Wednesday, September 30, 2009

Sukan Remaja (SURE) KRJ Zon Selatan

Assalamualaikum wrt wbt..
Ramadhan bulan melatih nafsu..
Hati pilu bila ianya berlalu..
Syawal kini mencabar perutku=)
Apalagi?! jom sertai SURE!! wa caya sama lu=)
SUKAN REMAJA (SURE) ZON SELATAN
Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Sekitar Johor Bahru
Aktiviti 'membuang lemak rendang & ketupat' yang bakal dipertandingkan..=)
Bolasepak- L
Badminton (double) - L & P
Bola Jaring -P
4x100m -L
4x200m -L
Tarik tali -L
Sukan rakyat - L & P
Penyertaan terbuka kepada semua KRJ daerah di negeri Johor & Melaka.
Syarat-syarat peserta:Berumur 13-19 tahun
Ahli & bakal ahli KRJ
Seorang pemain layak menyertai 2 permainan sahaja
Nantikan berita selanjutnya..

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran

Salam lebaran buat semua dari warga Kelab Remaja JIM Johor
Hiba rasanya berlalunya Ramadhan
Tarbiyyah sebulan pasti diteruskan
Tasbih dan tahmid pula dilaungkan
Menyambut Syawal penuh kesyukuran
Eid Mubarak diucapkan
Salam kemaafan dikirimkan


Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong jowo
Dhino royo njalok ngapuro
Selamat Hari Raya
(ni pantun jawa...jawap ye)




Friday, September 18, 2009

Renungan Ramadhan 29

Renungan Ramadan 29
Oleh Dr Omar Yaakob

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Esok, lusa, kita dijangka menyambut 1 Syawwal, di mana kita merayakan Aidilfitri.

Aidilfitri adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).”(Hadis Riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar “puasa-puasaan” atau tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.

Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid.

Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.
Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud:“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)."(Hadis Riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita.

Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya;"Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Hadis Riwayat Bukhari)

SELAMAT HARI RAYA.. Maaf Zahir BatinWabillahi taufik wal Hidayah.

Ramadhan Berlalu Pergi Syawal Setia Menanti

Ramadhan Berlalu Pergi Syawal Setia Menanti

Ramadhan kini hampir dipenghujung.
Syawal bakal hadir dalam detik waktu yang
begitu dekat. Mudah-mudahan kita menjadi insan
yang telah berjaya menghadapi ujian Allah dan bakal dianugerahkan
ijazah taqwa setelah menamatkan latihan di puncak menara gading
Ramadhan. Dan Aidil Fitri yang disambut sebagai lambang
kesyukuran kita terhadap kejayaan menunaikan tuntutan Allah.

Sebelum mengharapkan darjat taqwa, seharusnya tanyalah pada
diri, sama ada kita berpuasa sekadar memenuhi budaya bulan Ramadhan
di mana semua orang Islam perlu berpuasa, atau sekadar membolehkan
kita berbuka dan berhari raya? Jikalau itulah yang dihajatkan, kita akan
mendapatinya. Tetapi jika ingin menjadikan puasa sebagai satu bentuk
latihan untuk memperbaiki diri, kita akan mendapat lebih daripada
hanya lapar dan dahaga atau lebih daripada
hanya berbuka puasa dan
berhari raya.

Sesungguhnya Ramadhan
mentarbiyyah kita agar berpuasa daripada
segala bentuk keburukan dan kekejian hati,
perasaan danamalan buruk, sebaliknya mula bermesra
dengan sifat-sifat terpuji. Amalan-amalan tambahan yang dilakukan,
tilawah Al-Quran, solat tarawihdan bersedekah antara wasilah mencapai ke darjat taqwa. Dan kita mula mencurigai segala amalan yang tidak baik. Ini menjadikan bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan segala amal soleh danmembuang jauh segala amal mungkar.

Tetapi persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, sejauh
manakah semangat dan roh puasa yang dipupuk selama sebulan itu
masih dapat bertahan? Apakah kita telah mula menjadi manusia biasa
seperti sebelum Ramadhan dan meninggalkan segala watak baik dalam
bulan tersebut? Alangkah baiknya penghayatan Ramadhan dengan
segala amalan mulia yang telah disemarakkan dalam bulan Ramadhan
akan terus dipertingkatkan. Dengan itu barulah Ramadhan yang telah
sama-sama kita lalui mencapai fungsi dan kesan yang mendalam
terhadap peningkatan amal soleh kita.

Hari raya yang sama-sama kita rayakan,
jangan sampai menjadi perayaan atau pesta
balas dendam terhadap perkara yang tidak dapat
dilakukan semasa bulan Ramadhan. Lalu pada Hari Raya
dilakukansemahunya. Alangkah eloknya jika dalam merayakan Syawal, semangat dan roh Ramadhan tetap terpelihara. Tanda syukur di hari raya bukan
ditandai dengan amalan dan kegiatan yang berbaur kemaksiatan dan
kekejian. Tidakkah Aidil Fitri itu antara maknanya kembali kepada
fitrah, iaitu fitrah kejadian manusia yang bersih dan suci?

Seharusnya tanda syukur itu dengan
menghiasai Hari Raya dengan memperbanyakkan
takbir, tahmid, dan tahlil, memperkukuh ukhuwwah dengan
ziarah menziarahi dan bermaafan sesama insan dan berterusan menjaga
adab dan akhlak yang mulia dalam menyambut Syawal yang tiba.

