Wednesday, April 25, 2007

Laporan Program Jatidiri Izzah SMKA JB di Hutan Bandar

Oleh Asma Aminuddin (UPDATED )
malam jumaat,19/04/07- pejabat jim

.... mesyuarat dimulakan pukul 9 lebih dan briefing program dengan adik dari SMKAJJ dibuat oleh kak fida and otai baru, raihana. keexcitedan pak uteh untuk menghandle slot malam telah menyebabkan ramai yang pening2 lalat dengan mcm2 ending dan pelbagai peluru idea dimuntahkan untuk merobek plan asal...


petang jumaat,20/04/ 07 -hutan ditengah bandar...

ketibaan fasi2 di hutan bandar di petang yang indah tu meresahkan bila ramai nyamuk menyerbu kerana jakun berjumpa dengan fasi2 krj. tak lama lepas tu, ketibaan adik2 SMKAJJ dengan bergaya selepas fasi2 sempat berehat di chalet yang berAC. ke'awal'an pak long dan pak lang menyebabkan fasi2 kena bersedia memulakan program tanpa mereka..


keramahan fasi2 menjenguk ke campsite menghuru-harakan lagi keadaan sibuk adik2 SMKAJJ mengangkut beg dan khemah.


ketibaan pak long dan pak lang ditengah-tengah kesibukan adik2 SMKAJJ melegakan fasi2 dan hutan bandar menjadi saksi ijab qabul pak long menerima adik2 SMKAJJ.


ice breaking pun bermula didataran dan pak long dengan bangganya memperkenalkan dirinya dan nama penuhnya, AMINUDDIN bin alias. fasi2 pun tanpa segan silu mencapap dan meperkenalkan diri selepas pak long dan ana pun dengan bangganya memperkenalkan nama penuh ana, asma' binti AMINUDDIN. buat pertama kalinya dalam sejarah, ada adik sayang yang bertanya pada pak long, asma' tu anak pak long ke? hahahahaa. mcm x caya..sejak bila asma', anak pak long dah besar panjang cenggini...heheheeh


adik2 kasih dan sayang SMKAJJ pun diberi nama oleh pak long dan pak uteh(kembar x seiras). sessi pembahagian kumpulan bertambah ceria dengan kehadiran kak fida yang ditunggu-tunggu dan pembahagian kumpulan berlansung dengan suasana orang?OKU berinteraksi dihidupkan. mulut dibisukan dengan salotape dan tangan dikudungkan buat sementara..


lepas tu, giliran adik2 ni mempresentkan nama group, lambang dan motto. paling tak boleh dilupakan bila kump 3K muncul dengan mottonya, kritis, kuat, kentaallll! (jangan lupa baca dengan gaya sekali!)... sepasu pokok bunga, cone jkr kat tepi jalan, dan kerusi turut menjadi mangsa kepada adik2 kasih yang bersemangat. ..


sessi ice breaking berakhir dengan makan malam lauk asam pedas dan sayur..tak lupa ke'tererr'an kak fida mengetuai fasi2 akhawat memotong barisan adik2 sayang untuk mengambil makanan memandangkan ramai yang kelaparan dan malu2 kucing untuk memotong barisan. senja yang indah tu terganggu bila nyamuk2 yang kejakunan terus jakun dan seronok menemankan fasi2 krj makan..huhuuhu, adegan tampar menampar yang tragik terus berlaku..


belum apa2 lagi,kegelapan malam dihutan bandar dan kecerahan lampu mentol dalam chalet telah menyebabkan seorang fasi tersesat! fasi tersebut dilaporkan tersesat dalam kegelapan tudungnya dan hampir tak jumpa jalan keluar. alhamdulillah dengan bantuan beberapa fasi lain yang berpengalaman, fasi tersebut berjaya mencari jalan keluar.

soalan bonus: siapakah fasi tersebut?


malam menjengah dan pak lang mula memainkan peranan menyampaikan ceramah ttg gejala2 sosial dan isu keamanan sejagat. berkobar-kobar sungguh pak lang, macam biasalah..dan briefing kepada fasi2 untuk slot malam yang telah dipening lalatkan malam semalam oleh pak uteh pun berjalan lancar. aktiviti malam tu dimulakan dengan cabaran kepada fasi2 yang bermuka baik untuk membeli rokok!dan semua sepakat tragedi culik dan hilang akan berlaku malam tu.


selepas briefing yang menakutkan dari pak long dan pak uteh, kod keselamatan yang sepatutnya dibisikkan bukan lagi menjadi rahsia bila adik2 kasih x berbisik pun, mcm nak bagitau orang sekampung. adik2 kasih dan sayang mula dibawa ke area spider web dan menutup mata...


and the journey begin..merentasi longkang yang berapa dalam, mendaki bukit yang tak berapa curam, dan menuruni bukit yang penuh dangan pokok. hud-hud bersahut-sahutan dan adik2kasih dan sayang sangat melangkah dengan sangat berhati2.


tak lupa jugak dilaporkan, semasa berjalan dalam gelap tu, ada satu kumpulan adik kasih dan sayang hampir bertembung dan dengan kewibawaan nurin menjadi polis traffic malam tu sebagai penyelamat, accident berjaya dielakkan..
-hmmm sangat takut time tu kalau betul2 terlanggar..


semua fasi2 tambahan dengan bergayanya, menjayakan lakonan di cp masing2.
abu nuha dan farid di baiti menghidupkan lakonan ayah yang penyayang dan anak yang cerewat tak mau bersekolah di SMKA.


lepas tu, di taman, kak jijang and husband berdating free dalam gelap di wakaf. tapi sayangnya, ada adik2 yg ingat kalo blajar berdua-duaan kat library boleh. boleh ke tak? persoalan ni dah dijawab dengan professionalnya oleh umayr dalam sessi heart 2 heart dengan adik2 kasih dan sayang..macam ada pengalaman je..

next,di cp pak2 arab dari johor (munawawar dan ammar taqi) yang fasih berbahasa arab-memang boleh tabik spring lah!


then, di danga bay yang riuh dengan suara2 fasi (ammar shahrin, 'asim dan amin-rasanya) yang kurang ajar merokok dengan rokok yang berjaya dibeli oleh fasi2 yang bermuka baik dan beriman.


lepas tu, ditambah lagi dengan kehebatan umayr dan ammar salleh yang menyumbangkan suara di club menyanyikan lagu acha dan irwasyah. memang bising semacam... hehehe..takut gelap hati...sian. ..demi adik2 SMKAJJ, hati ditabahkan.. .


dan last but not least, di SMKAJJ, tempat usrah yang dijayakan oleh sakinah and the gang.


macam2 gaya adik2 kasih dan sayang beramar ma'ruf dan nahi mungkar! terkeluar semua ilmu2 dan ceramah2 agama free... tak kurang jugak yang takut2 sebab terkejut tengok lakonan fasi2 yang real mula2 tu.


aktiviti malam menjadi kurang adventure bila adik2 yang mula2 berjalan dengan mata tertutup akhirnya berjalan dengan mata terbuka sebab lambat sangat bergerak. dan dalam pada tu, khabar tragedi culik yang dibatalkan dari jadual menjadikan aktiviti malam makin x best. kelambatan adik2 kasih dan sayang jgk menyebabkan mereka tak dapat merasa feel di semua cp.

akhirnya, bila semua dan berkumpul kat area spider web balik, tragedi culik sepakat dijayakan semula. adik 5-20 telah dihilangkan oleh fasi2 dan pak uteh tanpa ada arahan 1,2,3..action memulakan lakonan. entah kat mana silapnya, lakonan 'kehilangan' tu x berapa feel dan tak menjadi sangat. siap ada yang ingat kita main2. siap ada yang mngulum lollipop dengan nikmatnya.. mungkin adik2 ni dah biasa kot dengan kejadian 'hilang' palsu.. hmmm tak tau lah.


apa2 hal pun, lakonan pencarian diteruskan dan adik irsyad yang dikatakan hilang tu terus dihilangkan oleh fasi2. tak lama lepas tu, kononnya irsyad dh dijumpai pengsan dan fasi2 mengusung rombongan adik2 kasih dan sayang ke perkuburan kristian dan pak lang dan umayr pun mainkan peranan. last2, bila dah habis tu..ada jugak yang tanya, dah tu, mana irsyad? jeng...jeng. .jeng...irsyad pun dipanggil dan dikembalikan kepada kawan2nya tanpa sebarang drama air mata.


pukul 2 lebih, barulah slot malam tu habis dan fasi2 yang kepenatan segera tidur.. lagi2 yang nak ke muar esok!


pagi sabtu,21/03/ 07- dihutan bandar lagi..

seawal pagi, kak fida and the rombongan yang nak ke muar dah bersiap2 nak travel ke sana, mengorbankan masa tdo yang x cukup. tinggallah beberapa orang fasi lagi meneruskan perjuangan menghadapi adik2 SMKAJJ tapi kenyenyakan tido dengan belaian air-cond menyebabkan ada fasi yang bangun lewat, sedar2, adik2 kasih dan sayang dah mulakan sessi 3S dengan umayr dan keriuhan dan keseronokan adik2 kasih dan sayang yang tak terhingga kedengaran dari jauh. good job to umayr dengan 3Snya.

pukul 8.30 pagi, seperti yang dijanjikan, raihana memulakan explorace de quran selepas bersarapan mee goreng yang terrramat pedas dan fasi2 mula bertebaran mencari port2 cp yang sessuai,dengan soalan2 umum ttg al-quran, alhamdulillah adik2 kasih dan sayang sgt tertarik dengan xtviti ni. cp az-zukhruf,as- shaffat, dan beberapa cp lain yang dinamakan dengan nama2 surah dalam Al-quran berselarak diseluruh hutan bandar sampai ada adik2 yang pusing beberapa kali satu hutan bandar sebab x jumpa cp.

selesai dengan explorace de quran yang hangat, slot inteam dihandle oleh pak lang dan mengekalkan reputasi the legend yang dipegang sampai sekarang..drama air mata berlansung macam biasa..

