Wednesday, April 25, 2007

Laporan Program Jatidiri Izzah SMKA JB di Hutan Bandar

Oleh Asma Aminuddin (UPDATED )
malam jumaat,19/04/07- pejabat jim

.... mesyuarat dimulakan pukul 9 lebih dan briefing program dengan adik dari SMKAJJ dibuat oleh kak fida and otai baru, raihana. keexcitedan pak uteh untuk menghandle slot malam telah menyebabkan ramai yang pening2 lalat dengan mcm2 ending dan pelbagai peluru idea dimuntahkan untuk merobek plan asal...


petang jumaat,20/04/ 07 -hutan ditengah bandar...

ketibaan fasi2 di hutan bandar di petang yang indah tu meresahkan bila ramai nyamuk menyerbu kerana jakun berjumpa dengan fasi2 krj. tak lama lepas tu, ketibaan adik2 SMKAJJ dengan bergaya selepas fasi2 sempat berehat di chalet yang berAC. ke'awal'an pak long dan pak lang menyebabkan fasi2 kena bersedia memulakan program tanpa mereka..


keramahan fasi2 menjenguk ke campsite menghuru-harakan lagi keadaan sibuk adik2 SMKAJJ mengangkut beg dan khemah.


ketibaan pak long dan pak lang ditengah-tengah kesibukan adik2 SMKAJJ melegakan fasi2 dan hutan bandar menjadi saksi ijab qabul pak long menerima adik2 SMKAJJ.


ice breaking pun bermula didataran dan pak long dengan bangganya memperkenalkan dirinya dan nama penuhnya, AMINUDDIN bin alias. fasi2 pun tanpa segan silu mencapap dan meperkenalkan diri selepas pak long dan ana pun dengan bangganya memperkenalkan nama penuh ana, asma' binti AMINUDDIN. buat pertama kalinya dalam sejarah, ada adik sayang yang bertanya pada pak long, asma' tu anak pak long ke? hahahahaa. mcm x caya..sejak bila asma', anak pak long dah besar panjang cenggini...heheheeh


adik2 kasih dan sayang SMKAJJ pun diberi nama oleh pak long dan pak uteh(kembar x seiras). sessi pembahagian kumpulan bertambah ceria dengan kehadiran kak fida yang ditunggu-tunggu dan pembahagian kumpulan berlansung dengan suasana orang?OKU berinteraksi dihidupkan. mulut dibisukan dengan salotape dan tangan dikudungkan buat sementara..


lepas tu, giliran adik2 ni mempresentkan nama group, lambang dan motto. paling tak boleh dilupakan bila kump 3K muncul dengan mottonya, kritis, kuat, kentaallll! (jangan lupa baca dengan gaya sekali!)... sepasu pokok bunga, cone jkr kat tepi jalan, dan kerusi turut menjadi mangsa kepada adik2 kasih yang bersemangat. ..


sessi ice breaking berakhir dengan makan malam lauk asam pedas dan sayur..tak lupa ke'tererr'an kak fida mengetuai fasi2 akhawat memotong barisan adik2 sayang untuk mengambil makanan memandangkan ramai yang kelaparan dan malu2 kucing untuk memotong barisan. senja yang indah tu terganggu bila nyamuk2 yang kejakunan terus jakun dan seronok menemankan fasi2 krj makan..huhuuhu, adegan tampar menampar yang tragik terus berlaku..


belum apa2 lagi,kegelapan malam dihutan bandar dan kecerahan lampu mentol dalam chalet telah menyebabkan seorang fasi tersesat! fasi tersebut dilaporkan tersesat dalam kegelapan tudungnya dan hampir tak jumpa jalan keluar. alhamdulillah dengan bantuan beberapa fasi lain yang berpengalaman, fasi tersebut berjaya mencari jalan keluar.

soalan bonus: siapakah fasi tersebut?


