setelah berjaya memenangi rancangan hiburan berbentuk TV realiti. Rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idols dan sebagainya menimbulkan kegilaan warga muda terutamanya untuk mengejar impian menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Siapa yang tidak kenal dengan Zahid, Mawi mahupun Faizal Tahir? Kelibat anak-anak muda tersebut tiba-tiba menjadi buah mulut rakyat Malaysia setelah berjaya memenangi rancangan hiburan berbentuk TV realiti. Rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idols dan sebagainya menimbulkan kegilaan warga muda terutamanya untuk mengejar impian menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Apa yang menimbulkan kegilaan segelintir individu hasil daripada rancangan sedemikian? Kajian menunjukkan kepuasan untuk berhibur dan menyelami perasaan keseronokan membuatkan mereka leka untuk mengikuti perkembangan peserta rancangan TV realiti walaupun mengetahui ada kalanya apa yang dipertontonkan sesetengahnya lakonan semata-mata. Kebijaksanaan penganjur program memanipulasi emosi penonton berjaya menarik kesetiaan penonton kepada stesen televisyen tertentu.
Artikel selanjutnya dalam http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/copy-of-copy-of-copy-of-kolumnis-category/155-impak-rancangan-tv-realiti-terhadap-remaja-
Artikel selanjutnya dalam http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/copy-of-copy-of-copy-of-kolumnis-category/155-impak-rancangan-tv-realiti-terhadap-remaja-
Maklumat X-PeRT 2009 diMelaka pada 17-20 Disember
X-PeRT 2009 ( Ekspedisi pemimpin Remaja Tahan Lasak) akan menggabungkan aktiviti lasak dari sudut fizikal, dari sudut dalaman dan dari sudut minda dengan menggabung jalinkan ilmu2 yang diperolehi semasa mengikut program X-REK dan LEADERS. X-PeRT 2009 juga akan mendedahkan peserta dengan masyarakat seluasnya dengan ciri2 sentiasa bergerak, survival, berkenderaan awam, bersama masyarakat, membuat persediaan sebelum program, tarbiyah dan kemahiran IT.
Kepada peserta PRODUCE Gen-4, sila lawati blog X-PeRT di http://xpert09.blogspot.com/
untuk mengetahui maklumat terkini. Jangan lupa beri mendaftar dari beri nama kepada Kak Azizah (Gee)
Kepada peserta PRODUCE Gen-4, sila lawati blog X-PeRT di http://xpert09.blogspot.com/
untuk mengetahui maklumat terkini. Jangan lupa beri mendaftar dari beri nama kepada Kak Azizah (Gee)
Subscribe to:
Posts (Atom)