slot heart to heart pulak diserahkan pada pak lang lagi dan dibantu oleh assistantnya, raihana untuk membangkitkan rasa izzah adik2 ni bersekolah di SMKAJJ. hujan yang renyai2 dan lebat sekali-sekala tak menghalang raihana dan suaranya dari terus membakar semangat adik2 ni supaya terus rasa izzah dengan sekolah. slot ni famous dengan soalan, jujur x? dan okey semua, tutup mata.. antara soalan2 bonus yang ditanya:

1) siapa yang rela sekolah kt SMKAJJ? dan yang terpaksa..
2) siapa yang penuh solat 5 waktu? dan yang belum penuh...yg ni terkejut jugak bila ada yg angkat tgn...
3) siapa yang bercouple? ni pun ada yang angkat tangan
4) siapa yang suka belajar bat, psi, pqs? dll lagi..

Sunday, April 22, 2007

Ihtifal SMIH JB...Tahniah buat semua

Kompleks Nusa Mutiara, JB - 22 April 2007
Ihtifal Sekolah Menengah Islam Hidayah baru berlangsung sebentar tadi. Tahniah...buat semua penerima hadiah. Pelajar SMIH memang hebat...hebat akademiknya ( SPM 12 1A), hebat di padang bola (Johan Bola sepak B-15 MSSD), hebat di pentas debat, berjaya hingga ke menara gading di dalam dan luar negara...Moga terus cemerlang, dunia dan akhirat.
Berilmu, Memimpin, Beramal
website SMIH Johor Bahru
untuk Ihtifal tahun lepas 2006 (tahun lepas...)
Blog PIBG Hidayah JB

Sunday, April 15, 2007

'Exploseerah' di taman Megah Ria

JB, Ahad, 15 April 2007
Alhamdulillah, Program 'ExploreSeerah' telah selamat dijalankan di persekitaran Masjid AnNur, Taman Megah Ria semalam. Program ini merupakan sebahagian dari program Maulidurrasul kawasan persekitaran Taman Megah Ria. Seramai lebih 40 orang remaja berusia 12-16 tahun telah mengambil bahagian. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Program 'Exploseerah' dijalankan dengan bentuk explorace dimana peserta yang dibahagikan kepada 6 kumpulan dikehendaki melalui 5 'checkpoints' yang dikenalpasti. Setiap checkpoint mengandungi halangi berbentuk game yang menekankan unsur unsur kerjasama, kreativiti dan menggunakan ilmu yang ada . Kemudian mer
eka diberi tazkirah pendek oleh fasilitator pada setiap checkpoint. Program berakhir pada jam 6.30 petang dengan rasionalisation dan majlis penutup . Tahniah kepada tim' The Bedul' yang telah menjadi juara. Walaupbagaimanapun penyampaian hadiah akan disampaikan pada sebelah malamnya selepas ceramah Ustaz Rifqi.

Jazakallahukhairan kepada pihak masjid yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada KRJ untuk mengambil bahagian. KRJ telah beberapa kali menjalankan program di masjid tersebut sejak setahun yang lepas.
Juga ucapan jazakumullahukhairan kepada semua fasilitator yang telah berjaya mengendalikan program dengan jayanya. Mereka ialah Ammar Shahrin
, Munawwar Abdul Rahman , Muaz Roslan, Helmi Ngadiman, Jamil , Norhairani Deman, Nurin Syahidah, Asma', Nabihah dan Sakinah. Moga diterima Allah jua atas segala usaha kalian

Friday, April 06, 2007

Program KRJ Johor Bulan April - Jun 2007

Berikut ialah program KRJ bulan April 2007 , ... Selain dari itu Program mingguan ( Rabu) di SM Teknik dan Masjid Taman U masih terus berjalan. Sila Hubungi AJK KRJ jika ingin menyertainya sebagai fasilitator atau pengendali... dan KRJ amat berbesar berbesar hati atas usaha kalian.
14hb April ( Sabtu)
di Masjid Megah Ria ( Explorace di Masjid sempena Maulidurasul )
2.30 petang - 6.00 petang
(dimasa yang sama pak Lang, pak Chu dan Abang Bai akan ke Perak
atas jemputan KRJ Perak)
20 dan 21 hb April
4.00 petang Jumaat 20hb. hingga 4.00 petang Sabtu 21hb. April
di Hutan Bandar Johor Bahru
program khas untuk 119 orang pelajar tingkatan 4
Sek. Men. Keb. Agama Johor Jaya
21hb dan 22 hb, April
Program Motivasi untuk 190 orang pelajar T5
Kendiri/Keindahan Bersamamu
di Muar ( SDAR)
28hb dan 29 hb, April
Program Kepimpinan (40 orang)
untuk pelajar SMK Taman Daya 3
di Tiram Indah Village
TERBARU
12 & 13.5.07
Pgm Sek Rendah di Muar

25 & 26 Mei
Program di Maahad Muar
(TELAH DITANGGUHKAN)

