Monday, March 30, 2009

Tahniah Pak Long dan Abang Yeop


Tahniah Pak Long dan Abang Yeop yang telah menggendalikan KBM di SMK Bintulu Sarawak hujung minggu lepas..Tahniah, tahniah

Sunday, March 29, 2009

Gerai Konvo UTM Skudai

iklan kejap..
sesiapa lom pergi...gerai konvo UTM sedang berlangsung sampai 30 Mac ...
kat tempat biasa (padang kawad UTM Skudai)...apa ada? Macam-macam ada.

Friday, March 27, 2009

ABJZ di BBU Ahad ni...



Ahad nie (29 Mac 2009) akan diadakan program ABJZ

Tempat: di Dewan Raya BBU

(Seberang jalan masjid BBU... kat kawasan apartment tu)

Mula 8.30 pagi - 1.30 tghari

Penceramah utama : Pak Lang / Hj Mokri Sabran


Semua dijemput hadir
(nota buat semua bakal pengendali ABJZ, sila hadir sebagai sesi TOT- Train of the Trainers)

Thursday, March 26, 2009

Bengkel Penulisan ditangguh...

PENGUMUMAN:
Bengkel Penulisan ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak (Mei/Jun)
Mohon maaf atas pengumuman ini

Tuesday, March 24, 2009

Gambar2 di KBI SMS Muar

Disertakan sebahagian gambar2 semasa KBI (KeIndahan Bersama Islam di Muar) baru-baru ini. Peserta program ini ini ialah seramai 49 nuqaba dari SMS Muar. Aktiviti program umumnya menerangkan konsep 3T usrah, teknik pengendalian usrah dan motivasi kecemerlangan diri. Tahniah kepada team PPR (Pusat perdana Remaja) KRJ dan JIM Muar.

Team KRJ dari JB yang kesana ialah Pak Tam, Pak Uteh, Abang Yeop, Abang Asim, kak Gee dan kak IM (mana gambar beramai2 diaorang ni?)






























Sunday, March 22, 2009

Bengkel Penulisan...Aturcara


Bengkel Penulisan – SIRI I

Tempat: Masjid Jamik Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti , Skudai

Masa: 28 dan 29 Mac 2009, 8.00 pg hingga 4.30 petang

Penulis/Pembimbing: Zulkifli Khair


28 Mac 2009 (Sabtu)

8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran
8.30 pg - 10.00 pg Sesi 1
(Ulangkaji Prinsip Asas Penulisan Fiksyen;

Plot, Watak, Latar, Dialog, Bahasa dan Sudut Pandangan)
10.30 pg - 11.00 pg Rehat
11.30 pg - 12.30 tgh Sesi 2 (Penulisan Fiksyen Sains dan Fiksyen Agama)
12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat
2.00 ptg - 4.30 ptg Latihan



29 Mac 2009 (Ahad)
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran
8.30 pg - 10.00 pg Sesi 3 (Mencambah Idea)
10.30 pg - 11.00 pg Rehat
11.30 pg - 12.30 tgh Sesi 4 (Analisis Karya Terpilih)
12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat
2.00 ptg - 4.30 ptg Latihan dan Taklimat Tugasan



Biodata Penulis/Pembimbing

Nama penuh: Zulkifli bin Hamisan @ Khair (Zulkifli Khair)
E-mel:
zuhaka@gmail.com
Blog peribadi: http://ideamenulis.wordpress.com
Kerjaya: Penulis dan jurulatih bebas dalam bidang pembinaan kandungan dan penerbitan, kreativiti dan inovasi, motivasi dan pembangunan insan. Beliau juga merupakan Jurulatih Sambilan ‘Penulisan Kreatif’ UTM dan Pensyarah Sambilan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia untuk subjek ‘Psikologi Islam’, ‘Kreativiti dan Inovasi’ serta ‘Pemikiran Kritis dan Kreatif'


Jika berminat, sila hubungi 013 7383316 (Pak Im) atau 012-7169494 (UF)

Yuran RM 30 sahaja

laporan EMI



AlhamduliLlah, penerbangan pesawat Eksplorasi Menara Ilmu 2009 bertemakan ‘One Aspiration, One Inspiration, One Mission, One AIM’ yang pertama kalinya dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM Johor telah pun selamat mendarat kira-kira jam 2 petang, 22 Mac 2009. Anjuran EMI adalah gabungan KRJ, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid dan Persatuan Alumni Sekolah Islam Hidayah (PaLS) dengan kerjasama Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Nasional atau lebih dikenali dengan KNL.

