Monday, October 29, 2007

...weekend lepas KRJ kat Melaka

1. Jumaat dan Sabtu (26 dan 27 Oktober)
…Jumaat 3.00 petang hingga Sabtu 7.00 malam

Alhamdulillah… KRJ telah menjalankan KBM untuk 350 orang pelajar (bukan angka rasmi) Tingkatan 5 SMT Bukit Piatu, Melaka… satu rekod kehadiran peserta bagi kami…ya rekod juga bagi jumlah fasilitator yang hadir seramai 56 orang. Sukar untuk kami menggambarkan perasaan kami ketika ini dengan pelbagai perkara yang luarbiasa …( jadual, aura dan impaknya kepada peserta, bilangan fasi dan ibubapa yang datang diluar jangkaan, dan lain-lain..) Biarlah Pilot kami Pak Lang dan lain-lain yang menulisnya.

Sekadar nak mengucapkan tahniah dan jazakumullahukhairan kepada Pak Lang dan semua pengendali dan fasilitator, JIM Melaka dan Abang Long Hanuar, Cikgu Ummi yang telah berjaya mengumpulkan anak-anak buahnya ( alumni SMTM sebagai fasilitator), Bob (KRJ Perak…) dan khas kepada Pak Chu Masiri kerana videoklip ‘Gemuruh’ dan 4 lagi videoklip sepanjang 28 jam KBM tersebut dijalankan…juga kepada semua yang mendoakan.

Wakil KRJJ yang hadir ialah Pak Lang, Pak Uteh, Pak Chu Masiri, Pak Im, Hafiz Bai, Amin Mokri, Kak Fidah, Kak Ani dan Kak Yati…maaf kalau tertinggal nama kerana hadir lewat dan pada satu ketika seramai lebih 600 orang berada dalam Dewan Wawasan tu)


2. Sabtu (27 Oktober)…9 – 10.30 malam

Kali ini ialah program KBM Kembali 2 (Follow-up kali kedua) bersama pelajar2 asrama SMT Jasin. Rasanya hampir 100 peratus kehadiran pelajar asrama T5. Wakil KRJ yang hadir ialah Pak Im, Pak Uteh, Pak Chu, Abang Bai dan Amin Mokri. Pak Lang dan Kak Fidah dah bergegas ke KL semantara kakak-kakak lain dah bergegas pulang ke JB kerana dah lewat. Pengisian banyak kepada penekanan kepada kata2 semangat menjelang SPM…sekali lagi lagu 'Gemuruh' menjadi pembakar semangat dan modal kami…syabas sekali lagi Pak Chu.

3. Rabu (31 oktober)…10 pagi-2 petang

Ingatkan KBM dah tutup tirai 1 September lepas di SMT Jasin…rupa-rupanya ada lagi permintaan sehingga detik 31 Oktober. Kali ni mini KBM kepada seramai 200 pelajar tingkatan 5 SMT Tanjung Puteri, Johor Bahru

…teruskan perjuangan KRJ!


disertakan lirik - Gemuruh oleh Faizal Tahir

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!