15 & 16 Jun
Kem Pengawas SRIH di Hutan Bandar
8-10 Jun
Kem Back to Nature
(Tiram Indah Village)
untuk ahli usrah KRJ dan anak-anak rakan KRJ
( tingkatan 3 hingga 5)
16 dan 17 Jun
SMKA Johor Bahru ... Keindahan Bersamamu
23 & 24 Jun
Sekolah Menengah Sri Rahmat, Johor Bahru

29 Jun - 1 Julai

PROGRAM bersama MRSM

di Taman Negara Johor, Gunung Ledang



Jemputan ke Perak

23 & 24 Jun- SMK Seri Setia, Teluk Intan

Tuesday, April 03, 2007

Kenangan di Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi

Sebuah koleksi terpanjang yang pernah direkodkan hasil gabungan Raihana Razali, Hafiz Hamid dan kak Fidah...disusun oleh Pak Im, dan dikomen oleh barisan pewaris KRJJ ...akan diedit dan ditokok tambah kemudian...susulan dari pengalaman mereka dalam merancang dan mengendali Program Kepimpinan ( pemimpin 2007) di sekolah Menengah Agama ( Arab) Kota Tinggi pada 31hb Mac dan 1 April baru-baru ini...didahului dengan ucapan, antum memang hebat ( ayat Abu Nuha...huhu) ..foto atas ihsan Raihana dan Abu Nuha

Raihana Razali dulu...

Maka dengan ini..kali ni..Analah plak kena buat Laporan program KRJ utk program KEINDAHAN BERSAMAMU (tahu pun melalui email Abu Nuha..hehe.. klu tak tahu2 pun..) di Sekolah Kebangsaan Arab Kota Tinggi..



31 MAC 2007
Sepertimana yang dah dimaklumankan the night before, kite kena berada di sane tepat jam 8 pagi..So, dengan penuh bersemangat, ana tidor di rumah Nurin dengan Wan sekali..Malangnye, walaupun berjaya sampai kat sane lebih kurang kul 7 pagi,tapi atas kerjasama semua(berganding bahu utk lambat..hehehe. .jangan mare) akhirnye sampai kat sane lebih kurang pukul 8.30pagi setelah mengharungi perjalanan 1 jam..Memang menepati mase..hehe.. ;)



Sesampainye di sane...Kecut perut..Iyalah. .Sumenye bertudung labuh..Yang ikhwahnye bersongkok.. Kemas je..Hmm..ni memang sekolah Islamic nih..Terdengar plak sayup2 dari dewan (kuat jugaklah sebenarnye.. ) lagu 'Tola'al bardu 'alaina..' dari dalam dewan..Bertambah2 kagum kagum..Takut pun iye..Ade yang macam nak balik..

Majlis bermula kul 9 pagi..Lewat sejam dari tentatif..Then, lepas tu, bermulalah sesi 'Knowing Me Knowing You' yang diubahsuai sikit..Tak de sesi ta'aruf antara Fasi n pelajar secara rasmi..Tapi setiap Fasi diberi nama yang sungguh kreatif hasil idea power Pak Cik Salleh (ewaah. .!!)..Name ana..Inahara. .So, ower teammates kena rungkai our names..Malangnye kaedah ni tak berape efektif..Menarik tapi kurang efisyen coz ade yang sampai ke akhir pun tak tahu name fasi..Sedih. .huhu..Jangan, lain kali, rasenye lebih sesuai kite wat sesi khas taa'ruf macam biase kot..Just pandangan..


Proceed to this first sesi..Sebelum mereka bergerak ke CP1, mereka mendapat input awal dari Pak Ngah yang memang cukup terkenal tu..Mereka diberitahu tentang konsep 4K..Sementara tu, kami para fasi menunggu bagai bintang tak jatuh diluar..Mengharap. .Bilelah tentera dari Malaysia nak sampai ni..Siannnnn kami..



Everything went on well untill the last CP..Army Yell..Fasi wat persembahan dulu..Gitu2 aje..Tapi..Bolehlah ..Last minute punye..Boleh tahan ape..Para pelajar pun bagi kerjasama yang sanagt baik..Macam2 idea kreatif ..Ingat..Tebar2 (sambil pusing2 tangan tu..)..Yang menang tu..Kumpulan analah tu..Mereka nampak gembira je..Alhamdulillah. Terbukti kerjasama yang baik antara mereka..Waktu mereka dok praktis tulah salah satu panji berjaya di curi..hehe.. wat jahat sikit..


After ISOMA (dapat bilik best..katil sorang satu..bestlah sek ni..hehe)..Ade sesi Ranjau Hassan Al-Banna..Ade 5 CP..Sepatutnye start kul 2.15ptg..Tapi, kul 3.50ptg barulah pelajar start gerak ke checkpoint.. hmm..lari tentatif nih..