Penerbangan kali ini menyaksikan penampilan pilot (Kem Komandan) Amin Mokri (Abang Amin) dengan kerjasama semua krew, pramugara dan pramugari; Pak Im, Muhammad Zakri Tarmidi (Abang Zakri), Zaid Omar (Abang Zaid), Salman Hishamuddin (Abang Salman), Hasif Hishamuddin (Abang Hasif), Mohd Anas Razak (Abang Anas), Kak Yatie, Kak Anie, Hazwani Sis (Kak Wanie), Amirah Dayana Azlan (Kak Myra), ‘Abidah Ali (Kak ‘Abyd), Nur Sakinah Norkhair (Kak Qyna), ‘Atiqah Shaharuddin (Kak ‘Atiq), Asma’ Aminuddin (Kak Asma’), Sarah Sahrel (Kak Sarah), Ruqayyah Nurul Iman Ainullotfi (Kak Iman), Khadijah Salim (Kak Dijah), Atiqah Kusaini (Kak Atiqah), dan Mardhiyah Mohd Jelani (Kak Mardi).

Bermula jam 830 pagi, pendaftaran dibuka untuk semua peserta di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid. Penyertaan tidaklah mencapai sasaran. Hanya 30% sahaja, tetapi kesyukuran tetap dipanjat kerana Allah telah memilih adik-adik ini untuk berada bersama mengekplorasi minda dan menara ilmu bersama KRJ.

Pendaftaran dibuka di depan pejabat Masjid Untuk pembukaan, trademark KRJ tidak boleh diasingkan lagi. Knowing Me Knowing You di bawah kendalian Abang Amin meraikan kehadiran dan kembalinya adik-adik yang majoritinya merupakan Alumni KBM KRJ ke EMI.

(Gambar) Amin bergaya dalam KMKY

Suka adik2 ni dalam KMKY Slot pertama bertajuk “ITK: Ini Tujuan Kita” disampaikan oleh Abang ‘Ammar Taqiyuddin Ainullotfi mengupas matlamat hidup dan penciptaan manusia di muka bumi ini sebagai permulaan untuk menekankan tentang matlamat yang lebih besar yang tergalas di bahu setiap daripada kita.

(Gambar) Abg ’Ammar dengan ”ITK”nya

Seterusnya, penumpang EMI sungguh bertuah kerana menerima kedatangan VIP-VIP hebat sepanjang EMI program iaitu Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM merangkap pakar aeronautic dan YDP JIM Johor, Dr Razali Ismail, pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM Skudai, Dhany Sarip (Abang Dhany), mahasiswa UIA dalam pengajian sarjana Kaunseling merangkap Naib Presiden I KARISMA Nasional, Mujahid Hasanuddin (Abang Moja) juga mahasiswa UIA merangkap Timbalan Presiden KNL serta Amirah Dayana Azlan yang pernah merangkul anugerah Pelajar Terbaik peringkat diploma dan ijazah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).


Forum yang sangat menarik. Adik2 semua seronok dengan info yang lain Kemudian, slot diteruskan dengan Game; Kerjaya @ IPT, yang modulnya direka oleh abang Salman Hishamuddin. Game yang mengambil masa lebih kurang sejam, mendedahkan kepada adik2, bahawa semua yang dipelajari di IPT, tidak semua akan digunakan, Cuma akan diaplikasikan sedikit sebanyak dalam kehidupan kerjaya.

(Gambar) Adik2 ni cuba nak teka apa yang kawan2 mereka nak cakap.


Pada malam harinya, program diteruskan lagi dengan perkongsian slot C2PC – Ciri-ciri Pelajar Cemerlang, oleh Dr Razali, dari UTM.

(gambar) Dr Razali dengan Slide gambar anak-anaknya.
















Seterusnya, untuk tirai malam itu, program diteruskan dengan slot; CSI CGPA, satu isu yang sedikit sebanyak perlu diambil tahu oleh adik2 lepasan SPM ini. Slot disampaikan oleh Abang Zakri.

