Wednesday, October 17, 2007
WaHai ReMaJa...JoM bErAyA...!
...dipetik dari JIMJ yahoogrops
Umat Islam meraikan Aidilfitri dengan penuh kembiraan berjaya melalui madrasah Ramadhan. Amalan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama Islam sangat dituntut. Namun, pada zaman ini, budaya ziarah menziarahi kurang popular di kalangan remaja. Mereka dilihat lebih suka berhibur dan bersantai di depan televisyen yang menghidangkan pelbagai program menarik.
Permasalahan ini seharusnya ditangani oleh ibu bapa sejak dari awal. Pemahaman mengenai program ziarah pada Aidilfitri sebagai satu ibadah seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Apabila mereka remaja, ia akan menjadi budaya yang sukar untuk dilupakan. Kadang-kadang antara sebab mereka tidak mahu berziarah kerana tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan golongan dewasa. Mereka juga mungkin kurang faham tata cara atau adab berziarah.
Justeru, mereka perlu diberi panduan dan tunjuk ajar mengenainya. Ziarah bukan sekadar satu warisan atau budaya, ia sebaliknya sebahagian daripada ibadah yang sangat besar fadilatnya.
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung. Allah mengutus malaikat mengekori perjalanannya. Malaikat itu menghampirinya lalu bertanya: Saudara hendak ke mana?? Lelaki itu menjawab: Menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.? Malaikat bertanya lagi: Apakah saudara mengharapkan apa-apa keuntungan yang diberikannya kepada saudara??Dia menjawab: Tidak. Saya menziarahinya kerana kasihkannya kerana Allah.Malaikat berkata: Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus oleh Allah untuk memberitahumu sesungguhnya Allah telah mengasihimu seperti engkau mengasihi saudaramu itu kerana-Nya. (Hadis riwayat Muslim)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment