Tuesday, October 30, 2007

FLIGHT KRJ MENYERAMKAN…

"Flight KRJ amat Menyeramkan "" itulah komen yang sempat saya baca sebelum melangkah pergi dari SMT Bukit Piatu "...

Assalamualaikum wrt….

Alhamdulillah, bertemu kembali kita di dalam blog ini, kali ini suka KRJ berkongsi berkenaan program Keindahan Bersama Mu ( KBM ) angkatan ke dua Melaka iaitu di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Berikut dinyatakan beberapa fakta nombor berkenaan KBM angkatan Ke-2 Melaka ini.

  • 346 Peserta ( Juara peserta KBM )
  • 200 Parents ( hadir ke slot parents )
  • 67 fasilitator ( Juara fasilitator KBM )
  • 31 Jam ( masa prgm lebih 2 jam )
  • 20 orang Guru ( hadir masa program )
  • 9 orang Team KRJ Johor ( terpilih ke Melaka )
  • 2 orang team KRJ Perak ( datang membantu )
  • 1 video klip baru ( lagu : GEMURUH )

  • Sebagai makluman, julung-julung kalinya KRJ membuat TOT (training of the trainers) kepada fasilitator, alhamdulillah TOT berjalan dgn baik, sempat jugak Pak Lang In-Team kan fasi2 ni…dan sebelum program bermula..kami makan puas2 di “open house” rumah pengetua. Juga jadual pogram yang agak pelik sedikit…program bermula pada jam 3.00pm hari Jumaat…

KNOWING ME : KNOWING YOU

So..jadual program kali yang agak pelik memaksa Abg Bai berganding bahu dengan pakar KMKY …sape lagi kalau bukan tetamu jemputan Abg Bob dari KRJ Perak juga pak yang di sukai ramai..siapa lagi…sure lah Pak Uteh..kembar nya Pak Long... So KMKY berjalan lancar, Cuma yang pelik nya, kali ni adik2 perempuan & lelaki, kedua-dua nya takmo terima gelaran “ kasih & sayang “…so apa lagi ikrar pun di buat…dan akhirnya mereka terima..hihi…

petang tu juga menyaksikan nyanyian lagu Satu Tekad yang mampu menggegarkan bumi Melaka, juga kelihatan ayam-ayam sopan KRJ yang mula mengeluarkan kepaknya apa bila muzik “ happy chicky “ di pasang…

Jangan tak tahu…Ummi SMT Bukit piatu juga turut melayan adik2 ni walaupun memakai jubah…begitulah pengorbanan yg diperlukan utk meladeni remaja2 …tapi tetap kena kawal pergaulan dan batasan nya..

MENITI ANGIN MALAM ( MAM- i )

Selepas solat isya’, program di teruskan dengan 'Demi Matahari, alhamdulillah adik2 ni memang bijak buat animasi demi matahari….kemudian pak lang menyusul dengan video2 clip dan kata2 nya yang menusuk kalbu…baru ckip pertama dah ada yg menitiskan air mata akibat sentuhan pengendali malam tu..sehinggalah ke penghujung slot MAM malam itu prgm berjalan lancar…

tetapi apabila tiba di ketika lagu “ Hidup nya Insan" ( nyanyian Hijjaz ) di pasang…( u’all tau kan masa ni apa yang akan ada )….adik2 kasih mula jadi tak keruan..ramai yang menjerit ketakutan…hingga ada juga adik sayang yang meninggikan suara akibat terlalu tersentuh…

Hal ini memaksa kak fidah yang dah terpateri di laptop utk bangun dan bantu apa yg patut, dgr citer sampai bengkak2 tangan beliau, Abg Long yang dah pulang ke rumah juga dikerah datang semula ke sekolah…( kami perlukan Ghost Buster !!!! )

MENITI ANGIN MALAM ( MAM-ii )

Sebelum bermulanya slot MAM –kedua, kami terpaksa meredakan keadaan dahulu, hampir 20 minit baru program dapat diteruskan hasil persetujuan antara KRJ dan Peserta, dan MAM malam itu banyak yang kami “ cut “ supaya tak jadi “ heavy “ sangat…

Sekali lagi Abg Bob dan Abg bai Berganding bahu malam itu…juga penghargaan kepada Pak Im yang sempat naik bas ekspress dari JB utk datang membantu di SMT Bukit Piatu ni..

Tahniah kepada mereka yang membantu malam itu kerana telah berjaya melaksanakan tugas dgbn baik walaupun baru pertama kali menjalankan tugas…

Dan prgm malam itu berakhir pada jam 2.00am selepas kami bersalam bersama 346 orang peserta…ramai tu!!! ( dengar citer malam tu ramai pengendali KRJ Johor yang lapor tak makan lagi..hihi…)

INTEAM ( Akrab Persahabatan )

Pagi sabtu itu….kami mulakan slot InTeam dgn Teka-teki oleh Abg Amin..kemudian sedikit game oleh Kak Fida. Kemudian mic diserahkan bulat2 pada Pak Lang….dan beliau terus memacu flight KRJ dgn jaya nya…pelbagai senario dan gambaran menarik yang dapat dirakamkan oleh juru camera professional KRJ…siapa lagi beb…mesti lah PakChu..alhamdulillah sesi In-Team berjalan dgn lancar…

Sebelum berakhir, kami sempat menjemput semua guru2 yag ada yang menyaksikan prgm KBM ini utk tampil kehadapan sambil di tayangkan video clip Guru ku… rupa2 nya Pak Chu sempat buat Video clip ni…

Dan In-Team kali ini…kami tutup dgn nyanyian lagu GEMURUH yang telah pun disediakan video clipnya oleh pak chu….sampai 4 kali kami ulang…habis suara beb!!!

HIJRAH SATU PERUBAHAN

Selepas selesai solat zohor 4 raka’at…prgm di teruskan dgn slot Hijrah Satu Perubahan yang dikendalikan oleh Pak Im anak lapan….hihi…dan dibantu oleh Pak Uteh…macam2 perubahan yg dapat di dengar….

  • Ada yang janji akan STOP Coupling-coupling…
  • Ada yg dah takmo Fly Over the gate..tapi nak Fly over the space…
  • Ada yang janji nak call mak setiap hari..budak asrama lah ni..
  • Ada yang janji nak tolong ayah basuh kete setiap minggu….huhu…
  • Ada yang janji takkan tinggalkan solat fardhu 5 waktu…
  • Tidak akan derhaka pada ibu ayah walaupun dgn sekadar mengatakan “ ah!! “…
  • Janji takmo kutuk2 kawan lagi….dan takkan biadab dgn guru lagi…


Dan macam2 lagi perubahan yg mahu di buat…kami doakan secara beramai2..dan juga memohon kalian yang membaca agar bersama-sama mendoakan adik2 SMT Bukit piatu ini. Jutaan terima kasih kepada Unit MEDITASI KRJ Johor ( kak Ani & kak Yati ) yang sememang nya jelas keprofesionalisme mereka berdua…chayok kak!!!

KU SAYANG IBU : KU SAYANG AYAH


Selepas solat asar…tibalah kami ke slot yang terakhir, apa yang mengejutkan ialah, kehadiran parents kali ini mmg menakjubkan, kerana hampir lebih dari separuh parents yang datang…oleh kerana masa program yang agak suntuk…maka Pak Lang terpaksa melakukan slot ini dgn secekap nya agar apa yang dihajati tidak tertinggal…

Alhamduillah segalanya berjalan dgn lancar…hingga ke penghujung prgm pun masih ada parents yang datang….maka berlarilah si anak memeluk ibu ayah nya di hadapan orang ramai,…itu lah tanda mereka amat menyayangi ibu dan ayah mereka…



Fakta yang menarik…seorang bapa telah tampil ke depan utk berkongsi bersama parents yang lain…apa yg manariknya ialah…bapa ini juga meripakan bapa kepada salah seorang pelajar Sekolah Menegah Teknik Jasin …yankni peserta KBM angkatan Pertama Melaka…alamdulillah..beliau menyatakan bahawa anak beliau yang berda di SMT Jasin banyak perubahannya…


Prgm di tutup dengan Bacaan doa dari Pak Lang…walaupun kami terpaksa tidak mengadakan sesi salam peluk seperti biasa,…tetapi adik2 kasih & saying ini tetap mahu salam dan peluk serta meluahkan rasa hati mereka kepada kami…ianya banyak menyentuh hati kami….

Di antara Komen yang sempat saya baca... " Flight KRJ Menyeramkan..."& " Kehadiran KRJ Di Utuskan Allah... "

Program Tamat !!!


Petang tu,,…tepat masuknya waktu solat maghrib..program pun tamat…kami bertungkus lumus mengemas PA System KRJ dan barang2 yang lain…

Malam itu…Kak Fidah dan Pak Lang akan ke KL untuk prgm Muzakarah Nasional…Abg Bai, Pak Uteh, Pak im, Pak chu & Amin mokri pula perlu bergegas ke SMT Jasin…

Adik2 kasih & sayang sedang menunggu kami di sana….tunggu lah cerita di SMT Jasin pulak yer…

SELAKU PENGARAH PRGM….

Saya dgn ini mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ummi ( Cikgu kamariah ), Alumni-alumni SMT Bukit piatu, ikhwah/at Karisma Melaka, Ikhwah /at JIM Melaka, Guru2 SMT Bukit Piatu, serta semua fasilitator yang terlibat….dgn ucapan

“ you all memang Hebat!!!! “

Bai : Program ini mampu menitiskan air mata ku…huhu…..

Monday, October 29, 2007

...weekend lepas KRJ kat Melaka

1. Jumaat dan Sabtu (26 dan 27 Oktober)
…Jumaat 3.00 petang hingga Sabtu 7.00 malam

Alhamdulillah… KRJ telah menjalankan KBM untuk 350 orang pelajar (bukan angka rasmi) Tingkatan 5 SMT Bukit Piatu, Melaka… satu rekod kehadiran peserta bagi kami…ya rekod juga bagi jumlah fasilitator yang hadir seramai 56 orang. Sukar untuk kami menggambarkan perasaan kami ketika ini dengan pelbagai perkara yang luarbiasa …( jadual, aura dan impaknya kepada peserta, bilangan fasi dan ibubapa yang datang diluar jangkaan, dan lain-lain..) Biarlah Pilot kami Pak Lang dan lain-lain yang menulisnya.

Sekadar nak mengucapkan tahniah dan jazakumullahukhairan kepada Pak Lang dan semua pengendali dan fasilitator, JIM Melaka dan Abang Long Hanuar, Cikgu Ummi yang telah berjaya mengumpulkan anak-anak buahnya ( alumni SMTM sebagai fasilitator), Bob (KRJ Perak…) dan khas kepada Pak Chu Masiri kerana videoklip ‘Gemuruh’ dan 4 lagi videoklip sepanjang 28 jam KBM tersebut dijalankan…juga kepada semua yang mendoakan.

Wakil KRJJ yang hadir ialah Pak Lang, Pak Uteh, Pak Chu Masiri, Pak Im, Hafiz Bai, Amin Mokri, Kak Fidah, Kak Ani dan Kak Yati…maaf kalau tertinggal nama kerana hadir lewat dan pada satu ketika seramai lebih 600 orang berada dalam Dewan Wawasan tu)


2. Sabtu (27 Oktober)…9 – 10.30 malam

Kali ini ialah program KBM Kembali 2 (Follow-up kali kedua) bersama pelajar2 asrama SMT Jasin. Rasanya hampir 100 peratus kehadiran pelajar asrama T5. Wakil KRJ yang hadir ialah Pak Im, Pak Uteh, Pak Chu, Abang Bai dan Amin Mokri. Pak Lang dan Kak Fidah dah bergegas ke KL semantara kakak-kakak lain dah bergegas pulang ke JB kerana dah lewat. Pengisian banyak kepada penekanan kepada kata2 semangat menjelang SPM…sekali lagi lagu 'Gemuruh' menjadi pembakar semangat dan modal kami…syabas sekali lagi Pak Chu.

3. Rabu (31 oktober)…10 pagi-2 petang

Ingatkan KBM dah tutup tirai 1 September lepas di SMT Jasin…rupa-rupanya ada lagi permintaan sehingga detik 31 Oktober. Kali ni mini KBM kepada seramai 200 pelajar tingkatan 5 SMT Tanjung Puteri, Johor Bahru

…teruskan perjuangan KRJ!


disertakan lirik - Gemuruh oleh Faizal Tahir

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

JOM bErAYa BeRsAma KRJ!

Diumumkan bahawa majlis dan jamuan hariraya KRJ ialah pada

SABTU 3 November


10 pagi - 1 tengahari


bertempat di 31A Jalan Harmoni 12,

Taman Desa Skudai, 81300 Skudai, Johor

Tel: 07 5579502

(program untuk adik2 remaja sekitar Skudai)


AHAD 4 November

10 pagi - 12 tengahari

bertempat di Kompleks Nusa Mutiara,
Bandar Dato' Onn, J.B
(program bersama JIM JB)

dengan ini KRJ menjemput semua adik-adik kasih dan sayang untuk sama-sama meraikan kedua-dua majlis dan jamuan tersebut


Harap dipersudikan jua

Wednesday, October 17, 2007

WaHai ReMaJa...JoM bErAyA...!

