Monday, February 16, 2009

15 Februari masa untuk RILEKS


Program RILEKS (Reunion Alumni KBM Kasih & Sayang ) semalam disertai oleh kira-kira 25 orang... 8 peserta lepasan SPM dari Permas Jaya, SDARY, ERT Azizah dan SETA...selebihnya ialah Pewaris dan AJK KRJ bersama keluarga masing-masing.

RILEKS merupakan percubaan ke-3 mengumpulkan alumni KBM / lepasan SPM tahun lepas sekitar JB. Memang sukar kerana ada yang ke PLKN, masalah transport dan kebanyakannya bekerja ’shift’...malah, ada yang cuti semata-mata nak ke program ni. Walaubagaimanapun , kami masih sentiasa follow-up dari masa kesemasa adik-adik ni.

Lokasinya di Taman Rekreasi Mutiara Rini (Hutan Bandar MPJBT) memang sesuai untuk program santai... kalau datang awal lagi, memang tak ada ruang kosong. Penuh parking dari depan sampai 2 km ke dalam. Awal pagi lagi dah nampak beberapa ahli JIM dan famili masing-masing. Saya sempat jugak tendang2 bola bersama seorang sahabat dan anak-anaknya .

Aktiviti: games, perkongsian pengalaman dan perancangan program sebelum ke menara gading. ada juga yang nak terjun di tasik..huhu

RILEKS II dijangka hujung minggu hadapan (22 Februari) di water park... Starhill Golf Resort. Jom kesana!

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!