Sumenye berjalan lancar..Rupe2nye bagi mereka..Aktiviti ni sangat mencabar!!Sume aktiviti perlukan pemikiran yang kritis terutamanye yang kotak2 tu..Syabas Kak Shahidah sebab berjaya reka permainan yang kreatif nih..!!hehhe. .jangan marah,ye..?? Kat sinilah kite berjaya uji kesabaran n keberanian mereka..Kite dapat tahu siape yang sanggup berkorban utk kawan yang len..Macam kat CP lilin tu..Saye denagn penuh kejamnye kenakan denda kalau lilin terpadam+terjatuh. .Dendanye. .??Sengetkan lilin bernyala tu guna tangan kearah kaki n biarkan air lilin jatuh ke kaki selama 30 saat..Yang kagumnye, cepat je mereka offerkan diri utk tanggung denda tu walaupun kawan mereka yang wat salah tu tak nak tanggung denda..Ukhuwwah tu namanye..


CP len pun tak cukup hebatnye..Fasi Amin asyik suruh mereka berlari sampai ke hujung padang dalam kiraan 10..kak Fifi yang telalu baik hati di CP patung2..Tapi, ade yang menangis jugak sebab terjatuh..CP straw,acid river,n kotak2 pun tak kurang hebatnye..Sume dapat sambutan..waktu ni jugaklah banyak belon berjaya di rampas n dipecahkan.. Waktu tu ni jugaklah kite dapat nampak siape antara mereka yang ade leadership skills...


MOve on into the program malam..What' s the name..?Misi Palestin??Start dengan tayangan Palestin yang sangat menyentuh hati..Berdasarkan testi yang derang kasi,it seems that isu palesti ni tak berapa diketengahkan kepada derang..Hmm. .alhamdulillah, so program ni banaykj memberikan kesedaran kepada mereka..Selepas tu, mereka mule bergerak ke CP1..Maka macam2 spesis hud2 lah yang kedengaran.. Ape yang pasti, akhawat sekejap je dah berkumpul..Mantap! ! Lepas ujian ketangkasan, tentera Islam pergi serang Zionis!!


Fasi mulakan dengan mencampak belon2 yang dibuat khas sebagai peluru...Kiteorang suruh derang campak ape2 aje di tangan..Maksud tersirat..'campak je belon amanah tu'..Tapi, derang tok seh..Belon tu derang masih pegang kat tanga..letak bawah tudung cz takut ade fasi curi2 pecahkan.,.Tangan lagi satu campak batu..kayu n ape2 aje ke arah zionist..Tak lame lepas tu..Para ikhwah yang tengah semangat membara tu maju ke depan n 'belasah' zionist..Kesian ikhwah.Akhawat nampak tak menghayati sanagt..Tak de feel..

Bile dah berkumpul di Baitul Maqdis,sorang dah hilang..Yang kelakarnye.. Walaupun lepas dah tahu itu adalah lakonan, dalam testi tu, masih ade yang kate..'pak ngah janganlah marah fasi teruk sangat..kesian derang..'Walauapapu n. .bagi ikhwan ana tak tahu..Tapi, bagi pihak akhawat..Lakonan tak berape menjadi..Adik Zaki pun dah agak awal2 lagi..Sebab tulah dia tak sedih sangat..

1 APRIL 2007
Utk program Inteam,dapat nampak yang Kak Fida telah menjalankan tugas dengan sungguh baik..Tahniah kak Fida..!! Ramai yang tersentuh n berazam utk lebih menghargai persahabatan. .
Seterusnye, action plan, alhamdulillah sume memberikan kerjasama yang baik..terima kasih pade sume yang menyumbang idea n pandangan masing2..moga sekurang2 kehadiran kite memberikan semangat baru kepada mereka..
Walauapapun. .mabruuuk kepada sume yang terlibat..Sume pelajar kate program ni banyak beri kesedaran kepada mereka..Mudah2an. .Ameeen..
Rasenye dah terlalu panjang ana berceloteh.. Syukran semua..Wassalam. .


HAfiz Bai si Panglima pulak menyampuk

salam...- insyaAllah, kali ni suka saya utk bercerita berkenaan pgrm Kepimpinan di SMA KT pada 31 Mac & 1 April yang lalu.. - Tarikh yang sepatutnya saya bersama PAK LANG ke Perak, terpaksa saya batalkan dan menyerahkan diri kepada program kepimpinan di Kota Tinggi ni....( soorry yer pak lang.....huhu )


MEETING YANG PENING......
- so...malam jumaat tu, para pengendali & fasilitator prgm di panggil utk ber"meeting " di pejabat JIM pada jam 9.30 mlm...- Kehebatan & ketidaksopanan para fasi serta pengendali yang ada, telah mengacau bilaukan meeting pada mlm tersebut... - namun begitu....kekacauan tersebut lah yang berjaya menghasilkan sebuah Modul Kepimpinan yang hebat lagi mantap... - Syabas utk antum semua......antum mmg hebat ( ayat abu nuha )....- yang pastinya, malam tersebut kami tutup meeting dgn BURGER di ayob...kan YEOP!!!!!