...dipetik dari JIMJ yahoogrops

Umat Islam meraikan Aidilfitri dengan penuh kembiraan berjaya melalui madrasah Ramadhan. Amalan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama Islam sangat dituntut. Namun, pada zaman ini, budaya ziarah menziarahi kurang popular di kalangan remaja. Mereka dilihat lebih suka berhibur dan bersantai di depan televisyen yang menghidangkan pelbagai program menarik.

Permasalahan ini seharusnya ditangani oleh ibu bapa sejak dari awal. Pemahaman mengenai program ziarah pada Aidilfitri sebagai satu ibadah seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Apabila mereka remaja, ia akan menjadi budaya yang sukar untuk dilupakan. Kadang-kadang antara sebab mereka tidak mahu berziarah kerana tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan golongan dewasa. Mereka juga mungkin kurang faham tata cara atau adab berziarah.

Justeru, mereka perlu diberi panduan dan tunjuk ajar mengenainya. Ziarah bukan sekadar satu warisan atau budaya, ia sebaliknya sebahagian daripada ibadah yang sangat besar fadilatnya.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung. Allah mengutus malaikat mengekori perjalanannya. Malaikat itu menghampirinya lalu bertanya: Saudara hendak ke mana?? Lelaki itu menjawab: Menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.? Malaikat bertanya lagi: Apakah saudara mengharapkan apa-apa keuntungan yang diberikannya kepada saudara??Dia menjawab: Tidak. Saya menziarahinya kerana kasihkannya kerana Allah.Malaikat berkata: Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus oleh Allah untuk memberitahumu sesungguhnya Allah telah mengasihimu seperti engkau mengasihi saudaramu itu kerana-Nya. (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, October 10, 2007


kami Keluarga KRJ Team Johor
Mengucapkan selamat menyambut hari lebaran...

jumpa kita di Program :

Remaja Raikan Raya ( KRJ Johor )

tunggu dan lihat iklan nya yer....

bai : sapa balik melaka bgtaw abg bai yer...jemput dtg rumah...hihi

3R SMT Johor Bahru...

salam..
jom kita tengok plak laporan prgm Remaja Raikan ramadhan di SMT Teknik Johor bahru, Alhamdulillah seramai 200 peserta yang hadir, prgm di adakan bermula 5.00pm ( sabtu ) hingga 11.00am ( ahad )...jom kita tengok apa yg ada..

" macam biasa..kita buka prgm dengan Demi matari "...


Puas jgak abg bai ngajor adik2 Form 5 yg baru ptama kali buat Demi matahari..
dan kalau nak tahu..Demi matahari kali ni di susuli dgn sedikit tazkirah multimedia
dari abg bai + pak lang...sehingga kami merasakan betapa agungnya ciptaan Allah swt..


seronoknya adik2 kasih & sayang form 5 yg dah setahun tak buat 3S..

Selepas tawarih ( bak kata upin & ipin ), kami split kan adik2 form 4 dgn form5, form ada tadarus dan tazkirah 3R bersama pak long...form 5 plak kami buat special In-Team utk diorang,..eh! kelihatan pak uteh bersama pak andan pun ada jugak...



rajin nya adik2 ni tadarus..


Di dalam dewan plak..pak lang sedang memotivasikan adik2 ini ttg peri pentingnya sahabat dalam kejayaan kita dunia & akhirat....( sambil buka lagu teman sejati )


pagi ahad plak..kami buat Explore de Quran,..tahniah pak im & pak de atas kejaayn mereka mengendalikan slot dgn baik..u'all mmg best ar....tabik spring!!!!


abg ammar salleh @ abg chick-ky juga sempat dtg prgm 3R ni...pukul 2pg beb dia sampai..thanks ammar...

bai : dan tak lupa juga buat kak muss, kak yati, kak ida & kak ani atas kesudian bersama adik2 kasih & sayang SMT JB...