malam menjengah dan pak lang mula memainkan peranan menyampaikan ceramah ttg gejala2 sosial dan isu keamanan sejagat. berkobar-kobar sungguh pak lang, macam biasalah..dan briefing kepada fasi2 untuk slot malam yang telah dipening lalatkan malam semalam oleh pak uteh pun berjalan lancar. aktiviti malam tu dimulakan dengan cabaran kepada fasi2 yang bermuka baik untuk membeli rokok!dan semua sepakat tragedi culik dan hilang akan berlaku malam tu.


selepas briefing yang menakutkan dari pak long dan pak uteh, kod keselamatan yang sepatutnya dibisikkan bukan lagi menjadi rahsia bila adik2 kasih x berbisik pun, mcm nak bagitau orang sekampung. adik2 kasih dan sayang mula dibawa ke area spider web dan menutup mata...


and the journey begin..merentasi longkang yang berapa dalam, mendaki bukit yang tak berapa curam, dan menuruni bukit yang penuh dangan pokok. hud-hud bersahut-sahutan dan adik2kasih dan sayang sangat melangkah dengan sangat berhati2.


tak lupa jugak dilaporkan, semasa berjalan dalam gelap tu, ada satu kumpulan adik kasih dan sayang hampir bertembung dan dengan kewibawaan nurin menjadi polis traffic malam tu sebagai penyelamat, accident berjaya dielakkan..
-hmmm sangat takut time tu kalau betul2 terlanggar..


semua fasi2 tambahan dengan bergayanya, menjayakan lakonan di cp masing2.
abu nuha dan farid di baiti menghidupkan lakonan ayah yang penyayang dan anak yang cerewat tak mau bersekolah di SMKA.


lepas tu, di taman, kak jijang and husband berdating free dalam gelap di wakaf. tapi sayangnya, ada adik2 yg ingat kalo blajar berdua-duaan kat library boleh. boleh ke tak? persoalan ni dah dijawab dengan professionalnya oleh umayr dalam sessi heart 2 heart dengan adik2 kasih dan sayang..macam ada pengalaman je..

next,di cp pak2 arab dari johor (munawawar dan ammar taqi) yang fasih berbahasa arab-memang boleh tabik spring lah!


then, di danga bay yang riuh dengan suara2 fasi (ammar shahrin, 'asim dan amin-rasanya) yang kurang ajar merokok dengan rokok yang berjaya dibeli oleh fasi2 yang bermuka baik dan beriman.


lepas tu, ditambah lagi dengan kehebatan umayr dan ammar salleh yang menyumbangkan suara di club menyanyikan lagu acha dan irwasyah. memang bising semacam... hehehe..takut gelap hati...sian. ..demi adik2 SMKAJJ, hati ditabahkan.. .


dan last but not least, di SMKAJJ, tempat usrah yang dijayakan oleh sakinah and the gang.


macam2 gaya adik2 kasih dan sayang beramar ma'ruf dan nahi mungkar! terkeluar semua ilmu2 dan ceramah2 agama free... tak kurang jugak yang takut2 sebab terkejut tengok lakonan fasi2 yang real mula2 tu.


aktiviti malam menjadi kurang adventure bila adik2 yang mula2 berjalan dengan mata tertutup akhirnya berjalan dengan mata terbuka sebab lambat sangat bergerak. dan dalam pada tu, khabar tragedi culik yang dibatalkan dari jadual menjadikan aktiviti malam makin x best. kelambatan adik2 kasih dan sayang jgk menyebabkan mereka tak dapat merasa feel di semua cp.

akhirnya, bila semua dan berkumpul kat area spider web balik, tragedi culik sepakat dijayakan semula. adik 5-20 telah dihilangkan oleh fasi2 dan pak uteh tanpa ada arahan 1,2,3..action memulakan lakonan. entah kat mana silapnya, lakonan 'kehilangan' tu x berapa feel dan tak menjadi sangat. siap ada yang ingat kita main2. siap ada yang mngulum lollipop dengan nikmatnya.. mungkin adik2 ni dah biasa kot dengan kejadian 'hilang' palsu.. hmmm tak tau lah.


