Sunday, November 29, 2009

Laporan X-Rek 2009


X-REK 2009

Oleh Najihah Noor Azlan


Tarikh: 23-25 November 2009

Tempat: Impian Resort, sungai Semungkis, Selangor

Alhamdulillah, KRJ Johor telah menghantar 14 orang peserta, 6 orang lelaki dan 8 orang perempuan ke Program Ekspedisi Remaja Kental (X-Rek ’09). Turut mengiringi peserta X-rek 09 bagi team Johor ialah Anas Razak, Basyir Tholuddin dan Hajar Mokri. Senarai nama peserta bagi team Johor:

  1. Hakimi bin Khalid (BP)
  2. Isyraf bin Masiri (BP)
  3. Abdullah Mursyid bin Hasanuddin
  4. Muhammad Harish Al-Hakim bin Mohammad
  5. Muhammad Zulfadhli bin Mohd Zin
  6. Anas bin Hishamuddin
  7. Nur Aqilah binti Zainudin (BP)
  8. Ainul Husna binti Mohd Yusof (BP)
  9. Asma’ Nadzirah binti Mohamed Ruslan
  10. Najihah binti Noor Azlan
  11. Nur Dalila binti Kahar
  12. Syifa’ binti Mohd Aizaini
  13. Murshida binti Mokri
  14. Zaynab Almardhiyyah binti Ainullotfi

22 November 2009,Ahad

*Bertolak ke Kuala Lumpur jam 12.00 tgah malam

Tempat: Stesen bas Sri Putri

Sri Maju> LRT> BAS U40> BAS U412> Perodua Rusa> Impian Country Resort


23 November 2009,Isnin

*Sampai di puduraya jam 3.30 pagi

*Tunggu waktu subuh di sekitar puduraya

*Solat Subuh

*Pendaftaran

.team Johor banat.

*Sesi Taaruf dan pembahagian kumpulan [berlainan negeri]

*Makan Tengah Hari

*Solat

*Bersiap untuk Obstacle

[sblm itu, sesi bersama TokWan dahulu baru obstacle]

Diakhiri dgn mandi sungai

[team johor bnt,plg lmer mandi sungai!]

*riadhah petang [peserta banat,indoor.peserta banin,bola]

*memasak

[disebabkan dapur peserta Johor ade 1 je, so, mereka b'gilir2 memasak.banin masak dulu.]



*solat Maghrib + isya’

*sesi malam kebudayaan

Tema: Palestin

*tidor~


24 November 2009,Selasa

*solat subuh

*riadhah

*memasak [banat masak]

*jungle tracking

[diakhiri dgn mandi sungai lg,dan team johor bnt naik lpas 30 min semua peserta naik]

*memasak [banin masak]

*aktiviti dlm kump

[membuat tazkirah dan lagu bagi nama tokoh-tokoh Islam kumpulan masing-masing]

*solat zohor + asar

*riadhah [banat: indoor again.banin:galah panjang]

*memasak [banat masak]

*khidmat diri untuk malam

*solat magrib+ isya’

*pembentangan aktiviti dlm kump

*muhasabah diri[bersama TokWan]

*night walk

*tidor~


24 November 2009,Rabu

*solat subuh,tazkirah

*riadhah

*sarapan pagi

[banin masak utk diri sendiri.banat masak dgn peserta banat dr negeri lain]

.team Perak+Johor.

*explorace

*penutup

[sesi bergambar,penyampaian hadiah,refleksi]

.team Johor bergambar.

*solat zohor

*balik.



.kami pulang!.

*sampai johor[sekitar 10.mlm]

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pengendali dan fasilitator. Tahniah kepada semua peserta. Peserta team Johor semua sudah meminta nama mereka ditempah dahulu untuk Leaders pada tahun hadapan. Semoga segala kelemahan dapat diperbaiki dan segala kebaikan akan diteruskan. Untuk melihat gmbar yang lain, boleh ke link ini.



Friday, November 27, 2009

Takziah kepada keluarga Abang Long

KRJJ mengucapkan takziah di atas perginya saudara bungsu Abg Long Hanuar pada 22 November lepas. Didoakan agar Abang Long sekeluarga tabah di atas ujian Allah ini. Semoga Allah mengampuni, mengurniai rahmat dan kebaikan yang berterusan kepada ruh Allahyarham di sana. Amiin.
Disertakan gambar-gambar semasa pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Felda Cahaya Baru, Pasir Gudang




Seperti yang dilihat dalam gambar, selain pak imam membacakan talkin, Abang Long terus mengambil peluang menyampaikan tazkirah kematian kepada mereka yang hadir di pengkebumian adik Abg Long, yang rata-ratanya remaja dan belia belaka...ramai yang tersentuh dan mengalirkan air mata mendengar tazkirah tersebut. Semoga, Allah terus memberi hidayah dan kesedaran kepada yang hadir...dan terpulanglah kepada kita samada mahu mengambil peluang untuk meyantuni mereka-mereka ini.