Mudah-mudahan Ramadhan yang kita lalui dan Syawal yang dirayakan adalah satu kesinambungan yang dilaksanakan bagi memenuhi
arahan Ilahi. Dan kita menjadi insan yang
memperolehi darjat taqwa hasil dari
tarbiyyah Ramadhan.

Salam Adilfitri…taqabal Allahu minna wa minkum

(artikel adalah dari Buletin Ramadhan keluaran 5/5 JIM Ipoh 2007)

Monday, September 14, 2009

Tahniah Pak Ngah

Dimaklumkan isteri kepada Pak Ngah Suhaimi iaitu Kak Husna telah selamat melahirkan seorang baby girl yang cute miut (3.53kg) pada jam 2336 di Hospital Kemaman pada tarikh 11 September 2009 (Jumaat). Pak Ngah mengucapkan terima kasih atas doa semua.

Saturday, September 12, 2009

KRJ JOHOR di Facebook

Assalamualaikum..
KRJ Johor kini di Facebook
Cuba klik links dibawah untuk sertai
http://www.facebook.com/group.php?gid=130109428478#

Tuesday, September 08, 2009

Program 3R - Remaja Raikan Ramadhan Weekend ini


Iftar KRJ Johor 2009

Assalamualaikum,

IFTAR KRJ MEMANGKIN UKHUWWAH OTAI DAN PEWARIS

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

6 Sep 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM Johor (KRJ Johor) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatan Kuasa, pengendali, dan juga fasilitator di Pejabat JIM Johor hari ini.

Majlis ini dihadiri kira-kira 60 orang dikalangan AJK, pengendali dan juga fasilitator KRJ, yang mana ia merupakan majlis yang istimewa, kerana bekas-bekas fasilitator yang menyambung pelajaran di luar Negara juga hadir bersama. Ada diantaranya yang kini menyambung pelajaran di Mesir, Jordan, dan lain-lain lagi.

Majlis yang dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Pak Im, disambung dengan sesi taaruf ringkas antara ahli yang hadir pada hari tersebut. Selepas berbuka dan solat maghrib, tetamu disajikan dengan Nasi Ayam Pantas. Dan selepas solat tarawih, sesi saling bertukar-tukar hadiah dan sesi menyambut hari lahir mereka yang lahir pada bulan September.

Diharapkan dengan majlis seperti ini, ukhuwwah yang telah terjalin, akan menjadi lebih erat, dan tautan ukhuwwah menjadi lebih mantap dimasa-masa akan datang.


f

Tuesday, September 01, 2009

Program Terdekat

Disertakan Program KRJ JB
3R- Remaja Raikan Ramadhan
Tarikh : 5 September 2009-
Tempat : Surau SMK Mount Austin
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 tghari
Peserta: 60 orang ahli dari SMK Taman Mt Austin, Taman Daya dan Permas Jaya 3
3R- Remaja Raikan Ramadhan
Taman Universiti
Tarikh: 12 -13 September 2009
Tempat: Masjid Taman Universiti
Masa: 1.30 petang Sabtu - Pagi Ahad jam 9.00 pagi
Peserta: Terbuka kepada semua Remaja sekitar Taman U

Sukan Remaja (SURE)
Tarikh: 24 Oktober (tentatif)
Tempat: Kompleks Nusa Mutiara (tentatif)
Peserta: Remaja KRJ dari seluruh Johor dan Melaka
Details akan menyusul kemudian

Salam Merdeka!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh, adik-adik yang dikasihi fillah!

Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak 'Abyd ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52! Pasti ramai yang gembira dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ini. Mana taknya, sekolah pun ditutup selama satu hari, kaaan.. Betul tak? *wink*

Adik-adik,

AlhamduliLlah, Allah telah kurniakan keizinan untuk kita menyambut kemerdekaan negara kita buat kali ke-52. Yang membuatkan ianya lebih bermakna ialah Hari Kemerdekaan ini disambut dengan ketibaan Ramadhan al-Kareem. Bukan sekadar Allah izinkan untuk kita meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi juga menikmati keindahan dan ketenangan Ramadhan! Masha Allah, seronoknya!

Bersempena dengan sambutan yang istimewa ini, Kak 'Abyd harapkan, biarlah kemerdekaan kali ini direnungi maksudnya secara mendalam oleh kita semua. Di saat kita merdeka dengan hasutan Syaitan pada bulan penuh barakah ini, mari kita sama-sama berdo'a agar Allah tetapkan hati kita dalam kesucian agar Ramadhan kali ini menjadi pendorong untuk kita semua berubah ke arah kebaikan dan membentuk jiwa soleh wa musleh yang merdeka daripada kemaksiatan.

Apa yang penting, adik-adik? Jiwa merdeka! Merdeka daripada apa? Daripada sifat Mazmuumah (perbuatan negatif), insya'Allah.

Moga-moga dengan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 dan pada bulan Ramadhan ini, jiwa merdeka kita semua terasa lebih kuat dan ringan untuk beribadah. Solat terawih, tadarrus jangan lupa! Ha, lagi satu.. Masa berbuka puasa, banyakkan berdo'a dan bersyukur sebab ALlah izinkan kita berpuasa penuh pada hari ini dan Allah berikan kita rezeki untuk berbuka. Makan pun bersederhana tau!

Akhir kata daripada akak, jom sama-sama memerdekakan diri kita!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Kita bijak untuk merdeka!

Salam Merdeka,
Kak 'Abyd

SURE - SUkan REmaja 2009!!!