Thursday, February 19, 2009

Jom Baca Buku: Online Dengan Tuhan



Buku terbaru oleh pakcik Zulkifli Khair, penulis, pengajar dan jurulatih bebas...

...nak baca sinopsis kat sini

...nak tahu penulis klik sini

nak jumpa penulis?...

tunggu Bengkel Penulisan pada 28-29 Mac ni

Pengalamanku selama 6 Hari di GAZA...

Persatuan Alumni Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru (PaLs)
Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
Gabungan NGO Muslim Negeri Johor
Masjid Jamek Bandar Baru Uda

Menjemput semua ke Ceramah Umum

“6 Hari di Gaza”
OlehProf Dr Mohd Hatta bin Shaharom
Naib Presiden Kanan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
Aktivis kemanusiaan yang baru pulang dari misi ke Gaza

Pada21 Februari 2009
(Sabtu malam Ahad)
Masa 9:00 malam(selepas solat jumaah ‘Isya’)
DiMasjid Bandar Baru UDA Johor Bahru

Semua dijemput hadir untuk mendengar pengalaman“first hand” keadaan di Gaza kini
Juga pohon sampaikan kepada rakan, jiran dan kenalan yang lainJom datang beramai-ramai

Tuesday, February 17, 2009

ABJZ di BP...

Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) telah diadakan di UTHM, Batu Pahat pada 14 Februari lepas. Program adalah kerjasama JIM Johor dengan UTHM, pejabat daerah BP dan JAIJ. Seramai kira-kira 500 peserta hadir. Pengisian program ialah penyampaian oleh Ummi Roses, talkshow, pantomem sajak dan nasyid dari Kumpulan Najahan. Ulasan dan gambar akan menyusul kemudian.


Program berikutnya akan diadakan pada 28 Februari di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Dipersilakan adik-adik hadir ke sana. ..Hubungi AJK KRJ untuk maklumat lanjut. Jangan lupa yeh...




Monday, February 16, 2009

15 Februari masa untuk RILEKS


Program RILEKS (Reunion Alumni KBM Kasih & Sayang ) semalam disertai oleh kira-kira 25 orang... 8 peserta lepasan SPM dari Permas Jaya, SDARY, ERT Azizah dan SETA...selebihnya ialah Pewaris dan AJK KRJ bersama keluarga masing-masing.

RILEKS merupakan percubaan ke-3 mengumpulkan alumni KBM / lepasan SPM tahun lepas sekitar JB. Memang sukar kerana ada yang ke PLKN, masalah transport dan kebanyakannya bekerja ’shift’...malah, ada yang cuti semata-mata nak ke program ni. Walaubagaimanapun , kami masih sentiasa follow-up dari masa kesemasa adik-adik ni.

Lokasinya di Taman Rekreasi Mutiara Rini (Hutan Bandar MPJBT) memang sesuai untuk program santai... kalau datang awal lagi, memang tak ada ruang kosong. Penuh parking dari depan sampai 2 km ke dalam. Awal pagi lagi dah nampak beberapa ahli JIM dan famili masing-masing. Saya sempat jugak tendang2 bola bersama seorang sahabat dan anak-anaknya .

Aktiviti: games, perkongsian pengalaman dan perancangan program sebelum ke menara gading. ada juga yang nak terjun di tasik..huhu

RILEKS II dijangka hujung minggu hadapan (22 Februari) di water park... Starhill Golf Resort. Jom kesana!

Friday, February 13, 2009

Tipudaya Syaitan

object width="385" height="314">

Friday, February 06, 2009

Malam Keprihatinan Palestine


Semua dijemput hadir ke…
MALAM KEPRIHATINAN
PALESTIN

Ceramah oleh:
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor
Pengarah PACE
(Palestine Centre of Excellence)

di Masjid Ar Raudhah, Kg Dato’ Onn,
Larkin, Johor Bahru
(berdekatan dengan Hospital Pakar Puteri)
SABTU 7 FEB 09
7.30 mlm –10.30 mlm
anjuran bersama
Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
Negeri Johor
Gabungan NGO MuslimNegeri Johor
Masjid Ar Raudhah, Kg Dato’ Onn, Larkin

SURE - SUkan REmaja 2009!!!