Sebahagian video tazkirah kematian oleh Abang Long boleh didownload di:
http://www.4shared.com/file/158680589/e976accb/Tazkirah_Kematian_by_Abg_Long.html

Program Remaja kini kembali lagi 1 Disember ini..

Program Remaja kini kembali lagi.

Program kali ini mensasarkan adik-adik yang bercuti sekolah; dari tingkatan 1 sehingga 6, Kakak-kakak dan Abang-abang yang bercuti di IPT dan institut pengajian masing-masing. Tak lupa juga untuk mereka yang bekerja siang dan punya kelapangan di waktu malam - selagi bergelar REMAJA, semuanya dijemput ke:


Program Remaja
'Mencari Mutiara Yusuf'

oleh Dr Hishamuddin Alham

pada 1 Disember 2009
bersamaan hari Selasa
bermula jam 8.30 malam

bertempat di Pejabat JIM, Taman Desa Skudai

Ajak anak-anak, kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, saudara-mara, jiran tetangga, selagi bergelar remaja untuk sama-sama ke program ini
Semoga semua dilapangkan urusan dan masa untuk hadir.

Video SURE Zon Selatan 2009

Monday, November 16, 2009

LAPORAN SURE 2009

SURE KRJ 2009 Melabuhkan Tirai
Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

Johor Bahru, 15 November – Sukan Remaja (SURE) Zon Selatan 2009, yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) Johor, telah melabuhkan tirainya pada petang hari ini dengan berjayanya. Sukan yang julung-julung kali diadakan oleh pihak KRJ Johor untuk Zon Selatan, yang meliputi Negeri Johor dan Melaka ini, telah berlangsung di Kelab Kilat TNB Pasir Gudang, bermula jam 8 pagi, sehinggalah ke jam 5 petang.

Program yang dirasmikan oleh Yang DIpertua Daerah Pasir Gudang, Tuan Hj Aminuddin Alias, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long dikalangan remaja, telah berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 250 orang peserta dari serata Negeri Johor, meliputi Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian, Kulaijaya, Batu Pahat, dan Kluang. Menurut pengarah program, Salman Hishamuddin, walaupun tiada penyertaan dari Negeri Melaka, yang juga merupakan kawasan Zon Selatan, ianya tetap meriah dengan kontijen yang bersemangat untuk mengeratkan silaturrahim, disamping memperlihatkan skill dalam sukan yang digemari.

Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan, antaranya Bola Sepak Padang 5 sebelah tanpa penjaga gol, badminton, bola jaring, sukan rakyat dan sebagainya.

Program yang dirangka untuk mengeratkan silaturrahim antara remaja di Zon Selatan ini, memberikan kesan yang besar kepada peserta, kerana peserta telah diajak bersama untuk solat Zuhur berjemaah di atas padang, sebagai teladan kepada pelajar, agar tidak meninggalkan solat, atas sebab-sebab yang remeh.


Diharapkan dengan program Sukan seperti ini, dapat memberikan impak positif kepada remaja, untuk menjaga kesihatan diri, disamping tidak meninggalkan suruhan agama Islam.





Selamat periksa buat calon SPM/STPM


Selamat memempuh peperiksaan SPM /STPM
kepada semua adik-adik kasih dan sayang yang bakal mendudukinya bermula 2 hari lagi
Didoakan moga berjaya dengan cemerlang.

Allahumma, Ya ALLAH... Ramai di antara adik-adik kami menginginkan kebaikan daripada apa yang mereka lakukan. Terutama buat mereka yang masih di peringkat peperiksaan SPM/STPM, jadikanlah buat mereka peperiksaan SPM/STPM ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan mereka terhadapMu, dan jadikanlah ia satu sebab untuk mereka mendekatiMu.Ya ALLAH ya ar-Rahman. Engkau maha mengetahui keadaan mereka, YA ALLAH, maka Engkau permudahkanlah buat mereka apa yang sukar buat mereka. Engkau peringatkanlah buat mereka apa yang mereka lupa, dan Engkau ajarkanlah mereka apa yang tidak mereka ketahui.Ya ar-Razzaq, Ya ar-Rahim.
Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat, maka ENgkau jadikanlah adik-adik ini, adik-adik yang kuat. Adik-adik yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan. Jadikanlah mereka teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu.KepadaMulah kami memohon dan meminta. KepadaMu jualah kami bergantung harap. Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan. Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami.
Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka, serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.Amiin, YA RABBA L-'ALAMIIN...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!