KONVOI KRJ JOHOR....
- jam 7.12am, kami mula bertolak dari pejabat JIM ke Kota Tinggi...( erm!! lambat 27 minit dari yg di rancang...). ..- Konvoi 3 kancil dan sebuah Waja menyaksikan keghairahan kami utk menjayakan prgm kepimpinan ini... - Pagi itu juga menyaksikan Kak Fida selaku Juara konvoi ke Kota tinggi....( bole tahan jugak kak fidah ni....)


SLOT PENGENALAN DARI GENERAL PAK NGAH ....
- Tepat jam 8.45am, prgm pun bermula dgn majlis penyerahan peserta kursus kepada JKR innovation.. .OPS!! KRJ.... - pagi itu, adik2 peserta di limpahi ilmu serta celoteh dari pak ngah & pembantu nya Pak Halim...huhu ( pak im lah..!! ) - Kehebatan dan kemantapan PAK2 berdua ini telah memukau kalbu adik2 utk setia bersama KRJ.... - 4K dan OPEN + P menjadi agenda pak ngah...- Pagi itu...Belon2 berisi air menjadi topik utama prgm....( amanah tu!!!! )
- Kemudian peserta di minta ke GAZA utk slot Knowing Me Knowing You bersama fasi & kumpulan masing2... - Kelihatan adik2 bertambah seronok apabila 3S, cubit pipi & sentuh hidung kawan di perkenalkan. .. - caiyok!!! kepada amin n the gang yg berjaya menghiburkan adik2 tu.....
- Kemudian, peserta di minta ke NABLUS utk membuat panji2 kumpulan... - Pegawai Biha Fiza & Mar shah telah bersedia di nablus utk memberi arahan...- di situ juga adik2 telah di belanja makan & minum oleh pegawai yang bertugas...huhu
- dari Nablus...peserta diminta ke Qalqalilah ( peserta banat ) dan ke tebing barat ( peserta lelaki )... - kali ni menyaksikan pelbagai aksi baru ARMY YELL dari adik2 ni....- Para Fasi juga tidak ketinggalan utk menunjukkan bakat hebat ARMY YELL kepada adik2 peserta....- Kemudian adik peserta lelaki diminta membuat sedikit PERARAKAN sempena MAULIDUR RASUL...huhu. ..( idea sapa lah Ni )
HASSAN AL-BANNA & HALANGAN NYA....
- Selepas solat Zohor dan makan tegah hari....( juga KULTUM dari abg Munawwar @ wan warum... )...- tibalah pula utk slot Xplorace Hassan al -banna...- sebelum adik2 ini menempuh cabaran, pak ngah mulakan aktiviti dgn sedikit perbincangan ttg 4K... # KETUA # KESUNGGUHAN # KETRAMPILAN # KEUNGGULAN..



- Tepat jam 3.45 pm, Xplorace pun bermula....dan berhenti sebak sahaja mendengar azan asar....- Kemudian Xplorace kembali mengganas dgn ditambah pula denda2 nakal dari fasi2 yang ada...- Petang itu..adik2 berkenalan dgn 5 checkpoint.. .. # Highway Syar'ie # Asid River.. # Straw amal... # patung2 ... # Lilin Berkaki...
- Ternyata adik2 ini, puas dan terkesan dgn Xplorace yang ada...syabas kepada pencipta Modul ini...- Petang itu juga, kelihatan Belon2 telah gugur ke tanah...pecah dan sebagainya.. .


PALESTIN,... ..KERANA KAMI PEDULI & BUSY BODY....
- malam itu, selepas isya'...pak im memulakan slot multimedia Palestin nya... - gambar, penerangan serta video2 yang ada, sedikit sebanyak menaikkan api kemarahan adik2 terhadap rejim zionis.... - malam itu...adik2 ini akan berperang dgn tentera zionis......
- Seterusnya, adik2 diminta berkumpul di dataran dan diberi kain hitam...- HUD-HUD version 1 menjadi agenda pertama malam itu....kelam kabut juga di buatnya....- Kemudian latihan ketenteraan di kenakan kepada pejuang2 mujahidin & mujahidah ini...- dan seterusnya.. ..semangat & api kemarahan adik2 ini dibakar oleh Pegawai Biha Fiza demi menentang tentara Zionis...
- Pejuang2 Mujahidin /ah ini berlari ke arah medan pertempuran. ... - kemudian mendapat arahan dari pegawai biha fiza utk menyerang Zionis yang ada dgn aa sahaja yg ada di tangan... - maka bertaburan lah belon2 itu pecah dan kena di badan2 kotor zionis ( beberapa Fasilitator Lelaki.....) .. - tidak cukup dgn belon, pejuang2 telah membaling Zionis dgn batu srta kayu ranting yang ada... - tidak puas dgn itu, pejuang semakin berani dgn menuju ke arah zionis dan memberi tumbukan & sepakan percuma kepada zionis... - ish! Ish! Ish!...kesian abg2 zionis @ fasi lelaki...kena belasah betul2 dgn adik2 peserta @ pejuang mujahidin tersebut...( sory yer...huhu ) - kemudian pejuang2 mujahidin di minta masuk ke baitul maqdis setelah berjaya menawannya.. .( zionis surender Beb!!!!! )