(Gambar)Abang Zakri dengan gaya sengal dan bersahaja

Pagi ahad pula, abang Dhany meneruskan agenda dengan pengenalan kepada KARISMA, kenapa KARISMA? Haaa..kenelah datang EMI tahun depan ye…

(Gambar) Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan – tegas Abang Dhany

Dengan kerjasama PaLS, slot Tour de Career telah membuka 10 kaunter yang terdiri daripada kaunter Kaunseling (Abang Dhany), Undang-undang (Abang Dhany & Abang Moja), KARISMA (Abang Dhany & Abang Moja), Engineering (Abang Zaid & Kak ‘Abyd), Biasiswa & Pinjaman (Kak Anie), Matrikulasi/Tamhidi/Asasi Sains (Abang Hasif & Abang Anas), Business Management (Abang Amin), CENFOS UIA (Kak Iman, Kak Asma’, Kak Mardi), Bio-Technology (Kak Qyna), English (Kak ‘Atiq), Multimedia (Kak Myra), STAM (Kak Dijah, Kak Atiqah) dan diserikan lagi dengan booth KRJ (Pak Im, Kak Yatie).

(Gambar) Abang Anas bersungguh-sungguh menerangkan mengenai Ekonomi

(Gambar) Abang Moja dan Abang Dhany di Booth Law dan Kaunseling


Ni Booth Multimedia, TESL dan BioTech, meriahnya
Abang Zaid dengan Computer Engineeringnya…

AlhamduliLlah, dalam slot Langkah Bermula, peserta telah menanam azam dan tekad untuk menjadi individu soleh wa musleh, du’at multazimin dan agen penyebar dakwah dan kegemilangan Islam. Ada yang bercita-cita untuk menguasai ekonomi Islam, menjadi jurutera muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan setiap azam dan niat baik adik-adik dipermudahkan oleh Allah untuk adik-adik mencapainya. Semoga termakbul..

Inilah Azamku ya ALLAH…


Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Buat adik-adik di luar sana, we see you di IPT insya’Allah!


Fasi, AJK, dan peserta lelaki bergambar bersama

AJK, Fasi dan Peserta Perempuan

Thursday, March 19, 2009

Selamat Berjuang KRJJ weekend ni..

Selamat berjuang untuk 2 team KRJJ hujung minggu ni:
1. KBI untuk 49 orang nuqaba' SMS Muar di Kem Bina Insan, Sg Rambai, Melaka
2. EMI- Eksplorasi Menara Ilmu di Masjid Jamik Taman Universiti, Skudai

Tuesday, March 17, 2009

Aturcara Program EMI '09

Assalamu'alaikum, Adik-adik yang dikasihi..

Di sini Kak 'Abyd sertakan aturcara program Eksplorasi Menara Ilmu 2009 untuk rujukan adik-adik. ^__^ Jumpa di EMI, insya'Allah!


Sabtu 21 Mac 2009
0830 Pendaftaran
0900 Ucapan Pak Tam
0915 Knowing Me Knowing You
1100 Slot 1: Mission Possible
1230 ISOMA
1400 Slot 2: Life@IPT
1530 Slot 3: Jom Bekerja!
1645 Solat ‘Asar
1715 Riadhah
1800 ISOMATAZ
2100 Slot 4: C2PC
2200 Slot 5: CSI CGPA
2300 Tidur

Ahad 22 Mac 2009
0515 Qiam
0600 SOMATAZ
0645 Riadhah
0715 Khidmat Diri
0830 Slot 6: Pelajar Muslim @ IPT
0930 Slot 7: Tour de Career
1130 Slot 8: Shift Your Paradigm
1230 Slot 9: Langkah Bermula
1300 Penutup & Lunch
1400 Bersurai

Monday, March 16, 2009

EKSPLORASI MENARA ILMU 2009 (EMI '09)

Assalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakaatuh!



Adakah anda di kalangan lepasan SPM/STPM 2008?
Atau mungkin anak-anak anda?
Atau mungkin saudara mara anda?
Atau mungkin jiran tetangga anda?
Atau mungkin sahabat anda?
Atau mungkin anak usrah anda?
Atau mungkin....Sesiapa sahaja!

