Sunday, April 15, 2007

'Exploseerah' di taman Megah Ria

JB, Ahad, 15 April 2007
Alhamdulillah, Program 'ExploreSeerah' telah selamat dijalankan di persekitaran Masjid AnNur, Taman Megah Ria semalam. Program ini merupakan sebahagian dari program Maulidurrasul kawasan persekitaran Taman Megah Ria. Seramai lebih 40 orang remaja berusia 12-16 tahun telah mengambil bahagian. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Program 'Exploseerah' dijalankan dengan bentuk explorace dimana peserta yang dibahagikan kepada 6 kumpulan dikehendaki melalui 5 'checkpoints' yang dikenalpasti. Setiap checkpoint mengandungi halangi berbentuk game yang menekankan unsur unsur kerjasama, kreativiti dan menggunakan ilmu yang ada . Kemudian mer
eka diberi tazkirah pendek oleh fasilitator pada setiap checkpoint. Program berakhir pada jam 6.30 petang dengan rasionalisation dan majlis penutup . Tahniah kepada tim' The Bedul' yang telah menjadi juara. Walaupbagaimanapun penyampaian hadiah akan disampaikan pada sebelah malamnya selepas ceramah Ustaz Rifqi.

Jazakallahukhairan kepada pihak masjid yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada KRJ untuk mengambil bahagian. KRJ telah beberapa kali menjalankan program di masjid tersebut sejak setahun yang lepas.
Juga ucapan jazakumullahukhairan kepada semua fasilitator yang telah berjaya mengendalikan program dengan jayanya. Mereka ialah Ammar Shahrin
, Munawwar Abdul Rahman , Muaz Roslan, Helmi Ngadiman, Jamil , Norhairani Deman, Nurin Syahidah, Asma', Nabihah dan Sakinah. Moga diterima Allah jua atas segala usaha kalian

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!