Monday, October 01, 2007

3R di Masjid Taman Universiti...

assalamualikum wrt...
Masam-masam manis..

alhamdulillah pada 29 Sept & 30 Sept yang lalu KRJ JB telah di berim peluang oleh Allah swt utk melaksanakan sebuah prgm " remaja raikan ramadhan " di masjid taman U...antara crew KRJ yang terlibat ialah Abg Luqman, Abg Fared, kak yati, kak ida dan Abg Bee..

so prgm start pada 29 Sept jam 5.30pm, bermula dgn Pendaftaran dan sedikit ice breaking oleh abg Bee...kemudia buka nasi ayam madu, kemudia solat fardhu 7 rakaa'at ( maghrib + isya' ), kemudian terawih 8 rakaat...

Palestina : remaja & Quran



selepas terawih, abg bee bagi talk pasal palestina plak, tapi talk dia ala2 KRJ nya style ar, dan pastinya di akhiri dgn doa utk saudara2 di sana...kemudian ada tadarus alquran plak dalam SGD ( Small group discusion ). Kemudian kami pun tido...dan malam tu menyaksiakan pertambahan peserta yag baru pulang dari PERANG BADAR di kempas...( budak2 sekolah hidayah ler ).. termasuk pak im & tenteranya serta abg Chick...

Night Wake-Up
alhamdulillah, tepat 4.30am kami pun start Qiamulail yg dipimpin oleh Imam Bee, kemudian sahur beramai2....dengar citer nasik utk adik2 kaseh tak cukup...ha! abg fared jawab! jawab!..hihi..dan pagi tu lepas subuh dapat dilihat adik2 ni main bola pagi2 buta...ha! yang ni buka slot KRJ yer...masa ni kami bagi diorang masa utk khidmat diri & berehat...

Sepagi Bersama Matahari : Xplore de quran

kemudian pagi tu kami mulakan dgn Sepagi Bersama Matahari... apalagi animasi Demi matahari pun di ajar oleh abg Bee kepada peserta...dan ada peserta yg malu2 nak buat..geram jugak mas tu..hihi...kemudian syoknya ramadhan oleh pak im...dan di akhiri dgn Explorace de Quran oleh abg luqman...kelihatan juga abg Pak De hadir membantu kami...


alhamdulillah segalanya berakhir sebelum masuk zohor,...

saya Cintakan Ramadhan
kemudian selepas zohor, ada slot terakhir yang kami berikan nama nya " saya cintakan ramadhan ", kali ni abg bee sekali lagi mulakan dgn beberapa video, kemudian terus masuk dalam SGD masing2...

alhamdulillah adik2 ni setuju utk ikut prgm peneusan yang akan dibuat secara berkala, itupun setelah mndapat permision dari ibu & ayah mereka...


tepat jam 3.45pm..prgm pun tamat...

jazakallah kepada semua yg terlibat...
satu soalan..siapakah abg bee??? hihi

bai : sedikit mision PPR KRJ Jb..macam nak berjaya...

Salam dari Cairo..


...e-wawancara bersama Abang Munawwar Abdul Rahman (AMAR) beberapa bulan lepas...beberapa minggu selepas berangkat ke Mesir..AMAR adalah merupakan fasilitator KRJ sejak 2006 dan telah melanjutkan pelajarannya di Mesir pada bulan Julai 2007 ...sori lambat diblogkan. Terbitan Khas Hari Raya!

Latarbelakang dan Pendidikan?
lahir pd 22 Disember 1988 di rumah ana sendiri, Taman Sri Skudai....latar belakang pendidikan bermula dari tadika iman, kemudian ke SRIH (sekolah rendah islam hidayah, johor bahru) dari darjah 1 sampai 6, teruskan studi di sekolah menengah islam hidayah dari tingkatan 1 sampai 5, ...Alhamdulillah SPM ana dapat 7A 4B 1C...kemudian ana teruskan pelajaran dlm STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah menengah al-hidayah,ipoh.. )

Bidang pelajaran di Mesir
InsyaAllah,jurusan Syariah Islamiyah..Universiti Al-azhar,Mesir di bandar Tanta..

Cita-cita
Cita2 ana,ana nak sambung pelajaran sampai peringkat PhD InsyaAllah..dan mungkin jadi pensyarah..


KRJ...first time kat mane?

