Tarikh: 4-5 April 2009 (SABTU dan AHAD)
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui program-program yang ditawarkan oleh lebih kurang 60 buah IPTA dan IPTS serta agensi-agensi kerajaan yang akan menyertai pameran di Karnival berkenaan. Selain dari kesemua 20 buah Universiti awam di Malaysia, IPTA lain seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Matrikulasi, MARA Politech akan turut serta. Sejumlah IPTS juga akan turut serta. Selain dari itu, agensi kerajaan seperti JPA, PLKN, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia, MQA, Bahagian Kemasukan IPT (UPU), Jabatan Pelajaran Negeri dll juga sertai pameran. Antara yang menarik juga adalah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni (Kementerian Pelajaran Malaysia) juga bersedia memberikan penerangan bagaimana markah 10% untuk ko-kurikulum dikira untuk merit lepasan SPM dan STPM/Matrikulasi.Banyak aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah dan pertandingan kuiz yang memberikan hadiah menarik akan dilangsungkan.
Walaupun tempoh permohonan IPT melalui UPU bagi lepasan SPM dan STPM telah berlalu, tetapi program ini masih bermanafaat bagi anak-anak di peringkat sekolah menengah terutama yang berada di Tingkatan 5 (SPM tahun ini) dan 6 (STPM/STAM) atau Matrikulasi.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga mengambil kesempatan menganjurkan Hari Informasi di mana beberapa makmal di fakulti kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Kimia & Sumber Asli) akan dibuka pada hari Sabtu 4hb April (9 pagi - 1 ptg) bagi pengunjung yang dijemput. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menghantar rombongan lawatan ke UTM, bolehlah berhubung terus dengan saya (tel 0197760676) sebelum 12tgh Jumaat 3hb April. Syarat utama ialah, rombongan pelawat mesti datang menggunakan bas sendiri.
Wassalam
Dr. Nordin Yahaya
1 comment:
best ni.rugi tak dapat nak join.hade.
Post a Comment