KRJ BERLAKON : ADIK2 JAKON.....
- Setelah berkumpul di baitul maqdis, pejuang2 diserahkan kepada General Pak Ngah utk arahan seterusnya.. .- arahan General pak Ngah agar setiap kumpulan mengira jumlah ahli kumpulan...telah memeranjatkan adik2...- seorang dari peserta lelaki telah hilang.... ( di culik oleh KRJ.....huhu. ..)- waktu ini...pak ngah telah memarahi Fasi dgn REAL nya!!!! huhu...takut tu...." pak ngah dah kata...utamakan keselamatan. ..."- ' ammar shahrim juga melakonkan watak rasa bersalah yang agak REAL....dah macam org kena Histeria pun ada....penata nak melayannya.. .huhu- Ustaz wahi & dan ustaz2 sekolah juga turut menyumbang sebagai pelakon tambahan yang berjaya....- seterusnya pak im yang bertindak sebagai penyelamat setelah berjaya menjumpai mangsa yg hilang....- tatkala itu juga..aik2 dah panik semacam....habis satu surah yasin diorang baca....semua pelusuk sekolah diorang jejak...- yang pastinya...malam itu...kami semua para fasi & pengendali tersenyum lebar....( dalam hati jer...huhu )- dan malam itu, mangsa culik ( adik Zaki @ faiz hakimi ) telah tidor bersama kami...demi menjaga keselamatan dalam negara....
QIAMULAIL ....... : IN-TEAM.....
- Jam 5.15 am, kami memulakan Qiamulail secara nafsi-nafsi. .. - kelihatan CEO KRJ datang di awal waktu....demi menjayakan Slot In-Team...- Setelah puas berQiamulail. ..kami pun solat Subuh berjemaah di ikuti dgn bacaan mathurat....
- Kemudian tibalah masanya, utk CEO KRJ beraksi dgn Slot In-Team nya....- Ternyata ramai adik2 yang kantoi & cair dgn kata abu nuha dan di tambah dgn soundtrack Teman sejati....- akhirnya...In- Team pagi itu berjaya di kendalikan oleh abu nuha & kak fidah....caiyok utk antum..antum mmg hebat!!!-pagi itu...kami di sarapkan dgn Lontong Kota Tinggi....huhu. ..( masa ni ada Fasi yang p mandi sampai 2 jam...huhu)

ACTION PLAN PEMIMPIN
- slot seterusnya.. adalah Action Plan pemimpin.. - slot khas ni di kendalikan oleh pengendali hebat kak rayhana....- ERm!!! tercabar juga fasi2 serta pengendali lain melihat telatah interaktif kak rayhana....- alhamdulillah, soalan2, pendapat serta komen yang ada mampu membuahkan " bentuk " discusion yang mantap...- rasanya...masa ni..kak fidah mendapat sorakan yg dasat tatkala nak bagi pendapat...huhu. ..ramai tu penyokong... .

PENUTUPAN PROGRAM....
- tamatnya slot action plan...- makan prgm kepimpinan KRJ telah berada di ambang pengakhiran. .. - KRJ tidak lupa utk meminta adik2 memberi sedikit Komen ttg prgm yang berjalan...- kemudian...program di teruskan dgn Majlis penutupan prgmKepimpinan. ..- dan program di sudahi dengan " salam & pelukan penuh kasih sayang di antara KRJ dan adik2 peserta...."....- lagu " Doa perpisahan " menambah seri majlis perpisahan itu.....- petang itu menyaksikan 4 kancil dan sebuah waja pulang ke destinasi masing2....
maka tamatlah program Kepimpinan SMA Kota Tinggi, program yang dirancanag dalam masa seminggu ini berjaya memberikan banyak inutkepada adik2 yang semmangnya bergelar pemimpin...sabda rasulullah saw...yang bermaksud... ..




" setiap kamu itu pemimpin, dan setipa kamu itu bertannggungjawab ke atas keimpinan mu....."

KOMEN PESERTA dari koleksi Kak Fidah
...Assalamu'alaikum pembuka bicara,
Maka bermulalah sebuah seloka
Seloka indah bersama peserta
SM Arab empunya cerita.

Sampai rumah terus ku cuba
Apakan daya kudrat tiada
Ku tangguh esok baca cerita
Kini ku simpulkan untuk dibaca

Senyumm simpul bila ku baca
Istigfar diri mengenang dosa
Alhamdulillah kesimpulan cerita
TQ Allah tak terkata


Abd Rahman yg pandai berpantun..
Terpenjara rindu di dalam hati
Hilangnya kunci entah di mana
Seribu tahun saya menanti
Barulah kini KRJ menjelma.
Jikalau ada sumur di ladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Bolehlah kita berjumpa lagi
Berjauh berjarak menyusuri fitrah
Mengharap mendamba kasih dalam gundah
Air yang dicincang takkan putusnya
Biduk lalu kiambang bertaut semula
Kesimpulan Utk Pak Ngah -fasi paling diminati

fasi L memang best dan boleh jadi pelakon..mantap

Ada fasilitator L yang tidak kemas, cakap kasar, garang
Akak-akak fasi semuanya baik dan pandai klentong org
Terima kasih saya ucapkan kepada kakak & abg fasi telah memberi semangat dan perubah dlm hidup saya.