Kalau YA, Jom ramai-ramai ke

EKSPLORASI MENARA ILMU (EMI) 2009

julung-julung kalinya diadakan untuk LEPASAN SPM/STPM 2008

pada

21-22 Mac 2009

di

MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID, TAMAN UNIVERSITI

dengan bayaran RM 30 sahaja!

anjuran

KELAB REMAJA JIM (KRJ) JOHOR
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH (PALS)
MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID




Daftarkan diri anda/anak anda/saudara mara anda/jiran tetangga anda/anak usrah anda/sahabat anda atau sesiapa sahaja yang seharusnya mengikuti EMI ke program
EKSPLORASI MENARA ILMU 2009

melalui

(i) EMAIL (emij09[at]gmail[dot]com) dengan tajuk: Daftar EMI


(ii) SMS ke +013-7140671 (Kak 'Abyd)
atau +013-3561853 (Kak Qyna)

(iii) Respon di Blog KRJ di bahagian iklan EMI

(iv) Jika anda mendapat brochure EMI, potong bahagian pendaftaran, isi dan poskan ke alamat yang tertera!

***Untuk SMS, hantarkan kepada urusetia EMI:
DAFTAR EMI [Nama] [No MyKad] [Sekolah] [Jurusan]

Mudah je kan! Apalagi.. Daftar sekarang!!
Penyertaan hanya dibuka untuk 100 insan bertuah sahaja!



Dengarkan bagaimana untuk menjadi

PELAJAR MUSLIM YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SAHSIAH, KOKURIKULUM

BELAJAR MACAMANA NAK DAPAT CGPA MANTOP, KIRA-KIRA POINTER DI IPT

PERKONGSIAN PELAJAR IPT, LEPASAN IPT, PENSYARAH IPT TERKEMUKA TENTANG LIFE@IPT

KENAPA PERLU JADI SOLEH & MUSLEH DI IPT

dan pelbagai aktiviti menarik untuk anda!!

Kami dah war-warkan. Kami dah iklankan.
Sekarang, terserah kepada anda.
Kami menanti pendaftaran anda!
Jumpa di sana, insya'Allah!

14-15 Mac: KBM Sekolah Dato' Syed Esa

Tahniah Team KRJ Batu Pahat atas kendalian KBM Sekolah Dato' Syed Esa (sebelum ni dikenali dengan SMK Jalan Kolam Air) Tarikh: 14-15 Mac 2009 Peserta: tingkatan 3 (142 orang: 56P,86L) Ibubapa: +- 100 orang Pengendali Utama: Abang Fadly dan Abang Haziq , Mak Uda , Mak Chu dan Pak Chu.

Secara keseluruhan program berjalan lancar. Respons positif dari pihak sekolah (pengetua). dan peserta (dari kertas maklum balas yang diterima)

sekian Pak Chu

Saturday, March 14, 2009

SPM 2008...Tahniah semuanya

Diucapkan tahniah kepada semua adik-adik kasih dan sayang yang mendapat keputusan dalam SPM 2008 baru-baru ini. Tahniah...tahniah. Ada sesiapa nak umumkan result..silakan, silakan

EXCELL 2009...selamat bertolak peserta Johor



EXCELL 2009 akan berlangsung selama 3 hari di Pulau Pinang mulai 15 hingga 17 Mac 2009. 15 orang peserta Kelab Remaja JIM Johor akan berangkat malam ni pada jam 9.30 malam. Mereka ialah 10 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Mereka akan diiringi oleh Abang Abdullah Munir Aizaini. Mohon doakan semuanya selamat dan berjaya mengikuti EXCELL 2009 dengan baik.
EXCELL ialah sebahagian dari program PRODUCE (program 2 tahun cemerlang) anjuran JKPRB.

14-15 Mac: KBM SMK Taman Daya

(2)15 Mac: Alhamdulillah... penerbangan KBM 140309 selamat mendarat jam 1.30 dengan sesi penutup oleh pengetua SMK taman Daya Puan Azizah. Dalam ucapannya pengetua amat berterimakasih kepada KRJ atas program yang berkesan kepada pelajar2.


Peserta hari ini ialah 75 orang...pecahan dari peserta semalam seramai 204 orang terdiri dari pengawas sekolah, PRS dam Pertina (Form 6). Alhamdulilah ramai peserta yang masih mengenali KRJ walaupun sudah tidak berkunjung ke SMKTD sejak tahun 2006.

