Bermula jam 830 pagi, pendaftaran dibuka untuk semua peserta di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid. Penyertaan tidaklah mencapai sasaran. Hanya 30% sahaja, tetapi kesyukuran tetap dipanjat kerana Allah telah memilih adik-adik ini untuk berada bersama mengekplorasi minda dan menara ilmu bersama KRJ.
Pendaftaran dibuka di depan pejabat Masjid Untuk pembukaan, trademark KRJ tidak boleh diasingkan lagi. Knowing Me Knowing You di bawah kendalian Abang Amin meraikan kehadiran dan kembalinya adik-adik yang majoritinya merupakan Alumni KBM KRJ ke EMI.
Suka adik2 ni dalam KMKY Slot pertama bertajuk “ITK: Ini Tujuan Kita” disampaikan oleh Abang ‘Ammar Taqiyuddin Ainullotfi mengupas matlamat hidup dan penciptaan manusia di muka bumi ini sebagai permulaan untuk menekankan tentang matlamat yang lebih besar yang tergalas di bahu setiap daripada kita.

(Gambar) Abg ’Ammar dengan ”ITK”nya
Seterusnya, penumpang EMI sungguh bertuah kerana menerima kedatangan VIP-VIP hebat


Forum yang sangat menarik. Adik2 semua seronok dengan info yang lain Kemudian, slot diteruskan dengan Game; Kerjaya @ IPT, yang modulnya direka oleh abang Salman Hishamuddin. Game yang mengambil masa lebih kurang sejam, mendedahkan kepada adik2, bahawa semua yang dipelajari di IPT, tidak semua akan digunakan, Cuma akan diaplikasikan sedikit sebanyak dalam kehidupan kerjaya.
(Gambar) Adik2 ni cuba nak teka apa yang kawan2 mereka nak cakap.

(gambar) Dr Razali dengan Slide gambar anak-anaknya.

(Gambar)Abang Zakri dengan gaya sengal dan bersahaja
Pagi ahad pula, abang Dhany meneruskan agenda dengan pengenalan kepada KARISMA, kenapa KARISMA? Haaa..kenelah datang EMI tahun depan ye…

(Gambar) Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan – tegas Abang Dhany
Dengan kerjasama PaLS, slot Tour de Career telah membuka 10 kaunter yang terdiri daripada kaunter Kaunseling (Abang Dhany), Undang-undang (Abang Dhany & Abang Moja), KARISMA (Abang Dhany & Abang Moja), Engineering (Abang Zaid & Kak ‘Abyd), Biasiswa & Pinjaman (Kak Anie), Matrikulasi/Tamhidi/Asasi Sains (Abang Hasif & Abang Anas), Business Management (Abang Amin), CENFOS UIA (Kak Iman, Kak Asma’, Kak Mardi), Bio-Technology (Kak Qyna), English (Kak ‘Atiq), Multimedia (Kak Myra), STAM (Kak Dijah, Kak Atiqah) dan diserikan lagi dengan booth KRJ (Pak Im, Kak Yatie).

(Gambar) Abang Anas bersungguh-sungguh menerangkan mengenai Ekonomi

Ni Booth Multimedia, TESL dan BioTech, meriahnya


AlhamduliLlah, dalam slot Langkah Bermula, peserta telah menanam azam dan tekad untuk menjadi individu soleh wa musleh, du’at multazimin dan agen penyebar dakwah dan kegemilangan Islam. Ada yang bercita-cita untuk menguasai ekonomi Islam, menjadi jurutera muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan setiap azam dan niat baik adik-adik dipermudahkan oleh Allah untuk adik-adik mencapainya. Semoga termakbul..

Inilah Azamku ya ALLAH…
Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Buat adik-adik di luar sana, we see you di IPT insya’Allah!

Fasi, AJK, dan peserta lelaki bergambar bersama

AJK, Fasi dan Peserta Perempuan
2 comments:
hoho.bestnya.(buatbuat macam tengah join gak la.)
CGPA lah... terbalik tu.
Post a Comment