Fasi kena banyak bersabar jangan cepat gabra bila sesuatu berlaku.
Minta maaf saya baling batu..tapi kecik tau..dan saya tak taulah kena atau tak
Thanks 4 all activities in this program..
Kakak fasi ok tak macam pgm lain.. walaupun mereka membuat kami tertekan dan kami masih menghormati dan menyayangi mereka seperti kakak-kakak kami.

Pak Ngah tak patut marah fasi dengan kasar. Lakonan abg dan kakak fasi kena di perbaiki..pasti akan jadi lagiireal
Fasi perlu lebih memerhatikan peserta supaya tidak ada adegan hilang seperti mlm tadi lagi ...( hu hu hu ada jugak yg tak tau itu hanya lakonan..jujurnya dirimu dik & jzkk atas ingatan)
emm..kalo fasi tu jgn arr maen2 enset and x berapa fokus pd kami, krn korang datang cini pun nak didik kita org tapi bila buat mcm ni x elok sgt ar kan..sory
....pgm ini telah banyak mengajar saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dapat mendatangkan kesedaran kepada diri saya untuk lebih bertanggungjawab dalam menerima tugasan..
Saya berjanji akan mengubah sek drp terbaik kpd yang terbaik di kalangan sekolah lain.

Dapat tahu macamana nak jadi pemimpin yang berwawasan.
Penangan dalam pgm ini membuatkan saya banyak cakap dng idea-idea yang bernas.

Melalui pgm ini meningkatkan lagi kenyakinan diri dlm mengahadapi masalah dan dapat mengatasi masalah ketakutan yg selama ini membelenggu saya
Pgm ini membantu semua pemimpin sekolah utk meningkatkan keberanian di hadapan org ramai sbg seorang pemimpin.

Membantu saya utk lebih berfikiran terbuka Membuat saya insaf dan sedar akan kesilapan saya

PROGRAMSaya berharap pgm ini dapat di laksanakan lagi.

gm ini sangat menguji minda utk mencari jalan penyelesaian.

Pgm ini sangat best..sangat berpeluang utk mngubah cara hidup dan disiplin sek. tiap-tiap tahun ye buat pgm ni
Pgm yg kreatif....perkara baru ..seronok Mencabar kekuatan mental, fizikal dan terutamanya emosi
Saya tak pernah ngantuk dalam pgm ni ..selalunya dalam pgm saya ngantuk

Pada mulanya rasa tak best sebab ramai kawan yang tak nak pergi kem ini. Tapi setelah saya mengikuti kemini ternyata siapa yang tak pergi akan rasa sangat-sangat rugi.
Kem ini best tak sangka ada banyak aktiviti.Ingatkan kem ini Cuma cakap-cakap aje.. sebab tu ramai yg tak datang Tak pernah saya pergi kem yang fasinye boleh main, ketawa dan gurau dengan peserta.

Saya bersyukur kerana selama ini tak pernah saya pergi kem yg membincangkan ttg masalah yg dihadapi sekolah ( pengawas, pustakawan, ketua tingakatan, AJK asrama ) Saya suka krn pgm ini tahu menjaga (iktilat ) dlm batas-batas.

Mulanya saya rasa geram , benci dgn KRJ L kerana menipu kami dengan menghilangkan kawan kami sorang..setelah difikirkan secara logiknya baru saya faham bahawa ia untuk menguji kami semua

Palestin Menyedarkan saya tentang umat Islam yg dalam kesusahan. Menyedari bahawa bukan solat sahaja diamanahkan malahan agama, bangsa dan negara. Menyedarkan saya utk membantu saudara Islam dalam mempertahankan hak ISLAM itu sendiri. Baru saya sedar dunia ini telah dijajah oleh Yahudi & Nasrani

Best kitaorang dpt rasa cara-cara menentang Israil Memberi kesedaran bahawa sekarang Palestin dlm ancaman kuasa Yahudi.
Ukhuwah- Kehilangan Zaki membuat kami semua panik Dapat merapatkan ukhuwah kawan karib saya hilang..sedih
Terima kasih kerana mengajar kami membina ukhuwah dpt tahu pentingnya sahabat dlm perjuangan

melalui game patung-patung tu fuhh memang mencabar..beratnya badan kawan saya dan baru saya tahu pentingnya percaya pada kawan.

KRJ- Krj sporting.. Macamana nak jadi ahli KRJ Saya berazam satu hari nanti nak jadi macam fasi KRJ Saya doakan KRJ berjaya dunia & akhirat

ZAKI (- Budak yg di culik ) Kalau nak buat slot macam kena culik tu...kena buat persediaan dulu..kalau tak nanti perancangan tak menentu..macam masa tiba nak balut tu dah tak dapat buat sebab persediaan pembalut tak de... Kena beritatahu org yg kena culik tu apa nak buat dengan jelas..awal- awal...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!