Tahniah dan Terimakasih pak2 / abang/ kakak pengendali dan ajk KRJ juga fasilitators: Usher, Jamil, Ahmad, Bob, Hilmi, Sakinah, Farhan, Arshad, Farhah dan Syuhada'

KBM - KRJJB akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada KBI SMS Muar dan EMI (Eksplorasi Menara Ilmu ) pada 21-22 Mac dan Bengkel Penulisan pada minggu berikutnya.

(1) 14 Mac: KRJ JB akan berprogram dengan pelajar2 pengawas SMK Taman Daya hari ini dan esok: 14-15 Mac 2009. Latest figure ialah seramai 215 orang pengawas...termasuk lebih 70 orang non-muslim. Pengendali Utama ialah Yeop, Amin Mokri, Insyrah Mokri (gen - Y), Pak Tam, Pak Anjang, YDP JIMJB Abu Nuha dan Pak Im.

Fasilitor lelaki rata-rata dari lokaliti Pasir Gudang termasuk 3-4orang alumni SMK Taman Daya sendiri manakala fasilitaror perempuan dari alumni SDARY dll.

Rasanya KBM hujung minggu ni termasuk dalam 5 KBM serentak seluruh negara. Mohon doakan moga dipermudahkan segala urusan.

Sunday, March 08, 2009

KBM SMT Perdagangan...seronoknya!!

Alhamdulillah Penerbangan KBM070309 selamat mendarat sekitar jam 1.45 tadi di Tiram Indah Village. Peserta adalah seramai 141 orang dari SMT Perdagangan Johor Bahru... . Tahniah dan jazakumullahukhairan kepada semua pengendali, AJK dan fasilitator...satu gabungan yang mantap oleh otai2 KRJ dan remaja.

Istimewanya KBM kali ini kerana:
1. ada slot Explorer (ala-ala KBM Belia)
2. kehadiran Sifu Pak Lang yang mengendalikan 2 slot
3. kehadiran YDP JIMJB Abu Nuha yang memberi ucapan semangat
4. gerai jualan produk2 KRJ dan kempen keahlian KRJ

Alhamdulillah mendapat respond yang baik dari peserta...gamat dan semangat dari mula sampai akhir, juga respond yang baik dari guru-guru pengiring. Syukur pada Ilahi kerana cuaca yang baik pada slot 'Explorer'...

KRJ Best Gilerr!...KRJ Dahsyat!...itu kata mereka

Laporan penuh menyusul..



Sunday, March 01, 2009

ABJZ 28 Februari...Tahniah Semuanya


Tahniah dan Jazakumullah semua yang bertuah menjayakan ABJZ di Pusat Islam Iskandar semalam... dari penyambut tetamu sampailah dipentas kebelakang...pak im nampak antum semua yang menjayakannya ..dari penyambut tetamu sampailah jauh diatas pentas...tahniah, tahniah
bak kata pakcik hisham walat...


Perkara yang paling ana suka dan teruja sekali ialah ….hampir 100% mereka yang berada di barisan hadapan penganjuran hari ini adalah dari GEN Y. Pakcik bagi “A” kat antum. Memang hebat dan cemerlang. Seingat ana…kecuali Abu Nuha…yang lain semuanya GEN Y. Tahniah kepada Abidah Dr Ali yang cemerlang dan natural sebagai MC , Umayr Ainullotfi menguasai audien tanpa kekok, Zakri Tarmidi Tamsir dan Hazwani (isteri) ….hero dan heroin yang memeranjatkan kami dengan lakonan pentomen yang berkesan. Anak2 R2J3 dan KRJ yang membantu pentomen dan petugas belakang tabir. Malah JIM Media juga dikendalikan oleh GEN Y iaitu Luqman Makki dan Salman Dr Hishamuddin.... Pada ana ini merupakan contoh gerak kerja gabungan diantara Gen X dan Gen Y. Mungkin akan datang..peranan Abu Nuha pun boleh diambil oleh GEN Y. Ana yakin GEN Y boleh!
Meh tengok gambor-gambor...
peserta lelakipetugas diluar dewanpeserta perempuanpetugas di booth KRJ...Lepas perasmian dengar nasyid Saff -One......diikuti dengan happy chicky...sembang pagi bersama Ummi Roses
Pantomem pun ada......Bacaan sajak......Talkshow lagi,...pergh, bestt betul
...diakhiri dengan ikrar...MANTOP!

gambar-gambar semasa bacaan ikrar

SURE - SUkan REmaja 2009!!!