KRJ-Ana first time ikut prog KRJ masa darjah 5, (kira sendirila tahun berapa...KRJ)Mukhayyam Ramadhan di LOGG HOME KERSANI,Segamat

Kenangan Manis dan Pahit?
-Kenangan paling manis ikut program KRJ mase EXPLORE RACE RAMADHAN di Pontian dan Muar tahun 2004 kot.. pada ana program ni lah yg paling mencabar dan menarik..memang manis...Kenangan pahit tak de kot..sbb sume program KRJ best2 belake..hehe.. Daripada sekolah lagi dah ikut program KRJ,mmg satu rezeki yg sangat2 berharga.. byk ilmu boleh dapat dari luar sekolah..

Kenangan sebagai Fasilitator?

..memang BEEESSTTT...bile duduk dengan otai2 n pewaris mcm2 boleh dpt.. kadang2 kene tegur,kadang2 kite bg pendapat,same2 susah,same2 senang..soal umur tak ada masalah.. lagi2 dengan Pak Im..mcm2 boleh dapat.. Abg Bai??? >>>Dah macam adik beradik..skali dgn Abg Yeop..mcm2 lawak baru dapat,mcm2 ilmu dapat,mcm2 muhasabah diri dapat,mmg sangat2 selesa bile jadi co-pilot Abg Bai...Abg Yeop pun same je..dua2 memang sporting lah.. -

yang paling mengingatkan ana dengan KRJ?bile tibanya hari sabtu dgn ahad...ana mesti terbayang team KRJ tengah conduct program.. kalau dengar nasyid Satu Tekad,Teman Sejati n mcm2 lagi memang datang rindu dengan warga KRJ.. Tapi yg paling membuatkan ana sangat2 rindu,terkenang KRJ bile dengar nasid ~DEMI MATAHARI~..mmg Best!!!-mmg susah sebenarnye jadi cikgu..tapi dpd susah tu lah dapat byk pahala... Mind Set awal, mmg nak handle pelajar mase program KRJ bukan senang..tapi bila dah biasa buat, ikhlaskan niat kpd Allah SWT Insyaallah,sebenarnye sgt2 seronok bile dpt jumpe dgn pelajar2...buktinye..abg2 dgn kakak2 fasi setiap kali dtg program mmg x dapat sesen pun..tapi setiap minggu jadi fasilitator, sbb ape..sebab SERONOK!!! bile dpt bersama2 dgn adik2 kasih dan sayang...

PESANAN ?..

kepada adik-adik kasih dan sayang.." ilmu adalah perkara utama,apa2 bidang pun yg adik2 ceburi,nilaian di sisi Allah adalah iman dan taqwa.. jadikan belajar satu ibadah..mudah2an meningkatnya iman dan taqwa kepada Allah SWT"...dan jangan sekali2 lupe KRJ!!!...

kepada Pewaris.." Niat satu perkara yg tersembunyi..selalu berubah..sentiasalah tajdid niat kita apabila berhadapan dengan adik2 kasih dan sayang..amalan yg byk mungkin tiada nilai di sisi Allah jika niat berubah..tapi amalan yg sedikit mungkin tinggi nilaian di sisi Allah SWT jika betul pada tempatnya..dan jangan lupa,qudwah hasanah adalah satu perkara yang perlu kita utamakan...adik-adik tidak melihat pada kata2 sahaja,tingkah laku kita juga diperhatikan..." akhir sekali,All the best dalam pelajaran dan dakwah..moga2 menjadi dai'e yg bekerja sentiasa..

kepada otai-otai KRJ.." Terima kasih byk2 atas kebaikan semua selama ini..ana tak tahu nak balas dengan apa..semua memori tersimpan rapi dalam ingatan ana..tunjuk ajar, teguran, perkongsian pengalaman, perkongsian ilmu, mmg sangat2 berharga..salah silap ana mohon beribu2 ampun dan maaf..ana doakan moga semua otai2 terus thabat dan istiqamah dalam manjalankan usaha murni ini...moga2 tinggi nilaian Allah SWT atas usaha kalian...

Akhir Kata.. -Ana menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf,jika sepanjang bersama adik2 kasih dan sayang,pewaris,otai2..ada salah silap yang ana buat..Mohon agar dapat doakan kejayaan ana di bumi kinanah,bumi barakah anbiya' Mesir ini, juga dipermudahkan untuk menerima ilmu dan menerima tarbiyah disini..Ingatan ana kepada KRJ memang terpahat kuat dalam memori ana..

Wallahu A'lam..Munawwar Abdul Rahman..Qaherah,Mesir

SURE - SUkan REmaja 2009!!!