apa2 hal pun, lakonan pencarian diteruskan dan adik irsyad yang dikatakan hilang tu terus dihilangkan oleh fasi2. tak lama lepas tu, kononnya irsyad dh dijumpai pengsan dan fasi2 mengusung rombongan adik2 kasih dan sayang ke perkuburan kristian dan pak lang dan umayr pun mainkan peranan. last2, bila dah habis tu..ada jugak yang tanya, dah tu, mana irsyad? jeng...jeng. .jeng...irsyad pun dipanggil dan dikembalikan kepada kawan2nya tanpa sebarang drama air mata.


pukul 2 lebih, barulah slot malam tu habis dan fasi2 yang kepenatan segera tidur.. lagi2 yang nak ke muar esok!


pagi sabtu,21/03/ 07- dihutan bandar lagi..

seawal pagi, kak fida and the rombongan yang nak ke muar dah bersiap2 nak travel ke sana, mengorbankan masa tdo yang x cukup. tinggallah beberapa orang fasi lagi meneruskan perjuangan menghadapi adik2 SMKAJJ tapi kenyenyakan tido dengan belaian air-cond menyebabkan ada fasi yang bangun lewat, sedar2, adik2 kasih dan sayang dah mulakan sessi 3S dengan umayr dan keriuhan dan keseronokan adik2 kasih dan sayang yang tak terhingga kedengaran dari jauh. good job to umayr dengan 3Snya.

pukul 8.30 pagi, seperti yang dijanjikan, raihana memulakan explorace de quran selepas bersarapan mee goreng yang terrramat pedas dan fasi2 mula bertebaran mencari port2 cp yang sessuai,dengan soalan2 umum ttg al-quran, alhamdulillah adik2 kasih dan sayang sgt tertarik dengan xtviti ni. cp az-zukhruf,as- shaffat, dan beberapa cp lain yang dinamakan dengan nama2 surah dalam Al-quran berselarak diseluruh hutan bandar sampai ada adik2 yang pusing beberapa kali satu hutan bandar sebab x jumpa cp.

selesai dengan explorace de quran yang hangat, slot inteam dihandle oleh pak lang dan mengekalkan reputasi the legend yang dipegang sampai sekarang..drama air mata berlansung macam biasa..

slot heart to heart pulak diserahkan pada pak lang lagi dan dibantu oleh assistantnya, raihana untuk membangkitkan rasa izzah adik2 ni bersekolah di SMKAJJ. hujan yang renyai2 dan lebat sekali-sekala tak menghalang raihana dan suaranya dari terus membakar semangat adik2 ni supaya terus rasa izzah dengan sekolah. slot ni famous dengan soalan, jujur x? dan okey semua, tutup mata.. antara soalan2 bonus yang ditanya:

1) siapa yang rela sekolah kt SMKAJJ? dan yang terpaksa..
2) siapa yang penuh solat 5 waktu? dan yang belum penuh...yg ni terkejut jugak bila ada yg angkat tgn...
3) siapa yang bercouple? ni pun ada yang angkat tangan
4) siapa yang suka belajar bat, psi, pqs? dll lagi..

1 comment:

farizamiza said...

assalamualaikum
alhamdullilah......slps mngikuti program motivasi anjuran krj sy dpt menimba byk ilmu baru...semua aktiviti y djlnkn mmbri pngajaran baru kpd sy...hope lps ni dpt sertai program anjuran krj lg n harap sgt2 dpt join jd ahli krj...kpd sesiapa y ada trbc comment ni, hrp dpt bri sy panduan utk sertai prtubuhan ni...^^SALAM^^

warga SMKAJB '07

SURE - SUkan REmaja 2009!!!